Kartun Xray (siri2)

Lagi kartun2 yang aku cuma tambah dialog aku sajikan khas buat para pelakon kartun d jabatan xray..Terimalah kelucuan yang disajikan oleh korang sendiri k..Muahaha!(malas nak edit lebih2)...(Sebahagian watak tpksa digugurkan krn boleh menggugat reputasi JPD)


Gambar diambil oleh budak CCTV..hihi!

Sebelum lampu isyarat bertukar hijau maka aku sebagai budak CCTV mengambil gambar2 yang patut untuk d jadikan pedoman buat semua orang...(mood insaf)

Budak2 ni semua sakit perut selepas menjamu selera d jamuan ramah tamah itu..(sb depa gelojoh dan xbaca doa makan kot..kan kan kan?)

Haji begitu banyak memberi nasihat kepada para junior..tetapi,enter right ear,out left ear..sad..sad..

Masa aku mengorat gadis2 di atas,mereka mengaku sudah jadi isteri oranglah,dah ada tunanglah..dah ada pakwelah..Tapi bila Hj tu y mengorat mereka,semuanya cair.Apakah aku tak ckp kaya n gagah untuk mereka?Huhu..Please...terimalah aku...please..(Kpd si dia,jgn mrh ye..mg jdh kita berpnjgn selalu)

No komen....Ahaks!Pa2pun,tmksh sebab sudi menjadi watak2 jenaka dalam blog aku ni..Hahaha!

P/S Klik gambar untuk pembesaran...Lain kali aku buat lagi y lebih hadko..Muahahaha!(terima kasih sebab memaafkan aku)

Kartun X Ray?(Versi Real)

Setiap gambar yang diedit dan mungkin menusuk hati pembaca maka aku memohon maaf zahir dan batin.Semoga korang sentiasa bangga dan setia menjadi warga Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Umum Sarawak.Hehehehe...Lain kali aku tambah lagi yang lebih menusuk agar matlamat aku tercapai..Segalanya pun bermula...
Ketika menanti ucapan habis di ucapkan oleh hj romi maka kami bergambar2..
Kami sebagai student amat teruja untuk melihat cara2 kakak2 JXR mengload kontras

Hampir sahaja pesakit ini dihantar ke ICU kerana tension diraba oleh para JXR pelatih

Our lovely boses..Kami akan berkhidmat dengan lebih baik andai claim kami dinaikan 25%..Yeah!!

Junior yang terpengaruh dengan sesuatu yang kurang sihat dikalangan JXR...Hihihi!

Zubaidah:Kamu lapar ke Tan?
Tan:Tidak ada!!!!!!

JPD next top model!!Antara koleksi gadis cantik di jabatan xray..Bungek!!

P/S:klik gambar untuk pembesaran..Segala kekasaran,aku mohon maaf dan mungkin akan dibuat lagi..hihi!



Tertipu Dalam Ibadah

Sudah seminggu aku tidak menulis.Sebenarnya,blog asal aku iaitu 1malaysia1islam telah reported as spam.Ah!Penat2 aku tulis akhirnya blog tu kena delete pula.Bila masa aku spamming?Ada yang dengki ke?Blog aku mengancam keselamatan Negara ke?Abaikanlah sebab bila2 pun boleh buat balik yang baru.Yang penting mesej yang aku nak sampaikan tu sampai.Sebenarnya aku baru je balik dari rumah mak angkatku di Kuching.Sangat baik orangnya.Sebelum balik dia hadiahkan aku setapau almond London dan kek lapis Sarawak.Kali ni aku nak cerita bab ghurur..Tahukh korang apa itu ghurur?Senang cerita maksudnya ialah tertipu.Tertipu dan gagal melihat keburukan hati adalah sumber kecelakaan di dunia dan akhirat.
Aku nak cita bab ghurur@tertipu yang berlaku di kalangan ahli ibadat.Contoh2nya..
1.Ada orang yang sangat dan teramat teliti atau memperuncingkan sangat kerja2 agama.Ertinya dia memperdalam2kan apa yang sepatutnya mudah untuk dilakukan sehingga berlebih2han dari yang sepatutnya.Misalnya ketika berwudu dia terlampau banyak menggunakan air,was2 dalam niat dan sebagainya.Aku pernah juga tengok dulu orang yang macamni.Masa masuk bilik air untuk mandi (sb kdg2 bilik mandi dijadikan tempat….) aku melihat seorang budak tengah membasuh2 tangan sambil beruniform seperti hendak solat(kira2 30 minit lagi msk wktu zuhr dan kebiasaan aku mandi masa2 macam tu untuk lebih segar(bukan malas)).Selesai mandi aku melihat beliau masih membasuh2 tanganya seperti sebelum aku mandi tadi(adakah aku mandi terlalu cepat?)..Mungkinkah tangan dia tersentuh kulit babi atau anjing?(pa2pun itu lebih baik dpd sentuh tangan y bukan mahram)..Rupa2nya tangan dia terkena kencing syaitan….patutlah lama..
2.Ada orang yang was2 dalam melafazkan niat sebelum solat.Dia memikirkan bahawa lafaz yang terakhir sekali selepas berlafaz 10 atau sejuta kali itulah yang paling tepat,Dia tidak sedar bahawa syaitan telah berjaya menggodanya sehingga yang salah pun dikatakan sah.Bagi aku,orang yang macam ni mula2 solat je dia bersungguh2 namun lepas je Al fatihah maka jiwanya melayang melayan syaitan yang mengganggunya tadi.Mungkin dia tengah fikir pasal makanan,duit,hutang dan hubungan kelamin.Aku pernah dengar banyak versi lafaz niat solat dan takbir makmum2 yang berdiri di samping aku.Contoh montohnya,lafaz Allahu Akbar dibaca Allahu Wakbar atau Allahuuu Akbar atau Allah…..(sepi seketika) huakbar..ataupun …..(langsung takde bunyi sebab malas dan lebih bersemangat melaungkan kata2 seperti…TAKBIR!!!! Dan disambut oleh orang lain Allahuakbar!!)..juz baca dalam hati..
3.Ada orang yang was2 dalam membaca surah Al Fatihah..dzal jadi zai,sod jadi sin..(tak dapat diterangkan dengan blog n sila jumpa pakar)..Ada yang membaca seolah2 meludah ketika sampai ke ayat yang yang mengandungi huruf ta.. mengalahkan orang arab (jijik melihat air liur yang tersembur..hihi)Aku sendiri selalu ditest oleh ramai ust untuk membaca Al Fatihah..Al Maklumlah,saudara baru..(teka teki,apa benda yang dah berpuluh2 tahun akan tetap digelar baru selain JB n KB n KKB?)hihi..
4.Ada orang yang bermukim di tanah suci mekah dan madinah tetapi hatinya tetap kotor dan tidak berusaha untuk membersihkannya.Niatnya hanyalah semata2 untuk mendapat sanjungan kerana menetap sekian lama di mekah atau madinah setelah kembali ke tanah air.
5.Ada orang yang menunjukan kezuhudanya enggan memakai pakaian yang indah2,enggan makan makanan yang lazat dan tempat tinggalnya cukuplah hanya di masjid atau surau..Niatnya hanyalah semata2 ingin dikatakan orang yang zuhud dan menplak tipu daya dunia.(Busuknya orang y solat tepi aku ni..Zuhud..kata aku d dalam hati ketika solat bersama si zuhud..)
5.Ada orang yang hitam dahinya kerana kerap melakukan solat sunat seperti solat tahajud,solat dhuha,solat tasbih dan solat witir..Aku amat respek dengan orang ni namun malaikat yang ada di masjid atau surau mesti tertanya2 kenapa beliau tidak datang ke masjid untuk bersubuh secara berjemaah..Kesian sungguh aku akan dirimu wahai si abid..Sia2lah kau bersunat(buat benda2 sunat yang lain) namun amalan yang paling utama engkau tinggalkan walaupun rumah engkau sepelaungan sahaja dari surau..Sekian dari aku mengenai ghurur.
P/S…Untuk mengetahui fadilat amal dengan lebih lanjut,bertemulah dengan pakar yang sepatutnya..bukan pakar menipu atau pakar politik semata2..