Budak Tertelan Jarum

Assalamualaikum..Salam sejahtera.Moga korang semua sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki..Bersedekah itu rezeki,mampu datang solat di masjid juga rezeki,selalu baca al quran pun rezeki kerana tidak semua orang mampu melakukanya dan setiap yang korang buat itu Allah pasti balas dengan pahala yang korang sendiri tidak terfikir akan nilainya.Pahala itulah rezeki korang yang korang sering lupa.
Petang semalam aku sempat melakukan pemeriksaan x-ray terhadap seorang budak berumur 2 tahun.Budak ini terpaksa di x-ray kerana pihak doktor ingin mengesan kedudukan jarum yang di telannya sehari sebelum tu..Ini bukanlah kali pertama aku menemui kejadian seperti itu.Sebelum ni,di hospital Kajang,seorang banduan terpaksa di buat pemeriksaan x-ray pada bahagian  abdomennya kerana telah memasukkan berus gigi ke dalam anusnya.Hm..Apa motif dia berbuat demikian aku sendiri pun tak tahu.Ada juga kes budak kecil tertelan syiling 20 sen dan tersedut guli sehingga melekat di rongga hidungnya.Tentu amat menyeksakan buat mereka kan..

Mungkin masih berada di kolon melintang

Mungkin sudah berada di hujung kolonnya

 
Budak bersama emaknya


Alhamdulillah,jarum peniti yang ditelannya tidak kelihatan pada radiograf yang diambil(Lupa nak tangkap).Aku berharap sangat agar jarum tu dah keluar bersama najisnya.Tidak sanggup aku melihat ibu budak tu risau dengan kesihatan dan keselamatan  anaknya.Entah macam mana budak tu boleh tertelan jarum tersebut.Bayangkan jarum yang ditelan itu mencucuk dinding esofagus,perut,usus dan organ-organ badannya yang lain.Tentulah amat menyakitkan buat seorang budak berumur 2 tahun.
Pesan aku kepada korang semua,janganlah cuai dengan keselamatan anak korang.Jangan biarkan mereka bermain tanpa pengawasan daripada orang dewasa.Tidakkah korang ingat berita kematian budak kecil kerana lemas di dalam baldi,mati dilanggar kereta ketika bermain di tepi jalan raya,mati tercekik makanan,lemas ketika ditinggalkan seorang diri di dalam kereta,kena culik dan sebagainya.Sekali hilang mungkin selamanya  korang tak akan bertemu lagi dengan anak itu di dunia ini.

P/S: Doakan aku agar cepat dapat anak,yang soleh dan solehah.Kepada isteriku yang tercinta,terima kasih sebab selalu mengingatkan aku untuk membaca doa setiap kali memulakan perjalanan ke mana sahaja aku pergi.Hehe..Apa yang aku selalu buat,aku akan baca apa-apa sahaja ayat daripada al-quran dari start enjin sampailah enjin kenderaan aku dimatikan.Jangan malu untuk meniru apa yang aku buat itu ye  puan Norhafiza bt Saadan…Hik!Barulah perjalanan kita tu tak sia-sia.

Kenapa Peluk Islam?

Assalamualaikum..Sihatkah korang semua seperti mana Allah sihatkan aku?Kalau sihat,sama-samalah kita tinggikan setinggi-tinggi kesyukuran kepada tuan punya dunia dan segalanya  hatta kekasih,boyfriend dan girlfriend korang itupun di bawah pengawasan Allah yang Maha Esa.Syukurlah kepada Allah apabila Allah sihatkan mereka dan istighfarlah kepada Allah kalau korang rapat tahap suami isteri dengan pakwe,makwe,boyfriend dan girlfriend korang disaat hubungan korang belum direstuiNya.Jangan marah..(”,)y

Ketika para umat Islam yang lekat hatinya untuk mengingati Allah dengan membaca al-quran,berzikir dan bersolat sunat sementara menunggu masuknya waktu isya,aku pula telah menyibukkan diri untuk mengupdate blog yangh aku sendiri pun tak tahu sama ada ada tak yang akan mendapat manfaat daripada blog ku ini..

Selepas maghrib tadi aku sempat bersalaman dan berbual ringkas dengan seorang sahabat lamaku ketika bekerja di KFC dahulu.Sahabat lamaku ini juga seperti aku,Allah bagi dia nikmat iman dan islam beberapa tahun yang lepas seperti juga aku.Bezanya,aku cuma senior sedikit daripada dia kira-kira 6 tahun.Aku sendiri amat teringin untuk mendengar kisah macam mana hati dia boleh tertarik dengan islam,siapakah yang mendorong dia untuk mendalami islam,di mana dia tinggal kalau dia pernah kena halau macam aku,siapa jadi guru dia untuk ajar dia fardu ain,apakah dugaan yang dia terima dan banyak lagi seperti mana orang lain ingin tahu kisahku..

Aku telah mengambil keputusan untuk menulis semula segala kisah keislaman ku di blog aku yang satu lagi kerana tidak ingin mencampur adukkan kisah ku itu dengan cerita-cerita mengarut dalam blog menusuk hati ini.Biarlah segalanya teratur di blog yang lagi satu agar mudah orang mengikutinya mengikut plot-plot yang betul.Aku ingin memohon maaf kepada beberapa orang teman blogger yang dahulunya pernah ternanti-nantikan aku menulis kisah keislamanku itu tetapi aku lengah-lengahkan dengan membuat entri-entri yang mungkin kurang berguna..Oh..maafkan aku..

Kepada korang semua,hargailah nikmat Islam yang Allah bagi dekat korang sejak korang lahir lagi.Ingatlah,untuk mendapatkan Islam ini bukanlah mudah andai korang lahir dalam keluarga yang bukan beragama Islam macam aku.Pesan ayah saudara aku merangkap paderi besar di Kuching Sarawak,”Engkau dah bertemu dengan islam maka peganglah ia sampai bila-bila dan jangan kembali ke agama Kristian lagi”..Hm,pesan itu akan aku ingat sampai bila-bila.

Sekianlah dahulu buat kali ini.aku akan update blog yang lagi satu dengan entri Dosa Warisan kira-kira jam 9.30 malam ini.Jangan malu untuk berdiskusi bersama di blogku itu ye.Wassalam..






Aku Marah Ke Ni?

Assalamualaikum..Sebenarnya entri aku yang lepas tu khas untuk mr zul sebab aku rasa dia akan tertarik dengan entri yang lepas.Jadi kalau korang tak faham,aku tak tahulah nak buat apa..Mr Zul,aku yakin dia faham..Tu pun kalau dia tak slow..

Kali ni aku nak bagi sedikit kata-kata sayang buat warga kerja x-ray dekat Hospital Umum Sarawak.Kalau nak jumpa sorang-sorang aku rasa aku macam tak cukup kuat dan tidak ada kesempatan.Ada beberapa perkara yang aku perlu tegur dan aku harap korang boleh menerimanya.Aku juga memerlukan teguran daripada korang untuk aku berbubah menjadi yang lebih baik.Kepada warga X-Ray yang cakap nak aku ajar dia buat blog,nanti aku ajarkan.Aku bukanlah orang yang selayaknya untuk mengajar bab tu tapi aku akan cuba apa yang patut.

Ok..Perkara pertama yang aku nak tegur ialah bab solat.Kenapa ada sebahagian daripada korang ni liat nak mendirikan solat?Adakah disebabkan korang ni dah cukup selesa dengan title islam yang ada tercatat pada IC korang?Memang aku akui solat ni memang berat buat orang-orang yang munafik..sorry to say lah..Bukan aku nak kata korang munafik sebab aku tak layak nak hukum begitu tetapi perbuatan korang sendiri yang menzahirkannya.Ada banyak alasan yang aku dengar bila diajak solat..antaranya  seluar kotor,insyaAllah,belum mandi wajib,lapar…Takpelah..masa ni korang boleh bagi seribu alasan..Aku harap korang semua dapat mati dalam iman yang sempurna..Kalau nazak sebab accident lepas ni jangan lupa baca syahadah ye..Siapa tahu kan..nama pun accident..Walaupun korang rasa pandai nak baca kalau bila hati korang lebih banyak dunia di dalamnya mungkin susah untuk korang melafazkannya..Ada ke patut aku suruh mengucap salah sorang daripada korang baca “Asyaduallailahailallah..”…salah tu wei..salah baca syahadah,maka tak diterimalah juga solat yang korang buat tu.Solat raya,solat Jumaat...Nak tahu cara bacaan yang betul,rajin-rajinlah datang masjid ke surau ke..dengar macam mana bilal melafazkannya..Tak payah perasan macho,hensem,berpengaruh kalau Allah korang tak utamakan.tak ada bezanya korang dengan orang kapir melainkan dengan solat.Bila orang kafir burukkan islam korang marah tetapi korang sendiri pun turut bekerjasama menjatuhkan islam korang tak marah?

Rasulullah saw, apabila baginda meragui keimanan seseorang pada zamannya, akan memerhatikan solat Subuh individu berkenaan untuk mengesahkan tahap keimanannya.

“Apabila baginda dapati orang tadi tidak menunaikan solat Subuh, maka benarlah apa yang baginda ragui itu,” demikian catat buku ‘Misteri Solat Subuh’ tulisan Dr Raghib as-Sirjani

Lagi,hampir semua perempuan dekat tempat aku kerja ni fesyen tudungnya macam bonggol unta.Boleh surveylah pendapat lelaki dekat situ,cantik ke tak fesyen macam tu.Buruk tau..Korang je perasan cantik buat fesyen macam tu tapi hakikatnya hodoh.Korang rasa seronok buat fesyen macam tu kononnya masih menutup aurat (rambut).Bila orang tegur korang akan cakap yang penting hati tu baik..Perempuan tudung labuh pun boleh buat video seks..Ye..Tu mereka..kenapa nak dibandingkan dengan mereka..Samalah juga dengan jawapan “Aku makan anjing,mereka tu lagi teruk..makan babi..”..Tak akan lahirnya perbuatan yang baik kalau hati tu kotor..tak akan dinilai perbuatan baik tu kalau perkara yang wajib korang langgar..Contoh,korang dermalah berjuta-juta ringgit untuk buat masjid tetapi solat korang tak dirikan dan anggap ia remeh dan tak wajib..Bukankah perkara itu sia-sia?Tak diterima Allah amalan korang kalau solat pun fail…

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini
.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Macam panjanglah pula dan mungkin akan membosankan bila dibaca..Bosan dan tidak mendapat manfaatnya pun tak guna juga kalau tulis panjang-panjang…Tahu tapi taka amal pun sia-sia juga..Bila orang bercakap bab islam,dialah yang paling banyak bercerita seolah-olah dialah yang paling pandai bab tu.Bila disuruh solat dan sempurnakan penutupan aurat,dialah yang paling banyak buat don’t know..Jangan hairan kalau Allah buat don’t know sama korang bila korang berdoa..berdoa nescaya akan diperkenankan,itu korang selalu pegang tapi apa criteria yang memakbulkan doa korang tak pegang..hm…Anjing mati tidak akan dihisab walaupun mereka dikatakan najis tetapi kita mati tanpa taubat pasti akan merasa azab Allah melainkan dengan rahmat dan kasih sayangNya..Sekian,selamat beramal…Doakan aku ye..adios!



Kisah Dua Biji Telur

Assalamualaikum..Mula-mula nak minta maaf pada sesiapa sahaja andai aku ada buat silap pada korang.Lepas tu minta maaf sebab tak dapat bagi komen pada blog pengkomen sebab sebahagian blog tu susah nak loading,mungkin sebab aku tak bayar bil broadband aku.Apa-apapun,aku akan berusaha untuk membalas komen dekat blog korang tu.

Hari ni aku nak mengisahkan suatu kisah komedi santai berkaitan nama yang tidak asing lagi dekat blog ni iaitu Najib dan Karpal.Kepada yang sering mengikutinya mungkin aku terperasan bahawa korang akan merinduinya.Ok…

Seperti yang korang tahu (yang selalu membaca),Najib dan karpal merupakan 2 sahabat yang sangat akrab.Ke mana sahaja Karpal pergi,maka wajiblah ada Najib disampingnya.Suatu hari,Najib dan Karpal telah check in dekat sebuah hotel murah yang berdekatan dengan KL Sentral.Hotel Lido namanya.Dengan kadar sewa serendah rm70/- sehari maka mereka telah berkongsi satu bilik dengan katil saiz permaisuri.

Najib ni kerjanya selalu membuli Karpal.Suatu hari,Najib merasa lapar yang teramat sangat maka dia telah menyuruh Karpal untuk membeli nasi goreng special.Karpal yang tidak tahu tentang nasi goreng special pun bertanya,

“Sayang,nasi goreng special tu apa?”

Dengan gaya lembut seorang sahabat sejati,Najib memegang kedua-dua tangan Karpal sambil membawanya ke dadanya (sila bayangkan aksi ini) seraya berkata,

“Sayang,nasi goreng special tu ialah nasi goreng yang ada teloq 2 biji atasnya”

Maka fahamlah Karpal.Tanpa membuang masa,Karpal pun membeli nasi yang dikatakan itu.

Petang itu,selepas menonton wayang Another Guys dekat Times Square,sekali lagi Najib mengadu lapar…Dia pun berkata,

“Pal Pal…(Macam seorang mak bercakap kepada anaknya…,nak nak…),I rasa laparlah..u tolong I beli mi goreng special boleh?Tahu kan...

”Tahu...Yang ada 2 teloq di atasnya kan?”

”Pandai sayang..Sekali je I cakap u dah tahu”

”Well...Karpal bah ni...Ok bah qalau qau..”,begitu pekat sekali loghat Sabah karpal tuturkan.

Selepas makan,mereka pun merasa mengantuk dan tidur dekat bilik hotel..Kerana keadaan aircond yang terlalu sejuk maka adik Najib pun terjaga sepanjang malam.Akibat tak tahan dengan adiknya yang tak reti-reti nak  tidur,dia pun membangunkan Karpal supaya mencari seorang awek yang spesial untuk dirinya.....Ok...Korang sambunglah sendiri ye...

Diambil Daripada bloggermuda.com


Rahsia Artis Bersusuk Terbongkar

Assalamualaikum..Salam hujung minggu bersama orang tersayang buat korang yang mengikuti perkembangan blog ini.Terimakasih sebab sudi mengkomen dan memfollow blog picisan ini.Jangan risau,setiap pengkomen akan aku follow dan komenkan kembali di blognya.

Hari Jumaat yang lepas,aku dan beberapa orang rakan sekerja yang lain telah membuat pemeriksaan X-Ray terhadap seorang makcik yang juga merupakan penduduk tempatan tempat aku ini yang juga merupakan seorang yang dalam IC nya beragama islam.Dalam pemeriksaan X-Ray tersebut,terbongkarlah rahsia makcik itu apabila kami menemui beberapa tanda radioopak pada filem X-Ray.Radioopak ni senang cerita,objek yang kelihatan putih pada filem x-ray.

Tengok gambar kat bawah,kalau tak jelas,boleh klik dan zoom.Bintik-bintik putih tu merupakan susuk yang telah ditanam di sekitar bahagian dadanya.Tompok putih macam kapas tu pula,sel-sel kanser yang telah merebak.



Inilah akibatnya apabila menggunakan sesuatu benda yang Allah larang demi kecantikan diri.Allah beri dia sedikit pengajaran dengan menimpakan sakit kanser paru-paru pada makcik ini.Ini bukanlah kali pertama kami menemui penggunaan susuk oleh para pesakit yang datang membuat pemeriksaan X-Ray.Apa yang penting yang nak aku tekankan ialah,Allah melaknat setiap manusia yang berusaha untuk mengubah ciptaanNya atau menghina apa yang dicipta.Nak dalil,search dekat al quran,kitab hadis,tanya pakar malah taip sahaja dekat google search untuk rujukan pantas.

Mengubah ciptaan Allah ni termasuklah mencabut bulu kening untuk kelihatan cantik,mewarnakan rambut,membesarkan buah dada dengan Botox,mengubahsuai alat sulit dan banyak lagi.Perbuatan seperti itu menunjukkan seseorang itu tidak redha akan apa yang Allah berikan padanya dan jangan hairan jika Allah murka dan menimpakan pelbagai penyakit pada kita.Semua itu adalah tanda Allah sayang pada kita dan Allah nak kita sedar akan kesilapan kita sebelum azab yang lebih keras kita terima apabila sudah mati nanti.Berlindung kita dengan allah daripada perkara tersebut.Sekian..Muhasabah pagi penyeri diri..

P/S:Artis dan sapa-sapa sahaja,insaflah dalam penggunaan susuk ini sebelum Allah timpakan azab  pada anda semua.Err...pengidap kanser paru-paru yang disebabkan merokok pun selalu juga datang tempat kerja aku..Nak buat macam mana,degil nak merokok,itulah padahnya..Maaf,aku cakap untuk kebaikan bersama.Sekian sekali lagi.



 Tulang patah dan terpaksa disambung dengan besi untuk mengelakkan kepatahan yang lebih teruk..Memandu dalam keadaan mabuk punya pasal..Hm...

Celaka Kau Syaitan

Welcome To Sarawak


Assalamualaikum..Salam rindu buat para pembaca yang sudi mengikuti perkembangan blog aku ini..Terasa sayu sungguh hati aku bila berjauhan dengan isteri.Jumpa pun sebulan sekali.Hati aku bertambah sedih dan risau apabila dia batuk tatkala aku mendengar suaranya menelefon aku..Sekali sekala gugur juga air mata aku bila dia mengadu dia demam dan tak sedap badan..Hm,moga Allah percepatkan proses transfer aku ke Kedah..
Imaginasi Google Terhadap Rupa Bentuk Syaitan


Ok,habis bab jiwang,aku nak cerita lagi bab syaitan.Celaka sungguh makhluk yang bernama syaitan ini.Tadi,semasa bersolat asar aku dengan terpaksa rela telah menjadi imam kepada 5 orang yang lain.Takbir yang pertama… “Allahuakbar….terasa nak makan waffle lah.Lepas solat ni aku nak beli waffle perisa peanut cappuccino.”

Itulah perkara yang pertama aku fikir semasa memulakan solat.Macam-macam yang aku fikir.Bila terkenang balik barulah aku sedar kenapa kebanyakan benda yang aku buat selalu fail.Doa itu ini semuanya fail.Dan tak mustahil kalau doa aku nak pindah dengan lebih cepat ni Allah lambatkan.Sebabnya,solat tak khusyuk..Tu baru rakaat pertama,belum lagi rakaat ke seterusnya.Aku pun terfikir,mungkinkah khusyuk aku hilang disebabkan makan minum aku tak diambil berat akan status kehalalannya?Oh…

Licik sungguh syaitan ini sehingga hilang khusyuk aku.Hilang khusyuk maka hilanglah roh solat itu.Bila hilang rohnya maka tidak kah sama dia dengan makhluk yang sudah tidak bernyawa ataupun bangkai?Rosak solat maka rosaklah amal kita yang lain kerana perkara pertama yang akan memvalidkan amalan lain ialah solat.Oleh itu,janganlah korang jeles apabila ada orang kafir ni buat amal setinggi gunung tetapi tidak solat.Sesungguhnya amal yang mereka buat itu adalah seprti debu-debu jalan yang tidak berguna.Hilang apabila ditiup angin.

Hm,hamper 6.30pm.Kira-kira 15 minit lagi nak masuk waktu maghrib dan terpaksalah aku menghentikan celoteh pendek ku setakat ini.yang baik daripada Allah,yang buruk adalah di atas kelemahan aku sendiri.Moga berguna buat korang walaupun sedikit.sampai-sampaikanlah kalau dirasakan perlu kepada sesiapa sahaja dengan harapan apa yang disampaikan akan menjadi bekal untuk aku apabila menjadi mayat nanti.Sekian..Selamat hari Rabu.. 

Tazkirah Blogger

Setiap orang yang lahir ke dunia ni,Allah sertakan dia dengan syaitan yang akan cuba membinasakan seseorang itu.Kebinasaan yang dimaksudkan ialah kebinasaan yang kekal iaitu azab api neraka.Liciknya syaitan ini ialah dengan menjadikan sesuatu yang asalnya berdosa tetapi menjadi seolah-olah tidak berdosa.Asalnya mengumpat itu berdosa tetapi nampak tak berdosa bila cakap itu cuma gossip.


Ada 3 cara mudah untuk mengelakkan syaitan ni menipu kita ialah jangan makan terlalu kenyang,banyakkan berzikir dan tidak tergopoh gapah ketika membuat sesuatu..
3 cara ini selalulah kita lupa termasuklah diri aku ni.Pertama bab makan.Kalau tak percaya,tengok ajelah bulan puasa nanti.Seawal jam 5pm akan ada yang datang ke pasar malam membeli makanan.Seorang badannya macam pak piee boleh membeli makanan hanya untuk dirinya seolah-olah 5 orang Bob Kuman makan.Makanan yang dibeli pula akan tersisa dan basi.Di situ sahaja dia telah melakukan 2 kesalahan,berlebih-lebihan dan membazir.Perempuan yang gemuk akan bertambah gemuk..Yang mengidap Diabetis Melitus akan melarat diabetisnya..Aku sendiri pernah meng X-ray kaki orang yang mengidap kencing manis ni.Berulat dan membusuk.Lagi dahsyat daripada gamabar yang ada dekat kotak rokok..Semakin dahsyat gambar tu,semakin sedap pula orang tu menghisap rokok..Mungkin perlu diletak gambar BABI barulah perokok akan merasa SEDIKIT gentar..Apabila korang berniat untuk makan secara melampau walaupun tak dirancang ingatlah pesan Allah ini,

Makanlah dan minumlah tetapi jangan kamu berlebihan”-Al araf:31

Ha!Nanti masa datang KFC ke Mc D ke,bila kawan-kawan korang oder banyak-banyak,bacakanlah ayat kat atas supaya korang akan nampak lebih cool dalam menasihati.Lagi,nabi saw pun ada cakap,

sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak adam mengikut perjalanan darah.Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan

Penulisan yang terlalu panjang amatlah membosankan bagi pembaca.Apa guna menulis panjang-panjang kalau inputnya tiada dan tidak boleh diambil manfaat daripadanya..Oleh itu,sekian..Jumpa lagi.Ingat,nasihatlah dengan penuh hikmah lagi cool...
P/S:Amat meluat bila melihat seorang artis menyanyikan lagu Intifada masa konsert mentor..Kalau tengok korang akan tahu..

Entri yang sama ada dekat SINI


Cara Nak Highlight Komen Blog Author


Ini akan membezakan komen tuan punya blog dengan pelawat blog yang datang mengkomen...

Step 1
Login ke akaun Blogger,pilih tab design dan edit HTML


Step 2
Jangan lupa untuk expand widget.Kalau takut salah,uploadlah template anda terlebih dahulu

Step 3
Copy script kat bawah dan tampal sebelum ]]></b:skin> 
.author-comments {
background: #ffffff;
border: 2px solid #666666;
padding: 5px;
}

Step 4
Cari kod ini,
<dl id='comments-block'>
<b:loop values='data:post.comments' var='comment'>
<dt class='comment-author' expr:id='"comment-" + data:comment.id'>
<a expr:name='"comment-" + data:comment.id'/>
<b:if cond='data:comment.authorUrl'>
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'><data:comment.author/></a>
<b:else/>
<data:comment.author/>
</b:if>
said...
</dt>

<b:if cond='data:comment.author == data:post.author'>
<dd class='author-comments'>
<p><data:comment.body/></p>
</dd>
<b:else/>


<dd class='comment-body'>
<b:if cond='data:comment.isDeleted'>
<span class='deleted-comment'><data:comment.body/></span>
<b:else/>
<p><data:comment.body/></p>
</b:if>
</dd>

</b:if>

<dd class='comment-footer'>
<span class='comment-timestamp'>
<a expr:href='"#comment-" + data:
comment.id' title='comment permalink'>
<data:comment.timestamp/>
</a>
<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>
</span>
</dd>
</b:loop>
</dl>

Step 5
Tampal je kod yang berwarna merah dan bold ikut ke tempat yang betul. 

Step 6
Selamatkan  template dan enjoy the perubahan.Hik!Bagitahu aku kalau ada masalah.

Sekian,salam kena saman dengan polis trafik sebab parking dekat tempat parking teksi..Jumpa lagi RM150/-...Aku rindu sama kamu..



Kagum Dulu Baru Cuba?




Assalamualaikum dan salam penuh keterujaan buat korang semua..beberapa hari lepas aku telah mersurvey satu laman yang menyediakan pakej hostingan yang menarik.Nama dia NetKl Network.Ala...korang mesti dah familiar dengan nama tu kan.Tu tandanya depa ni memang cukup tersohor..So?Apa lagi?Jomlah ramai-ramai kita join mereka..Sebab-sebabnya...
1.Murah!Serendah RM60/-setahun dengan nama domain percuma.Senang kira,RM5/- ja sebulan..Dengan adanya nama domain sendiri dengan hosting sendiri,barulah blog kita tu nampak macho dan tak mudah dikotak-katikkan oleh blogger.com.Aku sendiri pernah ada blog yang tiba-tiba sahaja kena ban dan direport sebagai spam.Cis!
2.Cara bayarannya amat senang.Tak kan korang tak ada kad bank langsung kot..Nak menipu,bertempatlah juga ye..Hik!Pindah je amaun yang korang perlukan berdasarkan pakej yang korang pilih..Tak macam pembekal lain yang nak kita bayar guna kad kredit.
3.Depa ni orang Malaysia.Ada masalah je,tak payah malu nak kontek. 24/7 punya servis..Support bahasa melayu untuk berinteraksi.Aku pernah kontek en Hafiz jam 2 pagi tanya pasal benda ni lah..
4.Ada program Affiliate yang sangat best!Gila betul lah servis depa ni...
5.Ada kontest bulanan dengan hadiah lumayan seperti  3 pakej Large Biz (bernilai RM450 x 3 = RM 1350) + 15% Bonus Tunai dan banyak lagi..
Nak info lanjut,baca kat SINI

Hoi!!Jom beli gula banyak-banyak!Esok naik 20 sen pulan dari rm2.10 se kg.


p/s:Oit!Jom join mr nine..best...Untuk lebih best,korang lawatlah sendiri blog mr nine ok


Do You want Milk?

Pada suatu hari Jumaat yang indah,selesai kelas PJK maka selesailah sesi persekolahan untuk minggu itu bagi Najib.Najib kini masih menuntut dalam tingkatan 1 di salah sebuah sekolah di Sungai Buloh..

Berdering sahaja loceng terakhir,Najib tanpa menghiraukan ketua kelasnya yang sedang memberi koman terimakasih cikgu kepada cikgu Liza,dia terus meluru ke arah basikal BMX nya yang diparking di tepi kantin sekolah.Sungguh kurang ajar si Najib.Oh..

Petang itu,Najib telah berjanji dengan salah seorang aweknya untuk pergi dating.Dia bercadang untuk melakukan aktiviti dating itu di The Store,salah sebuah pasaraya terkemuka di Sungai Buloh.

Tepat jam 3pm,Najib telah terpacak di depan pagar rumah aweknya iaitu Zakiah..Sambil mensiul-siulkan lagu zakiah dendangan kumpulan kristal,Najib menekan-nekan loceng pagar rumah aweknya itu.Marah sungguh si Najib kerana Zakiah tidak menepati janji.Nak buat macam mana..Perempuan memanglah dalam bab ni agak lembab.Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap jumpa pakwe.

30 minit kemudian,barulah Zakiah muncul.Zakiah yang mengenakan baju yang agak fit dengan tulisan ” you want milk?” tepat melintangi kedua-dua buah dadanya yang penyek itu berjalan lengang lengok menuju ke arah Najib...Kesian juga aku dengan si Najib..Zakiah punya pasal,dia sanggup menunggu walau setahun..

”Hai sayang!Lama tunggu?”tanya zakiah..

Pang!Satu ong bak dengan lutut Najib kenakan tepat ke kepala Zakiah..”Hoi!Kenapa lama sangat?”

”Ayang bersolek dulu tadi..Nak cantik..Untuk tatapan abang juga..”,kata zakiah manja sambil meraba-raba dada Najib.. ”Abang ni kuruslah..Badan tinggal tulang...Boleh buat main gitar lagi...kejing...kejing..”..

”Hoi!Apa sentuh-sentuh ni?haram tau!”..kata Najib..”Jom!”

Baru sebentar tadi Najib bercakap tentang haram namun Zakiah yang berbaju fit dan bertudung macam bonggol unta itu telah memeluk erat badannya di atas motor LC135 nya..Dengan punggung yang sedikit tertonggeng,Zakiah pun memeluk kemas pinggang Najib yang sedang mencilok segala kereta yang ada di depannya.

”Yang,kenapa pakai ketat macam ni?Tak elok tau.. ”..kata Najib sambil matanya membaca tulisan ”you want milk?” itu..”Betul ke ada milk?”..Najib mengambil kesempatan memegang kawasan yang dikatakan ada milk itu..Sungguh durjana si Najib namun lagi durjana si Zakiah yang sengaja mengenakan pakaian yang tak cukup sifat itu..

”Ala..yang penting ayang tutup aurat..betul tak?Abang pun 2 kali 5..pakai jeans koyak dekat lutut.Tu pun aurat juga tu..”

Sambil berpimpin tangan,mereka berjalan menuju ke restoran KFC yang ada di aras satu bangunan The Store itu..tiba-tiba... ”Prruuuttt!!”..Zakiah dengan muka tak bersalahnya telah melepaskan satu angin yang telah lama berkumpul dalam perutnya.Mendengar bunyi itu Najib pun berkata.. ”Ayang kentut ke?Ie...Mesti wangi kan sebab ayang cantik..Hm,sebab ayang berani kentut depan abang,abang belanja KFC hari ni.ok?”

Najib dan Zakiah telah memesan 1 set nombor 4 menu KFC.Dengan gaya romantis sepasang kekasih,Najib pun menyuakan ayam KFC itu ke mulut Zakiah yang tertutup matanya.Tanpa mereka sedari,ada 3 pasang mata sedang memerhatikan mereka dari jauh..Tiba-tiba..

”Hoi!jangan lari!”,kata salah seorang pemerhati tadi sambil memasukkan Najib ke dalam guni.Zakiah yang tidak mampu berbuat apa-apa turut ditangkap oleh para pemerhati tadi.

Di ZOO...,

”Mak tengok kera tu!Tak malu betul peluk-peluk depan kak chik »...kata salah seorang kanak-kanak 5 tahun kepada emaknya..

”Takpe sayang..mereka tu kera (najib dan zakiah)..Kita sebagai manusia beriman janganlah dituruti sifat binatang itu ye sayang..”..kata seorang ibu kepada anaknya itu...Sekian...

Moral of the susu:

Bukanlah dikatakan menutup aurat jika apa yang dipakai tu masih menampakkan bentuk tubuh..Jika korang dah tahu perbuatan itu dosa,janganlah korang teruskan sebelum korang dimatikan dalam keadaan tanpa sempat bertaubat.Budak-budak,jangan kapel-kapel dulu,dah besar takpe..opppsss!!Lagi,jangan mencilok tatkala keadaan tidak mengizinkan..Jangan beli baju yang ada tulisan dekat dada sebab tanpa tulisan pun mata lelaki termasuk aku akan tertumpu ke arah itu terlebih dahulu tanpa mengira ianya besar atau penyek (guna tudung labuh baru selamat sikit).Last,jangan berperangai macam kera..Kera,buat apa pun tak berdosa..kalau depa berlakon dalam video lucah ke,buat sumpah laknat ke,mereka tetap tak bersalah..Sekian...


Sumpah Laknat


“Dari Abu Hurairah ra berkata Nabi saw:Di antara ciri sempurnanya keislaman seseorang ialah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya”-HR Tirmidzi

Sebagai seorang blogger tegar yang sering berblogwalking ke mana sahaja,korang mungkin pernah terbaca tentang hadis di atas.Banyak di antara kita mengaku islam tetapi banyak juga di antara kita ni yang tak sempurna imannya.Macam aku jugalah..Mana nak sempurna.Setiap hari asyik main game zombies vs plants.Sejak dulu lagi aku main tapi tak pernah bosan.Kuat betul daya addictivity game ni.Bila teringat balik hadis kat atas,aku termalu sendiri..mengaku islam tetapi masih rajin membuat kerja-kerja yang lagho..

Lagi kerja sia-sia yang kita sering buat ialah menyebarkan kisah-kisah yang mungkin palsu yang tidak berkaitan dengan kita.Contohnya tadi.semasa menghantar isteri tercinta aku kat airport Kuching (Aku tiba-tiba sedih dan sayu),aku sempat menonton satu video Youtube yang di post oleh salah seorang fren isteri aku dekat wall dia.Video tentang salah seorang besar yang mengangkat sumpah yang berkaitan dengan penyebaran video lucah orang besar yang lain.

Dekat video tu,intro dia orang besar tu,nak namakan najib atau karpal tak boleh sebab depa ni watak untuk kisah kelakar aku,jadi aku namakan orang besar ni Sudin,membuat solat apa entah di khalayak ramai sambil kamera focus kepadanya.nak kata jahil,macam terlalu kejam jadi aku cakap dia kurang pandai jelah.Lembut sikit.Sudin ni,dengan berpakaian baju melayu ungu dan bersongkok dia dengan selambanya bersolat entah apa solatnya aku pun tak tahu.Tapi kan,masa orang tengah perhatikan kita solat kita akan buat sebaik mungkin.Tol tak?Dan aku yakin juga solatnya si Sudin tadi tentu dia buat sebaik mungkin.Tambahan lagi dengan hujanan lampu flash kamera yang fokus kepadanya.

Selesai solat,dia pun duduk di tepi seorang pengiringnya,aku namakan dia Tungau.Masa nak bersumpah tu,tentulah Sudin ni nak guna al quran.Nak tambahkan lagi keyakinan orang lain bahawa apa yang dia buat tu memang bersungguh-sungguh..Sambil dengan kurang ajarnya Tungau ni pun memanggil orang lain untuk membawa quran kepada Sudin. “Ambil Quran satu!”…Pergh!!Guna tangan kiri pula tu.Macam celaka je..

Ustaz tu sendiri dah cakap,apa yang depa buat tu tak ikut syariat.Tak malu langsung!Terang-terang orang cakap tak ikut syariat..kalau aku ustaz dah cakap macam tu mungkin aku akan kahwin baru sebab malu..Pegang Quran pun terbalik..Macam manalah..

Lagi apa yang aku dapat kesan daripada video tu ialah duduk tahiyat akhir pun macam orang yang baru sehari bersolat.Err..ada anomali kongenital kot..Masa nak bagi salam pun kena suruh..Lagi,sebut kalimah basmallah pun macam..Adooii!macam nak kutuk je..Istighfar,ucap syahadah..Adoiyai!nak bersumpah macam mana.Quran yang dipegang tu pun entah berapa kerap dia membacanya..Kalau Sudin ni jadi imam,sama-samalah kita mufaroqoh.Jangan ditambah dosanya si Sudin tu.Kurang pandai tapi bab sumpah dia jadi paling pandai.Cit!

Sekian jelah..Terlebih komen nanti lain jadinya pula..Korang tontonlah sendiri ye..taip sumpah laknat kat youtube,mesti akan jumpa.

P/S edisi khas:Rindu awak selalu..5 hari kita bersama rasanya macam sejam je..Jangan lupa doakan abang setiap kali selepas solat ye (zon waktu doa mustajab)..Maafkan abang sebab selalu marah-marah..Demi kebaikan diri awak juga.Jaga kesihatan n....bagitahu abang dulu berita gembira itu sebelum bagitahu orang lain ye..hik!

P/S2:Aku buat benda yang sia-sia ke?Ada sapa-sapa yang membaca ni pernah kena liwat tak?Ada tak antara korang yang membaca ni pernah join buat video lucah?kalau ada,korang memang cool.Boleh join sumpah-sumpah,boleh masuk TV.

P/S3: Jangan buang sampah dari tingkap kereta sebab bersih itu sebahagian daripada iman..