Kenapa Perlu Malu?

Hari ke 19 kita berpuasa fardu di bulan Ramadhan..Maknanya,sudah 19 hari juga aku ketinggalan solat terawih secara berjemaah di masjid mahupun surau.Korang pula?Mesti penuh sebab korang soleh2 belaka.Haha!Baguslah..Apabila ada orang yang selalu memperli korang kerana korang buat amal islam,janganlah korang merasa malu,marah dan terasa ingin menghentikan amal korang tu.Jangan peduli apa orang kata...Orang yang mengata tu pahala mereka dah cukup banyak n konfm masuk syurga.Allah,apabila inginkan kebaikan ada dalam diri seseorang maka Allah akan zahirkan.

Aku jarang dengar n menengok orang dekat perhentian bas ke,time square,kl sentral ke,genting dan loyat sambil membaca Al Quran.Yang selalu aku tengok,orang cuma baca majalah2 hiburan,komik,news dan apa2lah selain quran.Agak2 kenapa aku termasuk korang ni jarang malah tak pernah pun memberanikan diri membaca quran seperti mana kita ni baca bnda2 yang ntah apa2..Kalaulah orang tengok korang baca quran d tempat2 awam,sudah semestinya 'orang2 soleh' tepi korang akan terkejut anjing sambil berbisik2 sesama kawan 'soleh' mereka sambil memandang korang dengan lirikan tajam.Mesti ada yang pandang korang semacam..Apabila korang balas pandangan 'orang soleh' tadi,mesti depa cepat2 mengalihkan pandangan sambil buat2 seolah2 tak pernah pandang korang.Kenapa orang mesti hairan sedangkan apa yang dibaca tu kitab teragung yang pernah Allah turunkan melalui hamba kesayangannya Muhammad saw..?Adakah kitab itu cuma sesuai dibaca di rmh ibadat semata2?Sepatutnya kita kagum dan cemburu dengan orang yang menjadikan membaca quran itu hobi dia tanpa mengira tempat.Asalkan tempat yang bukan tandas,tempat buang sampah dan tempat2 kotor,xpyh kita malu utk baca quran ..(aku sendiri malu)..

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa"-Al Baqarah:2

Orang juga malu untuk berzikir di khalayak ramai..Korang bayangkan kawan korang tengah duduk di tepi korang di dalam bas sambil membaca "Subhanallah,subhanallah,subhanallah..."...mesti korang pelik dan anggap dia buang tebiat seterusnya korang mengangkat punggung korang lalu berpindah tempat duduk lain..

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia"-Ar Ra'd:28

Korang bayangkan,sedang korang n kawan korang tengok tv cita "si capik" atau "gerak khas" d rumah,tiba2 kawan korang baca... "Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillahirobbil'alamin.."...Baca al fatihah sampai habis,mungkin korang akan tutup tv dan terus tidur..bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi pada korang..Al fatihah korang dah cukup bagus ka?rosak fatihah maka rosak dan tak bergunalah posa n zakat korang...sebab,amal lain Allah tak akan terima kalau solat korang xditerima.

Korang bayangkan ketika korang n kawan korang tengah berjalan-jalan di jalan masjid india kerana ingin membeli baju raya..tengah2 korang pilih baju raya tiba2 kawan korang ucap "innalillahi wa inna ilahirojiun.." mesti terbayang dalam kelapa otak korang ada orang mati (kira bagus jg igt mati kerana org y plg bijak d kalangan korang adalah orang yang banyak mengingati mati)..padahal kwan korang tu baru je kehilangan rm1 ribu sebab tercicir masa duduk dalam bas tadi..

Suatu hari di sebuah kafe jam 10 pagi,korang sedang makan nasi kantonis bersama pakwe atau makwe korang ..Selesai makan korang teringat akan sesuatu.Korang teringat untuk bersolat dhuha..korang pun bangun dan menuju ke surau berdekatan.kawan korang pun bertanya, "nak g mana?"..korang pun jawab, "nak g hisap rokok jap"...korang bangun nak g solat dhuha,npa cakap g merokok?Sebab malu n risau apa orang kata kalau tahu korang pergi ber"dhuha" kan...

Sekian dulu,korang pk lah ya...npa pelu malu utk amal islam tapi tak malu buat amal orang yahudi n nasrani..npa perlu hairan bila tengok orang amal islam..npa perlu bralasan "Allah belum bagi hidayah" ketika ada orang seru korang buat kebaikan..npa perlu tunggu dan beralasan..Mati tak akan bertangguh..

<< ....aku teringin melihat si dia bertudung labuh...hihi...>>

Hahahahaha!!

Setelah sekian lama aku menghabiskan sisa-sisa menganggur aku bersama PC aku yang tercinta ini maka mulai esok beliau terpaksa aku tinggalkan buat seketika.Aku merasa amat sayu dua kali kerana aku tahu beliau pasti akan merindui aku yang menjadi teman setianya..Cinta aku terhadap beliau melebihi cintaku terhadap hafiza(siapa pula beliau ni?)Hi2..

Mulai esok dengan rasminya aku akan menabur bakti yang agak ikhlas di Hospital Umum Sarawak dan akan berjumpa dengan beratus-ratus pesakit setiap hari.Apabila menganggur,aku teringin sangat untuk bekerja tetapi apabila diminta melapor diri,aku rasa macam malas pula..Segala kacang panjang,bendi,nyamuk,kerengga,tupai,ular dan huma tentu akan menangis apabila aku tidak menjenguk mereka lagi.Bersabarlah kalian kerana aku pasti akan balik bersama buah tangan berupa baja tahi ayam buat kalian.Aku berharap kalian akan menyukainya.

Begitu juga dengan encik Shinobu yang selalu bermanja dengan aku.Setiap hari aku akan memberikan sisa-sisa makananku kepadamu maka tanggungjawab itu aku serahkan dengan secara penuh hormat dan takzimnya kepada ibuku..Aku sayangkan encik Shinobu seperti aku sayangkan diri aku.Aku harap engkau menambahkan kecekapan dirimu dalam menangkap tikus-tikus yang aku tak pernah tengok berkeliaran di rumahku.Mungkin mereka takut akan dirimu encik Shinobu..(xpyh maju pun xpa....tikus xda..dkt rmh hafiza adalah...Siapakah hafiza?!!Hi2)

Kepada gadis manis yang banyak mengajar aku erti kepantasan dan penjimatan masa,cik wantu-o,Jumaat ini aku akan berjumpa dengan mu.Aku amat merindui kepantasan dirimu tatkala mengejar kancil-kancil yang berkeliaran di jalan raya.Aku amat sedih apabila dirimu terpaksa dibedah kerana mengalami obstruksi usus..Adakah engkau tahu,aku terpaksa menghabiskan rm 320 bagi menampung kos pembedahan dirimu..(ala....kos bedah...baru rm320..Hoi!!Jangan cakap baru 320..kaya ek..)

Akhir sekali,semoga perpisahan selama beberapa tahun ini akan menambahkan lagi kasih sayang antara kita.Aku berharap kalian tidak melupakan aku kerana aku pun tidak akan melupakan kalian...Huhu...Aku pun menangis...(sambil mendengar lagu kuch-kuch hota he..)sambil mengesat air mata kerana kesedihan,aku tersenyum apabila ada orang yang membaca apa yang aku tulis ini...padan muka korang..hihi!(tak baiknya aku...astaghfirullah...)


 

Meremehkan Dosa

Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku,yang patut kalian khuatir dalam diri kalian ialah apabila kalian menganggap remeh dosa,memandang ringan dosa-dosa kecil dan tidak segera bertaubat setelah melakukan maksiat.

Barangkali kalian takut melakukan dosa besar sehingga risau akan balasannya lalu menjauhinya serta segera bertaubat ketika melakukanya.Sebaliknya kalian tetap meremehkan dosa kecil dan tidak bertaubat daripada melakukanya kerana dianggap ringan.Kalian tidak berusaha menghindarinya dan sudah biasa melakukanya.

Sikap inilah yang membahayakan agama seorang mukmin kerana ia boleh berkata dalam hati:Apa yang telah aku lakukan?Aku tidak berzina.Aku tidak minum arak dan aku tidak membunuh.Yang aku lakukan cuma perbuatan ringan yang tiada nilainya.

Kalian samalah seperti seorang yang telah diserang oleh seekor singa yang sangat ganas dan kemudiannya diselamatkan oleh Allah.Namun setelah itu,50 ekor serigala atau satu juta lebah telah menyerang kalian sehingga mati.Allah ada berfirman..

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya"-An Nuur:15

Dosa besar menjadi kecil dengan rahmat Allah namun dosa kecil yang dilakukan berterusan tanpa taubat akan berubah menjadi dosa besar.Racun seperti bisa ular tedung,walaupun sedikit tetapi ia mampu membunuh.Dosa kecil yang dilakukan secara beterusan tidak ubah seperti percikan api.Bila percikan itu dibiarkan,ia akan menjadi punca kebakaran kepada sebuah kota.Namun ia amat mudah pula dipadamkan dengan sedikit air.

Wahai hamba Allah,andai kalian ingin bermaksiat kepada Allah,pergilah ke tempat yang tidak dapat dilihat olehnya.Carilah kuasa lain selain Allah yang mampu membantumu.Sayang sekali kalian tentu tidak mampu berbuat demikian kerana setiap sesuatu adalah di bawah kekuasaannya..

"Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi"-Tohaa:6

Kerana oleh itu amat aneh sekali tatkala kalian mengambil nikmat daripada Allah tetapi kalian melakukan maksiat dengan nikmat yang diberikan.Bolehkah dan layakkah kalian tinggal di suatu kerajaan dan dalam masa yang sama kalian menentang kerajaan tersebut?Bahkan kalian mungkin melakukan maksiat seperti membicarakan tentang orang,mencela kelemahan orang lain,melihat yang haram dilihat seperti aurat seseorang,memakan benda yang haram dan sebagainya.Membina satu istana yang indah bukanlah mudah bahkan memakan masa bertahun-tahun namun dalam masa sehari sahaja istana itu mampu dirobohkan.

Wahai manusia yang lalai,kalian sentiasa menagih kasih dan cintakan Allah namun dengan maksiat yang kalian lakukan tanpa bertaubat,layakkah kita mendapat cinta dan kasih sayangNya?Insaf dan bertaubatlah segera.

Wahai manusia,betapa maha penyayangnya Allah tatkala kalian melakukan kekasaran namun Allah balas dengan penuh kelembutan.Sekiranya hari ini Allah mendatangkan musibah kepada kalian,ingat itulah kafarah terhadap dosa yang kalian lakukan.Ambilah masa untuk memikirkan kembali apakah dosa yang kalian pernah buat sehingga Allah mendatangkan musibah.Allah sudah pasti tidak akan melakukan sesuatu dengan sia-sia.Mengadulah kepada Allah.Jadilah seperti seorang anak kecil.Ia dimarah dan dipukul oleh ibunya namun ia tetap kembali kepada ibunya.Apabila anak itu ditimpa musibah,ia akan merengek kepada ibunya kerana ia kenal ibunya yang pernah dan selalu memberikan kasih sayang kepadanya.Bertawakalah selalu kepada Allah moga kalian diberi rahmat.

"....., sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"-At Thalaq:3


 


 


 


 


 


 

Nasihat Ringkas Daripada Aku


Aku mengandaikan kepada orang yang melakukan maksiat sebagai kumbang tahi yang suka hidup dalam suasana kotor dan bernajis.Jika ada bunga yang wangi di sampingnya,ia akan mati kerana tidak tahan dengan aroma wangi bunga itu.Aku melihat bahawa sebahagian manusia ada yang bersifat seperti rama-rama yang sentiasa gemar menghampiri cahaya tanpa mengira bahaya yang mengancamnya.Rama-rama sering terbang ke arah cahaya termasuk cahaya api yang membakar.Ia terbang menghampiri api sehingga dirinya pun terbakar.Ia terbang ke arah cahaya lampu sehingga diperangkap oleh binatang lain seperti labah-labah.Demikianlah manusia,ia lebih senang mengerjakan sesuatu maksiat yang pada pandangan mata kasarnya amat seronok dan puas jika melakukanya sehingga terlupa amal baiknya turut terbakar disebabkan oleh maksiat yang dilakukan itu.Ingatlah sahabatku sekalian,jagalah diri kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu.

Pernahkah kalian melihat apabila ada yang melakukan maksiat di depan kalian tanpa segan silu walaupun pelaku maksiat tersebut ialah orang Islam sendiri?Aku yakin kalian amat membencinya sehingga timbul di dalam diri kalian untuk mendoakan kebinasaan terhadap orang tersebut.Kalian yang tidak terjebak ini sepatutnya bersyukur dan mendoakan kebaikan dan mintalah kepada Allah agar Allah bagi hidayah untuk pelaku maksiat itu untuk berubah.Kalian sebenarnya bertuah kerana Allah telah member petunjuk kepada kalian untuk tidak melakukan maksiat seperti orang yang kalian lihat itu.Ingatlah...
"Wahai Rasul Allah! janganlah Engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, Iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) Yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah Dia, dan jika tidak disampaikanNya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". dan sesiapa Yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar"-Al Maidah:41
Aku melihat ramai yang sangup mengeluarkan belanja yang lebih untuk menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan masing-masing sementara itu mereka lalai untuk menjaga agama yang ada dalam diri mereka.Andai kata kalian melihat sesuatu makanan yang sangat sedap tatkala kalian telah sekian lama berlapar,aku yakin kalian akan sangat tertarik untuk memakan makanan tersebut.Namun,andai ada seorang yang sangat kalian percayai seperti ibu kalian mengatakan bahawa makanan tersebut mengandungi racun yang membunuh,aku yakin kalian akan menjauhi dan mengelakan diri daripada memakan makanan yang lazat itu.Aku yakin,apabila makanan tersebut telah dicuci berulang kali kalian tentu akan tetap untuk tidak menjamah makanan itu.
Mengapa sikap sedemikian tidak diterap di dalam agama?Mengapa kalian tidak menjaga amal kebaikan kalian yang akan musnah apabila disiram oleh racun kemaksiatan?Tidakkah kalian risau untuk bertemu dengan Allah dengan keadaan Allah yang sangat murka terhadap kalian akibat maksiat yang dilakukan.Aku berharap agar kalian ingat akan pesan Allah ini,
"Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya)"-Al An'aam:151
Oleh itu,marilah kita sama-sama berusaha untuk memperkuatkan diri kita untuk menjauhi segala apa yang Allah larang.Kekuatan kita bergantung kepada iman yang kita ada.Sama-samalah kita memperbaharui iman yang ada dengan cara yang Rasulullah saw pernah ajar kepada para sahabat Baginda,
"Perbaharuilah iman kalian!"
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah,bagaimana kami memperbahatui iman kami?"
Jawab Baginda, "Perbanyakanlah membaca La ilaha Illallah"



 

Aku Dipaksa Berbahasa Bidayuh!!


Hari ini aku agak lambat untuk menulis blog berbanding hari-hari biasa kerana terdapat perkara yang tidak dapat aku elakan berlaku.Kali ini aku ingin bercerita balik tentang keislaman aku..
Semasa aku berumur 8 tahun,kami sekeluarga telah berpindah ke Sarawak kerana ayahku telah mengambil keputusan untuk bersara daripada menjadi seorang tentera.Ayah lebih selesa bekerja sebagai petani dan hasilnya aku kira lebih mewah berbanding ketika ayah masih menjadi seorang tentera dahulu.Aku tidak ragu dengan status halal apa yang kami makan kerana semuanya kami usahakan sendiri.Kebanyakan hasil pertanian kami jual kepada penduduk kampung ini sendiri.

Di Sarawak,aku bersekolah di SRB(sekolah rendah bantuan) St. Jude..Sekolah ini dibuat oleh pihak missionari Kristian iaitu sebahagian daripada usaha mereka untuk mengembangkan dakwah di kalangan penduduk kampung.Di sekolah aku telah bergaul dengan kanak-kanak bangsa Bidayuh yang mana satu patah apa pun yang mereka cakap aku tidak faham.Aku selalu diejek kerana tidak pandai bertutur dalam bahasa Bidayuh...Tapi semua itu tidaklah menjadi masalah besar buat aku kerana ayahku sendiri orang Bidayuh dan bila-bila masa sahaja aku boleh belajar bahasa itu.Pelajar di sekolah aku ni semuanya beragama Kristian.Suasana keagamaan amat terasa..Setiap pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran,kami akan membaca doa pagi yang akan diketuai oleh seorang pelajar yang ditugaskan mengikut giliran.Aku sendiri selalu mengetuai bacaan doa tersebut.Pada hari Jumaat pula,selesai sesi pembelajaran,sebelum balik ke rumah kami akan diajar sedikit tentang agama Kristian.Kelas agama ini dikendalikan sendiri oleh guru kelas masing-masing.Aku amat seronok mendengar cikgu yang mengajar kelas aku bercerita terutama cerita tentang kisah hidup Jesus.Sebelum cikgu mengajar,dia akan meminta kami membaca 4 surah seperti yang aku pernah terangkan dahulu.Aku amat bersemangat membacanya kerana aku telah lama menghafalmya..Pelajar lain juga fasih membaca 4 surah tersebut tetapi mereka membacanya dalam bahasa Bidayuh.Aku yang hanya menghafalnya dalam bahasa Melayu hanya mampu mengumat kamitkan mulut tatkala pelajar lain membacanya.Aku juga pernah di marah sebab tidak menghafal surah tersebut dalam bahasa Bidayuh..Apakan daya aku,baru beberapa hari tinggal bersama orang Bidayuh.Di rumah kami, cuma bercakap mengikut bahasa mak iaitu bahasa Iban.Aku agak geram apabila cikgu seolah-olah tidak bertimbang rasa dengan aku..Aku telah meminta ayahku untuk mengajar aku berbahasa Bidayuh.Aku juga meminta ayahku mengajar aku membaca surah atau doa tersebut dalam bahasa Bidayuh..Buat pengetahuan kalian semua,adik beradik ayah merupakan orang yang berpengaruh dalam aktiviti keagamaan di kampungku ini.Adik ayahku ada yang menjadi paderi dan altar boy..Abang ayahku pula seorang penghulu sembahyang iaitu orang yang mengetuai upacara sembahyang yang dijalankan selain di gereja..Mereka inilah yang banyak mengecam aku dahulu semasa di awal keislamanku..
Keazaman aku untuk belajar agama Kristian semakin tinggi apabila melihat betapa adik-beradik ayah dihormati kerana berperanan dalam setiap upacara sembahyang.Aku pernah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz agama secara berkumpulan pada tahun 1995.Aku amat bangga apabila kumpulan aku berjaya menjadi johan pertandingan tersebut.Hadiah berupa kitab bible yang kecil masih aku simpan hingga ke hari ini..Melalui kitab inilah aku cuba berdakwah tetapi yang peliknya melalui kitab ini jugalah hati aku telah terbuka untuk memilih Islam.Ini bukanlah disebabkan pertentangan ayat di dalam kitab itu semata-mata..Aku lebih suka melihat makna disebalik ayat yang ditulis di dalamnya..contoh di dalam Lukas1:27-38...Maria telah bertanya kepada Gabriel (nama malaikat) bagaimana dia boleh hamil sedangkan dia seorang perawan..Gabriel jawab roh kudus,kuasa Allah yang maha tinggi akan menaungi Maria.Bagi Allah tiada yang mustahil.Maria pun jawab, "Aku ini hamba Tuhan,biarlah ia terjadi padaku seperti kehendak Allah". Persoalan,siapakah Allah ketika itu?Adakah dia Jesus yang dikandungkan?Bukankah mereka mendakwa Jesus itu tuhan..Andai mereka menganggapnya bukan dan hanya anak,Allah beranak?Maria sendiri mengaku dia hamba tuhan,hamba Allah..Adakah seorang ibu akan mengandungkan seorang tuannya?Kalau Maria hamba,mengapa dia diiktiraf sebagai bonda Allah di dalam doa Salam Maria?...Setakat inilah dahulu..Aku harap kalian sentiasa mendoakan moga keluarga aku juga Allah bagi hidayah mengikut jejak langkahku memilih Islam sebagai agama yang dianuti..Ingatlah..
"Tidak layak bagi Allah mempunyai anak Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia"-Maryam:35
"langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak"-Maryam:90-91

 

Lagu Hindi!??


Fuh!Kenyang sungguh!(Maka akan ada orang yang membaca ni cakap,apalah fuh2,sepatutnya cakap Alhamdulillah..)Selewat 515am aku menghabiskan sisa makanan terakhir di pinggan aku(5minit sblum subh msk)..Sedap juga mak aku masak..Mulanya aku bercadang untuk masak sendiri tetapi mak aku memvolunteerkan dirinya untuk masak maka aku menggunakan peluang itu untuk bertemu dulu dengan kekasih aku.Awal pagi dah jumpa kekasih..?Sayanglah katakan..
Malam tadi ada seseorang yang aku anggap sebagai fan yang paling menyayangi aku bertanya, "Awak tak doakan untuk kita ke?"..Aku yang cerdik ini(Maka akan ada orang yang membaca ini cakap aku riak..aku tahulah riak 2 syirik kcl)tahu apa yang dia nak..Dia nak aku doakan agar hubungan aku dan dia Allah pelihara dan doa agar jodoh kami panjang maka aku pun menjawab dengan selambanya, "Saya memang selalu mendoakan tapi doa saya umum..Doa untuk semua orang"..Dia pun kata, "Oh yaka..takpalah kalau macam tu"..Aku dapat mengesan nada kecewa dalam kata-katanya seterusnya aku berkata balik kepadanya, "Kalau awak nak saya doakan agar hubungan kita terpelihara,agar jodoh dipelihara maka awak akan melihat tanda-tandanya..Apabila Allah menjaga hubungan kita tandanya ialah tidak ada lagi mesej-mesej sayang dan rindu,tak ada lagi awak kecewa apabila saya tidak membalas mesej awak,awak tidak akan kecewa apabila saya jarang call awak,awak tak akan mengharap untuk bertemu berdua seperti dahulu,awak tak akan memberi sms yang sia-sia,dalam mesej awak akan sentiasa mengadungi nasihat agar kita berubah agar Allah lebih kita cintai dan awak akan sentiasa mengingatkan saya tentang betapa hampirnya kematian dengan kita..Kita akan dikatakan ada jodoh apabila kita dah menikah nanti..Jadi tak perlu saya doakan dulu moga jodoh kita panjang..Saya doa moga kita tak terjebak dalam melakukan zina je..hi2"..Hm,aku harap dia puas hati dengan jawapan aku itu..Cukuplah aku bagi contoh semudah itu tanpa menghuraikannya dengan ayat-ayat quran dan hadis.. Ingatlah,kalau korang cintakan Allah maka segala apa yang ada di langit dan bumi akan mencintai korang..
"Orang yang belas kasihan akan dikasihi Ar Rahman kerana itu sayanglah apa yang ada di muka bumi nescaya yang kamu akan disayangi mereka di langit"-(HR Al Bukhari)
Korang tahu tak aku ni minat lagu hindi..walaupun tak faham tapi irama dia best..Ala,korang tak payahlah cover2 cakap tak minat..buat2 geli gelemanlah..aku tahulah korang minat nasyid,minat rabani,hijaz,shoutul harokah,maher zain..hi2!Sambil menaip aku menyanyi.. Aete jate jomil tahe tumsat laghetahe..humto pagal toha jaenge..Ish2..Jiwang sungguh diriku..Tak faham pun nyanyi..Sebut pasal tak faham ni,korang faham ke apa yang korang baca masa solat?Kalau Al Fatihah korang mungkin hafal tapi korang tahu ke makna tahiyat yang korang baca?Korang tahu ke makna doa iftitoh,makna doa qunut..Makna lafaz niat posa yang korang asyik sebut2 tu korang faham ke maknanya?Dah tua2 pun tak faham lagi ka?Maka dengan itu janganlah korang merasa hebat,ilmu tinggi,penjawat awam beriman dan sebagainya..Korang sama ja dengan aku yang menyanyi lagu hindi ni..hi2 takpe,boleh balik buka buku dan tanya ustaz korang...
Lagu kaho na pyaar hai pula berkumandang...Merdu sungguh!Belum mula nyanyi dah cakap I love U..begitulah kita,meletakkan cinta agung kita kepada manusia tanpa menyedari cinta yang selayaknya adalah untuk Allah..Makwe atau pakwe korang tu apa ada..kadang-kadang mereka tu pinjam duit korang sebab poket kempis..cinta agung pada orang yang pokai,apa kelas?!Nafsu punya pasal..Tengok hensem dan lawa maka lupalah korang pada Allah.Mungkin ada kapel islamik yang membaca ni akan terasa..Mungkin mereka akan cuba membelek-belek quran dan kitab hadis untuk mencari ayat yang menghalalkan apa yang mereka buat tu..Tak payahlah..Bak kata kawan aku,beza cinta korang dengan yang tak islamik tu ialah korang bertudung labuh dan berkopiah..Apa yang korang buat hakikatnya sama,Allah tak suka..Sama seperti seorang yang berpenyakit kusta yang memakai pakaian sutera yang mahal,dari luar kelihatan cantik dan bergaya tetapi penyakit disebalik baju tersebut amatlah menjijikan..Bagi yang suka duduk berdua-duaan macam laki bini korang ingatlah,4 perkara yang akan mematikan jiwa:
1.Duduk bersama orang kaya
2.Jarang berzikir
3.Banyak makan
4.Banyak berbicara dengan wanita
Sekianlah dulu sedikit nasihat daripada aku..Aku akan sambung balik kisah keislaman aku esok kalau Allah izinkan aku hidup sampai esok.Doakan aku moga aku sihat dan Allah terima amal aku.Aku akan tetap doakan korang.Doa yang paling baik ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya tatkala sahabatnya itu tidak mengetahui ada orang mendoakannya..
P/S..Pg tadi macam biasa aku bangun 433 am.Takda maknanya aku jumpa kekasih di pagi2 buta macam 2.Kekasih yang selayaknya aku jumpa waktu2 mcm 2 ialah Allah..Moga ditanamkan di dalam diri korang perasaan cemburu melihat orang lain beramal lebih daripada korang seterusnya korang tiru orang yang korang cemburui itu..Bimbang Allah tanya amal apa yang kita bawa untuk melayakkan kita mendapat syurganya..Mendengar lagu hindi?Jauh sekali..hihi..Assalamualaikum..Mataashita..

Kenapa Aku Memilih Islam (1)


     Ini pula adalah aku yang sentiasa happy dengan setiap apa yang aku usahakan sendiri. Aku bukanlah jenis yang mudah untuk menerima pendapat orang lain selagi aku merasakan pendapat aku lagi betul. Sesuatu sifat yang sukar untuk dikikis. Namun,disebabkan sifat itulah aku menjadi aku yang sekarang. Aku yang asalnya seorang penganut fahaman kristian dan akhirnya memilih Islam sebagai agamaku yang mutlak. Aku dulu asalnya seorang yang kurang senang dengan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan islam. Apabila azan berkumandang di TV,aku akan menukar ke siaran lain. Apabila orang islam sujud ketika solat,aku akan mempersendakannya. Tahukah kalian yang bahawa islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf buat umat manusia sekalian?
     Agama kristian sebenarnya amat berkait rapat dengan islam. Ini dapat dilihat daripada kisah-kisah nabi Isa dan nabi Musa as yang banyak diceritakan dalam al quran dan bible. Perbezaannya ialah orang islam yakin bahawa nabi Isa as ialah seorang manusia biasa yang dilahirkan tanpa bapa oleh ibunya mariam manakala bagi orang kristian Jesus(nabi Isa as)adalah anak tuhan yang dikandung oleh ibunya Maria. Kedua-dua kisah adalah sama iaitu mengatakan nabi tersebut dilahirkan tanpa bapa. Kisah kelahiran nabi Isa as ini ada dinyatakan dalam al quran pada surah Ali Imran ayat ke 45:
 "(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat[195] (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)"

Umat islam dikatakan lebih dekat dengan umat kristian berbanding yang lain seperti yang disebut dalam al quran surah al maidah ayat ke 82:

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri."

  Apa yang hendak dikatakan di sini ialah adakah orang kristian cuba untuk memahami mengapa orang islam menolak fahaman tentang isa as adalah anak tuhan seperti yang mereka katakan. Ketahuilah, andai Isa as adalah anak tuhan,siapa pula bapanya?Adakah tuhan itu mempunyai anak?Bukankah kalian juga berpendapat tuhan atau Allah itu esa?Apakah maksud esa bagi kalian?Sebagai seorang kristian saya yakin bahawa anda setuju bahawa kitab bible anda adalah kitab yang tersuci dan tiada cacat celanya.Saya yakin bahawa anda semua mengatakan bahawa setiap ayat yang terkandung di dalam bible adalah ayat tuhan sepenuhnya kerana suatu kitab suci adalah kitab yang tidak terkandung walau satu patah pun ayat daripada manusia.Kitab suci juga tidak akan mempunyai percanggahan ayat di dalamnya. Sesiapa yang tidak beriman dan ragu-ragu tentang kitab suci agamanya maka neraka adalah ancaman baginya walaupun sebaik manapun dirinya ketika masih hidup. Begitu juga orang islam,sesiapa yang menolak walaupun sepatah ayat daripada al quran maka rosaklah imannya. Apabila rosak imannya maka nerakalah balasannya..
Aku mula menanam minat membaca bible sejak aku sekolah rendah lagi.Aku akan bawa buku kecil kitab markus,yohanes,lukas dan matius.Kitab yang aku baca ini merupakan pecahan daripada kitan perjanjian baru..Kitab tu aku dapat sebab aku menang kuiz agama kristian peringkat zon..Aku memang sangat bersemangat untuk mendalami agama kristian ni malah pernah bercita-cita menjadi paderi...Aku rasa setakat inilah dahulu buat masa ini..Aku akan sambung balik kisah aku ni sebab aku rasa penting untuk anda semua tahu apa sebabnya aku memilih Islam sebagai agamaku yang mutlak..
   

Ketika Keinsafan Menguasai Aku..


Tahukah kalian wahai para sahabatku,andai kalian ingin selamat di dunia ini jauhilah dosa yang terang-terangan mahupun yang samar-samar.Janganlah kalian beristighfar di atas dosa tersebut tetapi kalian tetap mengulanginya.Perumpamaan orang yang sering beristighfar tetapi terus mengulangi dosa tersebut samalah seperti seorang yang sakit meminum ubat dan pada masa yang sama dia meminum racun.Maka saya akan berkata kepada orang tersebut:
"Boleh jadi sebelum sempat engkau meminum ubat engkau sudah mati terlebih dahulu.Boleh jadi ajalmu segera menjemput sebelum sempat engkau bertaubat.Engkau mati dalam keadaan berdosa dan bermaksiat,ini merupakan kerugian yang amat besar buat engkau".

Sesiapa yang tidak menjauhi diri daripada membuat apa yang Allah larang maka sia-sialah kewajipan yang dia buat.Samalah juga dengan seorang yang sakit.Selama mana dia memakan ubat tetapi tidak menjaga diet makan dengan betul maka dia akan terus sakit.Sia-sialah dia meminum ubat itu.Bolehkah seseorang yang jatuh ke lubang najis tetapi berusaha membersihkan pakaian dia sementara dirinya tetap di dalam lubang najis itu?Tentulah mustahil!Berbeza halnya jika seseorang jatuh ke lubang najis seterusnya keluar daripada lubang itu dan menuju ke sungai yang bersih untuk membersihkan dirinya.
Dalam pandangan mereka yang mempunyai ketajaman mata hati dan bersifat wara',dosa adalah seperti bangkai yang sangat busuk.Bagaimanakah pendapat kalian ketika melihat seseorang tengah mengunyah bangkai babi yang busuk di dalam mulutnya?Sudah pasti amat menjijikan.Saya pasti jika kalian sentiasa menganggap dosa adalah seperti bangkai nescaya kalian akan menjauhinya.
Adakah kalian berfikir,layakah seseorang yang sangat kotor pakaiannya duduk bersama para pembesar?Andai kalian pernah menduduki temuduga mencari pekerjaan,pakaian yang macam manakah yang akan kalian pakai?Saya berpendapat,kalian pasti akan memilih pakaian terbaik dan diseterika kemas sebelum memakainya untuk menghadiri temuduga.Adakah layak kita datang bertemu Allah di kala kita sendiri dilumuri najis dosa yang diumpamakan sebagai bangkai babi yang jijik itu?Sahabatku sekalian,bertaubatlah walau sekecil manapun dosa yang kalian buat kerana setiap dosa yang tidak diiringi dengan amalan penghapusan dosa pasti akan mencampakan diri andai ke neraka.

"dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"-Al Zalzalah:8
Namun begitu andai kalian terlupa untuk bertaubat,ingatlah,Allah yang maha pengampun dan maha mengasihani tetap akan memberi peluang untuk kalian bertaubat dan membersihkan jiwa kalian.Mungkin hari ini kalian diuji Allah dengan penyakit dan musibah kerana ini adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kalian agar dengan penyakit itu dosa kalian dihapuskan.Ambilah peluang dan gunakanlah akal kalian untuk memikirkan hikmah disebalik musibah yang Allah datangkan dan jangan mengeluh.Janganlah kalian semua berputus asa terhadap rakmat Allah.Kalian mungkin berputus asa untuk melakukan amal kebaikan setelah melakukan pelbagai dosa seperti dosa meninggalkan solat,zina,minum arak,mengumpat,berpakaian tetapi tidak menutup aurat dan sebagainya.Fikirkan balik setiap dosa yang mungkin kalian pernah lakukan.
"manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)."-Fushillat:49
"dan Demi sesungguhnya! jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur."-Hud:9
Ancaman terhadap orang yang berputus asa daripada rahmat Allah,
"Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan Dia, mereka putus asa dari rahmat-Ku, dan mereka itu mendapat azab yang pedih"-An Ankabut:23
Andai kalian ketemu dosa tersebut maka berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
Pernahkah kalian tahu Rasulullah pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah akan menguji kalian sebagaimana kalian menguji emas dengan api.Ada yang berupa emas murni.Begitulah keadaan orang yang menjauhkan diri daripada perkara syubhat tetapi ada juga yang berupa tembaga.Itulah orang yang gagal menerima ujian"-HR At Thabrani.
Keimanan yang tertanam di dalam jiwa umpama sebatang pohon yang subur dan lebat buahnya.Andai suatu hari pohon tersebut telah begitu lama tidak disirami air maka akan gugurlah buah dan daunnya.Lama-kelamaan pohon itu akan mati.
Begitu juga dengan pohon keimanan,andai dilekati dengan debu dan dosa maksiat,pohon dan buah keimanan akan menjadi semakin tidak subur dan kukuh lagi seperti sebelumnya.Segala buah keimanan akan berguguran dan tiada siapa pun akan mengkehendakinya lagi..
Sekian sahaja dari diri saya yang masih terus belajar tentang bagaimana cara-cara membersihkan jiwa..Andai ada kesilapan saya yang kalian lihat maka tegurlah saya sebelum kalian saya dakwa di akhirat kelak.Akhir kata ingatlah apa Allah pesan..
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuuha(taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."At Tahrim:8
P/S:Jangan label aku sebagai ustaz ya..Letaklah gelaran tu pada yang betul-betul layak.hi2!(",)d..Aku jemu..Selamat berpuasa..(takde free gift..)Jangan lupa doakan kebaikan untuk aku dikala kalian selesai bersolat ye..

Cerita 18sx


Aku mengisahkan suatu cerita yang real yang pernah aku alami..Aku kira,kisah ni mungkin tak sesuai untuk korang yang bawah umur membacanya..Aku harap selepas membaca kisah aku ini,tak ada puasa sapa2 pun yang akan batal..Hihihi..saksikanlah..

 Alkisah...
Suatu hari,ketika aku bekerja datanglah seorang gadis yang kalau Paulus tengok pun dia akan cakap.."OMG!Cantiknya perempuan tu..!" ke bilik aku. Aku tanya siapakah nama empunya muka yang lawa tu..Bertudung litup lagi..Kalau jadi isteri aku,mesti aku bahagia seumur hidup..
Dia jawab, "nama saya Nurlaili.."
Aku mula berbual mesra dengan Cik Laili..Selepas puas berbual,aku mengajak dia masuk ke sebuah bilik...
"..........Ok Cik Laili,cik Laili  tanggalkanlah semua pakaianCik Laili kecuali seluar yang terakhir,"kata aku sambil menyerahkan sesuatu kepadanya..
Adegan bermula..
"....Cik Laili,awak peluk perlahan-lahan ya..Rapatkan dada awak..Saya sentuh pinggang awak sedikit ya..".Aku pun mula memegang dagu Laili perlahan-lahan..Lepas tu aku pegang kedua-dua belah bahunya..Aku sentuh kedua-dua sisi pinggang Laili yang berpotongan cantik..Laili menjerit kecil,kegelian..Aku dapat melihat Laili seolah-olah rimas..Maafkan aku..
Beberapa ketika berlalu..
"Cik Laili,sekarang baring pula ya.."..aku pun memimpin lembut tangan  Laili dan membaringkanya..Aku mula menyentuh kedua-dua hujung kaki Laili..Selepas itu aku sekali lagi meraba-raba kedua-dua belah pinggang Laili..Sekali lagi Laili kegelian..Selepas itu aku sentuh perut Laili,aku raba mencari pusatnya..Aku meminta izin Laili untuk menyentuh dadanya pula..Pergh!!Kami merasa amat bahagia ketika itu...


Cerita dah tamat..Imaginasi 18sx aku tidak mampu meneruskanya sebab tak ada idea..hihihi..


Moral of da Laili..
  • Aku mengarahkan Laili membuka baju sebab dia nak buat CXR dan AXR..Betul x kita perlu tanggalkan semua kecuali seluar yang terakhir?Pn Moy menjawab, "Betul Saiful!"
  • Untuk mendapatkan posisi dan penjajaran CXR yang baik maka kita JXR memang nak x nak akan kena juga memegang pinggang,membetulkan dagu dan merapatkan dada pesakit ke bucky erek...Betul x?Sekali lagi Pn Moy menjawab, "Awak memang sentiasa betul Saiful.."
  • Nak buat AXR terhadap pesakit,konfemlah kena baringkan..Kena pegang kres iliak.umbilikus dan xiphoid proses..Apabila selari xiphoid dengan pusat,aku konfem gambar korang pasti lawa.Skolio lain cerita.Iliac kres,kita nak tahu center atas bawah..
  • Aku harap korang dapat jd JXR y betul2 mantap ya!Kita kalahkan Pn Moy!Hj Zin,belakang aku suatu hr nanti..hihi..Jangan lupa,di mana2 kita kerja,ikhlaskan niat kerana Allah..Aku yakin Allah akan sayangkan korang semua.
  • Jangan marah ya...Cita aku xsebest cita korang.
  • Gambar yang aku hasilkan bersama Cik Laili memang superb dan dipuji oleh En Safar..hihi.
  • Aku bual mesra sebab nak bagi arahan pemeriksaan..
  • Cik Laili berumur 77 tahun,aku cakap lawa sebab Allah sempurnakan kejadian dirinya..ada hidung sebiji,telinga 2 keping..mata 2 ketul..
  • Badan Cik Laili ramping sebab dah tua..
  • Aku kata dia gadis sebab dia kata xprnh khwn..
  • Cik Laili tdg labuh sebab dh jd Hajah..
  • Aku bagi sesuatu dekat Cik Laili,benda 2 gaun hptl..
  • Aku bahagia seketika sebab berkhidmat dengan dedikasi..CEH!
  • Akhir kata,selamat berpuasa..Moga Allah terima amal korang..Kalau korang mati,moga korang msk syurga tnp hisab.
  • Jangan asyik pk lu..h
  • Doakan aku dapat jodoh yang baik2 b cpt khwn..
  • Aku BANGGA menjadi seorang JXR!d(",)d
  • XRY MUMTAZ!!!!
  • Hadiah buat kalian..klik
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk"-Al Israa':32

Bernafsu Di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah..Allah bagi sekali lagi peluang kepada kita untuk bersama-sama bertemu dengan bulan yang dirindui kedatangannya,Ramadhan yang mulia.Kepada yang malas beramal pada bulan-bulan lain,ambillah kesempatan beramal sebanyak mungkin di bulan Ramadhan ini kerana kita semua maklum bahawa setiap amal kita akan digandakan sebanyak sepuluh kali lipat berbanding bulan-bulan lain.Namun mungkin ada yang beramal secubit garam je sebab buat sikit pun tak apa,digandakan juga katanya...Tak payah susah-susah..Sukahati koranglah kangkung..Pahala aku masih sikit..
Terawih tahun ini adalah terawih yang paling menyedihkan buat aku..Aku sedih kerana tidak dapat terawih secara berjemaah seperti korang yang lain..Solat fardu pun aku buat sorang-sorang..Maka kuranglah pahala aku berbanding korang semua.Bukan aku sengaja pun,tempat aku mana ada surau dan masjid..Kalau ada,akulah orang yang akan membolot saf pertama tanpa memberi peluang kepada orang tua sekalipun kerana aku tahu pahala aku masih sedikit berbanding si pakcik yang telah tua dan beramal sejak puluhan tahun..Dekat tempat aku,gereja adalah..Kampung Kristianlah katakan.Aku tahu,malam tadi konfem surau dan masjid sekelian penuh dengan jemaah yang berterawih.Tetapi,setelah meningkatkan keimanan aku,aku tahu aku tidak bersolat sorang-sorang..Malaikat yang dua tentu ada bersolat bersama aku.Yalah,malaikat kan solat juga..Yang penting kita solat di awal waktu..Tak menyedari hakikat itu maka cacatlah iman kita..Korang tahu ke apa maksud iman?Jangan tau iman-iman ja tapi pengertianmya tak tahu..Baru sebulan peluk islam ke?Dalam masjid pula selepas selesai solat,suasana mesti bertambah bising dan gamat.Sebab apa?Sebab ada yang mengambil kesempatan untuk berbual-bual sambil mengumpat dalam masjid.Ish2..mana ada kami mengumpat,kami sembang bab akhirat lah ..Tak baik tuduh2 macam tu..kata pembaca yang terasa di dalam hatinya..hihi..Suasana macam ni akan semakin berkurang apabila ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..Bersiap nak sambut rayalah katakan..Sama juga tempat aku,dekat superstore dekat satok,belum habis syaaban pun dah pasang lagu raya.Kalaulah si minah ni yang menjadi pemegang mohor-mohor mesti seronok kan..hari ni puasa minggu depan dia isytiharkan raya..Macam kangkunglah kau minah..
Suasana yang paling best pula ialah ketika berbuka nanti..Ramai yang berkunjung ke bazaar ramadhan@baazar ifthor kata tuan guru untuk membeli juadah berbuka..Ada yang membeli juadah seolah-olah untuk dimakan oleh 10 orang padahal yang makan nya seorang je..nafsu perut..kadhalah katakan sebab seharian berpuasa..Sukahati koranglah kangkung..Makan untuk jasmani nak lebih,makan untuk rohani,Cikgu Rohani aje yang tau..
Masa aku ikut ujian memandu kereta dulu,kebetulan masa tu ialah bulan puasa.Dalam kereta pak samat yang selalu ulang alik ke KSKB setiap hujung minggu aku ada curi dengar perbualan orang yang duduk di tepi aku.Baru jam 730am dah bertanya tentang apakah makanan yang nak dimakan untuk berbuka nanti..Puasa belum sampai 2 jam dah plan nak makan apa..Kangkung kelaparan..
Cerita bab nafsu maka aku pun menyumbangkan secubit ilmu yang aku tahu..Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 111 ceh...macam ustaz pula.. ;p buat-buat islamik untuk pikat para gadis tapi takpe,ayat tu ialah:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa(nafsu) mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
Allah bagitau setiap nafsu yang kita mampu kawal kita akan dapat balasan syurga.Yang menurut kehendak nafsu,dia tak dapatlah apa yang Allah janjikan itu..Kalau salah betulkan ya..
Lagi bab nafsu..(macam nak tunjuk tererlah pula..takpe ilmu punya pasal maka wajib aku sampaikan..sebab apa?Yang lagi cepat diseksa ialah orang yang berilmu berbanding orang yang jahil.Apakah sama status orang yang berilmu dengan tak berilmu?)
Rasulullah saw pernah dtanya,apa yang paling banyak memasukan manusia ke dalam syurga?Baginda jawab, "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia". Baginda ditanya lagi apakah yang paling banyak memasukan manusia ke dalam neraka?Rasulullah saw jawab: "Dua rongga,mulut dan kemaluan".
Sekian daripada aku,pemuda beriman akhir zaman..Doakan aku agar cepat bertemu jodoh agar nafsu aku dapat disalurkan kepada saluran yang betul seterusnya Allah redha terhadap aku..Download hadis

 

 

 

 

 

 

Ajarlah Aku Tentang Cinta


Aku ni berminat juga bab cinta-cinta ni.Aku selalunya cemburu melihat apabila ada lelaki dan perempuan berjalan sama-sama,makan sama-sama,study group sama-sama,pergi tandas sama-sama..Semua nya bersama..Aku pula,tiada siapa yang aku berkenan sebab tak ada sesiapa pun yang berkenan kat aku..Huhu..Namun apabila aku cemburu aku akan bertanya kepada diriku,kalau aku buat apa yang mereka buat,adakah Allah akan redha dengan perbuatan aku itu?
Apa tandanya orang itu jatuh cinta..?Dari pengalaman aku yang bercinta sejak 20 tahun yang lalu,apabila seseorang itu jatuh cinta pada seseorang,dia akan merasa berdebar-debar apabila berbicara dengan orang itu.Lepas tu,dia asyik terasa ingin memandang muka orang yang dia suka tu..Dia akan cemburu apabila ada orang lain yang berlainan jantina rapat dengan orang tu..Apabila bercakap,dia akan sentiasa cuba memberi idea yang sebaik mungkin agar orang yang dia cinta itu kagum akan dirinya.Apabila bertentang mata,dia menjadi tidak keruan padahal orang yang dia cinta tu belum tentu cintakan dia.Yang islamik-islamik pula,apabila berbicara,dia akan menyelitkan unsur-unsur islam,hadis-hadis berkasih sayang..Ukhwah fillah katanya padahal dia sendiri tertunggu-tunggu si gadis atau pemuda islamik dia tu membalas ukhwah fillah dia tu.Kangkung betulah..Kalau dah ikhlas,tak perlulah kita ternanti-nanti ganjaran daripada apa yang kita buat tu.Sebut pasal ikhlas,aku teringat penyanyi nasyid..Belilah yang original!Ceh!Kalau aku,apa aku peduli ori ke tak..Janji mesej dakwah tu sampai..Rugi di dunia Allah akan ganjari di akhirat kelak..Dasar orang berniaga...Ikhlaslah katakan...
Orang yang bercinta ni biasanya akan terbuai dengan perasaan indah apabila orang yang dia cintai itu membalas keukhwahfillahan dia tu..Saban hari mereka akan bertukar-tukar mesej-mesej dakwah,kata-kata nasihat,berjanji akan menjaga diri,mendoakan agar hubungan di redhai selalu..Ya ka Allah akan redha dengan hubungan macam tu?Dakwah sesama mereka berdua ja..Lama-lama lepas tu, sebagai seorang yang normal,mereka akan mencari alasan untuk berjumpa.Contoh,pinjam novel,pinjam buku hadis,pinjam quran dan apa-apa idea supaya apa yang mereka buat itu nampak islamik..Berbincang masalah umat di sekeliling,berusrah berdua-duaan..Iee..Geli I..
Dengan kecanggihan teknologi yang ada,orang yang bercinta ini alan sentiasa orang yang dia cintai itu ada 24 jam di samping dia..Ketika Allah tidak mengizinkan mereka berjumpa,mereka dengan kreatif akan menggunakan teknologi 3G,webcam dan sebagainya agar dapat menikmati pemandangan indah daripada pasangan masing-masing..Jika dahulu bertukar-tukar hadis dan surah,kini mereka mula bertukar-tukar gambar dan tanpa segan silu akan ada yang bertukar-tukar gambar bentuk dan saiz badan masing-masing..Moga Allah jauhkan kita daripada ujian tersebut..
Begitulah kita,tak kira sekuat mana iman kita,kita pasti akan terjebak melainkan ketaqwaan kita pada Allah lebih tinggi daripada segalanya.Berbeza dengan para sahabat dahulu,cinta mereka hanyalah pada Allah dan RasulNya..Cinta mereka terhadap jihad melebihi segalanya. Ada ka di antara kita ni yang sanggup meninggalkan harta dan pergi sehelai sepinggang dalam menegakkan agama Allah?Orang sekarang lebih selesa berdakwah menggunakan blog,FB dan sebagainya sehingga unsur dakwah seperti kena caci,kena baling dengan najis,dibaling dengan batu tidak ada lagi..Apa yang difikir adalah keselesaan semata-mata..Sebab itulah kemanisan berdakwah itu tidak terasa seterusnya keinginan berdakwah menjadi hangat-hangat najis ayam..Apabila ada sahabat kita berdakwah dari bilik ke nilik,beriktikaf di masjid belajar cara berdakwah kita pula mengata bahawa mereka itu amal sahaja lebih tetapi ilmu tiada..Kita sendiri,ilmu tak ada,usaha dakwah pun tak ada..Tidakkah kita malu dengan diri kita sendiri?Tidakkah kita ingat bagaimana Abu Bakr ra membelanjakan seluruh hartanya untuk menjadi keperluan perang sehingga Nabi saw pun hairan dan bertanya,selepas semua harta Abu Bakr dermakan,apa pula yang akan ditinggalkan untuk anak dan isteri?Abu Bakr dengan tegas menjawab bahawa dia ringgalkan pada mereka Allah dan RasulNya..Sekian..Free Gift


Puasa Jumaat!?


Ramadhan bakal menjelma beberapa hari lagi.Aku pun tak tahu,aku ni dah bersedia ke belum untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini.Kena tahu rukun2nya,perkara yang membatalkan,doa,kaifiat solat terawih,lafaz2 selawat terawih,amalan lain yang boleh dibuat dan pengertian zakat.Aku tengok ramai gadis-gadis muda yang cuba melangsaikan hutang puasa mereka di bulan rejab dan syaaban sekarang.Aku hairan,kenapalah tak diselesaikan pada bulan-bulan lain sebelum itu.Mengada-ngada konon nak dapatkan pahala lebihlah kot.Aku rasa amalan puasa dengan 2 3 niat untuk satu puasa para sahabat dulu mana pernah buat.Nasib baiklah korang ni sempat hidup sampai bulan rejab dan syaaban tu.Kalaulah tiba-tiba mati pada bulan lain yang mana korang boleh menggantikan puasa di dalamnya tapi korang tak buat,mati berhutanglah korang.Amalan orang malas dan tak ikhlas ja yang buat 1 benda tapi nak dapat lebih2 pula.
Dah tu pula,ada juga gadis-gadis solehah ni mengkhususkan hari jumaat untuk berpuasa.Dahla musafir,hari jumaat pula 2,masih juga mengada2 puasa..Dapat pahala lebih ka?Makruh oi..Ada banyak hari sunat yang lain hari jumaat juga yang dipilih.Tahukah korang puasa yang macam mana yang terbaik?Sebelum buat ada tak korang periksa dulu amalan korang 2 para nabi,alim ulama ada amalkan ke x?Puasa tu puasalah juga tapi kenalah ada ilmu tentangnya.Jangan tahu tak makan dan minum ja..sia2lah korang berlapar dan dahaga..Aku nak tanya,apakah pengertian puasa dari segi syarak..?

Itu sajalah setakat ni..Ada masa aku cerita lagi bab puasa..
Free Gift
Pada bulan ramadhan ni aku paling seronok masa terawih.Penuh saf tak kira saf laki atau perempuan.Begitulah,semua orang menyambut baik kedatangan bulan ramadhan dengan bersemangat.Tapi minggu2 pertama jalah..Tengoklah nanti kalau dah masuk 10 malam yang terakhir.Bilal yang biasa ada pun turut menghilangkan diri..membuat persiapan rayalah kot..Aku pernah dulu,bertiga ja terawih.Sedih betulah..Semangat memperjuangkan parti bukan main tapi datang berjemaah di surau malas.Dasar kangkung!Takpalah..Pahala korang dah banyak,aku belum lagi.Takut juga kalau berjumpa Allah nanti Allah tanya amalan apa yang kita bawa untuk berjumpa Dia..Amalan puasa hari Jumaat?Amalan puasa dan berbaju ketat?Amalan memperjuangkan parti?Lagi satu dekat tempat aku ada yang lagi bersemangat.Jumaat lepas,balik dari masjid aku singgah di satu store..Dah ada yang buka lagu raya.Syaaban tak habis lagi dah raya..Raya sebab berjaya menghabiskan puasa hutanglah kot..Xpun puasa jumaat dia tu..

Aku Jemu..


Aku mula mengenali dia pada 2.1.2005. Sebenarnya aku tidak kenal siapa dirinya sehinggalah dia sendiri memberitahu bahawa dia adalah adik kepada kak Zah,kakak dia yang sama-sama belajar dengan aku di Universiti Malaysia Sabah ketika itu.Aku bertanya bagaimana dia mendapat nombor telefon aku sedangkan aku tidak kenal akan dirinya.Rupa-rupanya nombor hp aku dia curi-curi ambil daripada hp kakaknya.Dia memberitahu bahawa kakaknya ada bercerita tentang diriku yang masih baru memeluk islam kepada keluarganya.
Hari-hari lainnya,kami kerap berSMS.Kebanyakan sms yang dihantar adalah berkisar drngan nasihat2 agama.Aku dapat merasakan bahawa dia amat mengambil berat terhadap diriku. Setiap hari dia bertanya adakah aku sihat ke tak..Adakah solat aku terjaga ke tak..Kak Zah ada bercerita kepada aku bahawa adiknya ini seorang yang rajin membaca al quran dan sering mengikuti pertandingan hafazan peringkat negeri.Aku amat cemburu akan dirinya kerana siapalah aku yang baru memeluk islam berbanding dirinya.Aku merasa rendah diri.Namun begitu,aku berazam akan meningkatkan ilmu agamaku agar tidak kalah kepada dirinya.Aku mencari seberapa ramai ustaz untuk mengajarku. Ketika musim cuti,aku telah dijemput untuk bercuti di rumah dirinya disamping boleh belajar membaca al quran daripada ayahnya.
Setiap musim cuti semester,aku pasti datang ke rumah dia semata-mata hendak belajar membaca al quran dengan baik.Alhamdulillah,ayahnya banyak membantu aku.Setelah itu,aku belajar menghafal al quran.Aku menetapkan sekurang-kurangnya aku telah hafal setengah juz setiap bulan.Memang agak sukar kerana siapalah aku yang baru mengenal islam ini berbanding dirinya.Alhamdulillah..Hafalan aku mengatasi dirinya.Selain itu aku juga sering belajar ilmu tajwid daripada imam kampungnya itu.Setiap kali musim raya pula keluarga dia sering mengirimkan duit raya dan sedikit kuih-muih kepada ku.
Suatu hari,dia bertanya sejauh manakah hubungan kami ini nanti.Adakah sekadar berkawan sampai bila-bila.Aku amat terkejut.Sepatutnya aku yang lelaki inilah yang sepatutnya bertanya soalan itu. Nampaknya dia betul-betul serius dalam hubungan kami ini.Sebelum dia meneruskan pelajaran ke UPSI,aku memngambil keputusan untuk bertunang dengan dirinya.May 2007,dia telah ditunangkan dengan diriku.Aku merasa gembira dan terharu kerana dia amat mengambil berat sehingga sanggup sehidup semati dengan ku.Aku juga gembira apabila ada muslimah sebaik dia sudah menyuarakan kehendak hatinya untuk menjadikan aku sebagai suaminya nanti.Aku bangga akan dirinya yang bertudung labuh dan amat menjaga auratnya.Dia sering berjanji untuk tidak curang dan berjanji menjadi seorang isteri yang baik buat diriku.
Sepanjang kami berjauhan,aku telah berusaha untuk menjaga hubungan baik kami ini.Aku menghadkan diriku agar tidak berindu-rindu atau bermesej sayang-sayang dengan dirinya.Aku tahu aku tidak wajar menyebut semua itu sehinggalah kami sudah dinikahkan.Apa yang aku mesej ialah bertanya khabar dan keadaan solatnya.Andai keduanya terjaga,aku sudah cukup tenang dan tidak risau akan dirinya.
Pada tahun 2009,aku telah pergi bercuti di kampung kawan sebilik ku di Kedah.Masa itu ialah musim umat islam berpuasa.Kira-kira pukul 2 pagi aku telah menerima panggilan daripada dirinya.Aku sangat terkejut apabila dia memberitahu bahawa ayahnya telah meninggal akibat MI.Penyakit jantung.Aku hampir pitam mendengar khabar itu.Air mataku menitis..Aku terkenang dengan segala kebaikan dan layanan ayahnya dahulu terhadap aku.Aku terkenang bagaimana ayahnya setiap kali selepas asar terus mengajar ilmu al quran kepadaku.Aku menasihatkan dirinya agar bersabar.
Ketika di U,dia selalu mengadu tidak cukup wang untuk berbelanja.Aku amat simpati akan dirinya.Aku juga sering mengirimkan sedikit wang ke dalam akaunnya untuk dijadikan belanja seharian dan meringankan beban ibunya yang menyara 3 orang adik- beradiknya yang lain.Ini ditambah pula dengan kesulitan hidup yang dihadapi setelah kematian ayahnya.
Semakin hari aku semakin sayang akan dirinya.Walaupun tidak dibuktikan dengan ucapan sayang dan rindu,aku sering berdoa setiap kali selesai solat agar dirinya tetap menjadi seorang muslimah yang baik.Namun aku terkilan apabila dia sering bertanya mengapa aku jarang sekali mengucapkan kata-kata rindu buat dirinya.Dia nampaknya telah bosan dengan keadaan hubungan kami yang agak hambar bagi dirinya.Tidakkah dia sedar bahawa kami belum diijab kabulkan untuk menghalalkan itu semua?Aku mengeluh sendirian.
7.5.2010,kira-kira jam 7 pagi aku mendapat mesej daripada dirinya bahawa dia telah bosan dengan hubungan yang sekian lama terjalin tetapi belum disatukan.Ya Allah,manalah aku nak cari wang untuk membuat majlis nikah.Tidakkah dia fikir betapa susahnya hidup selepas kahwim dikala aku belum bekerja ini.Aku berusaha untuk menerangkan situasi diriku kepada dirinya.Namun segala apa yang aku terangkan dia tentang dan tidak dapat menerimanya.Dia mengatakan bahawa dia telah nekad untuk memutskan tali pertunangan kami.Dia mengatakan bahawa dia telah membuat solat istikharah sebelum membuat keputusan itu.Kenapa cepat sangat dia membuat keputusan sedangkan 6 bulan lagi kami bakal disatukan.Adakah dia telah berbincang dengan sesiapa sebelum membuat keputusan itu?Sebelum bertunang pun kami telah istikharah.Apa maknanya istikharah dulu kalau hubungan yang aku jaga ini dia rosakkan dengan tiba-tiba?Aku bimbang bukan petunjuk daripada Allah yang dia dapat tetapi petunjuk syaitan yang tidak jemu-jemu untuk menyesatkan anak adam.Kalau kesan istikharah berakhir dengan putusnya silaturahim,menyusahkan orang dan benci terhadap orang itu,petunjuk Allah kah itu?Aku hanya bersabar dan tidak ingin mendesak dia.Sepatutnya dia tanya Allah bilakah masa yang sesuai umtuk meniikah.Macam mana cara sesuai memelihara hubungan dengan tunang.
Aku membiarkan keadaan itu berlalu.Di laman FB nya aku terkejut melihat pada stiker daisynya bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan orang lain,2 bulan lebih sebelum dia memutuskan pertunangan.Rupa-rupanya itulah sebabnya mengapa dia memutuskan pertunangan itu.Istikharah itu untuk mencintai lelaki bukan mahram dan memutuskan hubungan pertunangan yang bakal disatukan beberapa bulan sahaja lagi kah?Fikir-fikirkanlah..

P/S:Doakan agar aku cepat bertemu jodoh ya..Gadis biasa pun tak apa agar aku dapat melabur saham akhirat aku dekat dia..Hi3!Ajar apa yang dia tak tau,dia amal,aku juga yang untung.Gadis tudung labuh,semua dia tahu..Jangan marah ..(",)y



Jom Buang Anak!!

Lama dah xmenulis dekat blog ni..Asyik sibuk mengcreate blog yang korang download item dalam blog aku,aku dapat duit..Xpa,abaikan..Nak meluah isi hati sebenarnya..Pasal buang anak..Jom buang!!Maksud aku bukanlah buang anak yang baru lahir 2 tapi anak yang membuang anak 2..Diaorang ni mcm berkempen pula..ramai2 masuk news jadi muka depan news..Tajuk buang anak..Apa nak jadilah budak2 zaman sekarang..
Tau buang ja selepas nafsu dipuaskan..Macam xingat syurga neraka..Yang membuang pula tak kira tahap pendidikan,umur dan status agama..Pelajar U membuang,darjah 6 membuang..bakal ustazah membuang,minah pit apatah lagi..Yang membuatkan aku xpuas hati,ada juga para doktor yang sama-sama membantu dalam proses pembuangan bayi tu.Kalau akulah doktor,aku bagi ja dia makan julap.haha..bukan bayi yang dibuang tetapi minah itu yang "membuang".Ingatlah,kalau dekat muka bumi ni korang yang membuang bayi ni terlepas,jangan harap nak terlepas dekat akhirat kelak.Aku pun akan turut sama menyaksikan aksi jijik korang dkt padang masyar nanti..Yang kapel2 pula,mungkin ada terlintas untuk bersatu tubuh dan memikirkan kaedah paling kreatif spy si minah dia 2 xmengandung.Xpayahlah..Ingat azab Allah..Anytime ja Izrail as jemput korang mengadap Allah..Tengah2 bersatu tubuh pun korang jgn harap boleh lepas.3 keadaan manusia kehilangan imannya,ketika minum arak,merompak dan berzina..aku pun tak tau apa lagi nak diceritakan..esok jalah.. 

p/s kpd para perempuan,sapa2 korang y berdosa ni nanti akan tarik 4 lelaki bersama anda ke neraka..Ayah,adik beradik lelaki,suami dan anak lelaki..kalau salah tegur2kan..