Video Lucah Percuma?


Assalamualaikum dan salam mengundi sabtu ni buat warga sarawak..lama juga rasanya aku tak update benda ni.Lama juga aku tak mengepost sesuatu yang betul-betul menusukhati.Cit!Nama tak serupa bikin..
Pagi tadi aku mendapat peluang untuk menyampaikan tazkirah subuh tetapi disebabkan aku tiada persediaan dan diminta secara mengejut maka aku cuma menyampaikan secara tunggang langgang..Kalau tak,boleh juga aku tasykikl pak-pak haji tu keluar 3 hari.
Salah satu hadis yang aku baca pagi tadi,hadis ke 33 dari kitab hadis qudsi,antara maksud yang disampaikan ialah daripada 1000 orang maka cuma ada seorang sahaja yang akan masuk syurga.Yang lainnya masuk neraka.Hm..daripada 999 blogger,maka mungkin kesemuanya masuk neraka (kita berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut.Aku tahu kita ni cuma manusia dan sering membuat dosa namun janganlah kita berasa bangga dengan dosa yang kita lakukan.Janganlah kita cakap kita yang muda berkata “masa masih panjang.Kalau tak enjoy sekarang bila lagi?”.Blogger yang suka menyumpah seranah dan berkata kesat tu agak-agaknya tatkala dia menaip perkataan mencarut dia tu dan tiba-tiba mati kena renjatan elektrik daripada PC dia kalau dia mati dia akan tergolong antara 999 ahli neraka tu tak?Aku..yakin ja..Setiap kejahatan sebesar zarah sekalipun akan dibalas kalau kita tak bertaubat.
Tidakkah kita membaca berita..budak umur 15 tahun pun boleh mati accident..Budak umur 25 tahun pun boleh mati kena kanser.Dulu masa sekolah rendah,aku ada seorang kawan yang jarak umurnya dengan aku kira-kira 5 tahun.Budak darjah 6 kawan dengan budak darjah 1.Hm..nak buat macam mana,pengawas sekolah.Satu sekolah pun respek(sekolah rendah jelah kalau sekolah menengah mungkin akan digelar sebagai anjing cikgu).Kawan aku tu,masa sekolah dia seorang yang amat bijak.Masa UPSR,dia dapat 5A.tambahan pula dia anak sulung dalam keluarganya.Semasa aku di tingkatan 5,aku terkejut mendengar kabar dia meninggal dunia akibat leukemia..Umur muda lagi,12 tahun..baru je dapat berita gembira dapat 5A..Baru je dapat tawaran masuk sekolah berasrama penuh..
Pagi tadi,seorang artis terkenal telah dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan..aku membayangkan suatu ketika dahulu korang yang membaca ni merupakan salah seorang peminat setia artist tyu..sekarang korang bayangkan saat ini korang meminati seorang penyimpan dadah.Apa macam,cool tak?
Di rumah wak AG..(tiada kaitan dengan yang hidup sahaja)
“Wak AG!siapa idola awak?”-kata cikgu Shida kepada wak AG,anaknya yang sulung.
“Idola saya,penagih dadah..”kata wak AG dengan muka yang cool..
Aku rasa kalaulah betul keluar dialog seperti tu mesti aku sendiri akan tergelak sambil memberi sedas tumbukan padu kepada kepada budak tu..
Apa nak jadilah..idola pelik2..yelah..kalau nak cakap idola kita Nabi saw,mestilah malu..solat tinggal,baca quran pun tak…mandi wajib pun dekat2 jam 12 tengahari..Yangb lelakinya,tak kahwin lagi pun hamper setiap hari mandi wajib..uik?lelaki belum kahwin pun boleh mandi wajib setiap hari?Pelik sungguh…
Sekian..patients dah ramai tu..aku nak buat2 busy dulu..ok chow liow!
P/S:Err…korang dah tengok ke video lucah datuk A tu?Aku bayangkan,ada 10 orang Datuk sedang menonton video tu dekat bilik meeting sambil makan popcorn..Lepas tu dating kampong aku kempen sambil menyelitkan unsure-unsur penuh kesopanan dan janji-janji manishahaha!Lucah sungguh korang semua ye…Sekian…



No comments: