Hidayah Dari Allah


5.12.2012..Tarikh keramat buat adik perempuan kesayangan ku..Tarikh keramat juga buat diri ku sejak 10 tahun yang lepas..

Balik dari masjid selepas solat maghrib,aku mengetuk pintu rumah dan memberi salam..Aku melihat adik perempuan aku tengah duduk menghadap laptopnya..Aku berlalu tanpa kata menuju ke bilik.

Sebelum sempat sampai ke bilik,adik aku memanggil aku.Aku pun bertanya kenapa..Dengan linangan air mata adik aku memberitahu dia nak jadi macam aku.Aku tak faham apa yang dia maksudkan..Rupa-rupanya dia memberitahu bahawa dia ingin memeluk Islam dan hasrat itu telah lama dia pendamkan.Alhamdulillah..Tiada lain yang mampu aku ucapkan selain puji-pujian buat Allah yang maha pengasih dan maha penyanyang. Hanya air mata jugalah yang mampu aku alirkan tanda syukur yang teramat sangat. Isteri aku yang mengetahuinya juga turut terharu dan mengalirkan air mata.

Alhamdulillah,tiada khabar lain yang lebih menggembirakan aku selain berita keislaman adik kandungku..7.12.2012,aku pun membawa adik ku ke jabatan agama Islam Kuching untuk proses pengislaman..Setiap malam selepas Maghrib aku akan mengajar adik aku mengaji bermula dengan iqra sambil memberi kata-kata semangat buat dia agar terus berpegang teguh dengan akidah Islam..Alhamdulillah..


Hutang Keliling Pinggang?

Tidak dapat dinafikan,lebih 80% orang yang bekerja tidak terlepas daripada hutang.Aku betul-betul tabik terhadap orang yang tidak berhutang langsung..Antara perkara yang menyebabkan kita berhutang ialah bayar motor,kereta,rumah,kad kredit dan loan peribadi.Tidak dapat tidak,di antara senarai tadi tentu anda semua ada salah satunya atau kesemua sekali.


Bagi yang baru bekerja,hampir suku gaji akan digunakan untuk membeli kenderaan ke tempat kerja sama ada kereta atau motosikal. Itu belum tambah sewa rumah atau bayaran bulanan harga rumah.Selepas ditolak segala keperluan,berapa banyak yang anda semua ada?


Pelbagai cara yang diusahakan untuk mencari pendapatan sampingan.Jadi agen Avon atau Tupperware,jual burger,jadi agen top up,menjadi ahli MLM.Ada juga yang mencuba kaedah online seperti Log In Facebook dapat rm20 siap possing pegang duit banyak-banyak.Bukan susah pun,sampai hari gaji,keluarkanlah semua duit.Kalau gaji 2ribu,ada 40 keping duit rm50 untuk possing.40 keping,buat bentuk kipas,lepas tu suruh sesiapa tolong tangkap gambar.Konon-kononnya dapat banyak duit padahal duit tu duit gaji dia.Ada juga yang tunjuk penyata bank.Setiap hari ada duit masuk sebanyak rm100.Tu pun senang,..Duit yang digunakan untuk buat bentuk kipas tu,korang bank in lah sehari rm100.Bank in sehari seratus ringgit selama 20 hari.Seolah-olah duit masuk setiap hari padahal bank in duit sendiri.Macam terencat ja..


Yang menceburkan diri dalam produk kecantikan dan kesihatan,mula berlagak sebagai pegawai kesihatan.Pakar bagai walaupun asalnya dia cuma ada diploma.Itupun pointer cukup-cukup.Mereka menipu dengan membuat testimonial sampah.Mangsa mereka pula ialah orang yang teringin untuk menjadi cantik dan sihat.Loan 80k untuk beli produk atau sedekah dekat upline.Lepas tu,pandai-pandailah nak hidup untuk dapatkan balik modal.Tipu sanak saudara ke,tipu kawan-kawan ke..Biasa..Skor A,Monavie,Premium Beauty,Korset Magic,Kolagen Ajaib dan macam-macam nama.Sampai tok imam pun mereka tipu.Buktinya,ramai ja tok imam yang pakai gelang magnet kononnya buang toksin.Rendam kaki dalam air,air jadi hitam.Kononnya juga toksin dalam badan semua keluar ikut kaki.


Selain itu,ada yang membuat pinjaman peribadi sehingga 100ribu ringgit.50k untuk keperluan,selebihnya dimasukkan ke dalam ASB.Tidur,hujung tahun dapat anak.Bagi yang Islam,mereka ada yang mengambil mudah soal halal haram pelaburan ASB.Mereka mencari fatwa-fatwa outdated untuk mengharuskan pelaburan mereka.Siap berhujah ala-ala ustaz gitu.ASB ni untung kalau loan 100k,labur 100k.Kalau loan 100k,labur 30k,berapa “sen” lah sangat untung tu.Setahun interest 5.2%..Kadar untung ASB pula sekitar 8%.Simpan 50k,setahun kadar untung sekitar rm1000 atau rm85 sebulan.Lebih baik loan untuk perkara yang betul-betul keperluan seperti rumah,kereta dan motosikal.Rugi kalau loan dalam jumlah yang banyak dan tempoh masa yang panjang.Logiknya,salah satu mesti ada untung dan rugi dari segi wang.Kalau tak kita yang loan ni rugi,pihak bank yang akan rugi.Bank rugi?Hm…


Apa pula  idea anda untuk menstabilkan kewangan anda?

Penjawat Awam Budget Kaya Part 2


Sambungan kisah Karpal…Kisah pertama ada di SINI

Dia pun balik dengan senang hati kerana telah memiliki motor kuasa besar berbanding kawan-kawannya yang lain yang hanya mampu membeli motor CT 100 mahupun honda ex5..Terdetik perasaan bongkak dan berlagak dalam hati Karpal kerana mampu memiliki motor yang lebih power daripada biasa..Sembang-sembang sikit dengan kawan,bila kena kutuk dia pun kata,”Kau ada?”..Pergh..Berlagak bukan main Karpal sekarang ni..

Karpal lupa,bahawa niat asal dia ialah untuk membeli kereta..Bila dapat tugas on call,baru dia teringat pengalamannya yang pernah kena hujan lebat pukul 3am dan terpaksa diredah sejauh 20km untuk ke tempat kerja.Karpal pun bertanya kepada Najib,kereta apakah yang sesuai untuknya..

“Apa kata kau survey dekat Mudah,”kata Najib..

Tak mainlah Mudah.Duit banyak lagi,ada 65 ribu lagi..Karpal pun buka laman sesawang Honda dan Toyota.Sebagai seorang yang bujang dan suka bergaya,Karpal memasang angan-angan untuk membeli Honda City..Kira oklah tu,sekitar 85 ribu..Daripada beli Preve,baik angkat City..Kereta local banyak problem..Fikir-fikir balik,dia tak suka berhutang.Baik beli cash..Last-last,Karpal pun beli Myvi Extreme..Ceh,Myvi tu bukan kereta local ke Karpal?Secara tunai,petang tu juga Karpal mengajak Najib pusing-pusing bandar Bau.

Baki duit yang ada dalam tangan Karpal sekarang ialah 8 ribu..Masih terasa banyak.Karpal tengok dekat tempat dia kerja ramai yang pakai henset Samsung,HTC,Sony Xperia,I Phone..Sedangkan dia cuma henset Nokia lama model 5800..Orang lain kamera kurang-kurang 5mpxl,dia pula cuma 3.2.Tak boleh jadi ni..Duit banyak lagi,kalau tak spend,nanti hilang beli benda yang sia-sia..PS3 lah,disc brake motorlah dan sebagainya..Hari tu,Karpal keluar rehat lebih awal daripada biasa.Biasanya orang rehat jam 1pm,hari ni dia keluar jam 12pm..Dia pergi Saberkas untuk survey henset..Habis satu bangunan dia pusing untuk mensurvey henset..Akhir sekali dia angkat I Phone 4s..Harga,aku tak tahulah.Mungkin 1800rm..Ok,anggap sahaja 2ribu termasuk aksesori henset..Tinggal lagi 6ribu duit Karpal..

Sebagai seorang paramedik,Karpal tidak terlepas daripada bekerja shift.Shift malam,mula jam 9pm sampailah 7am.Bila melihat kawan sekerja satu shift dengannya bermain galaxy tab,dia pun berangan untuk memiliki galaxy tab..Hm,habislah lagi 2ribu duit dia beli galaxy tab..

Nafsu Karpal terhadap gadget dan aksesori tambahan memang tidak pernah puas.Melihat Bunciu,salah seorang rakan sekerjanya memiliki head phone Beats original,dia pun nak juga..Habis lagi rm1500 duit dia.Tak mainlah yang cikai-cikai.Cliptec,Divoom,AVF,memang dia tak pandang.Siap kutuk lagi kawan-kawan dia yang guna jenama tu.

Last sekali benda yang Karpal beli ialah DSLR harga dekat-dekat 3ribu..Mana nak kalah.Orang lain ada,dia pun nak juga..Begitulah Karpal,tak pernah nak puas.Baki terakhir yang dia ada ialah rm500.Tak sampai gaji keseterusnya,Karpal menjadi kesempitan wang.Ya,memang gaji dia besar.Bila selidik balik,dia perlu bayar bulan-bulan loan rm 650,motor rm300,sewa rumah rm200,bil elektrik dan air rm70,broadband rm50,servis kereta cikai-cikai rm150..campur kad kredit rm100 total semua rm1520..tinggalah baki duit dia rm980.Taklah sekaya mana Karpal ni,berlagak ja lebih..

Ingatlah korang,bila korang lihat rakan sekerja ada I Phone,I Pad,DSLR,big bike dan segala semua tu,korang pun sebenarnya mampu miliki apa yang mereka ada.Gaji sama ja,kerja pun sama.Tak payah berlagak dan rasa standard lagi tinggi berbanding yang lain.Hakikatnya korang ada loan yang banyak dan baki bersih duit yang ada dalam tangan pun tak sampai rm2000.Korang hidup dalam bandar,kalau baki sekadar 1000,korang sebenarnya orang miskin..Simpan-simpanlah duit tu.Nafsu,sampai bila-bila pun tak dapat dipenuhi..Cuma kita yang perlu kuat untuk menundukkan nafsu..Utamakan yang utama..Sekian..

Penjawat Awam Budget Kaya


Hampir 3 bulan rasanya aku tak update blog aku ini,berbeza dengan FB,hampir setiap hari aku update.Itu pun sebab faktor bisnes..Biasanya aku buka FB semata-mata nak baca status budak-budak FB yang lain.Update pasal keluar dengan pakwe,update dapat makan sate,update kaki sakit sebab jalan kaki 10000 langkah malah ada yang update cakap dia sakit perut dan tak tahu nak buat apa,Ada juga yang update dengan share video Youtube Oppa Gangnam Style...Adoi..Korang pula,apa update yang paling menyampah korang pernah baca?

Abaikan bab tu..Membosankan..Baik aku cerita bab hutang pekerja kerajaan yang budget kaya..

Ambil kisah ni…Kisah betul yang telah aku olah sedikit..Terjadi di tempat aku kerja nun jauh di Sarawak..

Karpal,graduasi segar yang menganggur tak berapa nak lama berbanding graduan lain telah dipanggil untuk bekerja di sebuah hospital kerajaan kerana kegeniusannya dalam bidang perubatan. Dia telah bertugas sebagai seorang paramedic dengan starting gaji bersih rm2500.Wau!Muda-muda dah kaya si Karpal ni…Tapi taklah sekaya kawan dia,Najib..

Dengan gaji sebanyak itu,Karpal telah berangan-angan untuk membeli kereta,rumah,motor besar,awek dan bermacam-macam gadget yang lain..Pertama sekali Karpal merancang untuk membeli motor.Sesuai dengan statusnya yang budget kaya,dia ingin membeli motor yang boleh dikira power.Dia pun beli motor Yamaha LC 135 dengan bayaran rm270 sebulan untuk 2 tahun.Itu pun setelah membayar muka sebanyak rm2500.Setiap hari dia turun kerja dengan motor kesayangannya itu.Suatu hari,Karpal telah bertugas atas panggilan (on call) selama seminggu.Pernah suatu hari,Karpal terpaksa bangun pada pukul 3am kerana doktor memerlukan khidmatnya di dewan bedah.Kebetulan pula hari hujan..habis lencun si Karpal kerana meredah hujan sejauh 20km. Dahla jam 3am ..Karpal pun berazam untuk membeli kereta..

Karpal pun bertemu dengan kawannya,Najib,yang kebetulan bekerja di hospital yang sama dengan nya.Dia menyuarakan tentang hasratnya untuk membeli kereta.Najib menasihatkan Karpal agar membuat personal loan.Boleh bayar cash kereta tu nanti.Najib dengan bijaknya mengatakan,jumlah harga kereta tu akan menjadi lebih mahal kalau dibeli secara ansuran bulanan.Lagipun,mana Karpal nak cari duit muka untuk kereta yang dia nak beli nanti..Kalau buat loan,baki duit tu boleh disimpan dalam ASB atau di spend untuk benda lain.Beli ja semuanya cash dan tak perlu risau nak bayar banyak cabang loan.Maksudnya,loan kereta bayar lain,loan motor bayar lain,loan bank bayar lain.Baik buat loan dalam jumlah yang besar dan setelkan kesemuannya..Fikiran pun jadi tenang..

Malam-malam sebelum tidur,Karpal telah berfikir akan segala benda yang dia nak beli dengan loan yang akan dia buat.Siap total up semua jumlah harga barangan yang dia nak beli lagi termasuk yang nak disimpan.Takut-takut tak cukup.Dalam kepala dia,dia fikir nak setel motor rm5000,beli satu viva elite rm 43000,simpanASB rm10000,simpan bank khas kecemasan rm 10000.Total semua kira-kira rm70000.Esok juga dia nak pergi bank untuk setel masalah dia.

Dekat bank,dengan mudahnya loan dia sebanyak rm70000 diluluskan siap ditawarkan kad kredit lagi dengan limit penggunaan rm4000.Al maklumlah,penjawat awam gaji ribu-ribu.Karpal keluar bank dengan hati yang cukup senang.Pegawai bank dah janji,dalam jam 430pm,duit dia akan masuk.Cek ja dekat mesin ATM nanti.

Habis waktu pejabat,Karpal pergi ke mesin ATM yang berdekatan untuk melihat baki duitnya dalam akaun yang sebelumnya cuma tinggal rm500 sahaja.Yelah,dah lebih tengah bulan..Berpinar-pinar mata Karpal apabila baki akuannya ialah rm68500 (anggap rm2000 cas perkhidmatan dan insurans untuk loan)Kerana terlalu gembira,malam tu Karpal telah membelanja Najib makan kerana memberi idea yang bernas kepadanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mula-mula Karpal pergi setel hutang motor terlebih dahulu.Bila jumpa tokei kedai tempat dia selalu bayar installment bulanan ,tokei kedai pun menawarkan dia sebuah motor yang besar kalau dia trade in motor lama dia tu..Tokei kedai menawarkan harga sebanyak rm5500 untuk harga motor lama Karpal.Tolak harga motor Kawasaki 250cc baru jadi baki yang perlu dibayar ialah rm20000 sahaja.Bayar bulanan ialah rm300 sahaja untuk 6 tahun.Hm,takdalah banyak sangat..Gaji besar,rm2500,ada banyak lagi baki duit aku,fakir Karpal dalam hati…

Jeng jeng….Masalah Karpal baru bermula..Penatlah,eso lusa aku sambung balik…Banyak sangat dah taip,isteri pun dah tarik-tarik telinga aku ajak tengok movie sama-sama.Apa-apapun,sedikit sebanyak,sebahagian kisah yang bakal bersambung di atas tentu korang sendiri pernah alami.Betul tidak?


Kecuaian Umat Islam?

Bercuti ke Langkawi,aku tidak melepaskan peluang untuk membeli bermacam-macam coklat untuk dijadikan hadiah buat keluarga di kampung.Aku sempat singgah ke salah sebuah pasaraya milik Haji Polan bin Si Polan. Mata aku tertumpu kepada satu sudut yang dikerumuni oleh ramai orang.Makcik-makcik,pakcik-pakcik,orang muda dan kanak-kanak.Dalam tangan masing-masing sekurang-kurangnya ada tiga item coklat Cadbury.Hm,memang murah sangat berbanding harga biasa.Aku pun turut serta membelek-belek coklat yang ada.Oh,rupa-rupanya tiada logo halal langsung.Buatan Australia lagi.Namun aku hairan,pakcik berkopiah dan makcik bertudung labuh seolah-olah tidak mengambil berat akan kehalalan coklat yang mereka beli itu.Hm…

Seterusnya,semasa sampai di jeti,aku mencari air minuman bagi menghilangkan dahaga.Isteri aku mengajak aku membeli ice blended.Dengar ja perkataan ice blend,tekak aku menjadi bertambah haus.Isteri aku memesan ice blend perisa coklat.Salah satu bahan yang ditambah ialah cecair coklat pekat jenama Hershey.Tanpa meminta kebenaran gadis Melayu yang menyediakan ice blend tersebut,aku pun mengambil botol Hershey tadi lalu membelek-belek mencari logo halal.Hm,memang tiada langsung logo halalnya.Aku pun tidak jadi membeli ice blend tersebut sebaliknya membeli air mineral biasa.

Sama juga keadaanya di tempat kerja aku di Sarawak.Bagi orang Sarawak,air Teh C Peng Special memang tidak asing lagi.Teh C Peng Special ialah air teh campur susu dan krimer dan cecair pekat gula melaka campur ais.Air ini merupakan salah satu air kegemaran aku suatu ketika dahulu.Suatu hari aku sempat ke tempat orang (melayu islam) membancuh air dan melihat botol cecair gula melaka yang digunakan untuk membuat air teh c peng special itu.Aku merajinkan diri untuk membelek-belek botol itu..Oh,sekali lagi tiada logo halal sebaliknya mempunyai tulis besar DIBUAT OLEH SYKT AH CHIONG SDN BHD(Bukan nama sebenar).Maka itulah kali terakhir aku memesan air teh c peng special di mana-mana kedai kecuali kedai makan Lot 1,milik haji Kassim,salah seorang karkun yang aktif di Kuching.

Kesimpulannya,aku berharap agar kita semua berhati-hati dalam memilih makanan.Utamakanlah kehalalan dan kesucian sesuatu makanan yang kita makan.Janganlah disebabkan orang yang menyediakan makanan itu bertudung atau berkopiah maka kita terus membuat keputusan bahawa apa yang disediakan itu halal.Ingat,setiap daging yang tumbuh hasil daripada makan benda yang tak halal akan dibakar manakala doanya pula susah untuk dikabulkan..Yang berniaga pun sama,jangan kerana nak untung lebih,halal atau tidak sesuatu makanan yang dijual tidak diambil kira.Sekian..

Tak ada banyak bezanya daging babi dengan coklat Cadbury yang tidak mendapatkan pengesahan halal daripada jabatan agama Islam.Bezanya ialah,daging babi boleh digoreng kicap manakala coklat Cadbury boleh dimakan begitu sahaja.Argh!


BERSIH itu bersih?


Dengan hati separa BERSIH…

Balik dari melawat nenek aku yang kena strok dan koma di wad geriatrik,aku pun pergilah ke sebuah kedai jual surat khabar.Muka depan,kebanyakannya dipenuhi dengan warna kuning sempena hari BERSIH sedunia untuk tahun ni..Meriah sungguh suasana di situ sehingga aku pun terasa rugi tak datang ke situ kerana di situlah tempat yang best untuk mencari para gadis bertudung labuh yang mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi.Huihui!

Ya..begitulah politik.Tiada siapa yang akan mengaku bersalah dan lemah.Masing-masing ingin menang dan mencari pelbagai hujah agar apa yang dibuatnya kelihatan betul.Hadis palsu pun mereka sanggup cipta sendiri untuk dijadikan hujah.,Bukan cakap saja-saja tapi boleh saja dengan googling..Terpulang pada kita untuk menilai.

Sana-sini,caci maki kepada pakcik polis memang hangat.Polis anjing,babi dan sebagainya.Asal berkaitan dengan kerajaan,tentu ditentang.Yalah,dia bagi 20 sen kepada Abu lepas tu ungkit.Padahal dia rogol mak Abu yang dia bagi 20 sen dia tak ungkit..(memanglah).Memang patutlah budak Abu tu marah.Memang patutlah budak tu panggil dia babi.(Sebenarnya Islam tak ajar panggil orang babi atau anjing).

Terfikir juga aku yang hati tak bersih ni,kenal pasti orang yang join Bersih,lepas tu pergi rompak rumah dia.Tak pun pergi culik anak bini dia.Jual jadi pelacur atau bunuh ambil organ.Nak tengok kepada siapa dia akan melapor..Mungkin kepada penjual ikan,mungkin kepada penoreh getah atau mungkin kepada bomoh islam..Student yang join bersih,bila pensyarah tanya,tak akan ada yang mengaku.Takpa,mungkin bohong kepada guru tu dosa kecil ja kot..(Dosa besar)Yang join bukan orang lain.Yang ambil ijazah perguruan dan bercita-cita nak kerja kerajaan juga.Bila mana posting lambat,dia melalak.Bila mana gaji lambat masuk,dia pun melalak sekali lagi.Serupa itu ukui…

Terbayang aku,para lelaki yang join Bersih dapat tahajud semuanya mohon pada Allah agar Allah bagi hidayah kepada para politikus agar menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.Nescaya,doa ribuan mereka itu Allah tak tolak…Tak yakin,memanglah tak jadi..

P/S:Jangan lupa solat Istikharah sebelum join BERSIH 4.0.Peace!

Sesuatu Yang Menghairankan Aku

Sekian lama berhibernasi,akhirnya aku sebagai peminat Najib dan Karpal kembali lagi untuk bertemu anda semua…

Ya..Seperti biasa,setiap malam Selasa (termasuk malam lain tapi malam ni tak pernah miss),aku akan menghadiri kuliah feqah yang dikendalikan oleh uncle ulama Indon,Syed Mustapha.Apa yang aku nak cerita bukanlah berkenaan dengan kuliah tersebut tetapi aku nak meluahkan kehairannan aku terhadap beberapa golongan manusia.

Banyak sudah pengalaman aku melihat,asal ada majlis ilmu,mesti ada beberapa orang yang aku memang yakin dia dalam kumpulan yang sama,suka keluar masjid dan membuat aktiviti yang aku sendiri tak pasti.Kelas Al Quran,dia lari..Kelas feqah,dia lari..Kelas pengajian hadis pun dia lari..Bab solat,aku memang sangat respek terhadap mereka.Serban,sugi,solat awal waktu,solat sunat sampai hitam dahi..Uih..Respek sangat.!!Yang menghairankan aku yang suka baca status facebook orang ini ialah,kenapalah mereka ni suka sangat keluar masjid dan buat aktiviti lain semasa ada ustaz bagi kuliah agama.Ya,tak semua tapi sebahagiannya ada..

Nak bertanya kepada mereka,aku malu..uhuk..apa yang aku boleh buat ialah mengandaikan apa sahaja jawapan yang mereka bakal berikan.Contoh,ustaz banyak cakap bab politik,boleh pecah belahkan umat..Ustaz cerita bab hukum tapi tak meningkatkan iman,baik pergi jumpa orang untuk ajak pergi solat berjemaah di masjid.Atau,buat apa ilmu banyak tapi usaha dakwah tak buat.Yang penting,iman saudara yang lain kena dibetulkan.Banyak ilmu tapi tak amal,lagi cepat masuk neraka berbanding orang yang ilmunya cukup-cukup sahaja..Hm..Jawapan lain,korang boleh fikirkan sendiri.

Der,bukannya dia tak pernah baca hadis kelebihan ilmu pun.Siap baca depan orang ramai lagi.Akhir kata sebelum habis baca hadis,dia akan cakap moga apa yang didengar dapat diamal dan disampaikan kepada orang lain yang tidak hadir dalam majlis itu.So?Cakap serupa bikinlah sikit ya..

Antara jalan yang paling mudah untuk ke syurga ialah sentiasa menghadiri majlis ilmu.Lebih-lebih lagi ilmu agama.Apa-apa yang ada di langit dan di bumi mendoakan kebaikan bagi orang yang menghadiri majlis ilmu.Dia sendiri yang bacakan kepada aku.Dia lagi expert dari aku bab itu..

Di bumi,antara makhluk yang mendoakan kita ialah ikan-ikan di lautan.Ikan,ada seekor sahaja ke dol?Juta-juta tu..Ikan,ada dosa ke dol?Doa makhluk yang takda dosa ni dol,insyaAllah kemungkinan besar dimakbulkan Allah.Kenapa nak jauhkan diri dari majlis ilmu yang selalu dibuat dekat masjid tu..? Sama-samalah kita dapatkan kelebihan yang dijanjikan Allah dan nabi saw.

Lagi yang aku perasan,bila baca bab hadis yang terselit ayat quran,dia akan skip  baca ayat tu seterusnya baca terjemahan sahaja.Kenapa?Bila baca gagap dan lari tajwid,mestilah malu..kan?..Ha,lain kali bila ada ulama ajar bab quran dan tajwidnya,janganlah berlagak,keluar masjid buat hal lain..Bagi masa.Setengah jam je pun..Orang yang awak ajak mai masjid bila tengok awak baca quran gagap-gagap akan jadi hilang respek terhadap awak tau.Sebab orang macam awaklah reputasi maulana zakariya terjejas..Oh,sedarlah korang..Dakwah,dakwah juga.Hadir majlis ilmu pun boleh meningkatkan iman sebab ilmu yang diajar tu semuanya membawa hati kita semakin dekat kepada Allah.Bukan semata-mata bercerita tentang kebesaran Allah sahaja caranya meningkatkan iman kita ya..Ok,jumpa lagi..

Aku hairan,kenapalah setiap kali kawan kita baca kitab hadis kelebihan amal yang tak sampai 5 minit,mereka  pula yang bangkit keluar dari masjid atau buat solat sunat.Adoi!


Masjid Baru Kg Nai Teh

Pertama sekali,aku ingin mengucapkan syabas kepada adik ipar aku yang comel kerana mampu memikat hati seorang lelaki (macam pertandingan pula) seterusnya mendirikan rumahtangga beberapa hari yang lalu.Hari itu,akulah di antara orang yang paling gembira kerana seronok bila melihat 2 lagi saudara seislam aku Allah selamatkan dia dari perbuatan zina atau pergaulan yang boleh menimbulkan fitnah dengan ikatan pernikahan.Terbinalah sudah satu lagi masjid.Tersempurnalah sebahagian besar urusan agama korang.Mengikut korang akan sunnah nabi junjungan besar kita Muhammad saw..

Sebelum melayari bahtera rumahtangga dengan lebih jauh,eloklah kiranya aku sebagai senior sedikit dari adik ipar aku dalam hal nikah ini berkongsi seciput ilmu yang aku curi daripada kuliah-kuliah yang aku pergi,ceramah youtube,buku Muhimmah yang diajar dan sembang santai kedai kopi mengenai hal rumahtangga.

Ingat,isteri ni mudah ja nak masuk syurga berbanding suami.Asal suami redha ja dengan apa-apa yang baik dia buat dijamin Allah akan bagi syurga buat dia.Busuk badan isteri sebab masak gulai atau mengemas rumah,penat badan isteri sebab tolong suami cangkul tanah untuk bercucuk tanam malah mengantuk sangat-sangat si isteri sebab temankan suami menonton bola jam 3 pagi pun Allah akan bagi pahala dan rahmat.Si isteri main game Angry Birds sampai subuh hari tetapi suami redha pun Allah tidak anggap itu suatu kesalahan melainkan solat subuh tu korang tinggal.

Ingatlah juga,masuk neraka pun seorang perempuan itu amat mudah lebih-lebih lagi kalau suami tak redha atau dia nusyuz.Berlindung kita dengan perkara tersebut..Apa dia nusyuz ni?Dari segi bahasa ialah derhaka.Atau maksud lain dia ialah dalam hubungan suami isteri,timubul penentangan atau kebencian daripada salah seorang antara suami atau isteri atau kedua-duanya sekali.

Contoh nusyuz ada banyak termasuklah tidak taat perintah suami.Suami suruh cepat-cepat mandi wajib selepas melakukan itu tetapi isteri dengan sengajanya buat-buat tak dengar,maka dia berdosa.Bersikap kasar terhadap suami seperti menengking suami yang malas solat berjemaah di masjid pun dianggap dosa.Meninggalkan rumah tanpa pengetahuan atau izin suami juga adalah boleh dikira nusyuz.Contohnya,pergi melawat ibu yang sakit tenat di kampung.Walaupun dia ibu kita tetapi keizinnan daripada seorang suami jugalah yang utama.

Bersama pengantin baru..Pasangan yang mesra tu pula ialah pengantin lama..
Seperti yang dijanjikan,sedikit sahaja perkongsian ilmu maka aku ingin berhenti setakat ini.Apa-apapun,kami mendoakan moga Allah berkati rezeki,usaha dan umur kalian setiap masa.Jangan malu untuk beranak pinak dan janganlah malu untuk minta bantuan kami kalau korang dalam kesusahan.InsyaAllah,skuad rescue akan membantu.Jaga solat,jaga aurat..Hehe..Sekian.. 

Menabung rm1000 sebulan?

Assalamualaikum dan selamat main mercun tak kira waktu maghrib mahupun subuh..Moga selamat dan tak putus jari...

Baru ja beberapa saat menaip,isteri aku yang berada di seberang laut cina selatan dan selat melaka memeseji aku.Macam biasa,”Assalamualaikum” dan aku jawab ringkas,”wslm”...Seterusnya,memang dah aku jangka beliau yang sentiasa manis akan ber ”muah-muah” macam pasangan-pasangan muda yang belum kahwin di luar sana terutamanya pelajar U.Ok,abaikan..Mana best muah-muah dalam mesej,muah betul-betulah baru  mencabar.Bagi yang sukakan cabaran,apalagi?Sahutlah cabaran.

Sesaat selepas mendapat tawaran kerja,apakah yang korang rancang untuk masa depan korang?Mengikut turutan secara rawak,KAHWIN,BELI KERETA,BELI RUMAH..

Banyak tinjauan yang aku buat terhadap kawan-kawan aku.Ada yang meletakan membeli kereta mendahului yang lain.Yalah,rumah dah ada,sama ada tinggal dengan mak seterusnya mencium ketiak mak mahupun menyewa.Kenalah beli kereta,ye tak?Tak kan nak jalan kaki pula kan.Naik motor?Boleh juga tapi kadang-kadang bila hari hujan korang terpaksalah bersabar untuk menerima tempias percikan air yang bertakung yang dilanggar oleh kereta.Bayangkan aja dalam takungan air itu ialah najis anjing yang diakui kenajisannya.Haha.

Kedua,ada juga yang kata beli rumah.Alang-alang sewa,baik beli rumah.Sebulan bayar kira-kira 500rm..Percuma ja kita tolong tuan rumah bayar harga rumah..Kalau beli,mungkin cuma bayar 800rm.300rm ja lebih mahal berbanding sewa tetapi berbaloi.Tapi nak beli rumah bukanlah mudah.Seorang yang kerja cikgu tetap lebih mudah untuk diluluskan permohonannya berbanding seorang yang menganggur disebabkan dibuang U kerana berhimpun secara aman depan SOGO.

Selalunya,KAHWIN lah yang sentiasa menjadi yang terakhir dalam senarai yang aku tanya.Ya,aku tahulah kahwin ni kenalah ada calonnya.Takda calon,nak kahwin dengan siapa?Kak Ros?Tu bini orang.Nor Hafiza?Tu bini aku.Ok,anggap ja korang dah ada awek atau pakwe.Sedarlah korang,selagi tak ada ikatan suami isteri tetapi korang tetap berkawan sehingga aku terpaksa sedaya upaya untuk bersangka baik tatkala melihat korang peluk-peluk bagai,selagi itulah korang akan dimurkai Allah.

Alhamdulillah.Bagi yang dah kahwin,tentu akan merasa betapa nikmatnya dah kahwin.Wei!Nikmat kahwin bukan semata-mata seks.Aku tahulah,asal sebut nikmat kahwin,tentu terbayang dalam kepala otak kita yang normal ini ialah pertemuan dua alat sulit yang berbeza fungsinya secara teknikal.Ada yang kata,dengan bernikah,rezeki akan lebih terbuka.Betul!Contoh rezeki,duit..Contoh lain,pinjaman rumah dengan mudahnya diluluskan kerana melalui permohonan bersama.Lain,anak itu juga merupakan rezeki daripada Allah.Dapat pergi majlis ilmu bersama isteri juga rezeki.hoho..Dapat keluar 3 hari dengan senior pun rezeki..

Tips mudah.Bayangkan gaji bersih korang yang baru kerja ialah 2000rm.Sebulan,korang simpanlah 1000rm.Wau!Cakap memang senang,ye tak?Tulah,kalau korang meletakkan kahwin sebagai yang terakhir dalam senarai.Kereta,nak yang baru.Err,contoh viva.Sebulan anggaplah 450rm sebulan selama 9 tahun.Rumah sewa 500rm sebulan.Dah jadi 950rm.Bagi mak,150rm,dah jadi 1100rm.Baki 900rm.Tolak makan 500rm jadi 400rm.Uih..Tinggal 400rm,nak save macam mana ye tak?Minyak keta?Awek?Kutu?ASB?Kad kredit?Tu pun tak pasti lagi dapat save.Dengan itu,korang kenalah berkorban sedikit.Kereta,beli yang 2nd ataupun belilah motor yang 2nd.Motor yang sebulan bayar 150rm.Rumah sewa,kongsilah dengan kawan.Paling banyak sebulan 150rm.Makan,puasalah 2 hari seminggu setiap bulan.Bagi mak?100rm cukup.Masa bagi duit tu,cakap dekat mak,minta doakan moga korang cepat kahwin sebelum korang terzina dengan pakwe atau makwe.Nescaya emak korang faham.Tolak tambah,insyaAllah boleh save seribu sebulan.Setahun 12ribu.Wau,boleh kahwin sudah..hehe.Ingat,contoh yang aku bagi tadi ialah kalau gaji 2000rm.Gaji kerja kilang atau toreh getah.

P/S:Elakkan loan peribadi,kad kredit,MLM dan ASB melalui loan peribadi.

Teringat masa dulu,naik motor kapcai jam 3 pagi,terpaksa meredah hujan lebat untuk pergi ke tempat kerja.Oncall malam..Yang penting,kahwin..uhuk

Seramnya....

Menonton wayang bukanlah hobi aku namun malam tadi entah macam mana aku sendiri yang mengajak para kawan aku untuk ke panggung wayang untuk menonton cerita The Awakening.Kisah berkaitan awek mencari hantu-hantu yang misteri.Sempat juga aku tertidur beberapa kali di dalam panggung kerana bosan.Kononnya horror tapi tak cukup horror buat aku.

Sudah menjadi trend para pembikin filem untuk membuat cerita hantu untuk dijadikan tatapan masyarakat masa kini.Sana hantu,sini pun hantu.Apa faedahnya?Faedah buat penonton mungkin tiada tapi buat mereka yang terlibat dengan pembikinan filem,janji masyuk.Biarlah filem yang mereka hasilkan itu berkaitan unsur khurafat dan syirik,apa mereka peduli.Kutipan 5 juta ringgit untuk setiap filem yang baru sekali tayang itu yang mereka kejar.

Apa peranan lembaga penapisan filem?Banyak ja cerita-cerita yang ditayangkan di tv atau panggung wayang yang tidak ditapis.Contoh jelas,yang berunsur syirik,khurafat dan merosak akidah.Yang ditapis cuma adegan memasukan penis ke dalam vagina.Peluk cium?Tak tapislah..Tak cukup melampau katanya.Bagi aku,memaparkan movie berunsur khurafat dan syirik lebih kurang sama teruknya dengan memaparkan movie unsur seks malah lagi dahsyat kerana melibatkan akidah.

Namun bagi rakyat malaysia ini khasnya,semakin seram, khurafat dan syirik,semakin tinggilah rating yang diberikan.Semakin kelakar,semakin penuhlah panggung wayang tersebut.Jelas menunjukkan rakyat tempat kita ini lebih memilih untuk mengambil sesuatu yang sia-sia untuk dijadikan tempat untuk mencari ketenangan.Yang menghairankan (tak hairan pun),yang paling ramai menonton cerita-cerita yang tak berapa nak meningkatkan iman ni ialah orang melayu yang sinonim dengan agama islam.uhuk..

Terfikir juga aku,kan best kalau movie yang berunsur azab kubur dan balasan dosa yang ditayangkan.Kisah betapa dahsyatnya neraka bagi pendosa yang tidak bertaubat.Kisah kebangkitan Islam ke..Dalam kitab Tanbihul Ghafilin,banyak ja peringatan yang boleh di ambil sedikit isinya untuk dijadikan movie.Barulah orang tau balasan dosa pinjam duit dari bank konvensional macam ni,dosa guna khidmat insuran konvensional macam tu,dosa suka berzina dan ingin dizinai macam ni,dosa tak keluarkan zakat macam tu. Yang paling best untuk ditayangkan mungkin balasan orang yang enggan membayar hutangnya.Hutang PTPTNlah contohnya.Pinjam 35 ribu rm,tahun akhir join aktiviti yang dirasakan sebagai jihad untuk tegakkan kebenaran islam,kena penjara,gelap masa depan sebab dah kena blacklist.Nak bayar macam mana?Ya,bantuan Allah kepada orang yang bantu agamaNya tapi betul ke kau betul-betul tolong agama Allah atau kau cuma ikut nafsu?Fikirkan sejenak..

Oklah,setakat itu untuk masa ni.Bersiap sedia untuk mencari rezeki dengan menangkap gambar tulang dan paru-paru di hujung minggu.Sekian,sayangi sekelian yang ada di bumi nescaya yang di langit akan sayang dan mendoakan kebaikan untuk anda.