Simpan Emas Merugikan?

Assalamualaikum..Salam rindu dan salam terawih...

Sebelum bini aku mengajak aku berdating melalui SMS atau call,aku tanpa membuang masa walau seminit pun,belum pun sempat melabuhkan punggung ke lantai,aku terus memetik suis PC.Kalau si dia dah SMS,nescaya,akan terbantutlah peng update tan yang ingin aku buat terhadap blog aku ni..Perasaan ingin kencing juga terpaksa aku lupakan kerana masa itu amat berharga untuk beronline.Haha!Aku terpaksa ketawa.

Teringat aku akan perbualan aku dengan isteri aku yang menawan lagi comel serta menyenangkan hati aku beberapa hari yang lepas...Macam biasa,tanya kabar,puji-puji dia,usik sikit-sikit sampai dekat-dekat nak merajuk,lepas tu join dia merajuk,bermuah-muah dan sebagainya.Aku tanya pada isteri aku,kenapa orang perempuan suka beli gelang emas,rantai emas,anting-anting emas dan emas-emaslah.Aku tanya lagi,kenapa tak simpan ja duit tu daripada beli emas atau belilah barang yang boleh digunakan secara bersama seperti tuala mandi ka,jam tangan G shock ke,basikal ke,kasut baru suami ka,tarcksuit ka (kami pernah berkongsi tracksuit yang sama untuk dapatkan feel romantik) dan sebagainya.Isteri aku kata,dah namanya perempuan,secara semula jadilah akan suka akan barang kemas dan kecantikan.Lagipun emas boleh disimpan sebagai pelaburan.Suatu hari nanti harga dia akan jadi tinggi..

Aku pun mula show off pendapat aku tentang emas..

Emas atau barang kemas yang lain kalau dipakai pun bukan boleh tunjuk kat orang lain.Aku,dah namanya lelaki,tak tertarik pun kalau perempuan pakai emas satu badan sekalipun.Haha!So,nak tunjuk kat siapa?Lagi,memang harga emas ni akan meningkat tetapi adakah dia sanggup jual emas yang dia beli tu?Contoh,cincin kahwin atau rantai nikah..Tak akannya seseorang itu sanggup jual.Nostalgia tu!

Lagi,kalau pun harga dia tinggi,bilakah dia akan jual emas tu?Tunggu harga emas jadi rm1 ribu segram?Haha!Kalau gadai pun,apek pun tak sanggup nak beli sebab apek sendiri sayang duit and dia tahu kalau beli susah nak jual balik.Harga tinggi ma…Gaji tak naik-naik..Tak da siapa mau beli.

Kalau simpan emas banyak sangat,nanti kena zakat pula.Zakat emas ni,ramai yang malas nak ambik tahu.Tahu-tahu ja berdosa sebab tak keluarkan zakat.Kalau wang,boleh juga guna untuk tengok wayang ke,makan Mc D ka,beli rokok ke,beli Experia X12 ke..Ada juga manfaatnya,ye tak?Sekurang-kurangnya boleh bayar bil broadband.

Bayangkan nilai emas yang dia ada ialah rm10 ribu..Simpan lama sikit mungkin boleh cecah rm20 ribu..Emas berjaya disimpan sehingga umur 80 tahun.Tup-tup,meninggal..Tak sempat nak merasa duit hasil gadaian emas tu.Rugi woo…Rm 10 ribu tu,macam-macam boleh buat kalau dizahirkan dalam bentuk wang ringgit.Sedekah,buat haji,jamu orang lain kalau mengawan masa tengah-tengah puasa Ramadhan,bayar saman langgar lampu merah atau bayar denda sebab makan di khalayak ramai sebab tak puasa dan macam-macam lagilah.Boleh guna untuk beli nama domain peribadi mahupun tiket kapal terbang Airasia ke Kedah pergi dan balik..
Kalau pakai emas, peragut akan mudah tertarik kepada kita.Bila berjalan bersendirian,bukan sahaja akan diragut malah aktiviti lain pasti akan dibuat.Contoh,bunuh dan rogol.Haha!Saja nak bagi takut korang yang suka pakai emas sampai ketiak masa keluar rumah.

Seterusnya,bila dah pakai emas ni,sedikit sebanyak mungkin akan timbul rasa riak dan bangga sebab mampu memiliki barang kemas yang banyak.Pasti ada punya melainkan iman kuat atau korang tu maksum.Tak payah emas,sudah ada blackberry atau Experia X12 pun seseorang dah boleh merasa megah.Riak ek…Tu bukan syirik kecil ka?Kalau riak,boleh cium bau syurga tak kalau tak sempat nak bertaubat?Kalau bertaubat,akan bertaubat dengan taubatan nasuha tak?

Harta kepunyaan kita yang sebenar ialah harta yang kita sedekahkan atau digunakan di jalan Allah.Betul tak?

Ok..Tamat bab emas.Kesimpulan untuk aku sendiri,menyimpan wang dalam bentuk wang ringgit atau tunai dalam tangan lebih baik daripada disimpan dalam bentuk emas..Jangan cepat tertarik dengan skim pelaburan emas sebelum korang sendiri expert bab pelaburan dan ekonomi.Hehe..Sekian,masa untuk masak nasi bujang pula..Kepada yang berjauhan dengan suami,banyakkan bersabar..Allah saja ja uji sebab tahu korang mampu melaluinya.Tak akan diberatkan kita dengan apa yang kita tak terdaya.

Sekian…

Doa Itu Magik?

Baca ini: Jemu Berdoa
Assalamualaikum buat korang yang tak ada kerja lain selain baca blog dan berfacebook...Salam hari Jumaat penghulu segala hari di penghulu segala bulan..Apa khabar jasmani dan rohani?Masih menten berterawih penuh ikhlas ke?

Tinggal lebih kurang 10 hari je lagi untuk kita menghabiskan bulan puasa ini.Ada yang sedih sebab bulan untuk beramal yang padanya pahala amal digandakan semakin menghampiri ke penghujungnya.Ada juga yang gembira sebab tak lama lagi dia tak perlu lagi menahan diri daripada merokok,mencarut pada ruangan komen blog atau status facebook orang lain.Malah ada yang tak sabar sebab lepas ni dia boleh buka laman web yang tak senonoh tanpa ragu pahala puasa terjejas.

Sempena bulan puasa yang menghampiri 10 hari terakhir ini,sama-samalah kita meningkatkan amal kita.Berkorban tenaga dan masa lah sedikit demi mendapatkan kelebihan yang Allah bagi setahun sekali ini.Manalah tahu,tahun depan kita tak berpeluang lagi untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini.Ambil kesempatan untuk banyak kan berdoa dan sebagainya.Kepada yang rajin ke masjid,ringan-ringankanlah tangan anda untuk bersedekah setiap kali berkunjung ke masijid.Seringgit untuk satu masa solat pun tak apa.Tak pun,kalau dah kedekut sangat,sedekah 10 sen pun tak apa.Janji ada sedekah.

Aku pernah membayangkan,salah satu kelebihan yang Allah yang Maha Pemurah ni bagi bila aku menderma pada hari tu,Allah akan bagi aku sesuatu yang aku tak terjangka.Contoh,derma 50 sen dekat tabung masjid,tiba-tiba ada sahabat yang belanja aku untuk berbuka dan sebagainya.Salahkah aku mengharap sesuatu balasan daripada Allah apabila aku melakukan sesuatu kebaikan?Atau pun,belanja kawan berbuka puasa,Allah makbulkan doa aku agar isteri aku mengandung anak kembar.Siapa tahu kan..Rahmat Allah maha luas.

Pada bulan yang mulia ni,aku yakin kalau setiap amal yang kita buat secara ikhlas Allah akan balas.Macam dulu,semasa berada di kolej,aku yang boleh tahan genius ni telah disukai oleh 2 orang gadis.Masing-masing telah memberi harapan kepada aku untuk menjadikan mereka sebagai isteri.Salah seorangnya ialah bekas tunang aku.Sepanjang bulan tu aku berdoa moga Allah tunjukkan aku yang terbaik kepada aku antara keduanya.Aku sebagai seorang lelaki yang gentleman tak sampai hati untuk mengecewakan kedua-dua mereka.Kalau aku ni kaya macam Taib Mahmud,nescaya aku kahwin keduanya.Haha!Gurau ja..Nanti ada pula yang merajuk.Aku doa pada Allah,kalau si polan lebih baik untuk aku maka jodohkanlah kami.Kalau aku terpaksa beripsah dengan salah seorang daripada mereka maka pisahkan kami dengan keadaan yang baik tanpa mengecewakan hati sesiapa.Tanpa diduga..Tunang aku minta putus tanpa dipinta,si dia pula aku lamar untuk menjadi isteri.Walaupun setahun tak jumpa,dengan rahmat dan kasih sayang Allah,Allah jodohkan kami.Setahun berpisah mungkin sebab Allah nak kami masing-masing mengelakkan diri daripada melakukan kemungkaran.Walaupun dipisahkan 2 laut,kami tetap juga Allah jodohkan.Hm,Alhamdulillah..Allah jodohkan aku dengan wanita yang betul-betul menepati ciri-ciri yang aku nak.Comel lagi menawan lagi pandai masak lagi pandai melucu...Argghh!!Terbaik dari ladang wanita.Alhamdulillah..

Sekian,aku nak turun kerja.Sempena bulan yang mulia ni,doakan aku moga dapat pindah ke Kedah seterusnya dapat meningkatkan lagi kemungkinan untuk mendapat bayi kembar yang comel lagi genius serta taqwa kepada allah..Sekian,aku mengundur diri..

Yang belum berjodoh,moga korang sempat berjodoh dan meninggalkan zuriat sebelum korang naik kereta mayat..

Perang Psikologi

Suatu hari seorang kesatria telah ditugaskan untuk mempertahankan kerajaan negaranya yang telah diserang oleh kerajaan Negara jiran,iaitu kerajaan Hitam..Serangan yang begitu dahsyat daripada kerajaan Hitam telah mengorban ramai tentera Negara kesatria itu..Kerana tidak berputus asa,penduduk kerajaan itu termasuk para pendita telah bekerjasama berpadu tenaga untuk mengalahkan Negara Hitam..Kerajaan kesatria nampaknya hampir mengalami kekalahan yang teruk.Akibat tidak tahan dengan asakan daripada Negara Hitam,permaisuri sendiri telah keluar membantu para pahlawan,orang awam,para pendita dan seluruh penduduk kerajaannya untuk mengalahkan para tentera Negara Hitam…
Tiba-tiba….. “Checkmate!” …. Tamatlah pertandingan catur antara Peace Yoh dan Ambiga..Ambiga telah memenangi perlawanan tersebut..

Haha!Itu sahaja untuk kali ini.Saja nak bagitau,hujung minggu ni,sabtu dan ahad pagi aku akan join pertandingan catur peringkat Bahagian.Sekian lama aku tak main,sekian lama pertandingan aku tertunda akibat kerja,oncall sana sini,berbulan madu dan berkebun,akhirnya apa yang aku tunggu-tunggu tiba..Kalau lah diberi pilihan sama ada untuk berbulan madu dengan isteri atau main catur,nescaya main catur itu lebih aku utamakan..Haha!
Err..Sepertiga Ramadhan dah berlalu..,berapa muka dah al-quran korang baca?Masih menten berterawih di masjidkah?Dekat tempat aku,aku dengan bangganya mengumumkan,masjid masih menten penuh safnya ketika terawih..Alhamdulillah,iman masih terpelihara..Jomlah bersaing dalam berbuat kebaikan.Siapa menang,masuk syurga lagi tinggi,yang kalah,rendah sikitlah kot.Sekian,selamat bertanding….

Cara Gembirakan Bapa

Salam sejahteralah ke atas kamu…

Di hari bulan yang Ramadhan yang sangat mulia ini,mungkin ada yang stress sebab terpaksa menahan diri daripada melakukan sesuatu yang lazimnya dilakukan. Di antaranya ialah mungkin korang terpaksa menahan diri daripada mengumpat,keluar makan walaupun baru 2 jam masuk kerja,hisap rokok dan sebagainya.Malah,ada di antara korang ni mungkin terpaksa menahan diri untuk melakukan hubungan kelamin di siang hari ataupun menahan diri daripada melayari laman web lucah..Semata-mata untuk menjaga pahala puasa ramadhan korang.Haha!Ok,jangan stress sangat ya..Hm,nikmatilah satu perbualan menarik di bawah ini,aku harap dengan nya korang mampu tersenyum walaupun stress sebab berpuasa...

Sekembalinya Ambiga daripada sekolah,dia terus menghampiri bapanya,Najib...

Ambiga: Najib!Najib!Aku ada berita gembira untuk kau..

Najib: Kurang asam punya anak.Kau panggil aku macam aku ni sama umur dengan kau ja.Aku bapa kaulah!Ha,apa berita gembira itu?

Ambiga: Papa ingat tak wang hadiah RM1000/- yang papa janjikan nak bagi kat saya kalau lulus periksa?

Najib: Tentulah ingat.Janji kepada rakyat papa ingat,inikan pula janji kepada anak sendiri..

Ambiga: Hm,kalau begitu,papa boleh simpan duit itu..

P/S:Nak dapat pahala puasa pun stress juga ka?Haiya!Pahala beramal pada malam qodar bukan SAMA dengan pahala beramal seribu tahun..Aku pun baru perasan...Sekian,rujuk sendiri maksud ayat tu dekat tafsir quran korang...

Terawih Di Tokong?

Assalamualaikum...selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada korang semua.Pertama-tama sekali,aku ucapkan berbanyak terimaksih kepada sahabat handai,rakan taulan dan anak isteri aku (isteri sahaja) yang wish aku selamat hari jadi hari ni,2 ogos 2011 dan mendoakan yang baik-baik untuk aku.Aku kembalikan balik doa-doa yang sama buat korang yang berada di luar sana.Alangkah bertuahnya aku berbanding orang yang lahir pada bulan yang selain bulan ramadhan kerana sudah tentulah doa di bulan ramadhan ini Allah lebih utamakan berbanding bulan-bulan lain..Kepada yang mendoakan aku moga mendapat anak kembar,aku amat-amatlah berterima kasih buat korang.Ya,aku sungguh teruja kalau disebut anak kembar.

Sudah 2 hari aku berduapuluh tiga rakaat bersama imam untuk berterawih termasuk witir..Kalau dulu-dulu,aku cuma bersebelas rakaat sahaja bersama imam.Bergegar juga kepala lutut aku malam tadi sebab solat non stop sejak jam 8 suku hinggalah 1030 pm..Huh!Malam ini,mungkin aku terpaksa menewaskan diri sebab kelemahan aku sendiri tidak mampu berdiri lama untuk berterawih.Aku ingat lagi pesan ustaz aku yang juga pesan nabi saw melalui hadisnya,yang bermaksud lebih kurang berdiri lama dalam solat  lebih baik daripada buat banyak rakaat solat tetapi laju macam shinkansen...

Biasanya,lepas ja 8 rakaat terawih,ada makmum yang mengundurkan diri daripada terawih.Selebihnya mungkin dibuat di rumah atau di mana sahaja mengikut keselesaan mereka.Aku, tahun lepas pernah menterawihkan diri di tepi tokong cina.Tokong yang sifunya tengah mengubat pesakitnya sambil diselangi bunyi zikir berbahasa cina. Bau colok yang semerbak aku tak peduli sebab dah biasa.Selama beberapa bulan tinggal di situ,beberapa bulan itu jugalah hidup aku ditemani sifu dan bau colok.

Itu dulu,sekarang ni aku Allah bagi peluang berterawih di masjid yang beraircond lagi selesa.Ditambah dengan empuknya sejadah,sedikit sebanyak solat aku telah menjadi lebih jauh berbeza dengan nabi-nabi mahupun orang-orang terdahulu,sujud mereka di atas pasir ataupun batu.Kalau nabi berbuka dengan air kosong ataupun tamar ataupun roti,aku di sini dengan mewah mampu menyempurnakan kehendak nafsu perut yang boleh menjahanamkan aku dengan ayam panggang,ayam percik,murtabak ayam,sate,ABC,mahupun Roti John..Oh..Kononnya aku berpendapat antara hikmah puasa ni ialah supaya kita dapat turut merasai kesusahan hidup orang yang miskin rupa-rupanya itu hanyalah pendapat..Sahur makan berpinggan-pinggan,berbuka,berkawah-kawah..Samakah itu dengan orang Bosnia,Pakistan,Iraq atau palestin?Hm..Tepuk perut tanya pusat...

Sekian,selamat berbuka kepada yang nak berbuka dan selamat bersahur kepada yang baru nak sahur...