Penjawat Awam Budget Kaya Part 2


Sambungan kisah Karpal…Kisah pertama ada di SINI

Dia pun balik dengan senang hati kerana telah memiliki motor kuasa besar berbanding kawan-kawannya yang lain yang hanya mampu membeli motor CT 100 mahupun honda ex5..Terdetik perasaan bongkak dan berlagak dalam hati Karpal kerana mampu memiliki motor yang lebih power daripada biasa..Sembang-sembang sikit dengan kawan,bila kena kutuk dia pun kata,”Kau ada?”..Pergh..Berlagak bukan main Karpal sekarang ni..

Karpal lupa,bahawa niat asal dia ialah untuk membeli kereta..Bila dapat tugas on call,baru dia teringat pengalamannya yang pernah kena hujan lebat pukul 3am dan terpaksa diredah sejauh 20km untuk ke tempat kerja.Karpal pun bertanya kepada Najib,kereta apakah yang sesuai untuknya..

“Apa kata kau survey dekat Mudah,”kata Najib..

Tak mainlah Mudah.Duit banyak lagi,ada 65 ribu lagi..Karpal pun buka laman sesawang Honda dan Toyota.Sebagai seorang yang bujang dan suka bergaya,Karpal memasang angan-angan untuk membeli Honda City..Kira oklah tu,sekitar 85 ribu..Daripada beli Preve,baik angkat City..Kereta local banyak problem..Fikir-fikir balik,dia tak suka berhutang.Baik beli cash..Last-last,Karpal pun beli Myvi Extreme..Ceh,Myvi tu bukan kereta local ke Karpal?Secara tunai,petang tu juga Karpal mengajak Najib pusing-pusing bandar Bau.

Baki duit yang ada dalam tangan Karpal sekarang ialah 8 ribu..Masih terasa banyak.Karpal tengok dekat tempat dia kerja ramai yang pakai henset Samsung,HTC,Sony Xperia,I Phone..Sedangkan dia cuma henset Nokia lama model 5800..Orang lain kamera kurang-kurang 5mpxl,dia pula cuma 3.2.Tak boleh jadi ni..Duit banyak lagi,kalau tak spend,nanti hilang beli benda yang sia-sia..PS3 lah,disc brake motorlah dan sebagainya..Hari tu,Karpal keluar rehat lebih awal daripada biasa.Biasanya orang rehat jam 1pm,hari ni dia keluar jam 12pm..Dia pergi Saberkas untuk survey henset..Habis satu bangunan dia pusing untuk mensurvey henset..Akhir sekali dia angkat I Phone 4s..Harga,aku tak tahulah.Mungkin 1800rm..Ok,anggap sahaja 2ribu termasuk aksesori henset..Tinggal lagi 6ribu duit Karpal..

Sebagai seorang paramedik,Karpal tidak terlepas daripada bekerja shift.Shift malam,mula jam 9pm sampailah 7am.Bila melihat kawan sekerja satu shift dengannya bermain galaxy tab,dia pun berangan untuk memiliki galaxy tab..Hm,habislah lagi 2ribu duit dia beli galaxy tab..

Nafsu Karpal terhadap gadget dan aksesori tambahan memang tidak pernah puas.Melihat Bunciu,salah seorang rakan sekerjanya memiliki head phone Beats original,dia pun nak juga..Habis lagi rm1500 duit dia.Tak mainlah yang cikai-cikai.Cliptec,Divoom,AVF,memang dia tak pandang.Siap kutuk lagi kawan-kawan dia yang guna jenama tu.

Last sekali benda yang Karpal beli ialah DSLR harga dekat-dekat 3ribu..Mana nak kalah.Orang lain ada,dia pun nak juga..Begitulah Karpal,tak pernah nak puas.Baki terakhir yang dia ada ialah rm500.Tak sampai gaji keseterusnya,Karpal menjadi kesempitan wang.Ya,memang gaji dia besar.Bila selidik balik,dia perlu bayar bulan-bulan loan rm 650,motor rm300,sewa rumah rm200,bil elektrik dan air rm70,broadband rm50,servis kereta cikai-cikai rm150..campur kad kredit rm100 total semua rm1520..tinggalah baki duit dia rm980.Taklah sekaya mana Karpal ni,berlagak ja lebih..

Ingatlah korang,bila korang lihat rakan sekerja ada I Phone,I Pad,DSLR,big bike dan segala semua tu,korang pun sebenarnya mampu miliki apa yang mereka ada.Gaji sama ja,kerja pun sama.Tak payah berlagak dan rasa standard lagi tinggi berbanding yang lain.Hakikatnya korang ada loan yang banyak dan baki bersih duit yang ada dalam tangan pun tak sampai rm2000.Korang hidup dalam bandar,kalau baki sekadar 1000,korang sebenarnya orang miskin..Simpan-simpanlah duit tu.Nafsu,sampai bila-bila pun tak dapat dipenuhi..Cuma kita yang perlu kuat untuk menundukkan nafsu..Utamakan yang utama..Sekian..

Penjawat Awam Budget Kaya


Hampir 3 bulan rasanya aku tak update blog aku ini,berbeza dengan FB,hampir setiap hari aku update.Itu pun sebab faktor bisnes..Biasanya aku buka FB semata-mata nak baca status budak-budak FB yang lain.Update pasal keluar dengan pakwe,update dapat makan sate,update kaki sakit sebab jalan kaki 10000 langkah malah ada yang update cakap dia sakit perut dan tak tahu nak buat apa,Ada juga yang update dengan share video Youtube Oppa Gangnam Style...Adoi..Korang pula,apa update yang paling menyampah korang pernah baca?

Abaikan bab tu..Membosankan..Baik aku cerita bab hutang pekerja kerajaan yang budget kaya..

Ambil kisah ni…Kisah betul yang telah aku olah sedikit..Terjadi di tempat aku kerja nun jauh di Sarawak..

Karpal,graduasi segar yang menganggur tak berapa nak lama berbanding graduan lain telah dipanggil untuk bekerja di sebuah hospital kerajaan kerana kegeniusannya dalam bidang perubatan. Dia telah bertugas sebagai seorang paramedic dengan starting gaji bersih rm2500.Wau!Muda-muda dah kaya si Karpal ni…Tapi taklah sekaya kawan dia,Najib..

Dengan gaji sebanyak itu,Karpal telah berangan-angan untuk membeli kereta,rumah,motor besar,awek dan bermacam-macam gadget yang lain..Pertama sekali Karpal merancang untuk membeli motor.Sesuai dengan statusnya yang budget kaya,dia ingin membeli motor yang boleh dikira power.Dia pun beli motor Yamaha LC 135 dengan bayaran rm270 sebulan untuk 2 tahun.Itu pun setelah membayar muka sebanyak rm2500.Setiap hari dia turun kerja dengan motor kesayangannya itu.Suatu hari,Karpal telah bertugas atas panggilan (on call) selama seminggu.Pernah suatu hari,Karpal terpaksa bangun pada pukul 3am kerana doktor memerlukan khidmatnya di dewan bedah.Kebetulan pula hari hujan..habis lencun si Karpal kerana meredah hujan sejauh 20km. Dahla jam 3am ..Karpal pun berazam untuk membeli kereta..

Karpal pun bertemu dengan kawannya,Najib,yang kebetulan bekerja di hospital yang sama dengan nya.Dia menyuarakan tentang hasratnya untuk membeli kereta.Najib menasihatkan Karpal agar membuat personal loan.Boleh bayar cash kereta tu nanti.Najib dengan bijaknya mengatakan,jumlah harga kereta tu akan menjadi lebih mahal kalau dibeli secara ansuran bulanan.Lagipun,mana Karpal nak cari duit muka untuk kereta yang dia nak beli nanti..Kalau buat loan,baki duit tu boleh disimpan dalam ASB atau di spend untuk benda lain.Beli ja semuanya cash dan tak perlu risau nak bayar banyak cabang loan.Maksudnya,loan kereta bayar lain,loan motor bayar lain,loan bank bayar lain.Baik buat loan dalam jumlah yang besar dan setelkan kesemuannya..Fikiran pun jadi tenang..

Malam-malam sebelum tidur,Karpal telah berfikir akan segala benda yang dia nak beli dengan loan yang akan dia buat.Siap total up semua jumlah harga barangan yang dia nak beli lagi termasuk yang nak disimpan.Takut-takut tak cukup.Dalam kepala dia,dia fikir nak setel motor rm5000,beli satu viva elite rm 43000,simpanASB rm10000,simpan bank khas kecemasan rm 10000.Total semua kira-kira rm70000.Esok juga dia nak pergi bank untuk setel masalah dia.

Dekat bank,dengan mudahnya loan dia sebanyak rm70000 diluluskan siap ditawarkan kad kredit lagi dengan limit penggunaan rm4000.Al maklumlah,penjawat awam gaji ribu-ribu.Karpal keluar bank dengan hati yang cukup senang.Pegawai bank dah janji,dalam jam 430pm,duit dia akan masuk.Cek ja dekat mesin ATM nanti.

Habis waktu pejabat,Karpal pergi ke mesin ATM yang berdekatan untuk melihat baki duitnya dalam akaun yang sebelumnya cuma tinggal rm500 sahaja.Yelah,dah lebih tengah bulan..Berpinar-pinar mata Karpal apabila baki akuannya ialah rm68500 (anggap rm2000 cas perkhidmatan dan insurans untuk loan)Kerana terlalu gembira,malam tu Karpal telah membelanja Najib makan kerana memberi idea yang bernas kepadanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mula-mula Karpal pergi setel hutang motor terlebih dahulu.Bila jumpa tokei kedai tempat dia selalu bayar installment bulanan ,tokei kedai pun menawarkan dia sebuah motor yang besar kalau dia trade in motor lama dia tu..Tokei kedai menawarkan harga sebanyak rm5500 untuk harga motor lama Karpal.Tolak harga motor Kawasaki 250cc baru jadi baki yang perlu dibayar ialah rm20000 sahaja.Bayar bulanan ialah rm300 sahaja untuk 6 tahun.Hm,takdalah banyak sangat..Gaji besar,rm2500,ada banyak lagi baki duit aku,fakir Karpal dalam hati…

Jeng jeng….Masalah Karpal baru bermula..Penatlah,eso lusa aku sambung balik…Banyak sangat dah taip,isteri pun dah tarik-tarik telinga aku ajak tengok movie sama-sama.Apa-apapun,sedikit sebanyak,sebahagian kisah yang bakal bersambung di atas tentu korang sendiri pernah alami.Betul tidak?