Lagu Hindi!??


Fuh!Kenyang sungguh!(Maka akan ada orang yang membaca ni cakap,apalah fuh2,sepatutnya cakap Alhamdulillah..)Selewat 515am aku menghabiskan sisa makanan terakhir di pinggan aku(5minit sblum subh msk)..Sedap juga mak aku masak..Mulanya aku bercadang untuk masak sendiri tetapi mak aku memvolunteerkan dirinya untuk masak maka aku menggunakan peluang itu untuk bertemu dulu dengan kekasih aku.Awal pagi dah jumpa kekasih..?Sayanglah katakan..
Malam tadi ada seseorang yang aku anggap sebagai fan yang paling menyayangi aku bertanya, "Awak tak doakan untuk kita ke?"..Aku yang cerdik ini(Maka akan ada orang yang membaca ini cakap aku riak..aku tahulah riak 2 syirik kcl)tahu apa yang dia nak..Dia nak aku doakan agar hubungan aku dan dia Allah pelihara dan doa agar jodoh kami panjang maka aku pun menjawab dengan selambanya, "Saya memang selalu mendoakan tapi doa saya umum..Doa untuk semua orang"..Dia pun kata, "Oh yaka..takpalah kalau macam tu"..Aku dapat mengesan nada kecewa dalam kata-katanya seterusnya aku berkata balik kepadanya, "Kalau awak nak saya doakan agar hubungan kita terpelihara,agar jodoh dipelihara maka awak akan melihat tanda-tandanya..Apabila Allah menjaga hubungan kita tandanya ialah tidak ada lagi mesej-mesej sayang dan rindu,tak ada lagi awak kecewa apabila saya tidak membalas mesej awak,awak tidak akan kecewa apabila saya jarang call awak,awak tak akan mengharap untuk bertemu berdua seperti dahulu,awak tak akan memberi sms yang sia-sia,dalam mesej awak akan sentiasa mengadungi nasihat agar kita berubah agar Allah lebih kita cintai dan awak akan sentiasa mengingatkan saya tentang betapa hampirnya kematian dengan kita..Kita akan dikatakan ada jodoh apabila kita dah menikah nanti..Jadi tak perlu saya doakan dulu moga jodoh kita panjang..Saya doa moga kita tak terjebak dalam melakukan zina je..hi2"..Hm,aku harap dia puas hati dengan jawapan aku itu..Cukuplah aku bagi contoh semudah itu tanpa menghuraikannya dengan ayat-ayat quran dan hadis.. Ingatlah,kalau korang cintakan Allah maka segala apa yang ada di langit dan bumi akan mencintai korang..
"Orang yang belas kasihan akan dikasihi Ar Rahman kerana itu sayanglah apa yang ada di muka bumi nescaya yang kamu akan disayangi mereka di langit"-(HR Al Bukhari)
Korang tahu tak aku ni minat lagu hindi..walaupun tak faham tapi irama dia best..Ala,korang tak payahlah cover2 cakap tak minat..buat2 geli gelemanlah..aku tahulah korang minat nasyid,minat rabani,hijaz,shoutul harokah,maher zain..hi2!Sambil menaip aku menyanyi.. Aete jate jomil tahe tumsat laghetahe..humto pagal toha jaenge..Ish2..Jiwang sungguh diriku..Tak faham pun nyanyi..Sebut pasal tak faham ni,korang faham ke apa yang korang baca masa solat?Kalau Al Fatihah korang mungkin hafal tapi korang tahu ke makna tahiyat yang korang baca?Korang tahu ke makna doa iftitoh,makna doa qunut..Makna lafaz niat posa yang korang asyik sebut2 tu korang faham ke maknanya?Dah tua2 pun tak faham lagi ka?Maka dengan itu janganlah korang merasa hebat,ilmu tinggi,penjawat awam beriman dan sebagainya..Korang sama ja dengan aku yang menyanyi lagu hindi ni..hi2 takpe,boleh balik buka buku dan tanya ustaz korang...
Lagu kaho na pyaar hai pula berkumandang...Merdu sungguh!Belum mula nyanyi dah cakap I love U..begitulah kita,meletakkan cinta agung kita kepada manusia tanpa menyedari cinta yang selayaknya adalah untuk Allah..Makwe atau pakwe korang tu apa ada..kadang-kadang mereka tu pinjam duit korang sebab poket kempis..cinta agung pada orang yang pokai,apa kelas?!Nafsu punya pasal..Tengok hensem dan lawa maka lupalah korang pada Allah.Mungkin ada kapel islamik yang membaca ni akan terasa..Mungkin mereka akan cuba membelek-belek quran dan kitab hadis untuk mencari ayat yang menghalalkan apa yang mereka buat tu..Tak payahlah..Bak kata kawan aku,beza cinta korang dengan yang tak islamik tu ialah korang bertudung labuh dan berkopiah..Apa yang korang buat hakikatnya sama,Allah tak suka..Sama seperti seorang yang berpenyakit kusta yang memakai pakaian sutera yang mahal,dari luar kelihatan cantik dan bergaya tetapi penyakit disebalik baju tersebut amatlah menjijikan..Bagi yang suka duduk berdua-duaan macam laki bini korang ingatlah,4 perkara yang akan mematikan jiwa:
1.Duduk bersama orang kaya
2.Jarang berzikir
3.Banyak makan
4.Banyak berbicara dengan wanita
Sekianlah dulu sedikit nasihat daripada aku..Aku akan sambung balik kisah keislaman aku esok kalau Allah izinkan aku hidup sampai esok.Doakan aku moga aku sihat dan Allah terima amal aku.Aku akan tetap doakan korang.Doa yang paling baik ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya tatkala sahabatnya itu tidak mengetahui ada orang mendoakannya..
P/S..Pg tadi macam biasa aku bangun 433 am.Takda maknanya aku jumpa kekasih di pagi2 buta macam 2.Kekasih yang selayaknya aku jumpa waktu2 mcm 2 ialah Allah..Moga ditanamkan di dalam diri korang perasaan cemburu melihat orang lain beramal lebih daripada korang seterusnya korang tiru orang yang korang cemburui itu..Bimbang Allah tanya amal apa yang kita bawa untuk melayakkan kita mendapat syurganya..Mendengar lagu hindi?Jauh sekali..hihi..Assalamualaikum..Mataashita..

No comments: