Jual "Bini" Demi Duit
Rasa
sangat sayang nak jual tetapi apakan daya, daripada menjadi motor semata-mata
baik aku ubah dia jadi duit. Daripada motor ni, aku anggap aku akan dapat RM15k..So,
dari situ 8k akan digunakan untuk “kepala” motor baru dan 7k akan jadi “kepala”
kereta..
Maka,
motor baru aku dapat, kereta baru pun aku dapat walaupun terpaksa mengeluarkan
sedikit belanja untuk menyara keduanya. RM 320.00 motor dan RM 300.00 kereta..
Namun,
daripada kereta tu, aku akan dapat minima RM 800.00 hasil daripada kereta sewa.
So, sekurang-kurangnya aku akan dapat RM 180.00 bersih. Jadilah berbanding tak
ada hasil langsung, namun itu adalah pendapatan minimum kerana tidak mustahil
untuk aku dapat RM 1200.00 sebulan berdasarkan nisbah pelanggan kepada kereta
sewa adalah sangat tinggi di tempat aku..Ada lebih kurang 5 buah kereta sewa
lain yang boleh menampung namun pendapatan daripada kereta sewa lain aku lebih
suka labur dan bila nilai dah bertambah saya akan tambah lagi kereta sewa dan
seterusnya..
Risiko?
Nama pun berniaga..risiko rendah untung pun rendah..risiko tinggi, untung pun
tinggi..Kalau modal rendah, risiko rendah tapi untung ribu-riban maka itu
MLM..Hehe
Pendapat Jahil Tentang Vape
Baru-baru
ini isu rokok elektrik atau vape semakin hangat diperkatakan di negara kita.
Rata-ratanya mengutuk perbuatan orang yang menggunakan vape ini.
Pendapat
jahil aku tentang vape,
Fatwa
kata haram, terpulang kepada mereka nak terima ke tak..Sepakat ulama kata
tinggalkan solat fardu secara sengaja itu haram dan berdosa besar pun orang
boleh buat rilek ja, apatah lagi fatwa mengenai vape.
Sebagai
alternatif kepada rokok tradisional. Memanglah ada banyak alternatif lain
tetapi kalau perokok tu nak menge”vape” kita nak kata apa. Duit dia, hak dia.
Yang dapat penyakit pun dia sorang, berbeza dengan rokok tradisional, perokok
senyap pula yang akan mendapat mudarat lebih.
Selagi
ada arak, babi, dadah dan judi, selagi itu tahap “keharaman” vape ni akan
dipersoalkan. Kena hapus dulu penjualan dadah, pusat judi..barulah boleh
hapuskan vape, kata mereka lah. Maksud mereka, hapuskan dulu isu yang lebih
besar barulah hapuskan isu bilis macam vape. Rasuah, 2.6 bilion, 1MDB..Yang
sepatutnya ubah diri sendiri dulu ke arah kebaikan barulah boleh ubah
negara..Nasihat agama yang kata, nak terima atau tak, mati nanti ada orang yang
mandikan, kubur orang galikan, keranda orang yang usungkan, kubur
masing-masing, kala, ular dan ulat pun boleh layan sorang sorang. Ada Najib
kesah?
Para
pengguna vape, kalau mereka jaga tingkah laku di tempat awam macam hembus wap
vape dalam seluar ke, vape bawah jambatan ke, suruh orang sekeliling tutup mata
semasa mereka hembus wap vape tu, tentu rakyat Najib tak akan marah kepada
mereka. Lagi buruk bila perempuan bergambar beramai-ramai semasa mereka hembus
wap vape. Muka dah lah buruk pada pandangan orang, perangai tu pula menambahkan
lagi kehodohan diri.
Apa-apa
pun, kepada para penge”vape” janganlah buat orang lain sumpah seranah diri
korang atau menyusahkan orang lain. Nak vaping sampai wap penuh dalam bilik
tidur Najib pun tak apa, itu lagi rakyat Najib suka.
Jangkar Waterfall: Ngeri tapi...
8.8.2015 seramai 8 orang telah membuat ekspedisi ke Kg Jangkar yang terletak berdekatan dengan pekan Lundu. Tujuannya ialah untuk berkelah di air terjun yang sangat cantik walaupun banyak nyawa yang telah terkorban di kawasan air terjun tersebut yang kebanyakannya ialah kejadian lemas. Namun, ajal dan maut di bawah kekuasaan Allah maka seeloknya tidak perlu takut tetapi sebaliknya perlu menjaga keselamatan diri sebaiknya.
Laju juga brader ni.. |
Gayatnye.. |
Muda-muda semuanya |
Yang tak pandai berenang dan yang pandai berenang...Hehe |
Tali tu panjangnya ke atas dalam 30 meter |
Bersama bodyguard |
Ala-ala 4U2C bersama Neelofa gitew.. |
Isi minyak jap |
Simpang Kg. Jangkar |
Mr Photographer |
Pandangan dari tempat barbeku |
Mari Memulakan Bisnes Cara Mudah
Apabila nak memulakan perniagaan ni,
kena lah bermula dengan apa yang kita ada andai kata kita tiada modal.
Contohnya kalau ada pisang dan tepung, kita buat bisnes pisang goreng. Kalau
cuma ada nasi, cili, santan, kita cuba buat bisnes nasi lemak.
Satu lagi, nak berniaga ni kena muka
tebal dan pandai berkomunikasi dengan pelanggan. Pelanggan tentu menilai kita
dengan gaya dan cara kita melayan mereka buat pertama kali. Buang sifat malu.
Bagi saya sendiri, saya mulakan
bisnes kereta sewa menggunakan kereta yang saya ada. Kereta Proton Wira tahun
1997. Alhamdulillah, pendapatan daripada sebuah kereta boleh mencapai RM700.00
sebulan. Kereta pun second hand ja pun. Janji dapat gerak tanpa masalah dan
member sedikit keselesaan, itu sudah cukup memadai.
"Duit" bersepah sepanjang jalan |
Tips Untuk Tidak Menjadi Bodoh
Tips mudah untuk tidak kelihatan BODOH di jalan raya
- Pandu di sebelah laluan laju atau sebelah kanan jalan dengan kelajuan YB melawat kawasan atau 60km/j tanpa keperluan yang munasabah.
- Lihat cermin pandang belakang setiap masa (Ikut suka, jangan tak tengok langsung atau sejam sekali baru nak tengok)
- Apabila melihat ada kenderaan pantas di belakang anda seperti ingin “mensodomi” kereta anda maka cepat-cepat lihat cermin sisi sebelah kiri.
- Beri “signal” sebelah kiri dan tunggu lima saat sebelum membelok. Belok dulu baru beri “signal” akan membuatkan otak anda beralih ke posisi lutut.
- Belok kiri dan beri peluang kenderaan yang lebih pantas memotong anda di sebelah kanan.
- Siap! Sekarang anda telah berjaya menjadi seorang pemandu yang otaknya di kepala.
Selamat beramal dengan niat
kerana Allah.
Sumber : http://www.someecards.com/usercards/viewcard/MjAxMi03M2VjYjgyOTA2ZmMzZWNm |
GST Kami Bayar
Tak kiralah anda kaya ke miskin, GST sama-sama kita tanggung. Bezanya awak cuma perlu bayar 0.05% dari gaji awak yang ribu-riban, kami pula perlu bayar dekat 30% sebab gaji ratusan sahaja. Syukur, Malaysia masih aman. Pfffttt..
Tips Simpan Duit
Zaman ekonomi merosot adalah di mana kita semua harus mempunyai tabungan dan pengurusan kewangan yang betul. Duit beribu-ribu pun kalau tidak dikendalikan dengan betul akan menyebabkan kita rasa tidak cukup setiap bulan lebih-lebih lagi kira-kira 2 hingga 3 minggu selepas hari gaji
Antara tips untuk menyimpan duit adalah:
1. Simpan dulu baru belanja. Setiap kali dapat duit gaji, keluarkanlah sejumlah amaun ataupun kira-kira 10 peratus daripada jumlah gaji untuk tidak dibelanjakan. Terpulanglah berapa peratus pun asalkan ada.
2. Simpan duit yang “rare” atau unik. Contohnya duit rm5.00 warna hijau. Duit tu jarang sekali kita dapat. Kalau dapat, jangan fikir panjang, terus simpan.
3. Potong kehendak nafsu. Contohnya, selama ini kita melanggan Astro sebanyak rm150 maka langganlah hanya siaran yang asas sahaja. Cukup untuk siaran berita dan sedikit hiburan. Di situ kita boleh jimat sebanyak kira-kira rm80.00 sebulan.
4. Simpan duit dalam bentuk “bukan duit”. Sama ada emas (belajar ilmu emas DI SINI), unit amanah saham ataupun aset yang boleh menjana kewangan. Contohnya, saya sendiri menyimpan duit dalam bentuk “kereta”. Kita tahu kereta kita selepas 10 tahun penggunaan dan apabila hendak dijual semula nilainya akan susut. Namun kita tetap mendapat pulangan daripada hasil jualan kereta tersebut. Bagi saya pula, kereta tu saya sewakan dengan kadar yang hasilnya melebihi jumlah bayaran bulanan kereta tersebut. Maksudnya, kereta dapat percuma, bila nak jual balik kita akan dapat sekurang-kurangya rm5000.00 untuk kereta tersebut.
5. Jika anda ada pasangan hidup, cuba untuk sebulan anda bagitahu pasangan anda yang bekerja dan ada gaji agar semua duit gajinya disimpan. Cuba dahulu untuk hidup dengan gaji anda sendiri. CUBA ya..
6. Beli segala yang “basic” sahaja. Contoh, kereta guna jenama “local”, motor guna kapcai, henfon guna yang harga bawah rm500.00. Ya saya tahu anda mampu tapi bukannya satu dosa pun kalau anda guna barang yang “basic”. Ini tidak, gaji baru rm4000.00 dah nak beli superbike 1000cc, rumah Semi-D dua tingkat, kereta Lancer, jam tangan IWC..Tengah bulan pula berkira nak hulur duit dekat mak ayah.
7. Teknik yang paling berkesan ialah “duit akhirat”. Maksudnya, rajin dan ringan-ringankan tangan anda untuk menderma kepada yang memerlukan atau paling tidak pun tabung masjid. Setiap kali masuk masjid atau surau, hulurlah rm1.00. So dalam sebulan anda dah simpan rm300.00 untuk tabung akhirat anda. Jangan risau, rm1.00 anda sumbangkan, mungkin berjuta kali ganda Allah akan bagi balik. Belum masukkan duit dalam tabung masjid pun Allah dah bagi nikmat. Contohnya, oksigen yang anda sedut. Tu pun kalau setiap waktu ke masjid. Tu pun kalau rajin ke masjid. Orang anti-masjid ja yang tak nak pergi masjid walaupun Allah bagi kesempatan dan kemudahan.
Sekian lah sebahagian teknik atau tips menyimpan wang daripada berjuta teknik yang ada.
Belajar Berniaga
Assalamualaikum. Saya
pasti ramai di luar sana merungut dengan kewujudan GST dan kenaikan harga
barang. Selari dengan itu, maka ramailah yang bercita-cita untuk mencari duit
lebih, termasuklah diri saya. Masalahnya kita sering beralasan jika ingin memulakan
sesuatu perniagaan.. Antara alasan yang sering disebut-sebut ialah tiada asas
perniagaan atau tidak cukup modal.
Paling sedih ialah para
graduan yang baru keluar dari universiti. Sudahlah kena bayar balik pinjaman
pendidikan, kerja pula susah nak dapat. Kalau nak dapatkan sesuatu jawatan
dalam sesuatu syarikat, ada yang nak calon yang ada pengalaman kerja
sekurang-kurangnya dua tahun.
Saya sendiri juga turut
mengalami situasi yang sama. Keluar universiti dengan pointer cukup makan, ke
hulu ke hilir cari kerja..Akhir sekali saya kerja buruh bancuh simen. Selama 3
bulan buat kerja berat dengan gaji yang saya rasa sangat tidak setimpal dengan
beban tugas maka saya pun berhenti. Saya cari pula kerja di KFC. Kerja pula
boleh dikatakan senang. Gaji pun dalam lingkungan “kesenangan”. Yelah..Kerja
sikit gaji pun sikit lah. Yang hebatnya, di antara pekerja KFC tu pula ramai
yang senasib dengan saya. Ada yang bekas pelajar jurusan kejuruteraan
perakaunan, ekonomi dan sebagainya. Maka, jangan lah dipandang rendah dengan
pekerja-pekerja ni. Sama juga dengan pekerja di pam minyak. Tak semuanya yang
“takda sekolah”.
Namun itu dulu, sejak
saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pendapatan bulanan saya pula
boleh dikatakan agak lumayan. Bayangkan anda beli rumah dan kereta secara
percuma. Semua tentu nak kan?Semuanya bukan mustahil asalkan betul strategi dan
fokus dalam melakukannya..Moga bermanfaat untuk kita semua dalam menghadapi
keadaan ekonomi Negara yang sangat “najis” sekarang ini.
Saya pun jenis yang
malas nak baca tulisan yang panjang-panjang ni. Kita sama je pemalasnya.
P/S..Saya tahu, anda
semua mungkin terbayangkan yang bisnes yang saya buat ini ialah MLM kan..
Bijak Berbelanja
Alhamdulillah..Raya Aidilfitri baru beberapa hari yang lepas kita sambut. Tentu seronok dapat jumpa sanak saudara dan rakan taulan. Ramai kenalan
maka banyak jugalah latar belakang pekerjaan mereka. Mungkin ada yang kerja
sebagai pengurus syarikat, cikgu, askar, doktor, peguam dan sebagainya. Masa
raya nilah budak-budak paling seronok sebab dapat duit raya. Orang tua pula
mungkin ada yang tak seronok sebab terpaksa hulur duit raya kepada budak-budak.
Takpalah pakcik, sedekah.. pahala tu kembali kepada kita juga
Masa ni juga lah kita dapat
tengok status kekayaan sebenar seseorang. Balik kampung naik kereta hebat-hebat
tapi bagi duit seringgit dalam sampul memang tak padanlah. Sepatutnya kenalah
bagi lebih. Barulah terserlah kekayaan. Sepatutnya kena malu dengan rakan yang
pakai biasa-biasa tapi dalam bab menghulur duit dia buat muka biasa-biasa
sahaja.
Ya. Itulah hakikatnya zaman
sekarang. Ramai yang suka bergaya walaupun poket kempis dan hutang keliling
pinggang. Apek di pasar ikan pakai singlet lusuh seluar koyak pun lagi kaya
daripada dia. Apek pergi pasar bawa balik ikan 5kg, udang 5kg, sotong 5kg..Dia
walaupun keluarga besar balik pasar cuma bawa ikan sekilo, udang setengah kilo
sotong pula tak beli. Ganti ikan masin..Teringin nak beli tapi apakan daya, ada
rm100 ja dalam dompet. Al maklumlah, tengah bulan.. Ingat , beli ikut keperluan bukan ikut nafsu.
Contohnya, berkereta itu
keperluan tetapi nak kereta mewah itu kehendak nafsu. Matlamat membeli kereta
pun perlu difikirkan sebelum membuat keputusan memilih jenis kereta. Kegunaan kereta
ialah membawa kita dari titk A ke titik B dengan selamat dan sedikit selesa. Kalau kereta viva dapat penuhi kriteria kita membeli kereta, kenapa perlu
kita beli Camry?
Subscribe to:
Posts (Atom)