Hobinya Berzina

Sekian lama tak menaip kerana PC kesayangan aku terpaksa ditinggalkan di rumah..Tunggu dah kaya baru beli PC y mudah diangkut ke mana-mana..Walaupun PC ni canggih dan dipenuhi virus dan selalu ditinggalkan tetapi aku kena ingat,beliau telah banyak berbudi kepada aku..Kalau bukan kerana beliau,aku tak akan dapat menyiapkan segala yang segala dan segalanya sehingga mampu membuatkan aku dilantik dengan jayanya menjadi seorang tukang tangkap gambar tulang,salur darah,perut,dada dan segalanya apa yang ada dalam tubuh manusia seterusnya menjadi kuli kepada KKM sepenuh masa..(Bukan kerana Allah ke yang bagi semua ni?..hiha)Kerana beliau juga aku dapat membaca kisah2 pelik,benar dan mengarut dpd Facebook..

Malam Syawal ke 9 ni,aku nak cita sikit bab yang best..Kalau tak insaf juga,memang stoneheart betullah orang tu..Kisah ZINA si mamat dan si minah..Amatlah indah apa yang dirasai oleh seorang mamat tatkala dirinya mampu dan berjaya mengorat si minah lebih2 lagi apabila si minah itu memiliki muka yang sangat lawa..Putih,kulit licin,hidung mancung,bertudung labuh,bertubuh montok dan sebagainya..Amatlah bahagia diri si minah apabila merasakan dirinya diminati ramai lebih2 lagi seorang mamat yang selalu mengambil berat akan si minah dengan menaburkan kata2 islamik bagi mengekalkan rasa cinta daripada seorang minah yang solehah..Ingat minah,jangan mudah terpedaya..Mamat yang soleh tu apabila memandang akan wajah awak yang ayu mayu tu,ditambah pula dengan balasan kata2 manis awak,ada satu mamat lain yang akan membisikan dalam hati korang untuk berlebih2han..Contoh berlebihan tu apa?BERZINA!!Berzina ye...Hm..!!

Orang2 yang rajin baca quran akan hafal ayat ni, "dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."...Bagi aku yang santai ni,bila seorang tu pura2 mencari idea dan soalan untuk ditanya kepada seseorang yang cuba dioratnya itu juga termasuk dalam kategori hampiri zina..Apabila persoalan tidak dapat diselesaikan dengan sms maka mesyuarat islamik akan dibuat..Yelah,dah jumpa pujaan hati,mata kenalah bertentangan..Dari pandang mata lalu turun ke mamari..Mamari tu,chestfruitlah..nabi ada cakap berdasarkan peristiwa mikraj yang dia alami..

"Aku melihat di dalam neraka satu rumah tembaga yang pintunya terlalu sempit dan di dalamnya terdapat beberapa orang lelaki dan wanita yang terkurung kesemuanya.Di situ terdapat kala jengking dan ular yang berlengkar pada kemaluan mereka lalu aku bertanya kepada jibril:siapakah yang diseksa sedemikian rupa?Jibril jawab..Inilah orang yang BERZINA.

Pada wanita yang dah kahwin pula nabi juga ada bersabda, "Barangsiapa yang BERZINA dengan perempuan yang telah bersuami adalah ke atasnya dan wanita itu balasan seksa pada hari kiamat.Allah swt akan memerintahkan suaminya mengambil segala pahala kebajikannya dan dia akan menanggung dosa suaminya serta dia nanti akan dihalau ke neraka jahanam apabila suaminya tidak mengetahui bahawa isterinya BERZINA".

Lagi tentang ZINA..3 jenis orang yang akan mendapat seksaan yang paling berat di neraka jahanam iaitu orang yang derhaka pada ibubapanya,orang yang BERZINA dan orang yang mensyirikan Allah.

Dan lagi... "Barangsiapa yang mengisi pandangan matanya dengan melihat yang haram maka Allah akan mengisi matanya dengan api neraka jahanam.Barangsiapa yang BERZINA dengan seorang perempuan akan dibangkitkan oleh Allah dpd kuburnya dalam keadaan dahaga,telanjang,menangis dukacita dan hitam mukanya.Pada lehernya digantung rantai dpd api neraka dan pakaianya dpd percikan api neraka lalu Allah berkata inilah azab baginya"

Senang cita,bayangkan ada seseorang jatuh moto..belakang dia ada satu lori besar..tak sempat elak,kepala dia digilis oleh tayar lori tu lalu pecah..Otak bertaburan d atas jalan raya...Ataupun bayangkan pisau yang selau korang guna untuk potong bawang tu..Tiba2 ada sorang letak mata pisau yang tajam tu dekat leher korang lalu menyembelih perlahan2 sehingga separuh ja..tak potong habis..seksa x?Takpun,bayangkan aku tengah memanaskan satu batang besi yang panjang sehingga jadi warna merah..Dengan santainya aku memasukan besi panas tadi ke dalam kemaluan seseorang sehingga orang tu menjerit kesakitan.seksa x?itu baru seksa yang dibayangkan,belum lagi seksa yang maha dahsyat dpd Allah..kesimpulannya..Jauhi zina dan apa2 perkara yang membawa kepadanya..Sekian harap insaf..(Terutama akulah..)

P/s..Perlu ke aku bagi banyak contoh untuk sedarkan orang?Cairkan hati korang untuk mudah menerima nasihat sebelum dicairkan oleh panasnya neraka..Nauzubillah..


 

 

Gila kiub


Dengan bongkakny aku menunjuk2(astaghfirullahalazhim),hehe..senang ja nak selesaikan..nak belajar x?

Serian


Pemandangan indah dari luar masjid daerah serian.aku sampai masjid jam 12 sebab saja plan lepak2 masjid sblm jumaat.ingatkn pagar masjid dh buka,rupa2 sistm kslmtn n brjga2ny sgt tgi.trkunci maka aku trpks melepakn dr tpi tasik sorg2.ada cewe tntu lg syiok kata org sabah.ya?syiok cinta2..xsdr ada kamera tengah merakam aksi2 cinta..

Entah apa2.


Claud n mr zul..geng sekerja aku.ke mana saja pun asyik bersama.pg makan,minum,jumpa bos,kena marah..suma bersama..hm,lg senang berblog guna hp.anytime anywhere..

Lepak


Beginilah depa..bila pesakit xda,depa ligat mencari topik2 y hendak d bincangkan.bukan mgumpat sb depa ni baik2 orgny..

Tempat kije


Bukan sembarangan orang y layak mengendalikan mesin fluoroskopi tu.doktor pun ada y xlayak.aku?hehe.memg dilayakn.proud to be a radiogrpher

Raya sakan


Mat rempit beraya..brjumpa fmly agkat.hehe..

Kehidupan juruxray


Belum ada rumah jadi menumpang di rumah orang..huhu...perkampungan cina..ramai anjing..setiap kali pegi masjid setiap subuh,anjing2 tu konfm kejar.ie..geram.rasa nk bagi makan ayam goreng beracun ja..tunggu dah kaya sikit,aku pindah.tak tahan.rmh pula berjiran dengan tokong..hm..stiap hr dpt dengar makcik2 cina n da geng brzikir..hr2 dpt cium bau colok..sebut pasal colok,terbayang hantu cina lompat2..muahaha!

Hairan ke?

Ada orang ni jenisnya sopan santun.Setiap apa yang kawan dia share dekat FB dan sebagainya maka dia pun dengan sopan santunnya meminta izin untuk share.Perlu izinka?Dah namanya dipublish dekat internet,laman sosial,memanglah untuk dishare.Orang yang mengshare n mempublish tu apa tujuan dia pampang dekat internet?Contoh,artikel2 keinsafan,maklumat berguna..Korang yang pergi buat dakwah,menyebar ilmu,ada korang minta izin dengan penuh kesopanan untuk menyebarkannya daripada empunya ilmu?Memang ada sebab korang sopan santun..Contoh lagi,hari ini aku cerita bab kelebihan mengingati mati.Korang yang membaca apa yang aku tulis pun insaf membaca lalu dengan sopan santun meminta izin mengshare..tak payah mintalah oi..ish!sopannya mereka itu..kalaulah berizin2 menyampaikan ilmu maka tak ke manalah apa yang nak disampaikan tu.

Ada orang ni kuat buat kerja2 politik islam.Setiap apa yang dibualkannya adalah berkisar dengan politik islam dan cacian terhadap orang yang tidak sempurna islamnya.Kalau bab daulah2,siasah n apa2 kaitan politik dia memang mantops sekali.Bab akhlak,dari 10 aku bagi 3 4 macam tu.Jumpa ja orang2 sebulu dengan dia maka adegan kutuk,perasan mulia,perasan sempurna mulalah keluar.Konon2 apa yang dia buat tu Allah iktiraf semuanya.Bila ada sahabat aku yang rajin datang surau,baca quran n join jemaah keluar belajar dakwah n iman..hm..dengki tak sudah2.cakap sahabat aku tu pentingkan dr lah,tau amal tapi takde ilmulah..Bila aku tanya kepada budak xcited politik islam tu apa n macam mana nak kuat n naikan iman n apa syarat mudah utk mereka dan orang2 mereka memerintah negara,terdiam pula tak tahu nak jawab.Geleng-geleng kepala juga sebab blur.Kalau jerit takbir bukan main.Takbir!Allahuakbar!!!!!!!!!!Hmph!Sebulan aku subuh dekat masjid sebulan juga aku tak nampak dia berjemaah.sibuk sangat memikirkan cara menjatuhkan parti lain kot.hihi!

Ada orang bila orang tegur sebab orang lihat n sedar apa yang dia buat tu salah maka dia pun membidas dgn mencari ayat quran n hadis untuk menghalalkan apa yang dia buat.Sehari suntuk membelek al quran untuk mencari ayat yang sesuai padahal dia mengambil ayat sepotong-sepotong tanpa melihat keseluruhan ayat n sebab penurunan ayat.Perasan umat terbaik konon tapi bila orang jentik sikit telinga,doa kehancuran tak habis2 meniti dekat mulut dia.Ah!!Terbaiknya orang tu!mengalahkan nabi.Ntah macam mana kalau tiba2 Jibril as muncul depan dia lalu menawarkan menghempaskan gunung kinabalu terhadap orang yang jentik telinga dia tu.Ish2..Umat terbaiknya dia..

Sekian,aku mengundur diri untuk bermain Yuri Revenge yang sekian lama telah aku mainkan dulu..teguri aku andai tersilap kata..n..jangan stress berdakwah.dakwah cara nb korang pasti berjaya.Macam mana dakwah cara nb?hihi!korang kan soleh-solehah dan alim alimah.koranglah ajar aku ye..Mohon pembangkang..(sensitif..)


 

Ada Hati Nak Kahwin..?

Assalamulaikum buat umat Muhammad yang membaca cita benar aku ni dan salam 1malaysia buat umat lain..Dengan bosannya aku menulis tentang kahwin kerana aku nak kahwin..(ada y suka cakap,khwn dah,nikah je belum..Apa tu?)..

Aku tulis ni sebab ada orang tanya aku,keja dah dapat,umur dah meningkat pastu bila nak kahwin?Aku menjawab dengan selambanya,aku nak kahwin sekarang juga..Ditanya lagi pada aku,dah ada calon ka?Orang mana?Keja apa?Wah!macam wartawan!Sepatutnya tanyalah benda2 yang lebih menginsafkan..Tanya pasal mati ke..mati nak masuk mana ka..yakin mati dalam islam ke..solat yang dibuat sat tadi Allah terima ka...Barulah semangat sikit nak tambah amal.Tanya pasal khwn,aku teringat akan seseorang..Nama dia Laili (bukan nama sebenar)(dah tahu bukan nama sebenar,letak ke tak,tak memberikan kesan langsung jadi buat apa letak?!!..kata sesetengah pembaca di dalam hati..)..aku teringat ja tapi malaslah nak cita pasal dia.xbest langsung..bek aku cita ciri2 orang yang aku nak jadikan sebagai kekasih halal aku..

Ciri 1..

Lawa..mestilah pilih yang lawa sebab aku akan tatap wajah dia setiap masa seumur hidup aku.Aku tahulah dia akan tua dan akan ada peminat dikalangan jejaka2 lain tapi itulah hakikat.Majoriti lelaki beriman akan pilih yang lawa2...xpayah bagi hadis n ayat2 keinsafan,aku dah jangka apa ayat yang korang nak cakapkan tu..hihi!Alangkah bangganya anak2 aku dapat mama,mummy,ibu,bonda,ummi ,indai,yang lawa..dahlah lawa,berkerudung pula..bertambah2lah lawa..lagi lawa kalau ada lesung batu dekat pipi,tak terover slim n x terover hyperstenik (gemokk)

Ciri 2..

Able to solve problems independently..aku bukan terer bhs omputih jd kalu tunggang langgang janganlah dijadikan isu besar ya..hm..jenis yang pandai buat keputusan dan tidak banyak bergantung dengan pendapat orang.susahlah aku kalau isteri aku nanti suma benda pun nak tanya aku macamna nak buat.contoh,macamna nak isi borang kuarkan duit dari bank..sekolah takat drjah 6 pun tahu jd xpyhlah tanya.

Ciri 3..

Tahu membezakan apa benda yang dilakukan akan membawa kepada dosa dan pahala..maksudnya tau beza mana benda baik n sebaliknya.Aku taknak sumanya dia main buat ja..benda mudah contohnya..selalu meminta aku call di saat belum kahwin..nikahlah maksudnya..memanglah dengan call,sayang2,darling2,..akan membibitkan kasih sayang n mengeratkan silaturahim..ceh..jiwang2 pula..tapi,kasih sayang n silaturahim terlarang mestilah Allah tak redha..kan?kan?kan?Mana boleh aku menikah di saat Allah tidak redha dengan perbuatan yang kami lakukan..tak syoklah macam tu.nanti anak2 aku seramai 7 orang yang bakal lahir itu juga yang susah..(aku nak 7 orang anak..bersedialah dirimu..hi2)

Ciri 4..

Manja..bestnya ada i3 yang manja..dah nikah,manja + mengada2 pun tak apa..aku suka..yang manja2 ni adalah sesuatu yang akan aku buat pada diri dia..muahahaha!tanya sendiri kepada adik kecik aku apa yang terjadi pada dia di saat kemanja-manjaan..muahahaha!


 

Ciri 5..

Gadis semenanjung..aku jemu..kalau korang penah baca kisah aku jemu aku tu,korang akan tahu..betapa tidak manisnya (pahit) apa y aku alami setelah diceraikan oleh seseorang yang islamik dan islamik serta islamik itu..Ahh!!Aku tidak akan terpedaya lagi dengan keislamikan korang yang islamik.(korang?macam ramai pula..)..cukuplah dia sederhana tapi amal sederhana dia tu Allah iktiraf dan Nabi saw akui boleh membawa dia ke syurga maka aku akan terima dia berbanding korang yang terover islamik itu..muahahahaha!!selamat menjadi pendakwah agung buat korang yang over xcited itu.

Ciri 6..

Aku rahsiakanlah....xbest kalu bagitahu semua..nanti ada yang buat2 berciri2 seperti apa yang ditulis susah juga..walapun tak hensem tetapi aku ada yang sudi menjadikan suami maka aku amat bersyukur pada Allah yang maha pengasih lagi maha menyayangi.yang penting sayangi semua orang nescaya segala yang ada di langit Allah akan perintahkan pada sekalianya untuk sayang dan mendoakan yang baik2 untuk kita.(Motivasi malam..)Sekian,mohon pembangkang..(Pembangkang?sensitif..hihihi)

"dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"-Ar Rum:21