Kenapa Perlu Malu?

Hari ke 19 kita berpuasa fardu di bulan Ramadhan..Maknanya,sudah 19 hari juga aku ketinggalan solat terawih secara berjemaah di masjid mahupun surau.Korang pula?Mesti penuh sebab korang soleh2 belaka.Haha!Baguslah..Apabila ada orang yang selalu memperli korang kerana korang buat amal islam,janganlah korang merasa malu,marah dan terasa ingin menghentikan amal korang tu.Jangan peduli apa orang kata...Orang yang mengata tu pahala mereka dah cukup banyak n konfm masuk syurga.Allah,apabila inginkan kebaikan ada dalam diri seseorang maka Allah akan zahirkan.

Aku jarang dengar n menengok orang dekat perhentian bas ke,time square,kl sentral ke,genting dan loyat sambil membaca Al Quran.Yang selalu aku tengok,orang cuma baca majalah2 hiburan,komik,news dan apa2lah selain quran.Agak2 kenapa aku termasuk korang ni jarang malah tak pernah pun memberanikan diri membaca quran seperti mana kita ni baca bnda2 yang ntah apa2..Kalaulah orang tengok korang baca quran d tempat2 awam,sudah semestinya 'orang2 soleh' tepi korang akan terkejut anjing sambil berbisik2 sesama kawan 'soleh' mereka sambil memandang korang dengan lirikan tajam.Mesti ada yang pandang korang semacam..Apabila korang balas pandangan 'orang soleh' tadi,mesti depa cepat2 mengalihkan pandangan sambil buat2 seolah2 tak pernah pandang korang.Kenapa orang mesti hairan sedangkan apa yang dibaca tu kitab teragung yang pernah Allah turunkan melalui hamba kesayangannya Muhammad saw..?Adakah kitab itu cuma sesuai dibaca di rmh ibadat semata2?Sepatutnya kita kagum dan cemburu dengan orang yang menjadikan membaca quran itu hobi dia tanpa mengira tempat.Asalkan tempat yang bukan tandas,tempat buang sampah dan tempat2 kotor,xpyh kita malu utk baca quran ..(aku sendiri malu)..

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa"-Al Baqarah:2

Orang juga malu untuk berzikir di khalayak ramai..Korang bayangkan kawan korang tengah duduk di tepi korang di dalam bas sambil membaca "Subhanallah,subhanallah,subhanallah..."...mesti korang pelik dan anggap dia buang tebiat seterusnya korang mengangkat punggung korang lalu berpindah tempat duduk lain..

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia"-Ar Ra'd:28

Korang bayangkan,sedang korang n kawan korang tengok tv cita "si capik" atau "gerak khas" d rumah,tiba2 kawan korang baca... "Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillahirobbil'alamin.."...Baca al fatihah sampai habis,mungkin korang akan tutup tv dan terus tidur..bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi pada korang..Al fatihah korang dah cukup bagus ka?rosak fatihah maka rosak dan tak bergunalah posa n zakat korang...sebab,amal lain Allah tak akan terima kalau solat korang xditerima.

Korang bayangkan ketika korang n kawan korang tengah berjalan-jalan di jalan masjid india kerana ingin membeli baju raya..tengah2 korang pilih baju raya tiba2 kawan korang ucap "innalillahi wa inna ilahirojiun.." mesti terbayang dalam kelapa otak korang ada orang mati (kira bagus jg igt mati kerana org y plg bijak d kalangan korang adalah orang yang banyak mengingati mati)..padahal kwan korang tu baru je kehilangan rm1 ribu sebab tercicir masa duduk dalam bas tadi..

Suatu hari di sebuah kafe jam 10 pagi,korang sedang makan nasi kantonis bersama pakwe atau makwe korang ..Selesai makan korang teringat akan sesuatu.Korang teringat untuk bersolat dhuha..korang pun bangun dan menuju ke surau berdekatan.kawan korang pun bertanya, "nak g mana?"..korang pun jawab, "nak g hisap rokok jap"...korang bangun nak g solat dhuha,npa cakap g merokok?Sebab malu n risau apa orang kata kalau tahu korang pergi ber"dhuha" kan...

Sekian dulu,korang pk lah ya...npa pelu malu utk amal islam tapi tak malu buat amal orang yahudi n nasrani..npa perlu hairan bila tengok orang amal islam..npa perlu bralasan "Allah belum bagi hidayah" ketika ada orang seru korang buat kebaikan..npa perlu tunggu dan beralasan..Mati tak akan bertangguh..

<< ....aku teringin melihat si dia bertudung labuh...hihi...>>

Post a Comment