Aku Dipaksa Berbahasa Bidayuh!!


Hari ini aku agak lambat untuk menulis blog berbanding hari-hari biasa kerana terdapat perkara yang tidak dapat aku elakan berlaku.Kali ini aku ingin bercerita balik tentang keislaman aku..
Semasa aku berumur 8 tahun,kami sekeluarga telah berpindah ke Sarawak kerana ayahku telah mengambil keputusan untuk bersara daripada menjadi seorang tentera.Ayah lebih selesa bekerja sebagai petani dan hasilnya aku kira lebih mewah berbanding ketika ayah masih menjadi seorang tentera dahulu.Aku tidak ragu dengan status halal apa yang kami makan kerana semuanya kami usahakan sendiri.Kebanyakan hasil pertanian kami jual kepada penduduk kampung ini sendiri.

Di Sarawak,aku bersekolah di SRB(sekolah rendah bantuan) St. Jude..Sekolah ini dibuat oleh pihak missionari Kristian iaitu sebahagian daripada usaha mereka untuk mengembangkan dakwah di kalangan penduduk kampung.Di sekolah aku telah bergaul dengan kanak-kanak bangsa Bidayuh yang mana satu patah apa pun yang mereka cakap aku tidak faham.Aku selalu diejek kerana tidak pandai bertutur dalam bahasa Bidayuh...Tapi semua itu tidaklah menjadi masalah besar buat aku kerana ayahku sendiri orang Bidayuh dan bila-bila masa sahaja aku boleh belajar bahasa itu.Pelajar di sekolah aku ni semuanya beragama Kristian.Suasana keagamaan amat terasa..Setiap pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran,kami akan membaca doa pagi yang akan diketuai oleh seorang pelajar yang ditugaskan mengikut giliran.Aku sendiri selalu mengetuai bacaan doa tersebut.Pada hari Jumaat pula,selesai sesi pembelajaran,sebelum balik ke rumah kami akan diajar sedikit tentang agama Kristian.Kelas agama ini dikendalikan sendiri oleh guru kelas masing-masing.Aku amat seronok mendengar cikgu yang mengajar kelas aku bercerita terutama cerita tentang kisah hidup Jesus.Sebelum cikgu mengajar,dia akan meminta kami membaca 4 surah seperti yang aku pernah terangkan dahulu.Aku amat bersemangat membacanya kerana aku telah lama menghafalmya..Pelajar lain juga fasih membaca 4 surah tersebut tetapi mereka membacanya dalam bahasa Bidayuh.Aku yang hanya menghafalnya dalam bahasa Melayu hanya mampu mengumat kamitkan mulut tatkala pelajar lain membacanya.Aku juga pernah di marah sebab tidak menghafal surah tersebut dalam bahasa Bidayuh..Apakan daya aku,baru beberapa hari tinggal bersama orang Bidayuh.Di rumah kami, cuma bercakap mengikut bahasa mak iaitu bahasa Iban.Aku agak geram apabila cikgu seolah-olah tidak bertimbang rasa dengan aku..Aku telah meminta ayahku untuk mengajar aku berbahasa Bidayuh.Aku juga meminta ayahku mengajar aku membaca surah atau doa tersebut dalam bahasa Bidayuh..Buat pengetahuan kalian semua,adik beradik ayah merupakan orang yang berpengaruh dalam aktiviti keagamaan di kampungku ini.Adik ayahku ada yang menjadi paderi dan altar boy..Abang ayahku pula seorang penghulu sembahyang iaitu orang yang mengetuai upacara sembahyang yang dijalankan selain di gereja..Mereka inilah yang banyak mengecam aku dahulu semasa di awal keislamanku..
Keazaman aku untuk belajar agama Kristian semakin tinggi apabila melihat betapa adik-beradik ayah dihormati kerana berperanan dalam setiap upacara sembahyang.Aku pernah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz agama secara berkumpulan pada tahun 1995.Aku amat bangga apabila kumpulan aku berjaya menjadi johan pertandingan tersebut.Hadiah berupa kitab bible yang kecil masih aku simpan hingga ke hari ini..Melalui kitab inilah aku cuba berdakwah tetapi yang peliknya melalui kitab ini jugalah hati aku telah terbuka untuk memilih Islam.Ini bukanlah disebabkan pertentangan ayat di dalam kitab itu semata-mata..Aku lebih suka melihat makna disebalik ayat yang ditulis di dalamnya..contoh di dalam Lukas1:27-38...Maria telah bertanya kepada Gabriel (nama malaikat) bagaimana dia boleh hamil sedangkan dia seorang perawan..Gabriel jawab roh kudus,kuasa Allah yang maha tinggi akan menaungi Maria.Bagi Allah tiada yang mustahil.Maria pun jawab, "Aku ini hamba Tuhan,biarlah ia terjadi padaku seperti kehendak Allah". Persoalan,siapakah Allah ketika itu?Adakah dia Jesus yang dikandungkan?Bukankah mereka mendakwa Jesus itu tuhan..Andai mereka menganggapnya bukan dan hanya anak,Allah beranak?Maria sendiri mengaku dia hamba tuhan,hamba Allah..Adakah seorang ibu akan mengandungkan seorang tuannya?Kalau Maria hamba,mengapa dia diiktiraf sebagai bonda Allah di dalam doa Salam Maria?...Setakat inilah dahulu..Aku harap kalian sentiasa mendoakan moga keluarga aku juga Allah bagi hidayah mengikut jejak langkahku memilih Islam sebagai agama yang dianuti..Ingatlah..
"Tidak layak bagi Allah mempunyai anak Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia"-Maryam:35
"langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak"-Maryam:90-91

 

No comments: