Gadis Sunti Mesin ATM

Entri Jumaat,ditaip pada pukul 1.48 pm dan sebelum aku melepakkan diri di pejabat Agama Islam Kuching…

“Blogger yang terbijak antara kamu adalah blogger yang paling banyak mengingati mati”-kata-kata blogger bujang.Hehe..Sebab tadi khatib baca khutbah bertajuk “persiapan menghadapi mati”..Tempat korang tajuk apa?Tidor masa khutbah ke?

Assalamualaikum dan salam buah lokam buat korang yang perasan best....

Beberapa hari yang lepas pada hari kemasukan gaji,di depan mesin atm Maybank,aku pun membariskan diri di belakang seorang gadis sunti untuk mengeluarkan wang...Aku sempat memerhatikan gelagat gadis sunti ni ketika dia hendak mengeluarkan wang..Biasalah,perempuan...Segalanya lambat dan melecehkan..

Korang bayangkan,nak keluarkan duit dengan kad bank pun aku perlu tunggu banyak minit kerana kelembapan gadis tu mengeluarkan duit..Sampai je depan mesin baru terhegeh2 nak cari dompet dalam beg..Lepas jumpa dompet,dia mencari-cari pula kad bank yang nak digunakan..Mula-mula dia keluarkan satu kad dan terus dimasukkan ke dalam mesin..Kad direject oleh mesin..Oh..rupa-rupanya kad bonus link yang dimasukkan..Lepas tu dia cari lagi dan ketemu dengan kad yang diperlukan..Si gadis mula memasukan kad dan memilih mode bahasa melayu..Si gadis pun memasukan kata laluan yang diperlukan..Aku cuba untuk curi-curi tengok kata laluan yang dia masukkan...800213...oh..mesti gadis sunti ni lahir pada 13.02.1980..haha!biasalah perempuan,nak create password pun guna hari jadi..nak buat yang canggih,takut lupa..

Lepas tu aku tengok dia padam balik no pin..Aduss...salah ke nombor tu?Penat je aku hafal..Selepas memasukkan kata laluan baru yang tak sempat aku curi tengok,dia pun memilih mode mengeluarkan wang..Aku lihat dia memasukkan sejumlah nilai yang besar...kira-kira 2 ribu..Pergh!!Biasalah perempuan,keluar duit mestilah banyak-banyak..nak beli baju baru,kasut baru,tudung bidang 60 yang baru,bayar keta,beli langsir baru,sofa baru...Eh?Aku lihat si gadis tadi meng”cancel” jumlah wang yang dimasukkan dan mengeluarkan balik kad bank dia.Lepas tu dia masukkan balik kad dalam mesin atm,tekan password,pilih mode mengeluar wang dan masukan nilai 1 ribu..Rupa2nya had pengeluaran dia cuma 1 ribu je dalam sehari..

Penat aku tunggu turn nak keluarkan duit walaupun yang berbaris depan aku tu cuma seorang gadis..Lain kali,sebelum keluar dari kereta ke,ofis ke,kalau nak keluarkan duit,plan dulu dalam otak..letak siap2 kad yang nak digunakan dalam kocek baju macam aku..Password jangan lupa,berapa nilai yang nak dikeluarkan pun perlu dirancang dahulu..Ie..lembab!Nasib baik seorang,kalau 10 orang perempuan macam mana?Mungkin sejam kot barulah sampai turn aku..Perempuan...perempuan...

Akhirnya sampailah giliran aku untuk mengeluarkan duit.Dengan selamba macho,aku mengeluarkan kad dari kocek baju,masukkan dalam mesin,tekan password,pilih mode pengeluaran segera...Tak sampai seminit,Rm 100 keluar..Keluar je kad aku pun terus ambil dan blah tanpa menunggu resit keluar..Mudah!Tak sampai seminit apatah lagi 10 minit macam kebanyakan perempuan...hu..

Sekian...

Menghampiri jam 3 pm..Ada sapa2 nak join aku lepak kat pejabat agama?Adios!




Entri Demam

Assalamualaikum dan salam cuti raya cina buat para pembaca yang mungkin terdiri daripada mereka yang menjaga solat fardunya dan mungkin ada yang perasan masuk syurga dengan penuh riang sedangkan dia mengabaikan solat fardunya…

Masih dalam mood demam…Pagi semalam aku cukup kecewa dengan diri aku kerana terbangun lewat,mungkin 30 minit selepas pak-pak haji,jin-jin dan malaikat-malaikat bersolat di masjid…Nak buat macam mana,Allah tak pilih aku untuk berjemaah subuh walaupun rumah aku ni 200 ja meter dari masjid.Aku malam tu memang dah berazam nak bangun kira-kira 15 minit sebelum azan subuh,dah kunci jam loceng henpon aku yang 2 dan dah pesan kat malaikat yang 2 tu untuk gerak aku walau macam mana sekalipun agar aku dapat berjemaah di masjid…Hu…Aku pula lupa nak makan PCM malam tu walaupun telah dipesan berkali2 oleh seorang peminat tegar aku..hu..Namun apakan daya,Allah tak izinkan aku berjemaah subuh pagi tu…Ada ke amalan lain yang dapat tandingi pahala subuh berjemaah di awal waktu di masjid tu?

Sekarang ni pun,demam aku masih bersisa diikuti dengan flu yang menyukarkan aku untuk mengesan bau-bau sedap keluar daripada makanan sedap yang aku masak sendiri..(Dahla bujang,tinggal pun hanya ditemani jin ,malaikat,semut dan nyamuk…Huhu..) Korang letaklah makanan apa sekalipun depan aku sekarang,tentu aku kata tak sedap..tak kisahlah..Burger prosperity ka,kek coklat cair ka,nasi goreng tomyam seafood ka..Aku tetap tak berselera..Allah tarik nikmat menghidu..

Mengambil kesempatan disebalik nikmat menghidu yang ditarik ni,aku pun hari masak makanan simple yang kurang sedap..Janji boleh masuk perut dan mengenyangkan,itu pun memadai..Masak sedap pun tak guna,sama ja tawar n xda bau..Maka hari ni aku makan lauk sadin goreng dalam tin dengan sedikit kacang hitam masin berserta telur goreng ranggup..Oh…sedap sungguh tatkala lapar menguasai..Oh isteri….Muncullah engkau untuk aku agar tidak lah hidup aku sesunyi ini…hoho..

Sekian dulu entri ringkas aku…

P/S:Hargailah setiap nikmat yang korang ada sekarang ni sebelum ditarik balik..Tak kisah nikmat apa…Nikmat boleh kentut,nikmat boleh hidu bau busuk,nikmat kadang-kadang lupa akan sesuatu perkara,nikmat nikmat boleh ketawa dan menangis dan segala nikmat yang lain..Sekian,doakan aku cepat sembuh dan cepat bertemu jodoh ye…Fiieeewwiiitttt!!Salam sejahtera ke atas korang..








Jangan Solat Kat Sini!

Ditaip sementara menunggu nasi bujang masak…

”Sebodoh-bodoh manusia ialah orang islam yang sengaja meninggalkan solat fardu tatkala dia tahu akan kefarduannya dan dia tahu akan wujudnya neraka yang bakal mengancamnya”-Kata-kata blogger bujang

Beberapa hari yang lepas,aku sempat beroncall bersama dengan seorang gadis yang merupakan ibu kepada seorang wanita berumur kira-kira bawah 3 tahun..Gadis merangkap seorang ibu ni ada mengadu sedikit dengan aku mengenai sikap salah seorang staf  Jabatan Kecemasan tempat aku kerja.Aku yang mendengar aduan itu pun turut merasa hot n spicy...Kenapa?

Suatu hari,6.52 pm,masuklah waktu solat fardu maghrib dekat tempat aku..Kakak yang disayangi Allah ni pun mempersiapkan dirinya untuk mendirikan solat maghrib di surau yang berdekatan dengan tempat aku kerja.Setibanya kakak ni bersama seorang lagi kakak yang bakal menjadi ibu beberapa bulan lagi di muka pintu surau,seorang hamba Allah yang #$%& pun menahan mereka sambil berkata,

”Korang berdua ni staf  kat sini ke?Surau ni khas untuk pekerja jabatan kecemasan sahaja.Orang luar tak boleh dan dilarang  solat kat sini”..Pergghhhh!!!

Si kakak  tadi bagitahu aku,tak akan dengan overall putih yang menyelubungi tubuh pun makcik hampeh tu tak dapat cam dia kerja mana.Namun tu bukan persoalannya..Yang menjadi persoalannya ialah,kenapa orang lain yang seislam,yang sama-sama akan menginap dalam kubur seterusnya sama-sama akan dibangkitakan di padang masyhar perlu didiskriminasikan untuk tidak solat di surau yang sma..teringin aku mempelangkungkan kepala si makpeh (makcik hampeh) tu.

Kalau aku si kakak tu,aku akan ajak makpeh tu join da club untuk berjemaah maghrib seterusnya melantik beliau jadi imam muda..(dah tua pun)..

Aku bayangkan kalaulah nabi saw yang berada di tempat kakak berdua tadi,tentu baginda amat sedih dengan sikap bengong makpeh tu..Korang bayangkan,sedang Aishah ra berada di depan surau tadi untuk masuk dan bersolat maghrib dekat situ dan tiba-tiba makpeh tu pun cakap, ”Eh!Awak siapa?kalau bukan staf sini,carilah surau lain..Surau ni khas untuk staf jabatan kecemasan sahaja”...Oh makcik...Makcik tak halau ke jin-jin dan malaikat dan apa-apa makhluk lain yang bersolat kat situ?Mereka tu staf AE (Accident and Emergency) juga ke?Makcik g lah halau ye...

Sekian...

P/S:Janganlah korang mengata si makcik..Dia tak tahu tu dan sama-samalah kita doakan beliau ye..




Ada Sesiapa Nak Kahwin Dengan Aku tak?

6.23 am,dengan berseluar panjang melayu paras dada tanpa baju aku pun menaip dalam penuh kesejukan…(Betul ke ketika sejuk otak kita menjadi aktif?)

Hari ni aku keje jam 9pm sampai 7am hari esok.Aku pun mengambil keputusan untuk mengisi kekosongan masa yang ada untuk membuat beberapa aktiviti berfaedah seperti tidur,masak,Red Alert,pindah bilik,mengadd dan approve kawan d fesbook,mengkomen blog dan lepak dekat pejabat agama...

Hari ni aku nak menaip bab kahwin@nikah...

Aku yang kebujangan ni telah menanam azam untuk menikah pada tahun ini dengan mana-mana gadis yang berjaya ditawan hatinya oleh kemanisan ayat yang akan aku taburkan kepada mereka..Hihi..Kenapa aku perlu kahwin?Dahlah kena kuar belanja hantaran puluh-puluh ribu,sediakan tempat tinggal,menyuap sekurang-kurangnya 9 mulut termasuk mulut aku sendiri,beli baju mereka...Oh...

 “Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)

10 sebab kenapa aku perlu nikah..

1. Gaji yang agak mengizinkan.

2. Kalau mati,barulah nabi saw mengaku sebahagian daripada golongan dia.

3. Malas nak masak tetapi malas juga nak makan kat kedai.

4. Pintu rezeki lebih terbuka..Apa maksudnya ni?Aku akan naik pangkat ke?

5. Sering berniat untuk membuka laman sesawang penuh kedurjanaan.

6. Pahala berganda...Barulah konfiden jadi imam..Orang yang dah berkahwin lebih layak untuk didahulukan untuk dijadikan imam berbanding si bujang.(Pakcik,janganlah tolak saya dulu ye..)

7. Aku tak perlu ke masjid,lorong-lorong,rumah anak yatim untuk bersedekah..sedekah lepas nikah ni,jam 3 pagi pun boleh buat.Hihi!

8. Aku tengok banyak sangat gadis lawa tetapi seksi sehingga menampakkan bonjolan-bonjolan tertentu dekat shopping complex,pasar ikan,KFC,gereja,UiTM dan sebagainya.Bergelora juga nafsu lelaki sejati macam aku ni..Maka andai ada isteri,terselamatlah aku daripada dugaan yang menduga..(Dekat tempat kerja aku,ada ramai datang mengadu sakit buah dada dan ada yang didiagnos berkanser dan yang malang itu ada yang berumur 24 tahun.)

9. Aku teringin untuk menambahkan jumlah umat islam di muka bumi ni..Bayangkan aku ada 7 orang anak yang mempunyai kesedaran beragama dan bertuhan.Setiap hari mereka mendoakan kami (aku dan si dia),aku mati mereka mandikan,mereka kapankan,mereka talqinkan,mereka sedekah sedikit pahala bacaan al fatihah yang betul tajwidnya (tajwid salah,habuk pun tak guna),merekalah imam solat jenazah aku dan si dia dan mereka jugalah yang membantu aku membayar hutang-hutang yang belum sempat aku bayar sebelum mati (Berlindung kita dengan Allah daripada perkara tersebut).

10. Sebab Allah suruh,...Nak minta sesuatu daripada Allah,kenalah buat dulu apa yang Allah suruh n tinggalkan apa yang dilarang..Allah suruh pelihara solat,janganlah solat fardu buat kat rumah.Allah suruh jauhkan diri daripada perkara yang memudaratkan,jangalah kita merokok,Allah larang berlebihan,janganlah kita join da club jerit-jerit dekat konsert jom heboh..Sekian..Masa untuk main game...


    Kalau ada pakcik dan makcik yang menghalang korang kahwin maka show offlah kebijaksanaan korang dengan ayat ni:

    Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)

    Dan ini..

    “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

    Sekian sekali lagi..

    Ilmu Gua Lagi Tinggi!!

    Kisah 1

    Suatu hari ada seorang budak berumur 7 tahun sedang berjalan-jalan di taman bunga secara solo.Sedang dia berjalan-jalan,dia ternampak 2 susuk tubuh sedang merapati antara satu sama lain.Oh…sepasang babi kekasih sedang memadu asmara rupanya..(anggap je kekasih haram sebab ni cerita aku)..Budak tersebut sempat menyaksikan aksi tersebut sambil berkata dalam hati.. “Rezeki”…

    Sebelum sempat budak itu mengambil keputusan untuk menyaksikan aksi mengawan itu lebih lama,dia sempat beristighfar dan cepat-cepat beredar daripada tempat itu..Pada mulanya dia berhasrat untuk merepotkan perkara tersebut kepada kawannya,yakni seorang pegawai penguatkuasa agama dekat tempat dia..Hasrat dia dimatikan kerana dia memikirkan bahawa dia belum cukup layak untuk merepot perkara tersebut kerana merasakan diri dia cuma seorang budak darjah 1 sahaja…Maka terjadilah penzinaan antara 2 babi kekasih tersebut.

    Kisah 2

    Pada suatu hari,ada seorang pemuda OKU sedang berjalan-jalan di tepi lombong tinggal.Sambil menghirup udara segar di sekitar kawasan tersebut,dia pun membuka kotak rokok untuk mengambil sebatang rokok Parkway.Rokok tersebut diselitkan di celah-celah bibir seterusnya dicucuh dengan pemetik api..Secara tidak sengaja (tiba-tiba) dia terjumpa dengan sahabat lama dia,Robert,seorang pembunuh yang terkenal di kawasan itu..Mereka memang berkawan rapat sejak berumur 3 tahun lagi..

    Sekali lagi tiba-tiba,mereka mendengar suara seorang budak menjerit meminta tolong.Mereka memandang ke tengah lombong dan melihat seorang budak lelaki tengah tenggelam-timbul di dalam lombong tersebut.Robert mengambil keputusan untuk terjun ke dalam lombong tersebut kerana dia tahu dia perlu menyelamatkan budak tersebut daripada lemas.Pemuda OKU menghalang perbuatan Robert sambil berkata kepada beliau, “Tak payah!Kau tu pembunuh,buat apa nak tolong?”

    Robert pun menjawab…,"Aa..Betul juga,aku pembunuh.Buat apa aku perlu tolong.”..Maka matilah si budak yang dimalangkan oleh pemuda OKU tersebut.

    Sekian…

    Kisah ini dikiaskan daripada kisah aku bersama Cikgu Mustafa minggu lepas.Selesai mendengar bayan daripada Cikgu Mus,seorang kawan aku pun mengajak dengan lembut seorang budak untuk sama-sama mengiktikafkan diri dekat masjid berdekatan hujung minggu ini untuk sama-sama belajar membuat usaha agama.Cikgu Mus juga sempat meminta kebenaran daripada bapa budak tersebut untuk mengajak budak itu mengiktikafkan diri di masjid.

    Secara agresif,bapa si budak menghalang si budak tersebut daripada join da club Cikgu Mus.Kata si bapa dengan penuh samseng:

    “Ah!Gua tak akan benarkan!Dia masih kicik...(Tingkatan 3 itu budak)..Gua mahu lu olang ada ilmu dulu balu buat ini kileja.Anak lu olang pun talak butut punya pun lu olang nak ajak anak gua ikut sama!@#$%!Lu olang jangan buat ini kilejalah.Ilmu talak ada”

    Cikgu Mus pun cakap, “Kalau macam tu,encik juga boleh ikut kami.Mungkin ada sedikit ilmu encik boleh kongsi dengan kami nanti”.

    Jawab si encik, “Mana boleh..Gua pun talak cukup ilmu.talak tingg.#$%&!”

    P/S:Takdelah encik itu bergua-gua
    P/S: Nak buat baik tak perlu tunggu dah tua.Nak cakap pasal agama dan kebesaran Allah,pun tak perlu tunggu jadi ulama ke mufti ke kiyai ke ustaz ke..
    P/S:Kalau korang sendiri lemah dan malas,tak payahlah ajak orang lain untuk jadi lemah dan malas macam korang.Cit!
    P/S:Oh…ada juga ulama yang berilmu dituduh takde ilmu…Oh…

    Gambar Meluah Perasaan

    Tengok dan nilaikan sendiri..
    Fenomena menarik ini dapat kita saksikan hampir setiap hari pada tempat dan masa yang sama..Aktiviti kurang sihat ini dapat disaksikan di depan mesin punch card pada pukul 4.50 pm setiap hari Isnin hingga Khamis.
    Eh?Kerja kutip sampah pun perlu punch card juga ke?O...Misi rupanya...
    Ini merupakan sebahagian harta yang aku ada hasil titik peluh aku sendiri dan bukan berasal daripada duit PTPTN.
    Sesungguhnya di kubur nanti pasti lebih dahsyat daripada bilik aku yang aku kira sebagai bilik 5 bintang ini.Er..Bilik ini aku sewa RM200/- sebulan.Kemudahan asas yang disediakan hanyalah nyamuk dan sedikit debu


    P/S:Klik gambar agar imej lebih jelas...Slow...














    Bila Nak Amalkan?


    Assalamualaikum...Err...pertama sekali aku mohon maaf kepada yang low kualiti punya line internet punya orang kerana kali ini aku menopaus   mengepos satu video untuk tatapan korang semua walaupun korang mungkin sudah menontonya..Video lucah ni berkaitan dengan hukuman sebat terhadap pelaku maksiat dan serba sedikit penahanan kepada para wanita yang gemar separa bogel yang sopan di khalayak ramai..Tahniah kepada Indonesia kerana berjaya melaksanakannya..Negara Islam tersohor di dunia (kononnya) Malaysia bila lagi?2020?

    (Aku dah mula menggunakan motosikal yang menggunakan najis babi   baby sebagai bahan bakar menggantikan petrol.Korang bila lagi?).......Zzzzz...

    Jangan Perasan Bagus

    Assalaamualaikum dan salam satu akidah buat umat Muhammad sekeliannya…(Err...Apa sunnah Nabi yang korang amal agar Nabi mengaku umat?)...Err...akidah tu apa?..Apa akidah korang wahai blogger yang hebat sekalian...??

    Apabila kita tahu segalanya.....

    Kita tahu masuk waktu solat subuh 5.22 am (tempat akulah) tapi kenapa jam 6.00 am baru kita terhegeh-hegeh bersubuh?Kenapa kita tak larat bangun walaupun jam loceng telah dikunci sekian-sekian tempoh sebelum subuh?Adakah mungkin disebabkan syaitan telah kencing setempayan air kencing dalam telinga kita?Eh?Kenapa pula syaitan kencing dalam telinga?...Oh...Aku tak doa dulu sebelum tidor rupanya..Apatah berwitir..

    Err…Korang ada tak hafal apa-apa surah yang panjang?Mungkin ada yang pernah hafal surah sekian-sekian..Lepas tu mengaku lupa..Contohnya surah Yasin yang berpuluh tahun korang baca dan hafal…Tahukah korang kenapa korang lupa?Ada tak korang rasa bahawa korang memang Allah bagi lupa sebab korang tak layak menghafalnya?Tak sedih ka?Err…Contoh senang,korang menganggur walaupun dah memohon banyak-banyak jawatan..Sebabnya korang memang tak layak untuk jawatan itu.Apa perasaan korang?Sedih tak?

    Kita tahu apabila berjumpa dengan saudara seislam kita sunat mengucapkan “Assalamualaikum”,tetapi kenapa kita lebih selesa ber “Hai-hai”?Bukankah ukhwah itu lebih terjalin dengan penyebaran salam..?Terkejut sikit terus menjerit “Oh Mak kau!!”…Aku pernah juga dengar orang melatah sambil menyebut istilah penuh kelucahan…Ish-ish…

    Kita perasan blog kita hebat sebab ramai pemfollow tetapi kenapa kita tak follow orang-orang yang baik akhlaknya untuk buat usaha agama?Kanapa kita pun nak turut sama membodohkan orang lain bila ada blogger lain lancang ayat dia mencarut dalam blog?Bayangkanlah ketika korang tengah nazak tetapi amat sukar untuk mengucapkan kalimah “Lailahaillallah”..Neraka woo….(Kita berlindung dengan Allah daripada perkara itu)..Balasan atas kelancangan mencarut..Dah pandai sangat ke cakap orang bodoh?Hek eleh…baru student U dah berlagak..Keluar U belum tentu dapat kerja..Lagi hadko,baru sekolah menengah dah perasan hebat disebabkan blog ramai yang suka..Hebat ke?

    Terasa laparlah pula …Huhuhu…Aku nak g makan dulu nasi yang aku masakan khas untuk diri sendiri..Nak harapkan isteri,dalam mimpi jelah..Beliau belum dihadirkan lagi dalam hidup aku..Oh..

    P/S: Eh?Mana iklan nuffnang aku?


    Pengguna Celcom Tegar

    11.08 am selepas mandi dan membasuh baju…

    Kedengaran bunyi krookk…krookk…dalam perut.Adakah ini tandanya aku tengah lapar atau tengah mengantuk?Mungkinkah ini tandanya aku bakal mendapat rezeki yang lebih pada ahari ini…Atau mungkinkah ini tandanya ada seorang gadis tengah rindu akan aku..?Ha…

    Hari ini aku sempat mengepost post ini walaupun jam 11.13am merupakan waktu puncak dekat tempat aku bekerja.Curi tulangkah aku?Sebenarnya tidak…Hari ini aku kerja shift malam,9.00pm sampai 7.00am hari keesokannya..

    Dengan diiringi lagu “zakiah” oleh kumpulan kristal aku meneruskan penaipan…(Kepada si dia,aku tidak mempunyai apa2 makna tentang ini k..hahaha)

    Err…Korang guna apa untuk ber “online”? Maxis BB?,Celcom BB?,Streamx?Aku nak cerita sikit bab BB ni…Berkongsi kelebihan guna Celcom pelan 1+5…

    Setiap bulan mungkin ada yang membayar RM38/- rm48/- atau rm68/- dan yang lebih tinggi..Paling besar data yang korang boleh guna mungkin 3G.Tol x?

    Kelebihan Plan Yang Aku Guna

    • Cuma perlu bayar kira-kira RM75/- sebulan pada pihak Celcom

    • 2400 minit percuma dan 3000 SMS percuma ke 5 subline aku..(Kira unlimitedlah tu sebab aku tak pernah call sampai 40 jam untuk tempoh sebulan ke 5 nombor aweks aku yang lain..2 orang dah jadi 80 jam,3 orang 120 jam.Pergh!!$$$!

    • Down load unlimited walau di mana aku berada.Korang?Dekat rumah je kan..Kalau yang ber laptop,mungkin dekat KL sentral,UiTM dan mana2lah tempat yang korang pergi membawa laptop tu.Aku?Dalam tandas pun boleh berblog.Kalau korang guna  plan BB biasa,line mesti slow kalau data dah mencapai 1G atau 3G,tol x?(Sebab korang guna modem yang dibekalkan,aku guna henpon jadi modem)

    • Mendapat diskaun 10% jika penggunaan melebihi berapa entah,aku pun tak ingat.RM70/- kot..Haha!

    • Celcom sayang akan aku dengan memberi offer lain kerana menjadi pengguna tegar mereka.Hakz!Bulan depan aku dapat potongan RM50/- sebab baru sekejap tadi kakak Celcom calling aku menjanjikan perkara itu.(Aku akan pastikan aku tak tertipu)

      Sekian,aku nak g masak nasi dulu sebab kawan aku nak datang rumah.

      P/S: Pilihlah dengan bijak Aku dah mula perasan bijak kerana mendapat banyak penjimatan kerana memilih plan ini.

      P/S: Plan ini sesuai untuk penggemar BB yang memiliki 2 henpon dan henpon tu boleh dijadikan modem.Plan ini juga sesuai untuk korang yang mempunyai ramai aweks .Haha!

      P/S: Aku agak panas bila line BB n Call n SMS menjadi slow bila tibanya musim perayaan..Oh...Apa2pun,aku akan tetap menjadi pengguna Celcom yang tegar.Muahahuhu!

      BB=Broadband=Jalur Lebar

      Berlebih-Lebihan Itu Memudaratkan

      6.19 am sambil mendengar zikir munajat Ust Badrul Amin…

      Setelah sekian lama aku menanti peluang ini akhirnya penantian pun berakhir...

      Aku menanti peluang untuk bertanya tentang solat sunat yang sering dilakukan oleh beberapa ”orang kuat” masjid setelah solat fardu subuh dan fardu asar..

      Menjadi amalan dekat tempat aku ni iaitu membaca beberapa potong hadis setelah selesai solat subuh.Kebetulan hadis yang dibacakan pada hari ini adalah hadis daripada sahih bukhari yang berkaitan dengan waktu yang diharamkan untuk solat sunat.Selesai je hadis dibacakan seperti biasa kami akan bangkit untuk bersalaman sambil diselangi selawat..

      Sempat juga aku mendengar salah seorang makmum ketawa semasa hadis habis dibacakan..Lucu kah hadis itu atau ketawa itu ditujukan kepada orang-orang yang terkena?Oh...Aku juga sempat melihat para penggemar solat sunat selepas subuh dan asar berbincang sesama sendiri setelah selesai bersalaman..Hahaha!(Lucu ke?)

      Pesanan...

      Kalau orang tanya kenapa tak boleh buat solat sunat selepas  subuh dan asar,korang jawab apa?Sebab memang tak boleh?Atau ustaz sekian-sekian kata tak boleh?....Err....Sekurang-kurangnya hafalah sepotong bukti daripada ayat al quran atau hadis ye..Barulah timbul keyakinan dalam beramal..Bukannya main ikut je apa orang buat..Letak payung dekat kuburlah....Tabur-tabur bungalah...

      Err....banyak tak semestinya baik...Ada orang kuat buat amal sebab nak kumpul pahala banyak-banyak...Kata dia yang berlebihan tu,sunat aje...Buat dapat pahala...Tak buat tak apa...Oh...Sebab tulah ada yang bersolat sunat selepas subuh dan asar...sebab tu ada yang bertahajud berpuluh-puluh rakaat sampai terlewat solat subuh berjemaah dekat masjid...sebab itu ada yang berusrah sampai jam 3-4 pagi sampai subuh kat masjid pun seminggu sekali...Biar sikit asal istiqomah katanya...cis!!

      Korang yang gemar berlebihan bayangkan...normalkah orang yang mempunyai 3 batang tangan?Normalkah makan 100 biji panadol sekaligus sebab sakit kepala?Normalkah meletakkan sekilo gula dalam secawan kopi?Normalkah membantu kawan yang turun kerja 8.30 am sedangkan masa yang sepatutnya ialah jam 8.00 am punch kad?Normalkah beristeri sampai 5 orang?...Kalau 4 orang itu normal,kan?Kan?

      Sekian...6.45 am...bersiap sedia untuk mandi dan mencuci baju sendiri...oh...alangkah bestnya aku kalau dah beristeri..memudahkan tugas...