Masjid Baru Kg Nai Teh

Pertama sekali,aku ingin mengucapkan syabas kepada adik ipar aku yang comel kerana mampu memikat hati seorang lelaki (macam pertandingan pula) seterusnya mendirikan rumahtangga beberapa hari yang lalu.Hari itu,akulah di antara orang yang paling gembira kerana seronok bila melihat 2 lagi saudara seislam aku Allah selamatkan dia dari perbuatan zina atau pergaulan yang boleh menimbulkan fitnah dengan ikatan pernikahan.Terbinalah sudah satu lagi masjid.Tersempurnalah sebahagian besar urusan agama korang.Mengikut korang akan sunnah nabi junjungan besar kita Muhammad saw..

Sebelum melayari bahtera rumahtangga dengan lebih jauh,eloklah kiranya aku sebagai senior sedikit dari adik ipar aku dalam hal nikah ini berkongsi seciput ilmu yang aku curi daripada kuliah-kuliah yang aku pergi,ceramah youtube,buku Muhimmah yang diajar dan sembang santai kedai kopi mengenai hal rumahtangga.

Ingat,isteri ni mudah ja nak masuk syurga berbanding suami.Asal suami redha ja dengan apa-apa yang baik dia buat dijamin Allah akan bagi syurga buat dia.Busuk badan isteri sebab masak gulai atau mengemas rumah,penat badan isteri sebab tolong suami cangkul tanah untuk bercucuk tanam malah mengantuk sangat-sangat si isteri sebab temankan suami menonton bola jam 3 pagi pun Allah akan bagi pahala dan rahmat.Si isteri main game Angry Birds sampai subuh hari tetapi suami redha pun Allah tidak anggap itu suatu kesalahan melainkan solat subuh tu korang tinggal.

Ingatlah juga,masuk neraka pun seorang perempuan itu amat mudah lebih-lebih lagi kalau suami tak redha atau dia nusyuz.Berlindung kita dengan perkara tersebut..Apa dia nusyuz ni?Dari segi bahasa ialah derhaka.Atau maksud lain dia ialah dalam hubungan suami isteri,timubul penentangan atau kebencian daripada salah seorang antara suami atau isteri atau kedua-duanya sekali.

Contoh nusyuz ada banyak termasuklah tidak taat perintah suami.Suami suruh cepat-cepat mandi wajib selepas melakukan itu tetapi isteri dengan sengajanya buat-buat tak dengar,maka dia berdosa.Bersikap kasar terhadap suami seperti menengking suami yang malas solat berjemaah di masjid pun dianggap dosa.Meninggalkan rumah tanpa pengetahuan atau izin suami juga adalah boleh dikira nusyuz.Contohnya,pergi melawat ibu yang sakit tenat di kampung.Walaupun dia ibu kita tetapi keizinnan daripada seorang suami jugalah yang utama.

Bersama pengantin baru..Pasangan yang mesra tu pula ialah pengantin lama..
Seperti yang dijanjikan,sedikit sahaja perkongsian ilmu maka aku ingin berhenti setakat ini.Apa-apapun,kami mendoakan moga Allah berkati rezeki,usaha dan umur kalian setiap masa.Jangan malu untuk beranak pinak dan janganlah malu untuk minta bantuan kami kalau korang dalam kesusahan.InsyaAllah,skuad rescue akan membantu.Jaga solat,jaga aurat..Hehe..Sekian..