Bernafsu Di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah..Allah bagi sekali lagi peluang kepada kita untuk bersama-sama bertemu dengan bulan yang dirindui kedatangannya,Ramadhan yang mulia.Kepada yang malas beramal pada bulan-bulan lain,ambillah kesempatan beramal sebanyak mungkin di bulan Ramadhan ini kerana kita semua maklum bahawa setiap amal kita akan digandakan sebanyak sepuluh kali lipat berbanding bulan-bulan lain.Namun mungkin ada yang beramal secubit garam je sebab buat sikit pun tak apa,digandakan juga katanya...Tak payah susah-susah..Sukahati koranglah kangkung..Pahala aku masih sikit..
Terawih tahun ini adalah terawih yang paling menyedihkan buat aku..Aku sedih kerana tidak dapat terawih secara berjemaah seperti korang yang lain..Solat fardu pun aku buat sorang-sorang..Maka kuranglah pahala aku berbanding korang semua.Bukan aku sengaja pun,tempat aku mana ada surau dan masjid..Kalau ada,akulah orang yang akan membolot saf pertama tanpa memberi peluang kepada orang tua sekalipun kerana aku tahu pahala aku masih sedikit berbanding si pakcik yang telah tua dan beramal sejak puluhan tahun..Dekat tempat aku,gereja adalah..Kampung Kristianlah katakan.Aku tahu,malam tadi konfem surau dan masjid sekelian penuh dengan jemaah yang berterawih.Tetapi,setelah meningkatkan keimanan aku,aku tahu aku tidak bersolat sorang-sorang..Malaikat yang dua tentu ada bersolat bersama aku.Yalah,malaikat kan solat juga..Yang penting kita solat di awal waktu..Tak menyedari hakikat itu maka cacatlah iman kita..Korang tahu ke apa maksud iman?Jangan tau iman-iman ja tapi pengertianmya tak tahu..Baru sebulan peluk islam ke?Dalam masjid pula selepas selesai solat,suasana mesti bertambah bising dan gamat.Sebab apa?Sebab ada yang mengambil kesempatan untuk berbual-bual sambil mengumpat dalam masjid.Ish2..mana ada kami mengumpat,kami sembang bab akhirat lah ..Tak baik tuduh2 macam tu..kata pembaca yang terasa di dalam hatinya..hihi..Suasana macam ni akan semakin berkurang apabila ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..Bersiap nak sambut rayalah katakan..Sama juga tempat aku,dekat superstore dekat satok,belum habis syaaban pun dah pasang lagu raya.Kalaulah si minah ni yang menjadi pemegang mohor-mohor mesti seronok kan..hari ni puasa minggu depan dia isytiharkan raya..Macam kangkunglah kau minah..
Suasana yang paling best pula ialah ketika berbuka nanti..Ramai yang berkunjung ke bazaar ramadhan@baazar ifthor kata tuan guru untuk membeli juadah berbuka..Ada yang membeli juadah seolah-olah untuk dimakan oleh 10 orang padahal yang makan nya seorang je..nafsu perut..kadhalah katakan sebab seharian berpuasa..Sukahati koranglah kangkung..Makan untuk jasmani nak lebih,makan untuk rohani,Cikgu Rohani aje yang tau..
Masa aku ikut ujian memandu kereta dulu,kebetulan masa tu ialah bulan puasa.Dalam kereta pak samat yang selalu ulang alik ke KSKB setiap hujung minggu aku ada curi dengar perbualan orang yang duduk di tepi aku.Baru jam 730am dah bertanya tentang apakah makanan yang nak dimakan untuk berbuka nanti..Puasa belum sampai 2 jam dah plan nak makan apa..Kangkung kelaparan..
Cerita bab nafsu maka aku pun menyumbangkan secubit ilmu yang aku tahu..Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 111 ceh...macam ustaz pula.. ;p buat-buat islamik untuk pikat para gadis tapi takpe,ayat tu ialah:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa(nafsu) mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
Allah bagitau setiap nafsu yang kita mampu kawal kita akan dapat balasan syurga.Yang menurut kehendak nafsu,dia tak dapatlah apa yang Allah janjikan itu..Kalau salah betulkan ya..
Lagi bab nafsu..(macam nak tunjuk tererlah pula..takpe ilmu punya pasal maka wajib aku sampaikan..sebab apa?Yang lagi cepat diseksa ialah orang yang berilmu berbanding orang yang jahil.Apakah sama status orang yang berilmu dengan tak berilmu?)
Rasulullah saw pernah dtanya,apa yang paling banyak memasukan manusia ke dalam syurga?Baginda jawab, "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia". Baginda ditanya lagi apakah yang paling banyak memasukan manusia ke dalam neraka?Rasulullah saw jawab: "Dua rongga,mulut dan kemaluan".
Sekian daripada aku,pemuda beriman akhir zaman..Doakan aku agar cepat bertemu jodoh agar nafsu aku dapat disalurkan kepada saluran yang betul seterusnya Allah redha terhadap aku..Download hadis

 

 

 

 

 

 

No comments: