Hahahahaha!!

Setelah sekian lama aku menghabiskan sisa-sisa menganggur aku bersama PC aku yang tercinta ini maka mulai esok beliau terpaksa aku tinggalkan buat seketika.Aku merasa amat sayu dua kali kerana aku tahu beliau pasti akan merindui aku yang menjadi teman setianya..Cinta aku terhadap beliau melebihi cintaku terhadap hafiza(siapa pula beliau ni?)Hi2..

Mulai esok dengan rasminya aku akan menabur bakti yang agak ikhlas di Hospital Umum Sarawak dan akan berjumpa dengan beratus-ratus pesakit setiap hari.Apabila menganggur,aku teringin sangat untuk bekerja tetapi apabila diminta melapor diri,aku rasa macam malas pula..Segala kacang panjang,bendi,nyamuk,kerengga,tupai,ular dan huma tentu akan menangis apabila aku tidak menjenguk mereka lagi.Bersabarlah kalian kerana aku pasti akan balik bersama buah tangan berupa baja tahi ayam buat kalian.Aku berharap kalian akan menyukainya.

Begitu juga dengan encik Shinobu yang selalu bermanja dengan aku.Setiap hari aku akan memberikan sisa-sisa makananku kepadamu maka tanggungjawab itu aku serahkan dengan secara penuh hormat dan takzimnya kepada ibuku..Aku sayangkan encik Shinobu seperti aku sayangkan diri aku.Aku harap engkau menambahkan kecekapan dirimu dalam menangkap tikus-tikus yang aku tak pernah tengok berkeliaran di rumahku.Mungkin mereka takut akan dirimu encik Shinobu..(xpyh maju pun xpa....tikus xda..dkt rmh hafiza adalah...Siapakah hafiza?!!Hi2)

Kepada gadis manis yang banyak mengajar aku erti kepantasan dan penjimatan masa,cik wantu-o,Jumaat ini aku akan berjumpa dengan mu.Aku amat merindui kepantasan dirimu tatkala mengejar kancil-kancil yang berkeliaran di jalan raya.Aku amat sedih apabila dirimu terpaksa dibedah kerana mengalami obstruksi usus..Adakah engkau tahu,aku terpaksa menghabiskan rm 320 bagi menampung kos pembedahan dirimu..(ala....kos bedah...baru rm320..Hoi!!Jangan cakap baru 320..kaya ek..)

Akhir sekali,semoga perpisahan selama beberapa tahun ini akan menambahkan lagi kasih sayang antara kita.Aku berharap kalian tidak melupakan aku kerana aku pun tidak akan melupakan kalian...Huhu...Aku pun menangis...(sambil mendengar lagu kuch-kuch hota he..)sambil mengesat air mata kerana kesedihan,aku tersenyum apabila ada orang yang membaca apa yang aku tulis ini...padan muka korang..hihi!(tak baiknya aku...astaghfirullah...)


 

Post a Comment