Aku Jemu..


Aku mula mengenali dia pada 2.1.2005. Sebenarnya aku tidak kenal siapa dirinya sehinggalah dia sendiri memberitahu bahawa dia adalah adik kepada kak Zah,kakak dia yang sama-sama belajar dengan aku di Universiti Malaysia Sabah ketika itu.Aku bertanya bagaimana dia mendapat nombor telefon aku sedangkan aku tidak kenal akan dirinya.Rupa-rupanya nombor hp aku dia curi-curi ambil daripada hp kakaknya.Dia memberitahu bahawa kakaknya ada bercerita tentang diriku yang masih baru memeluk islam kepada keluarganya.
Hari-hari lainnya,kami kerap berSMS.Kebanyakan sms yang dihantar adalah berkisar drngan nasihat2 agama.Aku dapat merasakan bahawa dia amat mengambil berat terhadap diriku. Setiap hari dia bertanya adakah aku sihat ke tak..Adakah solat aku terjaga ke tak..Kak Zah ada bercerita kepada aku bahawa adiknya ini seorang yang rajin membaca al quran dan sering mengikuti pertandingan hafazan peringkat negeri.Aku amat cemburu akan dirinya kerana siapalah aku yang baru memeluk islam berbanding dirinya.Aku merasa rendah diri.Namun begitu,aku berazam akan meningkatkan ilmu agamaku agar tidak kalah kepada dirinya.Aku mencari seberapa ramai ustaz untuk mengajarku. Ketika musim cuti,aku telah dijemput untuk bercuti di rumah dirinya disamping boleh belajar membaca al quran daripada ayahnya.
Setiap musim cuti semester,aku pasti datang ke rumah dia semata-mata hendak belajar membaca al quran dengan baik.Alhamdulillah,ayahnya banyak membantu aku.Setelah itu,aku belajar menghafal al quran.Aku menetapkan sekurang-kurangnya aku telah hafal setengah juz setiap bulan.Memang agak sukar kerana siapalah aku yang baru mengenal islam ini berbanding dirinya.Alhamdulillah..Hafalan aku mengatasi dirinya.Selain itu aku juga sering belajar ilmu tajwid daripada imam kampungnya itu.Setiap kali musim raya pula keluarga dia sering mengirimkan duit raya dan sedikit kuih-muih kepada ku.
Suatu hari,dia bertanya sejauh manakah hubungan kami ini nanti.Adakah sekadar berkawan sampai bila-bila.Aku amat terkejut.Sepatutnya aku yang lelaki inilah yang sepatutnya bertanya soalan itu. Nampaknya dia betul-betul serius dalam hubungan kami ini.Sebelum dia meneruskan pelajaran ke UPSI,aku memngambil keputusan untuk bertunang dengan dirinya.May 2007,dia telah ditunangkan dengan diriku.Aku merasa gembira dan terharu kerana dia amat mengambil berat sehingga sanggup sehidup semati dengan ku.Aku juga gembira apabila ada muslimah sebaik dia sudah menyuarakan kehendak hatinya untuk menjadikan aku sebagai suaminya nanti.Aku bangga akan dirinya yang bertudung labuh dan amat menjaga auratnya.Dia sering berjanji untuk tidak curang dan berjanji menjadi seorang isteri yang baik buat diriku.
Sepanjang kami berjauhan,aku telah berusaha untuk menjaga hubungan baik kami ini.Aku menghadkan diriku agar tidak berindu-rindu atau bermesej sayang-sayang dengan dirinya.Aku tahu aku tidak wajar menyebut semua itu sehinggalah kami sudah dinikahkan.Apa yang aku mesej ialah bertanya khabar dan keadaan solatnya.Andai keduanya terjaga,aku sudah cukup tenang dan tidak risau akan dirinya.
Pada tahun 2009,aku telah pergi bercuti di kampung kawan sebilik ku di Kedah.Masa itu ialah musim umat islam berpuasa.Kira-kira pukul 2 pagi aku telah menerima panggilan daripada dirinya.Aku sangat terkejut apabila dia memberitahu bahawa ayahnya telah meninggal akibat MI.Penyakit jantung.Aku hampir pitam mendengar khabar itu.Air mataku menitis..Aku terkenang dengan segala kebaikan dan layanan ayahnya dahulu terhadap aku.Aku terkenang bagaimana ayahnya setiap kali selepas asar terus mengajar ilmu al quran kepadaku.Aku menasihatkan dirinya agar bersabar.
Ketika di U,dia selalu mengadu tidak cukup wang untuk berbelanja.Aku amat simpati akan dirinya.Aku juga sering mengirimkan sedikit wang ke dalam akaunnya untuk dijadikan belanja seharian dan meringankan beban ibunya yang menyara 3 orang adik- beradiknya yang lain.Ini ditambah pula dengan kesulitan hidup yang dihadapi setelah kematian ayahnya.
Semakin hari aku semakin sayang akan dirinya.Walaupun tidak dibuktikan dengan ucapan sayang dan rindu,aku sering berdoa setiap kali selesai solat agar dirinya tetap menjadi seorang muslimah yang baik.Namun aku terkilan apabila dia sering bertanya mengapa aku jarang sekali mengucapkan kata-kata rindu buat dirinya.Dia nampaknya telah bosan dengan keadaan hubungan kami yang agak hambar bagi dirinya.Tidakkah dia sedar bahawa kami belum diijab kabulkan untuk menghalalkan itu semua?Aku mengeluh sendirian.
7.5.2010,kira-kira jam 7 pagi aku mendapat mesej daripada dirinya bahawa dia telah bosan dengan hubungan yang sekian lama terjalin tetapi belum disatukan.Ya Allah,manalah aku nak cari wang untuk membuat majlis nikah.Tidakkah dia fikir betapa susahnya hidup selepas kahwim dikala aku belum bekerja ini.Aku berusaha untuk menerangkan situasi diriku kepada dirinya.Namun segala apa yang aku terangkan dia tentang dan tidak dapat menerimanya.Dia mengatakan bahawa dia telah nekad untuk memutskan tali pertunangan kami.Dia mengatakan bahawa dia telah membuat solat istikharah sebelum membuat keputusan itu.Kenapa cepat sangat dia membuat keputusan sedangkan 6 bulan lagi kami bakal disatukan.Adakah dia telah berbincang dengan sesiapa sebelum membuat keputusan itu?Sebelum bertunang pun kami telah istikharah.Apa maknanya istikharah dulu kalau hubungan yang aku jaga ini dia rosakkan dengan tiba-tiba?Aku bimbang bukan petunjuk daripada Allah yang dia dapat tetapi petunjuk syaitan yang tidak jemu-jemu untuk menyesatkan anak adam.Kalau kesan istikharah berakhir dengan putusnya silaturahim,menyusahkan orang dan benci terhadap orang itu,petunjuk Allah kah itu?Aku hanya bersabar dan tidak ingin mendesak dia.Sepatutnya dia tanya Allah bilakah masa yang sesuai umtuk meniikah.Macam mana cara sesuai memelihara hubungan dengan tunang.
Aku membiarkan keadaan itu berlalu.Di laman FB nya aku terkejut melihat pada stiker daisynya bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan orang lain,2 bulan lebih sebelum dia memutuskan pertunangan.Rupa-rupanya itulah sebabnya mengapa dia memutuskan pertunangan itu.Istikharah itu untuk mencintai lelaki bukan mahram dan memutuskan hubungan pertunangan yang bakal disatukan beberapa bulan sahaja lagi kah?Fikir-fikirkanlah..

P/S:Doakan agar aku cepat bertemu jodoh ya..Gadis biasa pun tak apa agar aku dapat melabur saham akhirat aku dekat dia..Hi3!Ajar apa yang dia tak tau,dia amal,aku juga yang untung.Gadis tudung labuh,semua dia tahu..Jangan marah ..(",)y



No comments: