Kenapa Aku Memilih Islam (1)


     Ini pula adalah aku yang sentiasa happy dengan setiap apa yang aku usahakan sendiri. Aku bukanlah jenis yang mudah untuk menerima pendapat orang lain selagi aku merasakan pendapat aku lagi betul. Sesuatu sifat yang sukar untuk dikikis. Namun,disebabkan sifat itulah aku menjadi aku yang sekarang. Aku yang asalnya seorang penganut fahaman kristian dan akhirnya memilih Islam sebagai agamaku yang mutlak. Aku dulu asalnya seorang yang kurang senang dengan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan islam. Apabila azan berkumandang di TV,aku akan menukar ke siaran lain. Apabila orang islam sujud ketika solat,aku akan mempersendakannya. Tahukah kalian yang bahawa islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf buat umat manusia sekalian?
     Agama kristian sebenarnya amat berkait rapat dengan islam. Ini dapat dilihat daripada kisah-kisah nabi Isa dan nabi Musa as yang banyak diceritakan dalam al quran dan bible. Perbezaannya ialah orang islam yakin bahawa nabi Isa as ialah seorang manusia biasa yang dilahirkan tanpa bapa oleh ibunya mariam manakala bagi orang kristian Jesus(nabi Isa as)adalah anak tuhan yang dikandung oleh ibunya Maria. Kedua-dua kisah adalah sama iaitu mengatakan nabi tersebut dilahirkan tanpa bapa. Kisah kelahiran nabi Isa as ini ada dinyatakan dalam al quran pada surah Ali Imran ayat ke 45:
 "(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat[195] (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)"

Umat islam dikatakan lebih dekat dengan umat kristian berbanding yang lain seperti yang disebut dalam al quran surah al maidah ayat ke 82:

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri."

  Apa yang hendak dikatakan di sini ialah adakah orang kristian cuba untuk memahami mengapa orang islam menolak fahaman tentang isa as adalah anak tuhan seperti yang mereka katakan. Ketahuilah, andai Isa as adalah anak tuhan,siapa pula bapanya?Adakah tuhan itu mempunyai anak?Bukankah kalian juga berpendapat tuhan atau Allah itu esa?Apakah maksud esa bagi kalian?Sebagai seorang kristian saya yakin bahawa anda setuju bahawa kitab bible anda adalah kitab yang tersuci dan tiada cacat celanya.Saya yakin bahawa anda semua mengatakan bahawa setiap ayat yang terkandung di dalam bible adalah ayat tuhan sepenuhnya kerana suatu kitab suci adalah kitab yang tidak terkandung walau satu patah pun ayat daripada manusia.Kitab suci juga tidak akan mempunyai percanggahan ayat di dalamnya. Sesiapa yang tidak beriman dan ragu-ragu tentang kitab suci agamanya maka neraka adalah ancaman baginya walaupun sebaik manapun dirinya ketika masih hidup. Begitu juga orang islam,sesiapa yang menolak walaupun sepatah ayat daripada al quran maka rosaklah imannya. Apabila rosak imannya maka nerakalah balasannya..
Aku mula menanam minat membaca bible sejak aku sekolah rendah lagi.Aku akan bawa buku kecil kitab markus,yohanes,lukas dan matius.Kitab yang aku baca ini merupakan pecahan daripada kitan perjanjian baru..Kitab tu aku dapat sebab aku menang kuiz agama kristian peringkat zon..Aku memang sangat bersemangat untuk mendalami agama kristian ni malah pernah bercita-cita menjadi paderi...Aku rasa setakat inilah dahulu buat masa ini..Aku akan sambung balik kisah aku ni sebab aku rasa penting untuk anda semua tahu apa sebabnya aku memilih Islam sebagai agamaku yang mutlak..
   

No comments: