Jangan Marah Ok..

15 minit sebelum asar,waktu tempatan…

Sebagai manusia yang agak biasa,aku juga tidak terlepas daripada mengalami perasaan marah..Aku marah bila orang mungkir janji…Marah bila order nasi goreng ikan masin lambat sampai,marah bila adik aku cuba-cuba untuk menyeksikan diri dan marah bila doktor-doktor pelatih meminta view yang entah-apa-apa untuk imej x-ray yang akan diambil..Aku juga marah pada diri sendiri apabila bangun lewat dan terlepas solat subuh secara berjemaah di masjid..aku juga pernah marah bila seseorang yang memandu perlahan mengada-ngada memandu di lorong yang sepatutnya orang memandu 140kmj…Ah!!Banyaknya marah sehingga satu hari aku sedar akan sesuatu…

Bab Marah

Al Ghadab (Alif,lam,ghain,dhod,ba) @ marah asalnya adalah dari nyalaan api yang terpendam dalam hati maka dari itu muka orang yang sedang marah ini akan kelihatan merah walaupun tengah duduk dalam tempat ber “aircond” apatah lagi kalau dia berada di tengah-tengah padang bola pada pukul 1 pm tatkala panas terik di kepala..

(4.40 selepas asr)…

Marah adalah salah satu godaan syaitan yang dilaknati yang diciptakan Allah daripada api maka salah satu alternatif untuk meredakannya adalah dengan air…Orang yang tengah marah ni biasanya juga akan mengeletar badannya,kelakuan menjadi tidak teratur,nafas menjadi kencang dan mukanya menjadi hodoh.(Kalau tak percaya,nanti kalau korang tengah marah,nikmatilah kehodohan wajah korang depan cermin ok).Disebabkan marah juga dia akan merasakan sentiasa ingin menang dalam apa jua bentuk hujah andai ketika dia marah itu dia tengah berhujah dengan lawannya…Tengok aje debat parlimen..Oh…Bersumpah seranah…Er…Baru je nak pangkah dah tak jadi…Oh…

Pada suatu hari aku pernah marah dengan semarah-marahnya pada seorang rumet aku…Kejadian berlaku semasa aku masih belajar dekat kolej matrikulasi ..Aku amat marah apabila dia ni mengada-ngada nak tidur sekatil dengan aku sedangkan dia ada katil dia sendiri.Katil aku tu pula katil single dan cukup-cukup untuk memuatkan tubuh aku yang kering ini..

Nak tidur sekatil di atas katil single dengan golongan sejenis pun aku dah tak suka inikan pula tidur sambil berpeluk-pelukkan dengan golongan sejenis.Cisss!!!Ingat aku ni gay ka??!!Lesbian jauh sekali!

Satu hari akibat tidak tahan dengan aksi itu,aku dengan sopannya telah menumbuk pipi kiri dan kanannya sampai lebam…Sampai dekat 3 hari juga dia  tak datang ke dewan kuliah..Aku juga sempat mempraktikkan satu tendangan padu yang aku belajar daripada mr sapa entah nama dia,aku tak ingat masa aku belajar taekwondo dulu ke perut dia..Melihat dia tersungkur kesakitan,aku mula berasa amat bersalah dan menyesal..Amatlah tidak patut aku buat macam tu..Sepatutnya aku kena nasihat dengan penuh hikmah..Oh…apakan daya,kaki aku terlalu ringan untuk menyepak..Oh..

Penyesalan berlarutan sampai sekarang walaupun dia cakap dia maafkan aku..Oh..

Sekian..Ingat, saiyidina Ali krwj ada kata,marah itu musuh utama bagi akal…

P/S: Masa bos aku tengah marah,nak aje aku buat tanda salib dengan menyilangkan 2 jari telunjuk untuk membentuk huruf  “+” dan ditunjukkan depan muka dia untuk menghalau jin yang tengah menguasai dia..Hahahaha!!Macam cita hantu orang putih,jin dihalau dengan tanda salib…Hahahaha!!Astaghfirullahalazhim..Lailahaillallah…

P/S:Selamat beroncall ($$$$$$$$) kepada rakan setugas,sesungguhnya esok amatlah masyuk…tahniah skuad pak Raja..Kerana korang jugalah aku $$$$$...Sekian..




Diajar Menipu Sejak Kecil

6.15 am,selepas solat subuh…

Pagi ini aku merasa sedikit kelaparan kerana malam tadi aku cuma makan 2 bungkus mi maggi perisa tomyam.Bukanlah niat aku untuk makan maggi semata-mata tetapi adalah kerana tidak mendapati akan aku kedai-kedai makan yang buka di tempat tinggal aku ini.Bukanlah juga aku ini malas untuk memasak tetapi kekurangan ramuan memasak jugalah yang telah membantutkan semangat untuk memasak aku itu..Keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan di rumah..Seru sahaja makanan apa yang akau nak maka ia akan terhidang…(Mak aku ada menguruskan makan minum aku)…Alangkah indahnya andai aku sudah beristeri dan isteri aku itu rajin masak masakan yang sedap-sedap buat aku..Oh…Sedapnya laksa Johor…

Bercerita aku tentang tertipu maka selalukah korang kena tipu?Ditipu kawan,cikgu,tunang,rumet dan sebagainya?Malah korang sendiri juga mungkin selalu menipu diri sendiri..Kerana apa?Kerana dari kecil lagi mak ayah kita mungkin pernah mengajar kita menipu..Contohnya akulah…Kecil-kecil dulu amatlah tinggi minat aku akan mainan Transformer.Setiap kali menyertai rombongan mak dan ayah aku ke bandar aku pasti menangis minta dibelikan mainan itu..Dengan selamba ayah aku memberi warning,tak boleh beli…Nanti polis tangkap,masuk jel..Oh…

Namun ada beberapa penipuan yang perlu korang pandang serius…

Korang para gadis tertipu apabila merasa selamat setelah memakai tudung sedangkan pembonjolan organ yang tidak sepatutnya dibonjolkan dikhalayak ramai korang dengan sengaja menonjolkannya.Sehingga aku sebagai lelaki sejati yang melihatnya bergelora nafsu jadinya.Astaghfirullahalazhim..Up to date punya pasal..Pakailah seeloknya sebelum ayah,abang,suami dan anak lelaki korang join da club kena seksa dekat neraka...Berlindung kita dengan Allah daripada perkara itu..

Korang para pendakwah kecil-kecilan tertipu apabila merasa megah dan suka apabila dipuji apabila korang mampu menuturkan ayat quran dengan lancarnya ketika bertazkirah di khalayak ramai seperti depan para makmum selepas solat atau dekat blog.Dengan selambanya korang yang tidak betul-betul mahir bab quran menafsirkan ayat quran dengan pandangan korang sendiri.Korang perasan apa yang korang tafsirkan itu betul namun sebetul manapun apa yang korang tafsir,korang tetap akan berdosa.Kenapa?Err..Search dekat buku,google n tanyalah pakar...Korang kan pendakwah...

Korang yang telah lama Islam mungkin tertipu apabila merasakan tak perlu lagi belajar ilmu fardu ain setelah umur meningkat dewasa..setelah bergelar haji,bapa orang dan sebagainya..Aku tak baca doa iftitah masa solat pun korang nak kecoh..Ish!Tapi bila aku suruh baca quran,gagap-gagap juga.Tak boleh jadi ni..Umur dah lebih 20 tahun..Dah lebih 30 tahun..Belum tanya bab tajwid lagi...(akulah tu)..Tanya apa rukun sembahyang mayat pun tak tau..Taulah fardu kifayah tapi tu bab mengerjakannya..Bab mengetahui rukun,apa yang wajib apa yang membatalkan,apa yang boleh dan tak boleh,itu bukan fardu ain ke?Oh...

Aku baru sahaja mendapat SMS daripada kawan aku untuk bercanai dekat kedai mamak.Maka,sekian...Janganlah tertipu..

7.08am..






Kerja Dewan Bedah

7.25pm,selepas solat maghrib bersama warga tempatan…

Pagi tadi aku turun kerja seawal 6.28am kerana bekerja shift pagi.Aku dengan murah hati menawarkan diri untuk berkhidmat di dewan bedah kepada seorang kakak yang comel seterusnya beliau menggantikan aku bekerja di Jabatan kecemasan.

Aku lebih suka bekerja di dewan bedah kerana suasana yang senyap,tidak sibuk dan sejuk..Berbeza di Jabatan kecemasan,hampir setiap minit kami akan menerima tetamu yang tidak diundang dan tidak diharapkan kedatangannya iaitu para pesakit..Keadaan pesakit,kalau korang sendiri lihat mungkin korang akan merasa ngeri.Ada yang patah tangan sehingga di antara pergelangan tangan dan siku boleh dilipat-lipat seperti siku..Tak dapat bayangkan,korang memang slow..Ada yang kakinya sudah dipasang dengan besi seperti arial TV,ada yang tulang rusuknya patah sehingga menusuk paru-paru(aku sendiri suatu ketika dulu) malah ada yang sudah mati…Oh…

Di dewan bedah tadi,aku dan beberapa orang pakar bedah,pakar bius,doktor,jururawat dan PPK telah bekerjasama untuk menjalankan  proses pembedahan terhadap seorang pesakit wanita berumur separuh abad.Pesakit itu mengalami masalah di bahagian tulang belakang.Aku dengan penuh setia melihat pakar bedah menebuk bahagian belakang pesakit itu.Aku juga melihat pakar bedah itu memasukan skru sepanjang 2 inci ke dalam tulang belakang pesakit.Aku yang melihat  berlagak tenang melihat pakar bedah mengetuk skru tu dengan tukul…Perghhh!!Ngeri tapi taklah sengeri melihat mayat orang yang bunuh diri…Oh…

Pembedahan pagi tadi mengambil masa kira-kira 3 jam untuk selesai..Satu sahaja yang aku tak suka bekerja di dewan bedah iaitu pembedahan sering dilakukan kira-kira jam 12pm..Satu pembedahan mungkin mengambil masa paling kurang pun sejam..Aku amatlah tidak suka bekerja di dewan bedah pada hari Jumaat kerana aku bimbang aku akan menjadi seperti Ah Chong,Muturama dan Albert Einstein..Oh…

Kalau sempat,esok aku nak ambil gambar ngeri seterusnya mengupload dekat blog dengan harapan korang enjoy the ngeri...Oh...

P/S…Kadang-kadang aku sakit hati tatkala tidur aku yang lena ditambah pula dengan keadaan hujan di luar rumah,aku tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi deringan HP dan nombor yang terpampang pada skrin HP aku ialah  082276666…Panggilan dari dewan bedah…Oh…Moga Allah jadikan aku orang yang ikhlas dalam beribadat…







Lawak Celcom

5.48 pm, 23.12.10..

Pagi tadi ketika aku sampai di Jabatan Xray tempat aku bertugas,aku sebagai seorang staf yang mesra sempat menyapa seorang gadis…Sebaik sahaja selepas si gadis itu menjawab sapaan aku,aku ketawa terbahak-bahak sehingga terkeluar air mata kepuasan…Kepuasan ketawa..Astaghfirullahalazhim…Hilang seketika ilmu di dada..

Kenapa aku ketawa??

Aku      :….(suatu istilah diucapkan)…
Gadis   : Waalaikum salaam..
Aku      : Hahahahahahhahahahaha!!!
Gadis   : Kenapa?
Aku:     : Hahahahahaha!!(sambil mengelap air mata)


Sebenarnya aku cuma menyebut perkataan CELCOM kepada si gadis tetapi si gadis dengan spontan menjawab perkataan CELCOM yang aku ucapkan tadi dengan waalaikumussalam..Hahaha!Astaghfirullahalazhim...Tak baiknya ketawakan orang...Oh...Lepas ni korang trylh ucapkan perkataan CELCOM kepada kawan-kawan korang...Secara spontan mereka mungkin akan menjawab WAALAIKUMUSSALAM...Hahaha sekali lagi...

Er...Lain kali ucapkanlah salam dengan sebutan yang sempurna kerana ucapan salam itu sendiri mengandungi doa seorang muslim kepada muslim yang lain..Sebarkanlah salam agar anda dikasihi orang lain..Sebarkanlah salam agar timbul ukhwah kita sesama islam..Janganlah salam itu diberikan kepada orang yang kita kenali sahaja kerana ia termasuk tanda-tanda kecil akhir zaman..Orang yang terlebih dahulu memberi salam merupakan orang yang lebih mulia pada pandangan Allah berbanding orang yang menerima salam sehingga ada kisah para sahabat yang menyorokkan diri di sebalik sesuatu halangan tatkala Rasulullah hendak melintasi kawasan persembunyian mereka itu dengan harapan mereka dapat memberikan salam terlebih dahulu kepada Rasulullah..  

Kira-kira 20 minit lagi nak maghrib maka aku pun mensekiankan penaipan aku ini...Sekian,samekom...Eh silap!asamekomm...Ah silap lagi!!...CELCOM...Ah tension..!!Silap lagi...Assalaamualaikum...Barulah betul..

P/S Jom jumpa pak-pak haji sambil berdiskusi...

6.17 pm..



Solat Ajaib

6.03 am  22.12.2011

Alhamdulillah,usai solat subuh di masjid aku pun terus kembali ke rumah untuk berjumpa dengan PC aku yang baru aku beli beberapa hari yang lepas.PC ini mendapat tempat kedua cintanya daripada aku selepas si dia…(Cinta yang boleh dipersoalkan)

Rentetan daripada post imam rapers,sekali lagi imam tersebut membuat suatu aksi yang menyebabkan aku ragu dengan tahap keimamannya.Aksi kali ini bukan sahaja diaksikan oleh beliau seorang malah dua orang lagi ahli masjid yang lain..Haji-haji belaka tu..Jubah-jubah belaka..Selesai ja solat subuh dan sedikit bacaan hadis selama kira-kira 5 minit,imam dan kawan-kawannya telah membangkitkan diri untuk bersolat dua rakaat…

Aku yang baru beberapa hari mengenal islam menjadi kagum seketika dengan semangat mengumpul amal dan pahala yang begitu tinggi haji-haji tersebut…Ingin sekali aku tahu dari sumber manakah mereka melakukan amal tersebut..

Solat dhuha kah itu???Oh...

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Sekian..

Ilmu tanpa amal sia-sia,amal tanpa ilmu sesat lagi menyesatkan...oh...Licik sungguh diri mu wahai syaitan yang dilaknati..

6.30 am...Mandi,cuci baju,iron baju...Kerja....




Imam Menjadi Rapers

11 Muharram 1432H…Sehari selepas hari menyeksa diri bagi orang-orang yang disesatkan…
Hari ini hari Jumaat merangkap hari yang menjadi penghulu bagi sekelian hari dalam seminggu.Memandangkan hari ini hari yang mulia maka setiap amal kebaikan yang kita buat kerana Allah balasannya berlipat kali ganda berbanding hari-hari yang lain (Sambil menghitung amalan apakah yang aku buat tadi).Pada pagi tadi aku sempat bersubuh secara berjemaah di masjid yang letaknya kira-kira 100m daripada rumah sewa baru aku.Alkisah solat subuh pun bermula dengan satu adegan yang memeningkan kepala aku…
Aku tahu hari ini hari Jumaat maka aku dapat menjangkakan yang  para imam akan berusaha untuk mengkhatamkan surah As Sajdah di rakaat pertama solat subuh itu.Sama juga dekat tempat aku ni.Rakaat pertama As Sajdah,rakaat kedua Al Insan..Aku tak kisah imam baca surah apa pun tapi aku kurang gemar imam yang menjadi rapers (bayangkan sapa-sapa rapers yang korang kenal.Apa  yang pasti rapers yang korang bayangkan itu bukanlah Dato M Daud Kilau) tatkala membaca surah panjang tersebut.Tajwid dan kaedah sebutan tunggang-langgang…Kalau korang join aku tadi,aku yakin korang pun pening…
Aku tahulah aku ni orang yang baru dalam Islam ni..Tapi aku tahu juga sikit-sikit idgham maal ghunnah tu ertinya memasukan dengan dengung,huruf izhar ada 6,idgham kamil juga disebut idgham bila ghunnah..Aku pun tahu apa tu mad silah tawilah,mad lazim ada dua dan perlu dibaca dengan 6 harakat..huhu..Aku yang baru belajar dan sering menjadi rebutan orang untuk menjadi orang yang perlu diajar ni menjadi sensitif apabila tiba-tiba imam membaca surah dengan gaya rapers..Perghh!!Laju siot..!!!Siap tersasul lagi.Kalau tersasul sekali aku terima tapi kalau banyak kali,bek baca surah al ikhlas je.Kualiti mau ada.Ni tidak..Main bantai je.Janji ada bunyi.Budget orang lain tak hafal lah tu maka boleh dikelentong dengan sebutan yang seakan-akan betul bunyinya.Cis!!Hilang seketika kekhusyukan aku (Khusyuk?Memang tererlah!)
Dalam hati aku memberontak agar aku pergi menegur si imam namun akibat lemah iman aku pun malu untuk menegur.Yelah..dia imam aku pula cuma orang yang baru 4 hari berpindah ke kawasan tu..Korang ada cadangan ke macamna nak tegur imam-imam yang sedemikian?
p/s…Tajuk khutbah hari ini ialah integriti dalam menjalankan tugas..(tanda aku tak tidor semasa khutbah.Hahahaharunnn…)
p/s…Korang rasa bacaan al Fatihah korang dah cukup betul ke?Aku cadangkan korang test bacaan dengan mana-mana ust yang ajar tajwid.Kalau salah baca,solat tak diterima.Kalau solat tak diterima adakah malaikat Ridhuwan atau malaikat Malik as yang akan menyambut kedatangan korang?Malu mengetest bacaan,neraka padahnya…Adusss…!!(Apa guna followers ribu-riban kalau al Fatihah pun tak betul.hihihi)
p/…Korang pun rapers juga ke?Hihi!


Kisah Seram Masa Oncall

11.26 pm
Oncall kecemasan sambil ditemani 2 gadis..
Berjaya meminjam laptop daripada  salah seorang  gadis untuk online...
Pesakit yang tak putus-putus datang membuatkan aku terasa amat sibuk..(Sibuk pun boleh online?)
Tiba-tiba.....
Bayangkan korang sedang berada dalam lif secara solo pada pukul 3 am..Lif yang sering digunakan untuk membawa mayat-mayat pesakit  dari wad..Ketika itu korang dihendaki bertemu dengan salah seorang pesakit di tingkat 7...Ketika lif sampai ke tingkat 7,loceng lif pun berbunyi...Ting!...Apabila pintu terbuka,kelihatanlah satu bungkusan putih yang bujur berada di hadapan korang...Ie...Seram...

Kepada rakan-rakan yang oncall malam,selamat mengumpul pengalaman yang best.Moga dapat dikongsi dengan semua agar semua dapat menikmati kebestsan ber oncall...Sekian...Salam penuh keseraman...
P/S Makhluk tidak mampu mendatangkan apa-apa mudarat tanpa izin Allah..hihik!Jin....Jin...Jin..

Aku Cuti Radiasi

5.33pm
Setelah berjaya memujuk adik aku untuk meminjamkan laptop dia kepada aku,aku pun menaip…
Minggu lepas,29.11.10 hingga petangAhad,aku dengan jayanya telah menghabiskan segala cuti yang dibekalkan oleh KKM kepada aku.Cuti radiasi selama 5 hari aku habiskan dengan berfoya-foya di Kedah,Anugerah Negeri Banjir 2010.
Ada sedikit ketidakpuasanhati telah berlaku di hati aku sepanjang berada di sana..
1.Aku telah 80%menghampiri alam pernikahan apabila hati aku berjaya disunting oleh seorang gadis yang lawa merangkap fasi aku ketika menempuh hari orientasi di KSKB Sg Buloh dahulu.Bagi aku,lawa sahaja tidak cukup apabila pemakaian dia tidak mengambarkan dia seorang perempuan yang boleh dikatakan beriman.Aku tidak suka gadis berjeans,tak kiralah jeans longgar ke ketat ke,aku tetap tak suka.(Terimakasih sebab sudi mengorat aku dulu ye..hihi!)..
2.Sehari sebelum hari menentu belanja,aku n beberapa makcik telah bershopping untuk membeli sedikit barangan yang akan dijadikan hantaran pada hari menentu belanja..Yang aku panaz,ketika azan maghrib berkumandang,mereka-mereka itu masih sibuk memilih-milih barangan hantaran.Ah!!Aku yang fanatic solat berjemaah diawal waktu di masjid terasa seperti ingin mengamuk.Apa gunanya hantaran canggih kalau solat dilengah-lengahkan..Aku tahulah doa korang yang solat sorang-sorang di rumah tu lebih makbul daripada doa dan amin para malaikat di masjid.Aku tahulah korang tu dah sekurang-kurangnya 30 tahun peluk islam.Amal dah tinggi menggunung,bagilah can aku kumpul pahala aku dekat masjid tu.
3. Ada satu makcik mencadangkan agar si dia memakai baju yang aku kira ranggi untuk majlis menentu belanja tersebut.Cis!!Baju yang jarang,menampakkan bentuk tubuh,mengiurkan para jejaka lain yang melihat si pemakai.Cis sekali lagi!Aku tak jemput syaitan dan rakan sejawat dia datang mencemari majlis aku tu.Di awal majlis dialuni selawat-selawat,zikir dan sebagainya,tiba-tiba keluar seorang gadis seksi menunjukkan lemak dan otot-otot yang tersembul..Cis sekali lagi!Biarlah dia pakai sejam ke,seminit ke,sekelip mata ke,aku tak sanggup.Nak buat dosa,jangan ajak orang lain turut sama.Buat sorang-sorang sudah.Nasib baiklah dia akur nasihat aku untuk memakai jubah labuh.Oh…Awaklah orang yang paling cantik pada hari itu..Aku yakin,malaikat,jin,rasul,Allah suka dengan pakaian awak yang sopan itu.Aku yakin malaikat-malaikat yang datang tentu akan mendoakan kebaikan untuk awak sebab awak memakai pakaian yang sopan dan menurut sunnah.(Teka teki,setiap hari apakah para pembaca berita wanita akan memakai tudung ketika menyampaikan berita?)
4.Lain kali kalau nak bertentu belanja,tak payahlah buat majlis yang seolah-olah majlis kahwin..Susah-susah je..Cukup hantar mak ayah,cakap kat orang tua si gadis yang kita nak memperisterikan anak dia dan mencadangkan jumlah maskhwin serta hantaran..Bagi cincin mainan seketul..(Aku terpaksa ikiut adat melayu..huhu..)
5.Aku yang fanatic buah asam terasa kempunan apabila berjaya menjolok buah tersebut dengan banyaknya tetapi aku sendiri tidak dapat menikmati buah tersebut.Aku hanya sempat makan dalam 3 biji je (Aku kupas sendiri)…huhu..Tolonglah kupaskan untuk aku sebab aku malas mengupasnya..Ingat senang ke nak jolok buah tu..Banyak kerengga..Aku dah penat jolok,awak rajin-rajinkanlah diri mengupasnya..huhu..Batu belah batu bertangkup…Makanlah aku sebab aku kempunan buah asam yang sedap itu…(Astaghfirullahalazhim…)
6….Habis….Sekian…
P/S Kepada si dia,tak payahlah berangan nak pakai baju seksi macam kuli-kuli yang mengutip sampah,mengajar cara memakai tali pinggang keselamatan,menjual barangan di kapal terbang yang awak naiki tu ye..Nanti kena cerai,saya juga yang susah takde tempat bergantung…(Uik!Allahlah tempat bergantung yang hakiki) Sekian…Salam Tahun Baru Islam
P/S Azam?4 Bulan?40 hari?3 hari?Sejam?Demonstrasi?GMI?Undi?Pasir?Kahakz!

Ini Mungkin Entri Terakhir

Ini Jalan Ke Sekolah Aku Dulu

7.22 am,berlatar belakangkan alunan lagu Dalaade For Adeline oleh Richard Clayderman,aku pun menaip..
Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di rumah.Sekitar jam 3.00pm,aku akan bertolak ke Kuala Nerang kerana ada urusan penting yang perlu aku selesaikan di sana.Aku akan berada di sana selama 1 minggu seterusnya kembali ke Sarawak semula untuk kembali bertugas di Hospital Umum Sarawak.
Hari ini juga merupakan hari terakhir aku menghadap PC kesayangan aku..Hari terakhir aku berblog..Hari terakhir aku berfesbuk…Hari terakhir bermain game General Zero Hour..Dan yang paling best,hari terakhir aku bersolat secara solo di rumah..Rumah aku dengan masjid terdekat ialah kira-kira 35 km..
Kepada para pengunjung blog,aku mengucapkan terima kasih kepada korang sebab sudi singgah kat blog aku ni.Singgahan korang sentiasa aku balas.Janganlah jemu untuk saling menasihati,biar pun segalanya mungkin menusuk hati.Apa yang penting,cahaya kebaikan itu mampu sampai ke dalam hati.Sering kita mendapat nasihat daripada orang lain dan sering juga kita terasa hati bila ditegur.Itulah petanda baik yang menunjukkan bahawa iman dan nafsu tengah berperang untuk menentukan siapa yang akan menang.Celakalah orang yang tewas kepada nafsunya dan sebaliknya berbahagialah seseorang jika imannya mampu menundukkan nafsu deripada terjebak dengan perkara yang boleh menyebabkan Allah murka..
Sekian….
P/S…Selalu-selalulah doakan kebaikan untuk aku..Sebaik-baik doa ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain tatkala sahabat yang didoakan itu tidak mengetahuinya..
P/S 2…Berhati-hati ketika memandu,jangan sampai ter MC 6 minggu macam aku.Jangan sampai tulang rusuk patah seterusnya mencucuk paru-paru macam aku..Jangan sampai tulang skapula kiri korang retak macam aku…Sekian sekali lagi…

Maksimasi Cuti


1.36 pm

Cuti sakit aku cuma tinggal seminggu sahaja lagi.Walaupun dalam keadaan yang belum sepenuhnya cergas seperti dulu,aku telah berusaha untuk memaksimumkan cuti-cuti aku dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti bermain game,baca blog kengkawan,baca buku,berbual-bual dengan orang-orang tua dan bercuti-cuti 1 Asia.Terdapat 2 tempat menarik di Asia Tenggara ini telah aku lawati sepanjang dua hari ini iaitu...Ikutilah gambar-gambarnya....

 Sungai Kampung Bunan Gega
 Ini pun dia
 
 Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak 
 Sebuah pondok di tengah kota 
 Kelihatan penghuni pondok sedang memasuki pondok mereka 
 2 penghuni pondok yang ceria

Sebenarnya aku amatlah malas untuk mengupload gambar-gambar kerana akan menyebabkan blog aku ni lambat untuk loading.Begitu juga dengan gadget-gadget yang terlampau.Jam kelop-kelip,senarai pautan,pengikut,RSS,kartun-kartun animasi dan sebagainya.Semuanya akan menyebabkan peloadingannya lambat dan kadang-kadang fail..Sekian,selamat bercuti..

P/S Gambar diambil dengan kamera 0.3 megapixel maka kekaburan yang berlaku amatlah dikesali.Apa yang penting.....?Peloadingan cepat.








Subuh Jumaat Si Mamat

5.43 am waktu Malaysia…
Peace be upon you…
Bersamaan dengan 26.11.2010,tepatlah 31 hari aku di MC kan oleh pakar bedah Hospital Umum Sarawak merangkap 31 hari jugalah aku terpaksa mensolokan diri untuk bersolat fardu.Sudah tentunya pahala korang berjuta kali lebih banyak daripada aku kerana korang menjemaahkan diri korang untuk bersolat fardu di masjid (KALAU).26.11 ini juga merupakan hari yang amat bermakna dalam hidup aku dan tiada hari lain yang aku rasa paling best daripada hari bertarikhkan 26.11..26.11,aku dengan rela hati dan penuh kedebaran telah mengaku tiada yang layak disembah melainkan Allah dan aku mengaku Muhammad saw itu pesuruh Allah.
 Oh!Hari ini juga ialah hari Jumaat,maka salam penghulu segala hari aku ucapkan buat korang.Subuh tadi berjemaah di tempat yang sebaiknya ke?Mungkin korang telah bersama-sama bersujud sajdah seperti kebiasaannya yang diamalkan untuk kebanyakan subuh hari Jumaat.Aku juga amatlah suka dengan hari Jumaat ni.Pahala berganda jika kita melakukan sesuatu amal berbanding jika kita beramal di hari-hari yang lain.Kalau suami isteri,malam tadilah malam sunat katanya.Malam di mana kita digalakkan untuk membiak dan menambah zuriat..(Patutlah tak nampak pakcik-pakcik tu kat surau subuh tadi..Must bath rupanya)
Kalau di kolej dulu,akulah orang yang paling awal untuk datang ke surau kerana aku bimbang akan ada orang lain yang lebih awal seterusnya dia pula yang mendapat peluang untuk melaungkan azan.Bang tu hobi aku.Ehehe.Bab pahala tak payah ceritalah,mungkin semua dah tahu.Syaitan dan iblis takut dengan orang-orang yang melaungkan azan dan azan ialah dakwah yang paling sempurna.(Aku silap,tegur)
Macam biasa,selesai azan aku akan solat dulu 2 rakaat sebelum subuh.Lepas tu baca dulu semuka al quran sementara menunggu student lain tiba.Aku sempat juga perhati sekeliling sambil mengira jumlah yang datang.Uih!!!Ramainya!!Lebih seribu!Ha…Tempat korang ada ke?Melihat sudah ramai yang datang aku pun bangun perlahan-lahan untuk iqamah.Sebelum sempat aku memegang mic,seorang student lain dengan pantasnya memegang mic itu dan iqamah.Cis!!Tak minta kebenaran aku pun.
Aku pun berdiri di saf hadapan belakang tempat imam sebab atas kepala aku tu ada kipas (rahmat zahir tanpa berselindung,bukti Allah bagi rahmat awal untuk saf pertama).Sedang aku khusyuk menunggu imam maju ke tempatnya,tiba-tiba aku  terasa seperti di langgar kereta.Hampir tersungkur aku dibuatnya.Cis!!Rupa-rupanya ada seorang mamat menolak aku untuk menjadi imam.Marah juga aku masa tu.Siaplah kau mamat.Kau tolak aku  ye..Tahulah nasib kau nanti.Dahla aku yang azan,aku juga yang imam.Ah!!Sebab aku ada janggut sikit kau tolak aku jadi imam ye…Hmm…Nanti kau..
Aku pun terpaksa maju dan jadi imam.Aku pun bersolat dengan tidak khusyuknya sebab mencari idea untuk mentazkirahkan si mamat.Selesai al fatihah aku pun baca,Alif laaaaaam miiiiiim…sampai sepuluh ayat aku pun ruku….sehingga selesai solat…
Ketika menghampiri pintu keluar surau,si mamat pun bertanya kenapa aku tak baca surah tu sampai habis.Cis!!Dahla tolak-tolak,banyak komplen pula.Ikut suka akulah nak baca apa walaupun subuh jumaat.Aku pun tanya pada dia,
“A..syeikh,kenapa pula?”
“Yelah,subuh Jumaat,kenalah baca surah as sajdah seterusnya kita sama-sama bersujud sajdah”..Aiseh..Terkenalah aku.Aku pun tanya balik,
“Syeikh,yang sunatnya baca surah sajdah ke sujud sajdah?”
“Sujud tulah yang sunat..”…aku pun jawab,
“O… kalau macam tu,lain kali bacalah surah al alaq ke,surah maryam ke,surah Insyiqaq ke…boleh?Pastu kita sujud sajdah”
Dia pun jawab, “Err…Boleh kot”..
Ah!!Ber kot-kot pula…Tak diterima amal ibadah kita kalau ber kot-kot..Kenalah yakin dengan apa yang kita buat tu.Aku tanya lagi pada si mamat,
“Saya nak dengar awak baca bacaan semasa sujud sajdah boleh?Kot-kotlah bacaan saya salah”….
Dia jawab… “Err….Lupalah…”.
Ah!!Lagilah aku hot.Dahla banyak komplen,aku suruh baca yang simple,tak tahu pula.Ya ya ja nak aku baca panjang-panjang.
Sekian……Kisah benar ketika aku di kolej dahulu…
P/S…Cukup 3 minggu berturut-turut,kalau imam yang sama,tukarlah baca surah lain pula ye.Tak kan asyik surah sajdah je kot.Ada 112 surah lain lagi yang boleh dibaca.
P/S 2..Jemaah masa tu tak sampai 10 orang..Yang lain-lain tu,jin dan malaikat..(Best solat kat surau,malaikat tolong aminkan doa.Yang penting awal waktu sebab mana ada malaikat lengah-lengah solat macam korang.Tol tak?Ha…)…Selesai,6.48 am waktu tempatan



Si Kecil Pun Takutkan Neraka

Assalamualaikum dan salam 1 blogger buat para pembaca yang menganggur,PTPTN belum bayar,para pekerja ofis yang curi-curi baca blog,para cikgu,pakar radiologi,ustaz-ustaz,pekerja Firefly dan rakan-rakan sejawat yang aku kasihi..Tidak lupa juga buat para pelajar U yang pandai-pandai belaka sebab korang masuk U..
Ada satu kisah yang aku baca dalam henfon express music 5630 aku yang canggih itu yang ceritanya lebih kurang….
Pada suatu hari ada seorang lelaki tua berjalan-jalan di tepi sebuah sungai.Sedang dia berjalan,dia terlihat seorang anak kecil sedang mengambil wudhu sambil menangis.
Apabila melihat anak kecil itu menangis,dia pun berkata: “Wahai anak kecil,kenapakah engkau menangis?”
Maka berkata si anak kecil itu: “Wahai pakcik,saya telah membaca satu surah dalam al quran sehingga sampai ke satu ayat yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu….” ..Saya menangis sebab saya takut saya akan dimasukkan ke dalam api neraka”.
Berkata orang tua itu: “Wahai anak kecil,janganlah kamu takut.Kamu akan dipelihara dan dijauhkan daripada api neraka”.
Berkata pula si anak kecil itu: “Wahai pakcik,pakcik adalah orang yang berakal.Tidakkah pakcik melihat ketika orang menyalakan api,yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kecil kemudian barulah diletakkan kayu yang besar-besar.Jadi,tentulah saya yang kecil ini akan terlebih dahulu dibakar berbanding orang dewasa yang lain”.
Berkata orang tua itu sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa.Maka,apakah keadaan kami nanti?”
Sekian kisah yang amat menginsafkan aku..
Aku sering solat di merata-rata surau dan pelbagai karenah manusia yang aku temui.Contohnya ketika bersolat berjemaah dengan para veteran. Ketika itu,akulah makmum yang paling bongsu di antara semua makmum yang datang (3 orang tak termasuk imam).Bangganya aku sebagai lelaki beriman . Aiseh!Ketika aku sudah mengunci solatku,aku terdengar jiran aku bertakbir.Alwohuwakbar..kadang aku dengar,Allaaaaaaaaaaahuakebar.Kadang aku dengar,Allah…(sunyi seketika)..huakbar..,kadang aku dengar,Allahuakbaaaar..Kadang tak dengar langsung..Dan pelbagai versi lain.Hm,lemahnya aku untuk membuat teguran..Huhuu..Sekian sekali lagi..
P/S: Takbir pengharaman ialah salah satu RUKUN dalam solat.Jangan pandang remeh dengan kaedah menyebutnya.Cari pakar untuk membetulkan bacaan korang sebelum korang solat dengan sia-sianya selama korang hidup ini.
P/S 2: Sesiapa mampu teka surah apa dan ayat keberapa surah yang aku cakapkan tadi,aku akan hadiahkan satu software henfon percuma buat korang.Macam mana nak bagi,nanti aku kisahkan.(7.42 pm..Jom Isya’ secara solo)-Publish,8.18pm

Mesej Sulit Facebook

(Berlatarbelakangkan bunyi cengkerik mengerit,ayam berkokok,anjing menyalak dan sedikit haruman masakan emak,aku pun menaip di satu lembaran words sebelum di kopi paste ke bahagian posting blog..Malas nak terus publish)-5.29am
Peace be upon you.Beberapa hari yang lepas aku ada menerima satu mail dalam inbox fesbuk aku yang berbunyi,
“Salam..(Ah!!Pemalas dan mengharap aku fahamlah tu)..anta terima ke perempuan dalam facebook ni?”
Aku menganggap ia sebagai satu mesej yang sulit kerana kalau tidak apa susahnya untuk mengpost mesej itu dekat wall aku.Aku menjadi pelek dengan soalan semudah itu tetapi dirahsiakan daripada bacaan umum kecuali aku dan si muslimat itu.Sebelum jawab soalan tu,aku pergi tengok dulu info empunya soalan.Wah!Islamik sungguh si dia!Tempat belajar,Uni. Mut ah Jordan.Kolej,smkA…Interest,women sahaja.Tapi sampai bab tarikh lahir (aku sangka baik),bulan dan tarikh sekian-sekian,1995..Oh…Korang sendiri,kalau otak tak lembablah,pasti akan sedikit mencurigai status tu dan mungkin sudah bersangka-sangka.
Soalan yang amat pendek tetapi dimesej ke dalam inbox menyebabkan aku yang cerdik ini (astaghfirullahalazhim..)mula mentafsir ayat tersebut dengan pelbagai pantafsiran.
Apabila dia beranta enti,maka aku akan anggap dia ni seorang yang suka bab-bab islamik seperti usrah,halaqah,dakwah,baca quran,tabligh,jim,haluan,demo,ISA,rehlah,PAS dan sebagainya..Oh…Dia tanya aku,aku terima ke tak perempuan dalam FB..Mungkin dia nak berkias supaya aku terima dia sebagai isteri (aku perasan seketika) walaupun kenal dari FB.Aiseh!Ataupun,dia hairan melihat post-post aku yang ada unsur-unsur islamik sedikit tetapi frenz aku ada pelbagai jenis.Ada rambut dye,pakai singkat nampak pembonjolan mamari,mata kaler hazel and tengah berhimpit lelaki wanita ketika posing dalam gambar..
Aku dalam bab-bab FB ni tak kira kenal ke tak orang tu,aku tetap akan add people you may know atau terima ja request daripada sesiapa.Orang yang suka tayang aurat ke,tengah peluk-peluk ke,tudung labuh ke,pendakwah kristian ke…semua aku terima.Add and accept selagi terdaya.
Aku tahu,sesetengah orang ni,dia akan check dulu info orang tu,kalau ada unsur islamik baru dia add atau accept. Cakap n cita-cita nak jadi pendakwah tetapi memilih-milih orang yang nak dijadikan sasaran dakwah.Pilih ahli jemaah yang sama-sama kelihatan alim dan wara sesama mereka lepas tu membincangkan masalah umat n memikirkan program yang nak dianjurkan sampai 2-3 am..Sampai aku tertunggu-tunggu dia datang masjid untuk solat subuh berjemaah.Last-last,aku yang azan,aku juga yang jadi imam.Hm.Bual-bualah sikit dengan aku yang kureng bab-bab agama ni.Takkanlah sesama korang yang ustaz-ustaz je yang korang nak dakwah kot.Aku pun nak juga.
 Ataupun kalau gambar orang yang dia nak add atau accept tu hensem n lawa,baru dia terima.Hehe..Nafsu punya pasal..Dulu,bukan main lagi nak pulaukan FB,konon-kononnya taknak bersubahat dengan yahudi.Malaslah nak ulas,buang masa je.
Aku ber FB ni tak kira orang.Aku ni dahlah lemah nak jumpa orang muka ke muka untuk berdakwah.Orang yang aku nak jumpa pun selalu juga buat-buat sibuk.Ada-ada ja alasan.Nak jumpa para gadis,lagilah aku malu.Kelu lidah tak tahu nak cakap apa melainkan menikmati indahnya kejadian para gadis tu.Korang bayangkan aku sampaikan benda mudah dekat FB tatkala frenz aku mencapai 5juta orang (contoh!!!)..Contoh,hari ni aku sampaikan bab solat berjemaah..Tak akan diterima solat seseorang yang bersolat secara sendirian tanpa uzur yang digariskan syara’ tatkala rumahnya dengan tempat solat adalah sebumbung.Atau ketika dia mampu mendengar laungan azan.Maka mesej yang aku postkan ini akan berlegar di ruangan news frenz aku yang 5juta itu (Contoh!!)..Untung-untung ada yang terkesan dan beramal dengan apa yang aku postkan tu.Aku juga yang akan dapat pahala andai frenz aku tu amalkan tanpa mengurangi sedikitpun pahala dia.
Sekian daripada aku.Macam biasa,aku nak g sarapan dulu…Jangan sampai jam 10 am pun tak isi perut.Nanti IQ korang lemah.Kahakz!..Err..
(Tertunggu-tunggu apa kata si gadis)
P/S, perempuan Islam yang tak pakai tudung n pakaian ketat sehingga nampak otot punggung n mamari juga adalah muslimat .Bukan korang yang bertudung labuh ja yang muslimat ok.Sekian sekali lagi.

Tanpa Tajuk

Hari ke 27 aku menjadi penganggur separuh masa kerana terpaksa merehatkan diri bagi memudahkan proses penyembuhan tulang rusuk dan skapula yang patah.Aku lebih banyak menghabiskan masa di hadapan PC aku yang amat ku cinta setelah emak dan ayah (Aku pun cintakan Allah dan rasul da..Xpayah banyak statemnts).Awek?Mana ada awek,bekas-bekas awek ada (macam banyak)..Aku jemu..Astaghfirullahalazhim,terlupa aku memberi salam kepada korang,assalamualaikum…(terlajak perahu boleh diundur,terlajak taip aku malas nak backspace dan sebagainya).
Mengulas aku tentang teka-teki yang terdapat dalam post aku yang lepas maka sebelum aku memberikan jawapannya ingin aku ceritakan sedikit analogi di sebalik teka-teki itu..
Putera raja yang hensem,cerdik lagi teruna (tak mainlah yang sudah ditebuk dan suka menebuk),itulah kita..Kesempurnaan yang Allah iktiraf sendiri dalam surah…..(korang selalu baca quran jadi tentu tahu.kan?kan?Umur pembaca paling kurang 20 tahun.Pandai baca quran umur 7 tahun jadi 13 tahun membaca quran,kalau tak tahu juga…)..Dahlah hensem,putera raja pula tu.Aku cakap putera raja sebagai menggambarkan darjat yang tinggi.Kita kan mengaku khalifah Allah di muka bumi (aku pernah tanya seorang brother atas sebab apa Allah hantar dia ke bumi.Dia jawab,untuk menjadi khalifah Allah.Aiseh!).Apa-apapun, jangan lupa walaupun korang perasan diri korang itu khalifah agung korang tetap seorang hamba yang hina dina yang dijadikan daripada sari pati air yang hina..(macam pernah ku dengar,dkt surah mana ya?kahaks!)
Keinginan putera untuk berumahtangga aku maksudkan dengan keinginan kita untuk mencari kebahagiaan dalam hidup.Nak dapatkan kebahagiaan,bukanlah mudah.Mungkin perlu kena cepuk dengan batang penyapu macam putera tu.Perlu ada banyak pengorbanan.Semakin tinggi hajat kita,semakin besar jugalah pengorbanan yang perlu kita buat.
Mamanda PM,tempat putera bertanya dan minta bantuan.itulah sahabat-sahabat kita yang kita percayai.Sahabat yang mampu menjadi tempat kita mendapatkan jawapan dalam persoalan yang mungkin timbul tatkala kita menjalani hidup ini.
Aku yang memberi klu..itulah petunjuk yang jelas daripada al quran dan hadis.Setiap masalah pasti ada jawapannya di dalam al quran dan hadis.Kita banyak beralasan kerana kita sendiri (aku terutamanya) malas mengkaji dan mengaji.Aku cepuk kepala putera dengan batang penyapu,sebab kita ni nak kan sesuatu,tak bolehlah asyik kena suap.Usahalah sendiri.Petunjuk dah jelas.
2 simpang,satu kalau kita ambil kita terbunuh,lagi satu dapat jumpa dengan puteri yang cantik,perawan (tak mainlah yang dah ditebuk dan suka ditebuk) dan cerdik (aku lagi cerdik) Simpang maut,itulah neraka.Ada sapa-sapa yang nak masuk neraka,sila angkat tangan..Aku nak kira..1,2,3…1juta…1 bilion..Wah,ada juga ye..Itulah kita manusia,mulut kata tak nak tapi perbuatan kata nak.Mulut kata tunjuk aurat itu haram tapi pakainya baju jarang sehingga menampakan bra pink,hitam,kaler krim dan bunga-bunga.Kita kata pergaulan bebas,bersentuh2 sesama orang yang halal kita nikah atau haram sementara untuk dinikah tetapi kita buat juga konsert jom heboh..Konsert amal..(aku malas nak ulas kata2 salah seorang pekerja d JPM ketika aku bertanya kpdnya dulu,bahaya)..Kita larang anak kecik kita main api tapi kita bagi dia mancis untuk belajar kira2..Kita kata tayang rambut itu haram,kita paparkan juga iklan rejoice. “Taklah cuma rejoice..Kenapa berbelanja lebih untuk rambut yang cantik..(lawa x gadis dalam iklan tu?Lawa kan?Kan?Rasa nak dijadikan bini je).. Kata nabi saw,
“Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 perkara dan melupakan 5 perkara”
1.Mereka cintakan dunia tetapi lupakan akhirat.
2.Mereka cinta kepada harta tapi lupa akan hisab.
3.Mereka cinta pada makhluk tapi lupa pada al Khaliq.
4.Mereka cinta pada gedung-gedung mewah tapi lupa akan kubur.
5.Mereka cinta pada dosa tetapi lupa untuk bertaubat.
Simpang ke istana,itulah ke syurga.Semua kita (yang beriman) tahu ,mati nanti kalau tak ke syurga ke neraka.Tol tak?Masalahnya,untuk ke syurga itu kita sering terlupa dan keliru akan jalannya walaupun kita tahu yang haq itu haq,yang batil itu batil.Tengah2nya kesamaran yang perlu dielakkan.Itulah kembar..Kita tahu dia kembar.Kita tahu seorang akan cakap benar,seorang kaki penipu.Hanya satu soalan yang mampu menyelamatkan iaitu…(nanti aku bagi),aku andaikan sbg kalimah tahlil yang sering kita zikir dan wiridkan.Kalimah yang lebih berat dpd dunia dan seisinya andai ditimbang..(bayangkan simbol BN)..Itulah kalimah Laailaahaillallah..Soalan lain yang diandaikan sebagai kalimah lain tak dibenarkan sebab ada kalimah lain yang boleh membawa korang ke syurga selain kalimah tahlil tu?


Seterusnya jawapan….(eh!Mak aku panggil ajak sarapan!Aku pergi dulu!)-5.49am
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapannya,
Tanya pada salah seorang kembar,
“Adik berdua ni pasangan kembar ke?”..(sebab kita dah tahu dia kembar.Kalau kaki penipu tu jawab,konfmlh dia cakap bukan.Tol x?) Lepas tu?Takkanlah habis setakat itu je kan.Sedikit penelitian perlu dibuat.Aku kata cuma boleh BERTANYA satu soalan.Ada belajar bahasa melayu x?BERTANYA!Melayu mudah lupa (maaf cik mard)..tak semua lupa…Ok,lepas tu,korang ARAHKAN kembar tadi tunjukkan arah ke istana.Kiri kah?Kanan kah?Kalau si penipu yang tunjukkan,korang ambiklah yg bertentangan.Faham ke?..SLOW?Kahaks!Sebelum korang beredar ke istana,korang tolong aku mencepuk kepala kembar yang suka bohong tu dengan batang penyapu.Bagi benjol!Sekian,salam IQ tinggi..Klik SINI untuk dapatkan hadiah sebab korang dah susah payah fikirkan jawapannya.Hihi!







Kisah Putera Hensem

Berlatarbelakangkan bunyi ayam berkokok dan cengkerik mengerit (aik?mana perginya bunyi babi-babi yang selalu kedengaran tu?),maka aku pun menaip…(5.27am)
Pada kali ini,aku ingin mengajak sekalian pembaca (macam ramai je) untuk sama-sama berfikir untuk mencari jawapan kepada 1 persoalan yang aku kira amat menarik untuk difikirkan bersama.Persoalan ini memerlukan korang semua untuk berimaginasi seterusnya membayangkan diri korang sebagai watak yang aku akan ceritakan nanti…(Perasan hebat ye,nah!!)
Pada suatu hari,ada seorang putera raja yang amat kacak dan teramatlah hensem,gagah,cerdik (aku lagi cerdik) dan masih teruna(tak mainlah yang dah ditebuk dan suka menebuk),telah berkenan untuk mencari seorang puteri raja untuk dijadikan sebagai isterinya.Maka si putera telah mengarahkan perdana menterinya (slogan PM ni,1 umat,1 akidah) untuk mengumumkan perkara itu.
Aku,yang kebetulan kamcing dengan seorang puteri raja yang amat lawa,perawan (tak mainlah yang dah ditebuk dan suka ditebuk) dan cerdik (aku lagi cerdik) telah memberitahu perihal puteri yang merangkap kamcing aku itu kepada putera yang excited nak kahwin itu.Aku pun berkata:
“Sesungguhnya patik yang hina dina ini ada kenal dengan seorang puteri raja yang cantik jelita di suatu negara yang patik sendiri tidak ingat nama negara itu”
Putera pun berkata, “Baiklah,cuba cerita sedikit pada beta macam mana caranya agar beta boleh bertemu dengan tuan puteri itu”.
Aku menjawab, “Begini,tuanku hendaklah berjalan hingga tuanku bertemu dengan satu simpang 3.Satu jalan ke kanan,satu lagi ke kiri.Salah satu jalan itu akan membawa tuanku ke istana tuan puteri dan yang lagi satu akan membawa tuanku ke satu kawasan yang akan menyebabkan tuanku mati jika melaluinya.Namun,ada bonus untuk tuanku.Betul-betul di persimpangan itu ada sepasang kembar yang sangat lawa yang boleh dijadikan tempat bertanya kerana mereka tahu jalan menuju ke istana puteri tersebut.Salah seorang kembar ni suka dan sentiasa bercakap bohong dan seorang lagi suka dan sentiasa bercakap benar.Tuanku hanya dibenarkan bertanya satu soalan sahaja kepada kembar tersebut.Pertanyaan kedua akan menyebabkan pasangan kembar itu hilang dari pandangan tuanku”.
Putera pun berkata, “Oh…Rumit juga ye..(Bukti aku lebih cerdik daripada putera kerana baginda mengeluh)..Awak ada klu lain tak?”
Sambil mencepuk kepala putera dengan batang penyapu aku pun berkata, “Nah ini klu nya.Padan muka.Semua nak kena suap”…
Sekian,korang bantulah tuan putera yang kacak lagi hensem dan teruna (tak mainlah yang dah ditebuk dan suka menebuk) itu ya.Gudluck.Adios!Amigos!

p/s….Orang islam yang cerdik lebih disukai Allah dpd orang islam yang lembap pemikirannya.Tak betul,bagitahu ye…
(Bunyi babi kelaparan telah mula kedengaran)

Aku Bukan Monyet

Melalui laman sosial Facebook,seorang gadis telah memberi satu pesanan mail kepada aku yang ayatnya berbunyi lebih kurang:
“Salam (sepatutnya taiplah Assalamualaikum,tunjukkan kesungguhan kita dalam mendoakan orang lain).Saya nak minta tolong nasihatkan kawan awak agar dia menerima hakikat bahawa saya bukan milik dia lagi”
Aku sebenarnya amatlah malas untuk melibatkan diri dalam hal ehwal rumah tangga orang yang aku anggap masih sebagai hal ehwal rumahtangga monyet.Sebab apa?Inilah yang sering berlaku di kalangan manusia yang suka menjerumuskan diri dalam dunia cinta-cinta.Sekejap cinta,sekejap putus.Konon-kononnya cinta sejati,berjanji sehidup semati,berjanji akan taat setia sampai mati..Ah!!!Aku jemu!(seolah-olah aku pula yang banyak bercinta-cinta ni)Aku bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini berbanding sifu aku ketika mengaji di Universiti Malaysia Sabah dahulu,Ustaz Sarip Adol.Ustaz ni juga amat popular di kalangan murid-muridnya dengan gelaran “ustaz cinta”.Kalau korang tak pernah miss rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam,aku yakin korang pernah melihat beliau menjadi salah seorang ahli panel yang terlibat.
Demi menyempurnakan hasrat si gadis tadi,maka aku pun menaip agar semua orang boleh berkongsi.Aku pun tak tahu apa sebenarnya maksud “saya bukan milik dia lagi” tu..Adakah dia dah berkahwin atau mempacarkan diri dia dengan monyet yang lain.Aduh..Engkau perlu tahu wahai sahabat ku yang tengah kecewa.Memang..Dia memang bukan milik kau.Dan bukan milik sesiapapun dengan mutlaknya di dunia ini.Kepada sahabatku,mengapa engkau perlu kecewa?Apa yang kau perlu sedar bahawa dengan terjadinya putus cinta monyet tersebut telah menunjukan bahawa Allah amat sayang akan dirimu agar tidak terus menjadi monyet.Allah tahu bahawa engkau banyak lalai dalam mengingatiNya lantas Allah telah memisahkan kau daripada dunia monyet tersebut.Sesungguhnya aku tahu keadaan engkau semasa berada di kolej dahulu.Aku juga memperhatikan keseronokan kau bergaul dan memonyetkan diri engkau dengan cinta terlarang tersebut.Mungkin juga atas berkat doa orang lain yang sayang akan engkau dan tidak ingin melihat engkau terus leka dalam dunia monyet maka perkara ini terjadi.
Pernahkah engkau membaca dalam al quran tentang ayat Allah yang melarang kita orang-orang beriman agar kita janganlah melalaikan diri daripada mengingatinya atas sebab harta,anak-anak dan isteri? Jika benda yang menjadi tanggungjawab kita untuk mengusaha dan memeliharanya seperti anak,isteri dan harta pun boleh melalaikan apatah lagi benda yang Allah larang.Lagi-lagilah melalaikan.Nah!Apatah lagi dalam dunia pemonyetan..Yang mana,kau kena jaga hati pasangan kau,kena selalu menelefon atau memeseji dia agar dia tak terasa dilupakan,kena belanja dia itu ini agar bertambahnya kasih sayang dan ajar dia sikit-bab islam agar nampak islamik sikit cinta monyet korang tu.Hm…Aku pun pernah mengalaminya…
Engkau pun tahu juga,apalah sangat putus cinta kau berbanding aku yang putus tunang walaupun bertunang selama 4 tahun.Tak macholah kalau kau merasa kecewa dengan putusnya cinta monyet kau itu.Hanya orang yang pondan jiwanya sahaja akan kecewa dan berputus asa dengan ketentuan Allah.Apa-apapun,kami (aku termasuk jin-jin yang lain) akan terus mendoakan kau agar sentiasa ingat akan Allah dan Allah pelihara kau dari terjerumus dalam dunia pemonyetan itu.Soal jodoh,biar Allah yang uruskan,Yang penting,kau tingkatkan kualiti diri kau agar sapa-sapa yang tengok dan kenal kau akan mudah tertarik dengan kau seterusnya menjadi teman sepemonyetan,Oppss!!seterusnya menjadi isteri kau yang sah tanpa terjerumus semula menjadi monyet.Peace!!No monyet at all!(macam dialog,no pork at all)

P/S…Ramai peminat jadi tak payah risau2.Kalau pun tak ada manusia yang minat,peminat di kalangan jin mungkin ada.Kahaks!(Maaf andai kata-kata ku menusuk hati)

Kaki Debat

(11.05am,selesai mandi dan membiarkan adik perempuan aku yang kuat bercakap tanpa batasan itu membasuh baju yang aku pakai malam tadi maka aku pun menaip..)
Kali ini aku ingin bercerita tentang maksiat zahir yang sering kita lakukan iaitu maksiat lisan..(Dengan lagak seorang ustaz (walaupun aku bukan ustaz)):
“Tidak akan dapat lurus iman seseorang kecuali luruslah dulu hatinya dan tidak dapat lurus hati seseorang kecuali luruslah dulu lisannya”-(sila tanya pakar tentang hadis ini,ok!)
Kebanyakan kita termasuk aku amatlah suka berkata-kata tentang sesuatu yang tidak memberikan manfaat kepada diri.Contohnya,selalu bercakap mengenai kelemahan orang lain tanpa diketahui oleh orang itu dan andai diketahui oleh orang itu akan mampu membuat orang itu sakit hati dan jatuh maruah diri.Selalu juga aku dengar seseorang bercakap tentang parti-parti politik.Mengatakan pemimpin ini sekian-sekian.Pakai tudung nampak jambulah.Jangan ikut parti itu nanti masuk nerakalah.Buat apa ikut jemaah itu,tinggal anak bini di kampung kelaparan dia makan sedap-sedap di masjid,tidur, baca kitab sekian-sekian.Haiya!Lebih banyak mengata daripada berdoa.Nilailah kata-kata korang itu.Kalau ada manfaat,teruskan Kalau hanya membawa kepada perpecahan umat,baik diam.Ingat,setiap kata-kata korang malaikat akan catat.Korang cakap orang lain kapir tetapi dalam masa yang sama orang yang korang cakap kapir itu masih setia menunaikan solat fardu 5 waktu di awal waktu secara berjemaah,membaca al quran,tahu babi itu haram di makan,tahu haramnya memakai salib,tahu haramnya menggunakan colok untuk sembahyang maka awaslah korang.Janganlah perasan terbaik hanya kerana perlembagaan islam yang korang guna.
Ada juga orang yang suka membicarakan sesuatu yang bathil.Misalnya menceritakan perihal wanita-wanita bagi kaum lelaki dan sebaliknya.Cantiknya gadis itu.Besarnya #$%$%& dia.Cantiknya potongan badan dia.Atau duduk bersama orang yang fasik sambil membicarakan perihal kesombongan para pembesar negeri dan memuji tindak tanduknya.Ada juga yang sering mengulang tayang kelemahan seseorang pembesar di media massa seperti TV.Macam minggu lepas,dah 3 4 kali aksi marah seorang pembesar negeri salah sebuah negeri di utara diulang tayang yang aku yakin perbuatan ulang tayang ini hanyalah untuk menunjukkan kelemahan pembesar itu,seterusnya membesarkan kelemahan itu tanpa sedar dia sedang menjatuhkan maruah sipembesar negeri tersebut.Begitu juga apabila seorang pembesar tengah membuat kebaikan contohnya menyumbangkan cek di atas pentas.Berita yang pernah aku tengok 2 hari lepas masih juga diulang tayang di ruangan berita negeri.Haiya.Sekali cukuplah!Aku taulah pembesar itu baik.Malaikat dah catat pun kebaikan dia tu dan tak dicatat banyak kali walaupun banyak kali diulang tayang di ruangan berita.Bosan!Lainlah cerita P Ramlee.Ulang tayang banyak kali pun belum tentu bosan.
Ada juga yang suka berdebat dan berbantah-bantah sesama saudara seislam.Masing-masing cuba menunjukan kehebatan diri dan menjatuhkan pihak lawan.Aku rasa,si pendebat itu sudah tentunya merasakan diri dia lebih pandai daripada orang lain sebab tu dia suka kalau dia menang.Menjadi kepuasan dalam diri dia andai dia menang walaupun pada pandangan Allah apa yang dia menang itu hanyalah perkara yang tidak memberikan manfaat kepada dia.Pendebatan dia,dia sertai dengan ejekan dan celaan dan secara terang-terangan menyalahkan lawan dia itu.
Pernah juga aku duduk berbicara dengan kaki debat ni.Hm..Bila aku suruh kau berdebat (cara yang baik) dengan pak sedara aku yang paderi tu,takut pula.Bila aku tanya kenapa darah orang kapir tu halal,terdiam pula dia.Aku tanya,kenapa orang islam dilarang makan babi dia cuma jawab,sebab dalam quran cakap haram jadi haramlah.Ceh!Ingat kapir akan tertarik dengan islam ke kalau bagi jawapan macam tu?Lagi,bila aku tanya, setelah berapa lama Nabi saw dilantik menjadi rasul maka perintah solat 5 waktu diperintahkan.Pun tak tahu.Ataupun aku tanya,senaraikan 10 orang yang dijanjikan syurga itu.Pun tidak tahu.Haiya!Debat bukan main.Tanya benda mudah,kau terbebek pula.Apa-apapun:
“Tidaklah sempurna iman seseorang sehingga dia meninggalkan berbantah-bantah sekalipun ia merasa yang benar”-(Tanya pakar tentang hadis ini ye!)


  

Aku Kahwin Semalam

(Berlatarbelakangkan bunyi hujan,aku pun menaip seawal 5.23 pagi usainya waktu subuh dah setelah membaca semuka ayat-ayat Agung Allah)
Hari ini aku ingin menaip sebuah kisah yang agak lucu isinya lenteran satu SMS yang aku terima malam tadi.Antara isi kandungan SMS tersebut yang aku ingat setelah didelete iaitu:
Salam..(sepatutnya kena merajinkan diri menaip lebih panjang iaitu assalamualaikum)..Saya harap awak dah sihat sepenuhya (kurang sihat sebab tulang rusuk patah menusuki paru-paru). saya nak bagitahu sesuatu kat awak.Saya dah kawen (nikahlah kot).Baru semalam,.Doakan moga jodoh kami panjang dan diredhai selalu ye..
Aku pun bertanya dengan siapakah beliau itu kawen.Rupa-rupanya beliau kawen (aku guna kawen sebab dia guna istilah kawen) dengan rakan se U nya yang berasal dari Perak.Beliau sempat mendoakan agar aku bertemu dengan jodoh aku yang berada di kalangan orang yang baik-baik.Sekian..
Mendapat sahaja mesej tersebut,maka aku pun berfikir,.. “o..cepat sungguh kau kawen ye..baru beberapa hari lepas kau bertanya pada aku adakah aku sudah ada pengganti engkau (rujuk kisah “aku jemu” yang menyentuh hati itu) dan engkau mengatakan belum ada sesiapa pun yang berkenan akan engkau.Sesungguhnya aku amatlah malu dengan perbuatan dia itu.Dulu dia pernah mengatakan bahawa dia memutuskan tali pertunangan antara kami kerana dia sudah beristikharah.Dia tidak mengaku bahawa dirinya sedang bermain cinta dengan lelaki lain ketika aku bertanya kepadanya..alahai..lama manalah aku nak ditipunya..
Melalui kecanggihan laman sosial Facebook,aku dapat mengikuti perbualan manjanya bersama lelaki lain itu(Beberapa bulan sebelum putus tunang).Ahhh!!Tudung labuh dan kenaqibahannya bukan lah suatu ukuran untuk mengatakan dia itu betul-betul taqwa kepada Allah.Dan bukanlah juga satu ukuran yang dia itu tidak akan memunafikan dirinya dengan jelas dan bersuluh di hadapan aku.(sebab janji dimungkiri,kata-kata penuh dusta)…Jika dulu dia berjanji tidak akan curang dan akan terus setia sampai mati (aku pun meloya)…Jika dulu ketika aku bertanya adakah dia telah mempunyai pacar lain tetapi dikatakannya tidak ada..(melalui sticker daisy path,mereka berpacaran kira-kira 2 bulan lebih)..Aku ditipu hidup-hidup!Ah!!Semakin labuh tudung mu,semakin tinggi kenaqibahanmu,semakin ligat jugalah engkau menipu..Apa-apa pun,aku tetap mendoakan agar dia bahagia dan beranak ramai..
Sesungguhnya aku tertanya-tanya,simpati siapakah yang dia tagih untuk merealisasikan impiannya yang nak kawen itu (belanja kawen)..(dulu,seawal usia 20 tahun dia pernah merayu ajak aku kawen)..Kerana,dia masih belajar dan suaminya itu pun mungkin masih belajar..Mungkinkah belanja kawen mereka serendah 2k (nilai pinjaman PTPTN 1 semester)..Ah!!!Abaikan.Apa yang aku nak tekankan ialah,janganlah bersembunyi disebalik ketudunglabuhan dan kenaqibahan untuk melakukan sesuatu agar nampak tidak bersalah (aku tahulah insan xsempurna)..Dan aku juga meminta para pembaca jangan mensalah tafsirkan ayat ini:
26. Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”-An Nuur.
Sebab penurunan: Ayat ini menunjukkan kesucian 'Aisyah r.a. dan Shafwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Rasulullah adalah orang yang paling baik maka pastilah wanita yang baik pula yang menjadi isteri beliau
Aku tahu kebanyakan orang guna ayat ini untuk menyedapkan hati seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang baik (si dunia) andai dia sendiri baik.Janganlah korang lupa tentang kekufuran isteri nabi Nuh as,isteri nabi Lut as dan suami wanita agung Asiah iaitu Firaun,laknat Allah ke atasnya
Sekian,aku mengundur diri..Aku nak main game pula.General Zero Hour Axis Matrix..
P/S Jangan memalukan diri dan agama jika imej islam yang kita bawa..Takbirrrr!!!!Allahuakbar!!(macam pernah ku dengar)Jangan perasan bagus dan jangan berusaha mengcoverkan diri anda setelah membuat kesalahan kerana kekantoian anda akan memalukan diri anda..

Gurauan Bergambar

Sekali lagi aku memuatkan dialog2 pada gambar yang aku rasa mampu mengubat rindu korang pada kekasih yang korang cintai
Maafkan aku wahai apek,jasamu sebagai warga emas akan ku kenang dan aku semadikan wajahmu bersama blog aku ini.(Apek ni selalu tumpang aku setiap hari Jumaat untuk ke rumahnya yang berada berhampiran dengan hospital tempat aku bekerja)

Gambar ihsan oleh saudara An Nazilli yang hampir kantoi untuk mendapatkan kelebihan bersolat bersama imam dengan di rakaat pertama,di saf yang pertama,di awal waktu dan di masjid kerana sibuk mengambil gambar aku n kawan-kawan bersolat(Sebenarnya beliau leka berfutsal).Pergh!!Ramainya makmum..(Jin)
Akibat engkar perintah suami,beliau terpaksa tidur di luar khemah.P/S,jadilah isteri yang solehah
Sudut show off.Kahaks!Astaghfirullahalazhim...

Sekian,mesej bergambar daripada aku.Maaf Zahir dan Batin

Menusuk Hati

(Seawal 5.20am,aku pun menaip sambil menikmati alunan hujan dan kenyamanan yang semestinya mengasyikan warga kampung aku untuk terus tidur tanpa mendirikan apa-apa yang patut didirikan)
Termasuk antara perkara-perkara yang menjadi minat aku ialah membaca isi kandungan blog-blog yang banyak bertaburan di ruangan internet ini.Pelbagai corak dan gaya telah digunakan oleh penulis(walaupun ditaip) untuk menyampaikan apa yang mereka nak sampaikan.Ada blog berkisar tentang politik,muzik,resepi,belajar memandu,make up,memancing,bola sepak,jaga binatang,kisah lucu,tabligh,firefly,sturuktur anatomi badan,cara meramaikan zuriat dan sebagainya.Dan menjadi kebiasaan orang yang baru berblog (termasuk aku yang blognya reported as spam) menggunakan modal agama untuk dijadikan isi kandungan blog.Pergh!Macam ustazlah korang ni.
Jika dilihat kepada deskripsi pada sesebuah blog,banyak yang menggunakan ayat-ayat islamik untuk mendeskripsikan blog memasing dan apabila dilihat pada isi blog,ianya(cikgu BM boleh betulkan kalau penggunaan ianya ini salah ye) agak menyimpang (bukan semua).Ada blog yang banyak menghuraikan tentang hukum-hukum islam (mungkin menaip sambil buku di sisi) pada sesetengah pos namun diselitkan dengan unsur2 kutuk-kutuk di pos-pos beliau yang lain.Aku sendiri tidak pasti bahawa adakah si empunya blog ini memang orang yang betul-betul faham dengan ilmu yang nak disampaikan atau semata-mata nak digelar ustaz maya (tak dapat jadi ustaz betul,ustaz maya pun takpe ye).
Aku pernah bertanya dengan seorang yang isi blognya berkisar dengan hukum-hukum islam tentang suatu permasalahan.Di sini,dia atau beliau kelihatan cuba menjawab namun jawapan yang diberikan amatlah meragukan aku sehingga curiga dengan status sebenar si empunya blog.Sebelumnya beliau show off kehebatan beliau membaca kitab-kitab power.(Baca ja,Hose Raul Capablanca pun pandai) Kalau si empunya blog kurang mahir bab agama maka eloklah jangan memandai buat blog tentang hukum agama.Malu woo..Kadang-kadang dia meletakan ayat quran contohnya,
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” 3:104
Ayat glamour yang sering dibaca oleh para pendakwah dan yang baru belajar tentang dakwah.Seterusnya di blog dia atau beliau itu,beliau meletakan sedikit huraian mengenai ayat tersebut.Wah!Hebatnya!Mampu menghuraikan dan mentafsirkan ayat quran.(tafsir sesuka hati supaya boleh digelar hebat dan mendapat title ustaz walaupun cuma orang yang baru mengenal erti dakwah bdan sebagainya).
Ada blog yang sengaja memainkan isu panas seperti kutuk-mengutuk parti politik.Saja nak mengglamourkan blog tanpa sedar dia telah memecah-belahkan umat.Dia seronok melihat komen-komen dalam posnya mencecah biliom-bilion(haiperbola semata-mata).Walaupun dia dikutuk dalam komen tersebut yang penting bagi dia komen banyak.Kalau dia mendapat kebaikan daripada komen-komen tersebut,Alhamdulillah kalau sebaliknya.Ada yang buat-buat cool ketika menjawab komen walaupun dikutuk dengan teruk..Hm,mau sendiri ingat.Sesaja dia cakap dalam blog sipenyokong parti ni sesatlah,pentingkan dunialah,ekstrim agamalah.Uish!Mirror ourselves before see others (direct translasi).
Aku juga pernah ditanya oleh beberapa pemblog macamna nak memfollow blog aku ni.Haiya,kuat senang.Aku memang sengaja tak letak butang “sign in” dan sebab aku memang sengaja.Hahaha(ketawa dalam hati ketika muka serius).Saja nak test.Senang je.Masa korang mula-mula sign in blog masa nak edit r post sesuatu dekat blog kan ada dekat dashboard tu ruangan reading list.Add jelah kat situ.Kopi paste alamat blog aku kat ruangan tu.Selesai.Ketika mengkomen,aku lebih suka menggunakan url berbanding sign in akaun google sebab seganlah aku nanti orang baca profil.Aku juga malas memfollow blog orang (kantoi) namun blog yang aku selalu komen blog itulah yang aku suka follow.Follow dengan “add to favourite” sahaja.(sebenarnya nanti orang boleh tahu blog mana yang aku follow.Blog 18sx ke,malulah.Kahaks)
P/S, Andai kata-kata aku menusuk hati,maka memang begitulah apa yang sepatutnya kerana blog aku namanya menusuk hati.Kahaks!Maaf zahir dan batin.Selamat raya haji.
P/S, Aku suka juga post isi blog kat FB,senang jawab komen.Kahaks!