Dating Dengan Bekas Tunang?

Assalamualaikum...Apa kabar warga blog yang BERSIH?Aduh...Masih terasa lagi pedihnya mata aku terkena semburan gas pemedih mata oleh pakcik FRU..Haha!Apa-apa pun aku tetap gembira kerana mendapat layanan istimewa semasa kena tangkap...Makan free woo...Bila kena tembak dengan air dan gas pemedih mata,maka samalah keadaan aku dengan para sahabat dahulu masa berjihad dan mendapat pelbagai dugaan..Bezanya kami melarikan diri daripada FRU sebab takut kena sepak terajang..Sahabat pula,mana ada lari,lawan sampai syahid...

Minggu lepas aku berjaya meloloskan diri dari bumi kenyalang untuk bertemu dengan bekas tunang aku yang tercinta..Apa kan daya,cinta aku kepada bekas tunang aku melebihi cinta aku kepada si dia...Bila dah bertemu setelah sekian lama berindu-rinduan maka faham-fahamlah kan...Akibat terlalu rindu aku berjaya memegang tangan dan pipinya yang lembut tanpa ragu-ragu takut terkena tamparan deras seorang gadis...Terasa lagi tangan lembut dia pegang kuat tangan aku masa naik kereta kabel dekat Gunung Mat Cinchang

11.7.11,aku mula jejak kaki ke sini
 Sebagai seorang yang baru keluar dari pedalaman Sarawak,yang negerinya dipenuhi oleh para pemenggal kepala,yang kebanyakan mereka masih tinggal di atas-atas pokok,maka aku telah menjadi begitu sakai ketika keluar dating bersama bekas tunang aku itu di Langkawi,Permata Kedah...

Maha Suci Allah!Cantik kan?
Beliau
Aku yang cool dari luar tapi tahap adrenaline yang tengah tinggi di dalam
Aku dan beliau yang sedang hangat berkasih sayang..Yang belum kahwin,telan air liur jelah ya..
Pertemuan yang tidak lama dengan bekas tunang aku itu menyebabkan aku hampir menitiskan air mata ketika kami berpisah..Huhu...Dalam hati ada taman..Apa-apa pun,aku amat bahagia dengan dia.Aku suka dengar dia gelak,senyum dan mencubit perut aku yang seolah-olah sentiasa kenyang..Aku juga rindu dengan tahi lalat dia yang menawan...Lesung pipitnya yang comel..Alhamdulillah..Allah temukan aku dengan seorang yang amat menyenangkan hati aku..Moga Allah temukan kami lagi pada masa akan datang..Amiinnnn...






Assalamualaikum...Apa kabar warga blog yang BERSIH?Aduh...Masih terasa lagi pedihnya mata aku terkena semburan gas pemedih mata oleh pakcik FRU..Haha!Apa-apa pun aku tetap gembira kerana mendapat layanan istimewa semasa kena tangkap...Makan free woo...Bila kena tembak dengan air dan gas pemedih mata,maka samalah keadaan aku dengan para sahabat dahulu masa berjihad dan mendapat pelbagai dugaan..Bezanya kami melarikan diri daripada FRU sebab takut kena sepak terajang..Sahabat pula,mana ada lari,lawan sampai syahid...

Minggu lepas aku berjaya meloloskan diri dari bumi kenyalang untuk bertemu dengan bekas tunang aku yang tercinta..Apa kan daya,cinta aku kepada bekas tunang aku melebihi cinta aku kepada si dia...Bila dah bertemu setelah sekian lama berindu-rinduan maka faham-fahamlah kan...Akibat terlalu rindu aku berjaya memegang tangan dan pipinya yang lembut tanpa ragu-ragu takut terkena tamparan deras seorang gadis...Terasa langit tangan lembut dia pegang kuat tangan aku masa naik kereta kabel dekat Gunung Mat Cinchang

Sebagai seorang yang baru keluar dari pedalaman Sarawak,yang negerinya dipenuhi oleh para pemenggal kepala,yang kebanyakan mereka masih tinggal di atas-atas pokok,maka aku telah menjadi begitu sakai ketika keluar dating bersama bekas tunang aku itu di Langkawi,Permata Kedah...

Pertemuan yang tidak lama dengan bekas tunang aku itu menyebabkan aku hampir menitiskan air mata ketika kami berpisah..Huhu...Dalam hati ada taman..Apa-apa pun,aku amat bahagia dengan dia.Aku suka dengar dia gelak,senyum dan mencubit perut aku yang seolah-olah sentiasa kenyang..Aku juga rindu dengan tahi lalat dia yang menawan...Lesung pipitnya yang comel..Alhamdulillah..Allah temukan aku dengan seorang yang amat menyenangkan hati aku..Moga Allah temukan kami pada masa akan datang..Amiinnnn...






Aktiviti Bangang SGH?

Assalamualaikum...Apa kabar pakcik dan makcik semua?Aku harap semua sihat zahir dan batin macam aku..Kepada yang masih berhutang puasa wajib,cepat-cepatlah habiskan ye..Tapi sebelum tu,habiskan dulu hutang solat korang yang tertinggal ok..Tak dinilai amalan lain kalau solat wajib korang failkan diri untuk mendirikannya..Kalau fail paper BM,boleh ambik paper Julai..kalau fail juga,menyesal tak selepas tu sebab tak study rajin-rajin?inikan pula kalau fail solat..

Ok..nikmatilah gambar-gambar dekat bawah dengan senyuman manis korang depan laptop mahupun PC korang...


Ini baru satu...
Main bola mana boleh kasar-kasar......(Ceh cover)

Bab ni yang aku paling tak tahan..Dah tak ada aktiviti lain ke nak buat?Bagi aku aktiviti ni macam bodoh je..Apa faedahnya buat contest tu?Tengok,calon hendaklah individu yang berumur 35 tahun ke atas.Dey..Dah tua bangka pun masih nak main mainan budak-budak ke?macam kecil-kecil dulu,main pondok-pondok dan kahwin-kahwin..make up guna becak dan daun ubi..Buat inai guna daun keembung..

Bayangkan isteri@awek kesayangan korang yang di make over tu..(Awek umur 35 tahun ke atas?Pergh!)Dipakaikan make up tebal,blusher sikit bagi pipi tu nampak merah,cover parut guna bedak...Lepas tu pakai baju kebaya ketat supaya nampak muda dan membonjol 2 bahagian tu...Selagi hakim tak terliur,model tak akan menang...Kepada suami yang isteri dia kami terliur sehingga membayangkan aksi panas bersama si isteri di atas katil mahupun bawah meja makan,kami minta maaf...tahniah..Kedayusan anda agak terserlah..

Kalau join aktiviti ni kira boleh sumbat dalam SKT lah ye..Fuh!Aktifnya korang...Boleh dapat markah 98% ni..next tahun boleh naik pangkat..Nilah kualiti mereka...Masing-masing boleh fikir..Buatlah pertandingan catur ke,silat ke,taekwondo ke,...Tak pun buat contest siapa paling cepat siapkan kiub Rubik...Barulah ada faedah..barulah semangat kami (aku seorang je kot) nak join..Apa-apa pun,buatlah..korang lebih banyak power daripada aku yang budak baru ni..sekian... 

Membongkar Rahsia Kerajaan!

Baca ini dulu:Dihalau sebab Masuk Islam
Inspirasi bergambar adalah daripada Uncle GEDEK...Aku memang suka bongkar rahsia buruk perangai orang-orang kerajaan ni..senang nak tengok,dekat hospital..Tengok aja layanan nurse pada pesakit,kawan kepada kawan,pembantu farmasi,doktor dan sebagainya..

Pernah masa aku sakit dan tunggu ubat dekat farmasi klinik kesihatan sungai buloh,masa giliran aku ambil ubat,aku pun duduk berdepan dengan pegawai farmasi yang edar ubat itu.Ada ke patut dilemparnya ubat depan aku..Kasar pula tu..Rasa macam nak calarkan aja kereta pegawai tu..Nasib baik aku tak tahu kereta dia yang mana satu..Biasalah..Pegawai kerajaan..kenalah ada sikap berlagak sikit.barulah orang awam respek Cis!Hebat sangat kah?genius sangat kah?

Tepat jam 5.00 pm..Tempat punch kad dah jadi macam tin sardin..tak kiralah,gred U3,U17,U29,U36,U41..mereka ni sama ja..5 minit sebelum jam 5.00pm,kena pacak depan mesin punch kad sebab ada contest staf terawal punch kad..
Kaki tangan kerajaan...1 kad untuk "kaki",1 kad untuk "tangan"
Produktiviti tinggi erk?Samalah macam cuci sehelai baju dalam mesin basuh muat 8kg pakaian dan bubuh 5 kg serbuk pencuci ke dalamnya..
Berselerak sebab terlalu kerap dibaca oleh staf SGH?
Oh tidak...Bukannya sebab dibaca tapi dah berkurun tak dibaca...Anai-anai jugalah yang menjadi "pembaca setia" al-quran tu..
Cadangan korang semua memang SAMPAH!Tak satu pun yang betul-betul bernas dan matang!
Bukan malas nak potong tapi kami sebagai kakitangan kerajaan ni teramatlah sibuk...Buat apa I nak potong...I kakitangan kerajaan..Bagilah pemotong rumput yang potong..
Kawan aku tentu kenal ni motor siapa..Hehe..Bukan sahaja mereka yang bercinta tetapi motor mereka pun sama..Oi!Bila nak kahwin?Nak berpacaran berapa lama lagi?Dah minta izin mak bapa masing-masing ke?Tak tanya Allah boleh ke tak berpacaran ni?Sorry bro..Gurau kasar..

Pengalaman Bersama Gay

Assalamualaikum..Salam sejahtera..Sudahkah korang insaf terhadap dosa yang korang buat baru sekejap tadi?Tak kiralah dosa apa sekalipun..Dosa tolong kawan punch kad,dosa lewat datang tempat kerja,dosa gossip,dosa buka laman web lucah,enggan tidur bersama dengan suami dan sebagainya..
Sekejap tadi aku baru menerima satu mesej yang aku rasa nak muntah apabila membacanya.Bukan sekali tapi dah puluh kali..Mesej dia berbunyi begini..Ceh:
“Miss u poh”…Poh tu panggilan manja dia kepada aku.Yakkss!!
Mesej kedua, “Ku rindu mau peluk ko poh,pgi lah kk bah”…maksud dia,dia rindu aku dan nak peluk aku (bayangkan pasangan gay) dan suruh aku datang kota kinabalu..
Ya Allah..dah 8 tahun pun tak berubah lagi budak ni..Nafsu songsang seorang lelaki yang agak lembut.
8 tahun dahulu,masa dekat matriks,kira-kira jam 1 pagi,masa aku tengah tidur,tiba-tiba aku merasa amat selesa seperti dipeluk seseorang..Terasa hangat..Aku dapat rasa satu tangan tengah merayap-rayap dekat bahagian perut seterusnya tangan tersebut sampai ke bawah..Sebelum sempat tangan tersebut mencemari organ kesayangan aku,aku bingkas bangun.Arghh!!Kenapalah kau buat kerja ni wahai Najib (bukan nama sebenar).Kalau setakat tidur tepi aku,aku tak kisah tapi kalau sampai kau berseluar dalam dan peluk-peluk aku,aku tak dapat terima semua itu.
Akibat perbuatan sumbang yang dia nak buat terhadap aku,aku telah menampar muka dia sekuat mungkin.Aku sempat juga menumbuk rusuknya tapi taklah kuat sangat.Bimbang tulang rusuk dia patah,tak pasal-pasal dia kena chest tube..Aku pula kena buang kolej.
Bukan sekali dia cuba buat perkara terkutuk tu terhadap aku tatkala aku tidur nyenyak tapi hampir sepanjang malam.Pernah juga dia bogel tanpa seurat benang berbaring tepi aku.Terkejut sangat,aku bangun,buang semua pakaian dia yang ada atas katil aku,buang selimut,aku pasang lampu bilik.Padan muka.Sejak peristiwa kena belasah tulah kali terakhir dia buat benda tu.Harapan aku berharap dia berubah tapi…Baru beberapa minit tadi aku dapat SMS berunsur gay dari dia..Argh!!
Sekianlah dulu.Sampai sekarang aku merasa jijik terhadap dia.Nak aja aku potong kemaluan dia.Tak pun kasi,buang telur sebelah kiri macam babi-babi dekat kampong aku..Hm,sekian..Ingat,dia antara orang yang Allah tak pandang dia masa akhirat nanti ialah orang yang gay dan lesbian.Yakkss!!!
Baca ini juga:Debaran Masuk Islam

Anti Virus Makanan Syubhah?

Seorang kawan aku telah terjerumus dalam lembah kehinaan MLM telah memberi aku satu brochure mengenai Aurora Niaga.Aku pun tak pernah dengar apa benda ni.Asalkan MLM yang menjanjikan keuntungan yang gila-gila ni,aku akan terfikir akan beberapa perkara...Mungkin juga benda ni sudah dikupas dengan lebih mendalam dekat blog Aididleaks..

1.Sesuatu perniagaan yang menjanjikan keuntungan yang melampau memerlukan pelaburan yang melampau.Contoh,kawan aku,loan bank 30k (Ni masih kira kecik) khas untuk join program MLM..Bulan-bulan bayar RM400++ Kesian,belum start berniaga dah kena bayar hutang..Nak untung,kenalah dapatkan hasil melebihi RM400++ ,khas nak bayar loan dan beli kereta mewah.

2. Produk wajib disenaraikan sekurang-kurangnya 10 kelebihan dia.Jangan berangan nak jual produk tu kalau keberkesanan mengubati  penyakit seperti darah tinggi,diabetis dan sakit jantung tidak termasuk dalam senarai kelebihan produk.Peduli apa sama KKM..Orang Melayu dekat luar tu,ramai ja yang bodoh dah mudah terpedaya.Letak je testimoni kaw-kaw..Senang sikit nak untung.Letak juga ayat quran..Makanan-makanan sunnah,gambar ustaz berkopiah..barulah nampak islamik.Oh ya,syaitan tahu,nak sesatkan golongan yang dekat hatinya dengan al-quran kenalah dengan al-quran juga..Licik,sungguh licik!Kalau apa yang dia buat orang kata tak betul,dia akan belek-belek al-quran cari sepatah dua ayat untuk membenarkan apa yang dia buat walaupun sebab penurunan ayat tak berkaitan langsung dengan apa yang dia buat.

Ada 2 kelebihan yang melucukan dalam produk Safroney yang kawan aku promosikan dekat aku tadi..Sama lucu dengan lawak amir maharaja lawak..Hidup Amir!!I’m Sorry!!

1.Anti sihir..ceeehhh...Sebab dah baca ayat-ayat suci al-quran dan doa ke?Napa tak baca dekat air paip ke,air telaga ke,air hujan ke..Jimatlah sikit kos tu..Sendiri boleh buat ma..Tak payah beli produk harga ratus-ratus semata-mata nak halang sihir..Bukan apa,nak baca quran pun tak pandai,nak tak nak,beli jelah kan..lagi senang ye tak?Aku kan kaya..Setakat rm150/- tu apalah sangat..

2. Anak-anak liat sembahyang,bagi je Safroney..Selesai masalah..Dah mak bapa dia pun liat nak sembahyang,ajar anak sembahyang pun macam melepaskan kentut dalam air..Sampai bila-bila pun akan liat sembahyang..Memang bapa mithali lah kalau bagi produk ni dekat anak-anak yang liat sembahyang..Oh ya..lupalah pula..itulah salah satu usaha kami..tak salah kan?hahaha!

Dan ada banyak lagi kelebihan yang agak mengarut kalau nak difikir-fikirkan..Aku pun malas nak kupas sebab bukan bidang dan minat aku nak kupas benda ni.Selagi ada alternatif lain yang lebih murah dan tahap keberkesanannya diiktiraf serta mematuhi piawai yang diwajibkan,aku akan pilih yang itu.
Lupa pula,safroney ni juga merupakan anti virus untuk makanan syubhah!hahahaha!Lawak tahap zombie!Lepas ni,makanlah sesukahati korang...Tolak babi,tolak taik..makanlah!Lepas makan,boleh makan Safroney..Anti Virus makanan syubhah!Islamik,islamik juga..Menipu tu biarlah berpada-pada..jangan bagi malaikat tahu korang menipu..Jangan bagi Allah tahu..kantoi,susah..hahahaha!Sekian...


Gurau Kasar?


Pengajaran?Tahu saja tapi tak amal samalah juga macam melabur ribu-ribu ringgit untuk program MLM tapi tak dapat cari downline.Maafkan aku kepada kawan-kawan aku yang terasa tapi itulah hakikatnya..Tak sanggup aku melihat korang semua terjerumus dan menjerumuskan diri ke dalam kehancuran dunia dan akhirat..

Ingat,sehari diseksa di neraka rasanya seperti seribu tahun dan seabagainya.Bergantung dengan seseorang itu.Macam akulah,masa selama 2 minit nak tunggu awek bersiap nak tengok wayang cerita KL Gangster rasanya macam 1 juta tahun.Lambat tahap sembelit batu..Kadang-kadang lama itu dirasakan sebagai sekejap..Ala, ingat lagi tak masa ujian Add Math dulu,walaupun mereka bagi 3 jam untuk jawab soalan masa dirasakan berlalu dengan begitu pantas..Rasa macam baru seminit jawab soalan..Esok aku akan berjumpa dengan awek kesayangan aku dekat Penang,tapi rasanya macam seribu tahun...Oh...Rindu sungguh aku nak peluk awek kesayangan aku itu...Rindu sungguh aku nak makan Laksa Penang yang dia masak...oh...

Sekian,selamat berhibur..Jumpa kita di Penang esok hari...Wassalam...

Serupa Dengan Babi?

Baca ini dulu:Pemuda Kafir Tertarik Dengan Zikir Munajat?
Salam 9 rejab 1432h..Kira-kira 2 bulan lagi kita akan sampai ke bulan Ramadhan,bulan tempat orang akan merajinkan diri untuk meningkatkan amal mereka walaupun pada bulan-bulan lain mereka tak pernah melakukannya..Orang puasa dia puasa,orang solat terawih dia solat terawih tapi bila orang buat solat fardu 5 waktu,dia berat nak buat..Bagi aku,orang yang puasa tapi dalam masa yang sama dia tinggalkan solat fardu orang tu bodoh..Tak kiralah dia menteri ke,doktor ke,pensyarah ke,jurutera ke,pengamal MLM ke,blogger yang ramai peminat ke..Selagi dia sengaja meninggalkan solat fardu dengan sengaja dia bodoh..Orang-orang macam ni bila kawan dia cerita bab agama,dia pun akan seronok bercerita seolah-olah dia yang terbaik dalam bab tu berbanding kawan dia yang lain padahal tak amal pun..
Bila kita tanya bila nak berubah,ada yang jawab tunggu hidayahlah..hati tak terbukalah..Apa dah bodoh sangat tak pandai nak baca terjemah al-quran yang ada bagitahu pasal perintah mendirikan solat?Apa dah dungu sangat tak pandai nak mengeja?Sia-sia ja ada mata yang jelas tapi alam yang Allah cipta ni kita malas nak perhatikan.Antara langit dan bumi tu ada tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir..Tengok wayang boleh..Beli handset mahal boleh..Bayar broadband setiap bulan boleh..Beli Tupperware boleh..Bayar loan kereta bulan-bulan boleh..Beli kitab hadis tak boleh?Bila suruh beli,dia cakap tak nak belajar dari buku.Nanti sesat katanya..Nanti seolah-olah belajar daripada syaitan..Ya,kalau kau baca tapi malas nak bertanya ustaz atau sesiapa yang ahlinya yang ada dekat masjid tu tentang kemusykilan korang memanglah korang akan sesat dan menyesatkan..
Pagi tadi aku agak terlewat datang ke masjid..Kira-kira 5.45 am aku sampai,aku  tengok jemaah tengah berdoa bersama imam.Hm,kecewa yang teramat sangat aku hari ini..Dari sini aku boleh ukur bahawa permulaan hari ini aku lebih teruk berbanding hari semalam.Kalau semalam sempatlah juga aku  bersolat subuh pagi jumaat walaupun imam tak buat sujud sajdah tapi aku puas hati.Janji solat subuh dapat dijaga.Korang pula macam mana?Tak solat langsung walaupun Allah bagi kelayakan untuk solat?Kalau macam tu,lebih kurang je dengan makhluk babi sebab babi tak solat.Dari segi solat jelah sama,segi lain mungkin tak..Setuju?
Bila orang jawab tunggu hidayah atau hati terbuka baru nak amal,aku akan tanya…Hidayah tu apa?Apa yang perlu dibuat agar hidayah tu sampai?Apa benda yang menyebabkan terhalangnya hidayah sampai kepada korang?Hidayah yang macam mana korang nak?Kalau perempuan yang malas nak tutup aurat terutama rambut,nak tunggu kena kanser,lepas tu buat rawatan kemoterapi,tunggu jadi botak baru nak tutup ek..Hidayah pasti akan turun kalau itu yang korang nak cuma cara turunnya korang akan suka atau tidak,bergantung dengan kaedah yang korang gunakan.Kalau dengan cara kurang ajar,jadi turunnya pun agak keras.. Mungkin kena rogol dulu baru nak pakai sopan..Yang suka show breast,mungkin tunggu kena raba atau kanser payu dara baru nak pakai labuh..Budak umur 30-an dekat tempat aku ramai yang buat xray dada dengan diagnos kanser buah dada..
Apa-apapun,jangalah banyak beralasan bila kita disaran untuk berubah menjadi orang yang lebih baik..Mula-mula memang kena paksa diri sebelum keikhlasan dan nikmat beramal itu datang.Bertaubatlah sebelum terlambat.Tak perlu tunggu esok,lusa atau bila dah tua.Kalau ada yang berpendapat mati tu bila tua ja ingat yang muda pun tak terkecuali..Wei,hampir setiap hari aku jumpa remaja yang nazak dekat icu.Tiub sana-sini..Mulut terkatup,mata terbeliak..keluar buih dari mulut,tergigit lidah sampai putus..Kalau dah jadi macam tu,ada peluang lagi ke nak beramal?Kecuali bila Allah panjangkan umur bolehlah..
Sekianlah dulu..Maafkan aku dan teguri aku..Kawal-kawalah syaitan yang ada bersama diri kita tu supaya dia tak berjaya menghasut kita.Setiap bisikan jahat tu asalnya daripada syaitan dan bisikan kebaikan berasal daripada bisikan malaikat.Pilihlah mana yang korang nak menangkan.Jauhi perkara yang meragukan selagi ada alternative lain yang lebih baik dan tidak memudaratkan korang untuk meninggalkannya..Eh,Mana iklan nuffnang aku?

Selamat Tinggal Nuffnang...

Assalamualaikum..Apa khabar?Hari ni aku nak ajak korang semua sedar akan suatu perkara..Terpulanglah kepada korang nak terima atau tak…
Suatu hari masa aku masih tak ada kerja tetap dulu,aku pernah berniat untuk kerja part time dekat  7Eleven dekat tempat aku.Kalau dekat supermart,2 tempat yang aku suka pergi..Peti sejuk jual air dan rak menjual makanan dalam tin.Motif?Sebab nak tengok ada tak depa jual air minuman keras dan babi dalam tin...Masa pergi ke 7 Eleven,aku pergi ke ruangan menjual minuman@peti sejuk..Nampaklah ada beberapa tin minuman keras yang dijual dekat situ.Ok,kalau aku bekerja sebagai cashier dekat situ tapi aku tak jual pun minuman keras tu,adakah aku masih dianggap sebagai bersubahat dan berdosa?Macam mana pula dengan gaji yang aku terima?Aku yakin korang ada yang setuju bahawa sebahagian gaji yang aku terima itu adalah haram kerana ia berpunca daripada untung menjual barang haram tersebut.
Mula-mula dulu niat aku buat blog ni sebab nak tegur orang yang aku tak mampu untuk tegur secara bersemuka sambil berkongsi-kongsi nasihat.Lepas tu ada yang tanya,kenapa tak guna blog untuk jana duit?Maka aku pun berkenalan dengan nuffnang..Ingat tak masa kita isi borang permohonan untuk jadi penyampai iklan nuffnang dia ada tanya adakah kita sudi untuk menerima iklan berunsur alkohol,rokok dan pembesaran saiz?Ada kan…
Malam tadi aku tersedar akan sesuatu..Nuffnang mendapat bayaran daripada pelbagai syarikat pengiklanan termasuklah syarikat pengeluar arak..(Tak akan orang bertanya kalau benda tu tak ada kan..) Jadi,jumlah pendapatan terkumpul akan diagih sebahagiannya kepada kita sebagai penyampai iklan dan sebahagiannya adalah untuk kegunaan syarikat mereka.
“Aku guna nuffnang sebab nak dapatkan status glitterati,bab iklan aku tak peduli.Janji boleh ping entri”
Ya…Secara tidak langsung kita juga menyumbang kepada pendapatan syarikat nuffnang apabila syarikat pengiklanan lain menggunakan blog kita untuk program pengiklanan.Jumlah wang terkumpul akan dibayar dahulu kepada rakan nuffnang yang lain yang jumlah earningnya sudah mencapai rm50.Memanglah kita mungkin tak makan hasil daripada BE kita itu tapi sebagai orang islam,segala perkara yang meragukan atau sedikitnya haram hendaklah kita berusaha untuk menjauhinya apatah lagi yang jelas haramnya..Orang yang banyak beralasan apabila diberitakan sesuatu hukum kepadanya ialah orang yang berjaya dihasut oleh syaitan agar perkara yang haram menjadi kabur dan seakan-akan harus..
Bukanlah niat aku nak cakap nuffnang ni tak bagus tapi disebabkan percampuran punca pendapatan yang diperoleh,maka kita sebagai orang Islam yang kalau boleh tak nak dapat satu azab pun daripada Allah haruslah mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kesamaran itu.Ingat,azab Allah itu tersangatlah dahsyat pedihnya dan jangan dipandang remeh..Bagi program pengiklanan lain,aku pun tak berapa nak pasti.Oleh itu sekarang aku dah ambil keputusan untuk mendelete semua bentuk iklan yang ada dalam blog ini.Biarlah aku tidak mendapat apa-apa manfaat dari segi wang,yang penting blog ini boleh memberi kebaikan kepada para pembaca..Sekian…

“Ya Allah,berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban..Dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan..”

Tertipu

Assalamualaikum dan salam hari Isnin…Baru 11.27am…Sekejap tadi aku ke dewan bedah,lepas shoot sedas dua x-ray aku pun turun semula ke jabatan kecemasan.Bosan dekat situ aku angkat punggung terus ke x-ray main department.Dekat main seronok sikit sebab ada PC dan internet.Dekat main,boleh jumpa gadis-gadis yang seronok menyembang bab orang lain..Hm…Korang sembang bab orang korang seronok tapi kalau aku sembang bab korang sambil menyebarkan cerita-cerita negative pasal korang,korang marah..Uik?Dah terkena hidung sendiri terus melenting tapi tak fikir pun pasal orang lain ye…Sekali-sekala tak mengaku dan beralasan banyak bila aku tanya,itu normal..hehe..

“Bukannya mengumpat tapi cuma nak share..Lagipun cerita betul…”

Ya betul…Aku tahu..kalau tak betul bohong namanya..Kalau betul barulah dikatakan gossip@mengumpat...

Disebabkan takda patient buat masa ini,aku mengambil keputusan untuk mengasingkan diri daripada orang lain yang asyik menyembang sesuatu yang aku kurang minat..Ada ke patut perkara yang disembangkan ialah jalan cerita kartun Naruto?Aku tengok juga kartun tu dulu tapi untuk berbual-bual pasal tu aku rasa macam tak sesuailah..Macam hodohlah pula bila seorang bapa budak atau suami orang berbual tentang perkara yang ish!Bagi aku memang hodohlah..Bualah pasal mati ke a au pun perkara-perkara yang boleh menyebabkan hati kita ingat pada Allah…(Tiba-tiba ada yang hilang mood nak baca entri ni) Ataupun berbual tentang cara-cara nak bagi isteri cepat hamil ke..Opps!!

Semalam,isteri aku SMS aku bahawa seorang tok anjang dia meninggal.Tak sampai 24 jam,seorang kawan aku bagitahu nenek dia,meninggal..Masa balik dari Sri Aman semalam,lebih kurang 6 kemalangan jalan raya berlaku.Mungkin ada di antaranya melibatkan kehilangan jiwa.Hm..Banyak juga peringatan yang Allah beri kepada aku sama ada aku bersedia ke tidak dengan bekalan yang secukupnya sebelum menyertai pengembaraan mereka yang pergi lebih dulu daripada kita.Korang pula macam mana?(Sedekahlah Al Fatihah buat tok anjang isteri aku dan Wo,nenek kawan aku..)

Sambungan,2.16pm…

Sempat juga aku pergi ke 2 blog kegemaran aku iaitu blog Kereta Mayat dan Aidileaks..Pernah baca juga kan 2 blog ni..Kalau blog Kereta Mayat banyak member nasihat santai berserta sindiran yang menusuk hati blog Aididleaks pula banyak mengecam puak-puak MLM..Korang ada join ke?Nak tahu lebih
lanjut,lawat-lawatlah sendiri..Jangan pandang pada ayat carutannya tapi tengoklah isi dan apa yang hendak disampaikan oleh tuan punya blog yang tidak ingin orang-orang kita terutama bangsa Melayu tertipu dengan skim pyramid yang ada pada bisnes MLM..Buat loan ribu-ribu semata-mata nak buat
bisnes MLM..Kononnya nak cepat kaya..Korang yakin ke boleh cepat kaya?Aku SANGAT yakin bisnes MLM boleh membuatkan kita cepat kaya dengan 2 faktor utama….:

1.Otak kena genius untuk MENIPU dan PUTAR BELIT.
2.Pelanggannya kenalah seorang yang BODOH dan BERANGAN NAK CEPAT KAYA

Sekian..Dipublish selepas kembalinya aku dari tempat kerja,1747hrs


Tertipu

Assalamualaikum dan salam hari Isnin…Baru 11.27am…Sekejap tadi aku ke dewan bedah,lepas shoot sedas dua x-ray aku pun turun semula ke jabatan kecemasan.Bosan dekat situ aku angkat punggung terus ke x-ray main department.Dekat main seronok sikit sebab ada PC dan internet.Dekat main,boleh jumpa gadis-gadis yang seronok menyembang bab orang lain..Hm…Korang sembang bab orang korang seronok tapi
kalau aku sembang bab korang sambil menyebarkan cerita-cerita negative pasal korang,korang marah..Uik?Dah terkena hidung sendiri terus melenting tapi tak fikir pun pasal orang lain ye…Sekali-sekala tak mengaku dan beralasan banyak bila aku tanya,itu normal..hehe..

“Bukannya mengumpat tapi cuma nak share..Lagipun cerita betul…”

Ya betul…Aku tahu..kalau tak betul bohong namanya..Kalau betul barulah dikatakan gossip@mengumpat...

Disebabkan takda patient buat masa ini,aku mengambil keputusan untuk mengasingkan diri daripada orang lain yang asyik menyembang sesuatu yang aku kurang minat..Ada ke patut perkara yang disembangkan ialah jalan cerita kartun Naruto?Aku tengok juga kartun tu dulu tapi untuk berbual-bual pasal tu aku rasa macam tak sesuailah..Macam hodohlah pula bila seorang bapa budak atau suami orang berbual tentang perkara yang ish!Bagi aku memang hodohlah..Bualah pasal mati ke a au pun perkara-perkara yang boleh menyebabkan hati kita ingat pada Allah…(Tiba-tiba ada yang hilang mood nak baca entri ni) Ataupun berbual tentang cara-cara nak bagi isteri cepat hamil ke..Opps!!

Semalam,isteri aku SMS aku bahawa seorang tok anjang dia meninggal.Tak sampai 24 jam,seorang kawan aku bagitahu nenek dia,meninggal..Masa balik dari Sri Aman semalam,lebih kurang 6 kemalangan jalan raya berlaku.Mungkin ada di antaranya melibatkan kehilangan jiwa.Hm..Banyak juga peringatan yang Allah beri kepada aku sama ada aku bersedia ke tidak dengan bekalan yang secukupnya sebelum menyertai pengembaraan mereka yang pergi lebih dulu daripada kita.Korang pula macam mana?(Sedekahlah Al Fatihah buat tok anjang isteri aku dan Wo,nenek kawan aku..)

Sambungan,2.16pm…

Sempat juga aku pergi ke 2 blog kegemaran aku iaitu blog Kereta Mayat dan Aidileaks..Pernah baca juga kan 2 blog ni..Kalau blog Kereta Mayat banyak member nasihat santai berserta sindiran yang menusuk hati blog Aididleaks pula banyak mengecam puak-puak MLM..Korang ada join ke?Nak tahu lebih
lanjut,lawat-lawatlah sendiri..Jangan pandang pada ayat carutannya tapi tengoklah isi dan apa yang hendak disampaikan oleh tuan punya blog yang tidak ingin orang-orang kita terutama bangsa Melayu tertipu dengan skim pyramid yang ada pada bisnes MLM..Buat loan ribu-ribu semata-mata nak buat
bisnes MLM..Kononnya nak cepat kaya..Korang yakin ke boleh cepat kaya?Aku SANGAT yakin bisnes MLM boleh membuatkan kita cepat kaya dengan 2 faktor utama….:

1.Otak kena genius untuk MENIPU dan PUTAR BELIT.
2.Pelanggannya kenalah seorang yang BODOH dan BERANGAN NAK CEPAT KAYA

Sekian..Dipublish selepas kembalinya aku dari tempat kerja,1747hrs


Gawai Dayak

Assalamualaikum…Salam penghulu segala hari buat sahabat sekalian..

Masih dalam mood gawai..Gawai tahun ini kami sekeluarga sambut di rumah panjang di Sri
Aman Sarawak iaitu di rumah panjang keluarga sebelah emak aku.Gawai tahun ini agak berbeza
dengan tahun-tahun yang sebelumnya.Aku masih ingat lagi,ketika aku masih berumur belasan
tahun,akulah yang akan membantu ayahku menyembelih babi untuk dijadikan hidangan tetap
hari gawai.Aku akan tolong ayah aku untuk mengikat kaki babi itu,aku akan peluk babi itu untuk
mengelakkan babi itu meronta-ronta semasa ayahku menyembelihnya. Masa itu tidak ada
sedikitpun perasaan jijik aku terhadap babi.Hidungnya yang penyek itu sudah biasa aku pegang
dan jentik.Haha!Jijik tak?

Tahun ini dan sebelumnya,setelah aku peluk Islam,rutin gawai kami berbeza.Tiada lagi daging
babi untuk dijadikan hidangan gawai sebaliknya aku sendiri akan menyembelih ayam kampong
yang datuk aku pelihara.Memang,setiap tahun akulah yang akan menyembelih ayam itu kerana
aku seorang sahaja yang ada kelayakan untuk menyembelih..Korang faham kan maksud aku?

Ramai yang tanya,macam mana pula dengan pinggan mangkuk yang aku guna?Bukankah
semuanya perlu disamak?Ya..Sebahagiannya aku samak dan banyaknya aku beli lain.Keluarga
aku sendiri amat berhati-hati apabila menghidangkan makanan kepada ku.Mereka akan
memberitahu sendiri kepadaku yang mana boleh digunakan dan yang mana jangan.Bagi aku
sudah tiada masalah dalam bab penggunaan pinggan mangkuk.Babi?Sejak aku peluk islam tiada
lagi makanan haram itu dihidangkan di rumahku.Aku amat bersyukur kerana keluargaku sudah
dapat menerima cara hidup Islam dalam keluarga.Kalau dulu aku takut untuk mengerjakan solat
di rumah sehingga pernah aku mengqadakan solat asar,maghrib,isya dan subuh ku sekaligus di
masjid di Bandar Serian,kira-kira 40 km dari rumah.

Apa yang kami buat masa gawai?Biasanya tengah malam 1 Jun setiap tahun, orang-orang
kampong akan berkumpul di ruai (anjung rumah panjang)..Makan-makan,mengajat,menari dan
macam-macam lagi.Aktiviti wajib,minum air pengayu..Air panjang umur kot..Minum je panjang umur..Air pengayu ni air tapai yang dah jadi macam arak dan memabukkan..Hm..Alhamdulillah aku tak pernah try banyak.Paling banyak aku pernah rasa,aku celup jari dalam air tu dah hisap..

Kalau masa aku kecil dulu,sempat juga aku melihat orang menyembelih ayam putih,calitkan beberapa helai bulunya dengan darah yang aku sendiri pun tak tahu apa motifnya.Sejak mubaligh Kristian membawa masuk ajaran Kristian ke kampong itu,aktiviti spiritual macam tu sudah tidak diamalkan lagi di kampong kami itu.Aku sendiri tidak tahu sama ada aktiviti itu masih diamalkan ke tidak di tempat lain.Penduduk di kampong itu bagi aku tidaklah sekuat mana pegangan agama Kristian mereka.Kebanyakannya masih berpegang dengan
kepercayaan lama seperti pantang larang dan manang (bomoh).Asal sakit je jumpa bomoh.Aku
juga pernah atukku bawa berubat dengan bomoh suatu ketika dulu semasa aku demam panas dan
meracau seperti kerasukan.Takpe,aku cerita lain bab ni.

Sekianlah dulu buat hari ini..Aku taip ni pun dalam jam 10 pagi sebab patient tak dak.Hehe…Jam 5.40pm baru post..

P/S:Menyampah aku layan patients yang accident masa gawai sebab mabuk.Nak aje aku tambahkan kepatahan mereka.Siapa mereka?Orang yang nama depannya ada Muhammad,Abdul dan tercatat agama Islam pada IC nya..

Wassalam

Budak Tertelan Jarum

Assalamualaikum..Salam sejahtera.Moga korang semua sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki..Bersedekah itu rezeki,mampu datang solat di masjid juga rezeki,selalu baca al quran pun rezeki kerana tidak semua orang mampu melakukanya dan setiap yang korang buat itu Allah pasti balas dengan pahala yang korang sendiri tidak terfikir akan nilainya.Pahala itulah rezeki korang yang korang sering lupa.
Petang semalam aku sempat melakukan pemeriksaan x-ray terhadap seorang budak berumur 2 tahun.Budak ini terpaksa di x-ray kerana pihak doktor ingin mengesan kedudukan jarum yang di telannya sehari sebelum tu..Ini bukanlah kali pertama aku menemui kejadian seperti itu.Sebelum ni,di hospital Kajang,seorang banduan terpaksa di buat pemeriksaan x-ray pada bahagian  abdomennya kerana telah memasukkan berus gigi ke dalam anusnya.Hm..Apa motif dia berbuat demikian aku sendiri pun tak tahu.Ada juga kes budak kecil tertelan syiling 20 sen dan tersedut guli sehingga melekat di rongga hidungnya.Tentu amat menyeksakan buat mereka kan..

Mungkin masih berada di kolon melintang

Mungkin sudah berada di hujung kolonnya

 
Budak bersama emaknya


Alhamdulillah,jarum peniti yang ditelannya tidak kelihatan pada radiograf yang diambil(Lupa nak tangkap).Aku berharap sangat agar jarum tu dah keluar bersama najisnya.Tidak sanggup aku melihat ibu budak tu risau dengan kesihatan dan keselamatan  anaknya.Entah macam mana budak tu boleh tertelan jarum tersebut.Bayangkan jarum yang ditelan itu mencucuk dinding esofagus,perut,usus dan organ-organ badannya yang lain.Tentulah amat menyakitkan buat seorang budak berumur 2 tahun.
Pesan aku kepada korang semua,janganlah cuai dengan keselamatan anak korang.Jangan biarkan mereka bermain tanpa pengawasan daripada orang dewasa.Tidakkah korang ingat berita kematian budak kecil kerana lemas di dalam baldi,mati dilanggar kereta ketika bermain di tepi jalan raya,mati tercekik makanan,lemas ketika ditinggalkan seorang diri di dalam kereta,kena culik dan sebagainya.Sekali hilang mungkin selamanya  korang tak akan bertemu lagi dengan anak itu di dunia ini.

P/S: Doakan aku agar cepat dapat anak,yang soleh dan solehah.Kepada isteriku yang tercinta,terima kasih sebab selalu mengingatkan aku untuk membaca doa setiap kali memulakan perjalanan ke mana sahaja aku pergi.Hehe..Apa yang aku selalu buat,aku akan baca apa-apa sahaja ayat daripada al-quran dari start enjin sampailah enjin kenderaan aku dimatikan.Jangan malu untuk meniru apa yang aku buat itu ye  puan Norhafiza bt Saadan…Hik!Barulah perjalanan kita tu tak sia-sia.

Kenapa Peluk Islam?

Assalamualaikum..Sihatkah korang semua seperti mana Allah sihatkan aku?Kalau sihat,sama-samalah kita tinggikan setinggi-tinggi kesyukuran kepada tuan punya dunia dan segalanya  hatta kekasih,boyfriend dan girlfriend korang itupun di bawah pengawasan Allah yang Maha Esa.Syukurlah kepada Allah apabila Allah sihatkan mereka dan istighfarlah kepada Allah kalau korang rapat tahap suami isteri dengan pakwe,makwe,boyfriend dan girlfriend korang disaat hubungan korang belum direstuiNya.Jangan marah..(”,)y

Ketika para umat Islam yang lekat hatinya untuk mengingati Allah dengan membaca al-quran,berzikir dan bersolat sunat sementara menunggu masuknya waktu isya,aku pula telah menyibukkan diri untuk mengupdate blog yangh aku sendiri pun tak tahu sama ada ada tak yang akan mendapat manfaat daripada blog ku ini..

Selepas maghrib tadi aku sempat bersalaman dan berbual ringkas dengan seorang sahabat lamaku ketika bekerja di KFC dahulu.Sahabat lamaku ini juga seperti aku,Allah bagi dia nikmat iman dan islam beberapa tahun yang lepas seperti juga aku.Bezanya,aku cuma senior sedikit daripada dia kira-kira 6 tahun.Aku sendiri amat teringin untuk mendengar kisah macam mana hati dia boleh tertarik dengan islam,siapakah yang mendorong dia untuk mendalami islam,di mana dia tinggal kalau dia pernah kena halau macam aku,siapa jadi guru dia untuk ajar dia fardu ain,apakah dugaan yang dia terima dan banyak lagi seperti mana orang lain ingin tahu kisahku..

Aku telah mengambil keputusan untuk menulis semula segala kisah keislaman ku di blog aku yang satu lagi kerana tidak ingin mencampur adukkan kisah ku itu dengan cerita-cerita mengarut dalam blog menusuk hati ini.Biarlah segalanya teratur di blog yang lagi satu agar mudah orang mengikutinya mengikut plot-plot yang betul.Aku ingin memohon maaf kepada beberapa orang teman blogger yang dahulunya pernah ternanti-nantikan aku menulis kisah keislamanku itu tetapi aku lengah-lengahkan dengan membuat entri-entri yang mungkin kurang berguna..Oh..maafkan aku..

Kepada korang semua,hargailah nikmat Islam yang Allah bagi dekat korang sejak korang lahir lagi.Ingatlah,untuk mendapatkan Islam ini bukanlah mudah andai korang lahir dalam keluarga yang bukan beragama Islam macam aku.Pesan ayah saudara aku merangkap paderi besar di Kuching Sarawak,”Engkau dah bertemu dengan islam maka peganglah ia sampai bila-bila dan jangan kembali ke agama Kristian lagi”..Hm,pesan itu akan aku ingat sampai bila-bila.

Sekianlah dahulu buat kali ini.aku akan update blog yang lagi satu dengan entri Dosa Warisan kira-kira jam 9.30 malam ini.Jangan malu untuk berdiskusi bersama di blogku itu ye.Wassalam..






Aku Marah Ke Ni?

Assalamualaikum..Sebenarnya entri aku yang lepas tu khas untuk mr zul sebab aku rasa dia akan tertarik dengan entri yang lepas.Jadi kalau korang tak faham,aku tak tahulah nak buat apa..Mr Zul,aku yakin dia faham..Tu pun kalau dia tak slow..

Kali ni aku nak bagi sedikit kata-kata sayang buat warga kerja x-ray dekat Hospital Umum Sarawak.Kalau nak jumpa sorang-sorang aku rasa aku macam tak cukup kuat dan tidak ada kesempatan.Ada beberapa perkara yang aku perlu tegur dan aku harap korang boleh menerimanya.Aku juga memerlukan teguran daripada korang untuk aku berbubah menjadi yang lebih baik.Kepada warga X-Ray yang cakap nak aku ajar dia buat blog,nanti aku ajarkan.Aku bukanlah orang yang selayaknya untuk mengajar bab tu tapi aku akan cuba apa yang patut.

Ok..Perkara pertama yang aku nak tegur ialah bab solat.Kenapa ada sebahagian daripada korang ni liat nak mendirikan solat?Adakah disebabkan korang ni dah cukup selesa dengan title islam yang ada tercatat pada IC korang?Memang aku akui solat ni memang berat buat orang-orang yang munafik..sorry to say lah..Bukan aku nak kata korang munafik sebab aku tak layak nak hukum begitu tetapi perbuatan korang sendiri yang menzahirkannya.Ada banyak alasan yang aku dengar bila diajak solat..antaranya  seluar kotor,insyaAllah,belum mandi wajib,lapar…Takpelah..masa ni korang boleh bagi seribu alasan..Aku harap korang semua dapat mati dalam iman yang sempurna..Kalau nazak sebab accident lepas ni jangan lupa baca syahadah ye..Siapa tahu kan..nama pun accident..Walaupun korang rasa pandai nak baca kalau bila hati korang lebih banyak dunia di dalamnya mungkin susah untuk korang melafazkannya..Ada ke patut aku suruh mengucap salah sorang daripada korang baca “Asyaduallailahailallah..”…salah tu wei..salah baca syahadah,maka tak diterimalah juga solat yang korang buat tu.Solat raya,solat Jumaat...Nak tahu cara bacaan yang betul,rajin-rajinlah datang masjid ke surau ke..dengar macam mana bilal melafazkannya..Tak payah perasan macho,hensem,berpengaruh kalau Allah korang tak utamakan.tak ada bezanya korang dengan orang kapir melainkan dengan solat.Bila orang kafir burukkan islam korang marah tetapi korang sendiri pun turut bekerjasama menjatuhkan islam korang tak marah?

Rasulullah saw, apabila baginda meragui keimanan seseorang pada zamannya, akan memerhatikan solat Subuh individu berkenaan untuk mengesahkan tahap keimanannya.

“Apabila baginda dapati orang tadi tidak menunaikan solat Subuh, maka benarlah apa yang baginda ragui itu,” demikian catat buku ‘Misteri Solat Subuh’ tulisan Dr Raghib as-Sirjani

Lagi,hampir semua perempuan dekat tempat aku kerja ni fesyen tudungnya macam bonggol unta.Boleh surveylah pendapat lelaki dekat situ,cantik ke tak fesyen macam tu.Buruk tau..Korang je perasan cantik buat fesyen macam tu tapi hakikatnya hodoh.Korang rasa seronok buat fesyen macam tu kononnya masih menutup aurat (rambut).Bila orang tegur korang akan cakap yang penting hati tu baik..Perempuan tudung labuh pun boleh buat video seks..Ye..Tu mereka..kenapa nak dibandingkan dengan mereka..Samalah juga dengan jawapan “Aku makan anjing,mereka tu lagi teruk..makan babi..”..Tak akan lahirnya perbuatan yang baik kalau hati tu kotor..tak akan dinilai perbuatan baik tu kalau perkara yang wajib korang langgar..Contoh,korang dermalah berjuta-juta ringgit untuk buat masjid tetapi solat korang tak dirikan dan anggap ia remeh dan tak wajib..Bukankah perkara itu sia-sia?Tak diterima Allah amalan korang kalau solat pun fail…

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini
.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Macam panjanglah pula dan mungkin akan membosankan bila dibaca..Bosan dan tidak mendapat manfaatnya pun tak guna juga kalau tulis panjang-panjang…Tahu tapi taka amal pun sia-sia juga..Bila orang bercakap bab islam,dialah yang paling banyak bercerita seolah-olah dialah yang paling pandai bab tu.Bila disuruh solat dan sempurnakan penutupan aurat,dialah yang paling banyak buat don’t know..Jangan hairan kalau Allah buat don’t know sama korang bila korang berdoa..berdoa nescaya akan diperkenankan,itu korang selalu pegang tapi apa criteria yang memakbulkan doa korang tak pegang..hm…Anjing mati tidak akan dihisab walaupun mereka dikatakan najis tetapi kita mati tanpa taubat pasti akan merasa azab Allah melainkan dengan rahmat dan kasih sayangNya..Sekian,selamat beramal…Doakan aku ye..adios!



Kisah Dua Biji Telur

Assalamualaikum..Mula-mula nak minta maaf pada sesiapa sahaja andai aku ada buat silap pada korang.Lepas tu minta maaf sebab tak dapat bagi komen pada blog pengkomen sebab sebahagian blog tu susah nak loading,mungkin sebab aku tak bayar bil broadband aku.Apa-apapun,aku akan berusaha untuk membalas komen dekat blog korang tu.

Hari ni aku nak mengisahkan suatu kisah komedi santai berkaitan nama yang tidak asing lagi dekat blog ni iaitu Najib dan Karpal.Kepada yang sering mengikutinya mungkin aku terperasan bahawa korang akan merinduinya.Ok…

Seperti yang korang tahu (yang selalu membaca),Najib dan karpal merupakan 2 sahabat yang sangat akrab.Ke mana sahaja Karpal pergi,maka wajiblah ada Najib disampingnya.Suatu hari,Najib dan Karpal telah check in dekat sebuah hotel murah yang berdekatan dengan KL Sentral.Hotel Lido namanya.Dengan kadar sewa serendah rm70/- sehari maka mereka telah berkongsi satu bilik dengan katil saiz permaisuri.

Najib ni kerjanya selalu membuli Karpal.Suatu hari,Najib merasa lapar yang teramat sangat maka dia telah menyuruh Karpal untuk membeli nasi goreng special.Karpal yang tidak tahu tentang nasi goreng special pun bertanya,

“Sayang,nasi goreng special tu apa?”

Dengan gaya lembut seorang sahabat sejati,Najib memegang kedua-dua tangan Karpal sambil membawanya ke dadanya (sila bayangkan aksi ini) seraya berkata,

“Sayang,nasi goreng special tu ialah nasi goreng yang ada teloq 2 biji atasnya”

Maka fahamlah Karpal.Tanpa membuang masa,Karpal pun membeli nasi yang dikatakan itu.

Petang itu,selepas menonton wayang Another Guys dekat Times Square,sekali lagi Najib mengadu lapar…Dia pun berkata,

“Pal Pal…(Macam seorang mak bercakap kepada anaknya…,nak nak…),I rasa laparlah..u tolong I beli mi goreng special boleh?Tahu kan...

”Tahu...Yang ada 2 teloq di atasnya kan?”

”Pandai sayang..Sekali je I cakap u dah tahu”

”Well...Karpal bah ni...Ok bah qalau qau..”,begitu pekat sekali loghat Sabah karpal tuturkan.

Selepas makan,mereka pun merasa mengantuk dan tidur dekat bilik hotel..Kerana keadaan aircond yang terlalu sejuk maka adik Najib pun terjaga sepanjang malam.Akibat tak tahan dengan adiknya yang tak reti-reti nak  tidur,dia pun membangunkan Karpal supaya mencari seorang awek yang spesial untuk dirinya.....Ok...Korang sambunglah sendiri ye...

Diambil Daripada bloggermuda.com


Rahsia Artis Bersusuk Terbongkar

Assalamualaikum..Salam hujung minggu bersama orang tersayang buat korang yang mengikuti perkembangan blog ini.Terimakasih sebab sudi mengkomen dan memfollow blog picisan ini.Jangan risau,setiap pengkomen akan aku follow dan komenkan kembali di blognya.

Hari Jumaat yang lepas,aku dan beberapa orang rakan sekerja yang lain telah membuat pemeriksaan X-Ray terhadap seorang makcik yang juga merupakan penduduk tempatan tempat aku ini yang juga merupakan seorang yang dalam IC nya beragama islam.Dalam pemeriksaan X-Ray tersebut,terbongkarlah rahsia makcik itu apabila kami menemui beberapa tanda radioopak pada filem X-Ray.Radioopak ni senang cerita,objek yang kelihatan putih pada filem x-ray.

Tengok gambar kat bawah,kalau tak jelas,boleh klik dan zoom.Bintik-bintik putih tu merupakan susuk yang telah ditanam di sekitar bahagian dadanya.Tompok putih macam kapas tu pula,sel-sel kanser yang telah merebak.



Inilah akibatnya apabila menggunakan sesuatu benda yang Allah larang demi kecantikan diri.Allah beri dia sedikit pengajaran dengan menimpakan sakit kanser paru-paru pada makcik ini.Ini bukanlah kali pertama kami menemui penggunaan susuk oleh para pesakit yang datang membuat pemeriksaan X-Ray.Apa yang penting yang nak aku tekankan ialah,Allah melaknat setiap manusia yang berusaha untuk mengubah ciptaanNya atau menghina apa yang dicipta.Nak dalil,search dekat al quran,kitab hadis,tanya pakar malah taip sahaja dekat google search untuk rujukan pantas.

Mengubah ciptaan Allah ni termasuklah mencabut bulu kening untuk kelihatan cantik,mewarnakan rambut,membesarkan buah dada dengan Botox,mengubahsuai alat sulit dan banyak lagi.Perbuatan seperti itu menunjukkan seseorang itu tidak redha akan apa yang Allah berikan padanya dan jangan hairan jika Allah murka dan menimpakan pelbagai penyakit pada kita.Semua itu adalah tanda Allah sayang pada kita dan Allah nak kita sedar akan kesilapan kita sebelum azab yang lebih keras kita terima apabila sudah mati nanti.Berlindung kita dengan allah daripada perkara tersebut.Sekian..Muhasabah pagi penyeri diri..

P/S:Artis dan sapa-sapa sahaja,insaflah dalam penggunaan susuk ini sebelum Allah timpakan azab  pada anda semua.Err...pengidap kanser paru-paru yang disebabkan merokok pun selalu juga datang tempat kerja aku..Nak buat macam mana,degil nak merokok,itulah padahnya..Maaf,aku cakap untuk kebaikan bersama.Sekian sekali lagi.



 Tulang patah dan terpaksa disambung dengan besi untuk mengelakkan kepatahan yang lebih teruk..Memandu dalam keadaan mabuk punya pasal..Hm...

Celaka Kau Syaitan

Welcome To Sarawak


Assalamualaikum..Salam rindu buat para pembaca yang sudi mengikuti perkembangan blog aku ini..Terasa sayu sungguh hati aku bila berjauhan dengan isteri.Jumpa pun sebulan sekali.Hati aku bertambah sedih dan risau apabila dia batuk tatkala aku mendengar suaranya menelefon aku..Sekali sekala gugur juga air mata aku bila dia mengadu dia demam dan tak sedap badan..Hm,moga Allah percepatkan proses transfer aku ke Kedah..
Imaginasi Google Terhadap Rupa Bentuk Syaitan


Ok,habis bab jiwang,aku nak cerita lagi bab syaitan.Celaka sungguh makhluk yang bernama syaitan ini.Tadi,semasa bersolat asar aku dengan terpaksa rela telah menjadi imam kepada 5 orang yang lain.Takbir yang pertama… “Allahuakbar….terasa nak makan waffle lah.Lepas solat ni aku nak beli waffle perisa peanut cappuccino.”

Itulah perkara yang pertama aku fikir semasa memulakan solat.Macam-macam yang aku fikir.Bila terkenang balik barulah aku sedar kenapa kebanyakan benda yang aku buat selalu fail.Doa itu ini semuanya fail.Dan tak mustahil kalau doa aku nak pindah dengan lebih cepat ni Allah lambatkan.Sebabnya,solat tak khusyuk..Tu baru rakaat pertama,belum lagi rakaat ke seterusnya.Aku pun terfikir,mungkinkah khusyuk aku hilang disebabkan makan minum aku tak diambil berat akan status kehalalannya?Oh…

Licik sungguh syaitan ini sehingga hilang khusyuk aku.Hilang khusyuk maka hilanglah roh solat itu.Bila hilang rohnya maka tidak kah sama dia dengan makhluk yang sudah tidak bernyawa ataupun bangkai?Rosak solat maka rosaklah amal kita yang lain kerana perkara pertama yang akan memvalidkan amalan lain ialah solat.Oleh itu,janganlah korang jeles apabila ada orang kafir ni buat amal setinggi gunung tetapi tidak solat.Sesungguhnya amal yang mereka buat itu adalah seprti debu-debu jalan yang tidak berguna.Hilang apabila ditiup angin.

Hm,hamper 6.30pm.Kira-kira 15 minit lagi nak masuk waktu maghrib dan terpaksalah aku menghentikan celoteh pendek ku setakat ini.yang baik daripada Allah,yang buruk adalah di atas kelemahan aku sendiri.Moga berguna buat korang walaupun sedikit.sampai-sampaikanlah kalau dirasakan perlu kepada sesiapa sahaja dengan harapan apa yang disampaikan akan menjadi bekal untuk aku apabila menjadi mayat nanti.Sekian..Selamat hari Rabu.. 

Tazkirah Blogger

Setiap orang yang lahir ke dunia ni,Allah sertakan dia dengan syaitan yang akan cuba membinasakan seseorang itu.Kebinasaan yang dimaksudkan ialah kebinasaan yang kekal iaitu azab api neraka.Liciknya syaitan ini ialah dengan menjadikan sesuatu yang asalnya berdosa tetapi menjadi seolah-olah tidak berdosa.Asalnya mengumpat itu berdosa tetapi nampak tak berdosa bila cakap itu cuma gossip.


Ada 3 cara mudah untuk mengelakkan syaitan ni menipu kita ialah jangan makan terlalu kenyang,banyakkan berzikir dan tidak tergopoh gapah ketika membuat sesuatu..
3 cara ini selalulah kita lupa termasuklah diri aku ni.Pertama bab makan.Kalau tak percaya,tengok ajelah bulan puasa nanti.Seawal jam 5pm akan ada yang datang ke pasar malam membeli makanan.Seorang badannya macam pak piee boleh membeli makanan hanya untuk dirinya seolah-olah 5 orang Bob Kuman makan.Makanan yang dibeli pula akan tersisa dan basi.Di situ sahaja dia telah melakukan 2 kesalahan,berlebih-lebihan dan membazir.Perempuan yang gemuk akan bertambah gemuk..Yang mengidap Diabetis Melitus akan melarat diabetisnya..Aku sendiri pernah meng X-ray kaki orang yang mengidap kencing manis ni.Berulat dan membusuk.Lagi dahsyat daripada gamabar yang ada dekat kotak rokok..Semakin dahsyat gambar tu,semakin sedap pula orang tu menghisap rokok..Mungkin perlu diletak gambar BABI barulah perokok akan merasa SEDIKIT gentar..Apabila korang berniat untuk makan secara melampau walaupun tak dirancang ingatlah pesan Allah ini,

Makanlah dan minumlah tetapi jangan kamu berlebihan”-Al araf:31

Ha!Nanti masa datang KFC ke Mc D ke,bila kawan-kawan korang oder banyak-banyak,bacakanlah ayat kat atas supaya korang akan nampak lebih cool dalam menasihati.Lagi,nabi saw pun ada cakap,

sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak adam mengikut perjalanan darah.Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan

Penulisan yang terlalu panjang amatlah membosankan bagi pembaca.Apa guna menulis panjang-panjang kalau inputnya tiada dan tidak boleh diambil manfaat daripadanya..Oleh itu,sekian..Jumpa lagi.Ingat,nasihatlah dengan penuh hikmah lagi cool...
P/S:Amat meluat bila melihat seorang artis menyanyikan lagu Intifada masa konsert mentor..Kalau tengok korang akan tahu..

Entri yang sama ada dekat SINI


Cara Nak Highlight Komen Blog Author


Ini akan membezakan komen tuan punya blog dengan pelawat blog yang datang mengkomen...

Step 1
Login ke akaun Blogger,pilih tab design dan edit HTML


Step 2
Jangan lupa untuk expand widget.Kalau takut salah,uploadlah template anda terlebih dahulu

Step 3
Copy script kat bawah dan tampal sebelum ]]></b:skin> 
.author-comments {
background: #ffffff;
border: 2px solid #666666;
padding: 5px;
}

Step 4
Cari kod ini,
<dl id='comments-block'>
<b:loop values='data:post.comments' var='comment'>
<dt class='comment-author' expr:id='"comment-" + data:comment.id'>
<a expr:name='"comment-" + data:comment.id'/>
<b:if cond='data:comment.authorUrl'>
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'><data:comment.author/></a>
<b:else/>
<data:comment.author/>
</b:if>
said...
</dt>

<b:if cond='data:comment.author == data:post.author'>
<dd class='author-comments'>
<p><data:comment.body/></p>
</dd>
<b:else/>


<dd class='comment-body'>
<b:if cond='data:comment.isDeleted'>
<span class='deleted-comment'><data:comment.body/></span>
<b:else/>
<p><data:comment.body/></p>
</b:if>
</dd>

</b:if>

<dd class='comment-footer'>
<span class='comment-timestamp'>
<a expr:href='"#comment-" + data:
comment.id' title='comment permalink'>
<data:comment.timestamp/>
</a>
<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>
</span>
</dd>
</b:loop>
</dl>

Step 5
Tampal je kod yang berwarna merah dan bold ikut ke tempat yang betul. 

Step 6
Selamatkan  template dan enjoy the perubahan.Hik!Bagitahu aku kalau ada masalah.

Sekian,salam kena saman dengan polis trafik sebab parking dekat tempat parking teksi..Jumpa lagi RM150/-...Aku rindu sama kamu..