Hidayah Dari Allah


5.12.2012..Tarikh keramat buat adik perempuan kesayangan ku..Tarikh keramat juga buat diri ku sejak 10 tahun yang lepas..

Balik dari masjid selepas solat maghrib,aku mengetuk pintu rumah dan memberi salam..Aku melihat adik perempuan aku tengah duduk menghadap laptopnya..Aku berlalu tanpa kata menuju ke bilik.

Sebelum sempat sampai ke bilik,adik aku memanggil aku.Aku pun bertanya kenapa..Dengan linangan air mata adik aku memberitahu dia nak jadi macam aku.Aku tak faham apa yang dia maksudkan..Rupa-rupanya dia memberitahu bahawa dia ingin memeluk Islam dan hasrat itu telah lama dia pendamkan.Alhamdulillah..Tiada lain yang mampu aku ucapkan selain puji-pujian buat Allah yang maha pengasih dan maha penyanyang. Hanya air mata jugalah yang mampu aku alirkan tanda syukur yang teramat sangat. Isteri aku yang mengetahuinya juga turut terharu dan mengalirkan air mata.

Alhamdulillah,tiada khabar lain yang lebih menggembirakan aku selain berita keislaman adik kandungku..7.12.2012,aku pun membawa adik ku ke jabatan agama Islam Kuching untuk proses pengislaman..Setiap malam selepas Maghrib aku akan mengajar adik aku mengaji bermula dengan iqra sambil memberi kata-kata semangat buat dia agar terus berpegang teguh dengan akidah Islam..Alhamdulillah..