Hutang Keliling Pinggang?

Tidak dapat dinafikan,lebih 80% orang yang bekerja tidak terlepas daripada hutang.Aku betul-betul tabik terhadap orang yang tidak berhutang langsung..Antara perkara yang menyebabkan kita berhutang ialah bayar motor,kereta,rumah,kad kredit dan loan peribadi.Tidak dapat tidak,di antara senarai tadi tentu anda semua ada salah satunya atau kesemua sekali.


Bagi yang baru bekerja,hampir suku gaji akan digunakan untuk membeli kenderaan ke tempat kerja sama ada kereta atau motosikal. Itu belum tambah sewa rumah atau bayaran bulanan harga rumah.Selepas ditolak segala keperluan,berapa banyak yang anda semua ada?


Pelbagai cara yang diusahakan untuk mencari pendapatan sampingan.Jadi agen Avon atau Tupperware,jual burger,jadi agen top up,menjadi ahli MLM.Ada juga yang mencuba kaedah online seperti Log In Facebook dapat rm20 siap possing pegang duit banyak-banyak.Bukan susah pun,sampai hari gaji,keluarkanlah semua duit.Kalau gaji 2ribu,ada 40 keping duit rm50 untuk possing.40 keping,buat bentuk kipas,lepas tu suruh sesiapa tolong tangkap gambar.Konon-kononnya dapat banyak duit padahal duit tu duit gaji dia.Ada juga yang tunjuk penyata bank.Setiap hari ada duit masuk sebanyak rm100.Tu pun senang,..Duit yang digunakan untuk buat bentuk kipas tu,korang bank in lah sehari rm100.Bank in sehari seratus ringgit selama 20 hari.Seolah-olah duit masuk setiap hari padahal bank in duit sendiri.Macam terencat ja..


Yang menceburkan diri dalam produk kecantikan dan kesihatan,mula berlagak sebagai pegawai kesihatan.Pakar bagai walaupun asalnya dia cuma ada diploma.Itupun pointer cukup-cukup.Mereka menipu dengan membuat testimonial sampah.Mangsa mereka pula ialah orang yang teringin untuk menjadi cantik dan sihat.Loan 80k untuk beli produk atau sedekah dekat upline.Lepas tu,pandai-pandailah nak hidup untuk dapatkan balik modal.Tipu sanak saudara ke,tipu kawan-kawan ke..Biasa..Skor A,Monavie,Premium Beauty,Korset Magic,Kolagen Ajaib dan macam-macam nama.Sampai tok imam pun mereka tipu.Buktinya,ramai ja tok imam yang pakai gelang magnet kononnya buang toksin.Rendam kaki dalam air,air jadi hitam.Kononnya juga toksin dalam badan semua keluar ikut kaki.


Selain itu,ada yang membuat pinjaman peribadi sehingga 100ribu ringgit.50k untuk keperluan,selebihnya dimasukkan ke dalam ASB.Tidur,hujung tahun dapat anak.Bagi yang Islam,mereka ada yang mengambil mudah soal halal haram pelaburan ASB.Mereka mencari fatwa-fatwa outdated untuk mengharuskan pelaburan mereka.Siap berhujah ala-ala ustaz gitu.ASB ni untung kalau loan 100k,labur 100k.Kalau loan 100k,labur 30k,berapa “sen” lah sangat untung tu.Setahun interest 5.2%..Kadar untung ASB pula sekitar 8%.Simpan 50k,setahun kadar untung sekitar rm1000 atau rm85 sebulan.Lebih baik loan untuk perkara yang betul-betul keperluan seperti rumah,kereta dan motosikal.Rugi kalau loan dalam jumlah yang banyak dan tempoh masa yang panjang.Logiknya,salah satu mesti ada untung dan rugi dari segi wang.Kalau tak kita yang loan ni rugi,pihak bank yang akan rugi.Bank rugi?Hm…


Apa pula  idea anda untuk menstabilkan kewangan anda?