Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Jual "Bini" Demi Duit



Rasa sangat sayang nak jual tetapi apakan daya, daripada menjadi motor semata-mata baik aku ubah dia jadi duit. Daripada motor ni, aku anggap aku akan dapat RM15k..So, dari situ 8k akan digunakan untuk “kepala” motor baru dan 7k akan jadi “kepala” kereta..

Maka, motor baru aku dapat, kereta baru pun aku dapat walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit belanja untuk menyara keduanya. RM 320.00 motor dan RM 300.00 kereta..

Namun, daripada kereta tu, aku akan dapat minima RM 800.00 hasil daripada kereta sewa. So, sekurang-kurangnya aku akan dapat RM 180.00 bersih. Jadilah berbanding tak ada hasil langsung, namun itu adalah pendapatan minimum kerana tidak mustahil untuk aku dapat RM 1200.00 sebulan berdasarkan nisbah pelanggan kepada kereta sewa adalah sangat tinggi di tempat aku..Ada lebih kurang 5 buah kereta sewa lain yang boleh menampung namun pendapatan daripada kereta sewa lain aku lebih suka labur dan bila nilai dah bertambah saya akan tambah lagi kereta sewa dan seterusnya..

Risiko? Nama pun berniaga..risiko rendah untung pun rendah..risiko tinggi, untung pun tinggi..Kalau modal rendah, risiko rendah tapi untung ribu-riban maka itu MLM..Hehe
 

 

Mari Memulakan Bisnes Cara Mudah



Apabila nak memulakan perniagaan ni, kena lah bermula dengan apa yang kita ada andai kata kita tiada modal. Contohnya kalau ada pisang dan tepung, kita buat bisnes pisang goreng. Kalau cuma ada nasi, cili, santan, kita cuba buat bisnes nasi lemak.

Satu lagi, nak berniaga ni kena muka tebal dan pandai berkomunikasi dengan pelanggan. Pelanggan tentu menilai kita dengan gaya dan cara kita melayan mereka buat pertama kali. Buang sifat malu.

Bagi saya sendiri, saya mulakan bisnes kereta sewa menggunakan kereta yang saya ada. Kereta Proton Wira tahun 1997. Alhamdulillah, pendapatan daripada sebuah kereta boleh mencapai RM700.00 sebulan. Kereta pun second hand ja pun. Janji dapat gerak tanpa masalah dan member sedikit keselesaan, itu sudah cukup memadai.
"Duit" bersepah sepanjang jalan

Belajar Berniaga

Assalamualaikum. Saya pasti ramai di luar sana merungut dengan kewujudan GST dan kenaikan harga barang. Selari dengan itu, maka ramailah yang bercita-cita untuk mencari duit lebih, termasuklah diri saya. Masalahnya kita sering beralasan jika ingin memulakan sesuatu perniagaan.. Antara alasan yang sering disebut-sebut ialah tiada asas perniagaan atau tidak cukup modal.

Paling sedih ialah para graduan yang baru keluar dari universiti. Sudahlah kena bayar balik pinjaman pendidikan, kerja pula susah nak dapat. Kalau nak dapatkan sesuatu jawatan dalam sesuatu syarikat, ada yang nak calon yang ada pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua tahun. 

Saya sendiri juga turut mengalami situasi yang sama. Keluar universiti dengan pointer cukup makan, ke hulu ke hilir cari kerja..Akhir sekali saya kerja buruh bancuh simen. Selama 3 bulan buat kerja berat dengan gaji yang saya rasa sangat tidak setimpal dengan beban tugas maka saya pun berhenti. Saya cari pula kerja di KFC. Kerja pula boleh dikatakan senang. Gaji pun dalam lingkungan “kesenangan”. Yelah..Kerja sikit gaji pun sikit lah. Yang hebatnya, di antara pekerja KFC tu pula ramai yang senasib dengan saya. Ada yang bekas pelajar jurusan kejuruteraan perakaunan, ekonomi dan sebagainya. Maka, jangan lah dipandang rendah dengan pekerja-pekerja ni. Sama juga dengan pekerja di pam minyak. Tak semuanya yang “takda sekolah”.

Namun itu dulu, sejak saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pendapatan bulanan saya pula boleh dikatakan agak lumayan. Bayangkan anda beli rumah dan kereta secara percuma. Semua tentu nak kan?Semuanya bukan mustahil asalkan betul strategi dan fokus dalam melakukannya..Moga bermanfaat untuk kita semua dalam menghadapi keadaan ekonomi Negara yang sangat “najis” sekarang ini.
Saya pun jenis yang malas nak baca tulisan yang panjang-panjang ni. Kita sama je pemalasnya.  

P/S..Saya tahu, anda semua mungkin terbayangkan yang bisnes yang saya buat ini ialah MLM kan..

Bijak Berbelanja

Alhamdulillah..Raya Aidilfitri baru beberapa hari yang lepas kita sambut. Tentu seronok dapat jumpa sanak saudara dan rakan taulan. Ramai kenalan maka banyak jugalah latar belakang pekerjaan mereka. Mungkin ada yang kerja sebagai pengurus syarikat, cikgu, askar, doktor, peguam dan sebagainya. Masa raya nilah budak-budak paling seronok sebab dapat duit raya. Orang tua pula mungkin ada yang tak seronok sebab terpaksa hulur duit raya kepada budak-budak. Takpalah pakcik, sedekah.. pahala tu kembali kepada kita juga

Masa ni juga lah kita dapat tengok status kekayaan sebenar seseorang. Balik kampung naik kereta hebat-hebat tapi bagi duit seringgit dalam sampul memang tak padanlah. Sepatutnya kenalah bagi lebih. Barulah terserlah kekayaan. Sepatutnya kena malu dengan rakan yang pakai biasa-biasa tapi dalam bab menghulur duit dia buat muka biasa-biasa sahaja.

Ya. Itulah hakikatnya zaman sekarang. Ramai yang suka bergaya walaupun poket kempis dan hutang keliling pinggang. Apek di pasar ikan pakai singlet lusuh seluar koyak pun lagi kaya daripada dia. Apek pergi pasar bawa balik ikan 5kg, udang 5kg, sotong 5kg..Dia walaupun keluarga besar balik pasar cuma bawa ikan sekilo, udang setengah kilo sotong pula tak beli. Ganti ikan masin..Teringin nak beli tapi apakan daya, ada rm100 ja dalam dompet. Al maklumlah, tengah bulan..  Ingat , beli ikut keperluan bukan ikut nafsu.

Contohnya, berkereta itu keperluan tetapi nak kereta mewah itu kehendak nafsu. Matlamat membeli kereta pun perlu difikirkan sebelum membuat keputusan memilih jenis kereta. Kegunaan kereta ialah membawa kita dari titk A ke titik B dengan selamat dan sedikit selesa. Kalau kereta viva dapat penuhi kriteria kita membeli kereta, kenapa perlu kita beli Camry?


Risiko Bisnes Kereta Sewa


Pernahkah anda terfikir akan risiko apabila menyewakan kereta kepada pelajar? Antara risiko yang akan saya terangkan di bawah adalah sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bisnes yang kita harapkan untung daripadanya tetapi sebaliknya yang berlaku.

Pertama,ada penyewa ini apabila kita minta maklumat peribadi seperti nama,nombor IC dan alamat,mereka enggan. Bagi pun sekadar nama kampung. Dom, Along, Mek Sue.. Kenapa perlu takut untuk memberikan maklumat asas tersebut? Penjenayahkah? Bayangkan kalau pelanggan seperti ini yang menyewa kereta anda. Andai terjadi jenayah,saman dan kemalangan tentu susah untuk kita untuk menjejaki mereka.

Kedua,pelanggan yang sering minta diskaun. Mungkin mereka ini nak save duit atau mereka memang tak ada duit. Kalau ada duit tapi nak jimat tak mengapa..Cuba bayang kalau mereka memang tak berduit banyak. Apa-apa terjadi kepada kereta seperti bumper pecah dan kemalangan,sudah tentu mereka sukar untuk membayar ganti rugi walaupun perjanjian telah dibuat. Nak harapkan PTPTN tentulah tidak cukup. Separuh untuk bayar yuran,separuh untuk beli Samsung S4..

Ketiga,kadang-kadang pelajar ni suka menyewa beramai-ramai. 5 hingga 6 orang untuk sebuah kereta kecil. Ini bukan sahaja membahayakan nyawa mereka tetapi membahayakan keadaan kereta kita. Saya tahu,kalau sehari sewa rm 60,kalau sewa 6 orang cuma perlu bayar rm10 seorang. Ingat,sangat-sangat tidak berbaloi untuk rm 10 berbanding dengan nyawa anda kalau terjadi kemalangan. Kalau kena kemalangan,jangan harap pemilik nak kasihan sebab itu adalah kesalahan anda sendiri.


Akhir sekali,pelajar ini sebahagian daripada mereka adalah orang yang baru beberapa jam dapat lesen. Entah-entah baru semalam dapat lesen. Bawa kereta kelam-kabut dan cuai. Saya sendiri pernah mendapat pelanggan seperti ini. Masuk gear satu,tekan minyak sampai jarum RPM sampai ke tanda merah baru tukar gear 2. Ada juga yang suka pijak clutch semasa tengah bawa kereta. Saja-saja tekan,bukan untuk tukar gear..Lama-lama boleh jahanam kereta kita.

Sekianlah dulu serba-sedikit perkongsian daripada saya,pemilik bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan. Bukan tak boleh bagi sewa cuma perlu banyak berwaspada. Jangan malu untuk komplen andai servis kami tidak memuaskan hati.