Pesanan Socrates Buat Blogger


Assalaamualaikum….(intonasi macam professor Ezy Hot FM bagi salam).Bertemu kembali kita dalam siri tazkirah bersama aku yang bukan seorang professor..

Pada hari Ahad yang indah lagi rupawan  ni,aku nak kongsi sikit cara mengurangkan aktiviti mengumpat dengan korang dengan harapan aktiviti berdosa itu dapat korang tinggalkan..Cara ini aku ambil daripada kawan aku, Socrates,salah seorang ilmuwan Greece pada zaman dahulu.

Suatu hari,datanglah seorang kawan aku yang bernama Mehad berjumpa dengan aku ketika aku sedang berblogwalking di rumah sewa aku..Pada waktu yang sama juga aku tengah makan kopok lekoq yang aku beli dekat Tanjung Dawai dahulu..
“Bro..kau nak dengar satu cita hot tak?Lagi hot daripada marka lu tu!”
Pang!!Aku membalingkan kopok lekoq yang baru separuh aku gigit ke muka Mehad..
“Hoi!Marka2 jangan sebut ok..kita ni antara orang yang paling cool dekat kolej ni..marka2,tak main ok…Bro,sebelum kau citakan apa yang yang kata hot tu,kau kena jawab beberapa soalan ku..ok?”,kata aku..
Mehad mengangguk lemah sambil memasukan kopok lekoq yang aku baling tadi ke mulutnya..
“Pertama,kau yakin ke apa yang kau nak bagitu aku tu benar ke tak”
Mehad Jawab… “Entahlah Bro…aku dengar daripada Atikah tadi dan…”
 “Sudah!Hm…Kau rasa cita yang kau nak sampaikan ni tentang kebaikan ke keburukan orang tu?”, kata aku sebelum sempat Mehad menghabiskan kata2nya..
“Tak tahulah bro…yang aku dengar bercanggah daripada tu’’,kata Mehad.Aku sempat melihat Mehad membetulkan kedudukan anu nya yang mungkin tersalah parking..
“Jadi?Kau nak bagitahu tentang keburukkan orang lain kat aku lah ni ye…No way bro…”,kata aku sambil mata aku memandang skrin PC.Ada seorang gadis sedang request untuk menjadi kawan aku dekat facebook..Tanpa pikiaq panjang,aku accept ja..Asalkan gadis,memang aku tak akan pikiaq panjang..terus accept..kalau laki2,aku akan buka dulu profile dia..tengok dulu komen dia kepada kengkawan yang lain..kalau kool,aku accept..
“Tak juga bro tapi sekurang-kurangnya kau dengarlah dulu…”
Sambil mengangkat tangan kanan dan membuat isyarat menunjuk dengan jari telunjuk ke atas siling,aku pun mengerak-gerakan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan… “No,no,no…Ok,soalan last…kau rasa apa yang kau nak sampaikan tu berguna ke tak untuk aku…”
“Tak kot..”,jawab Mehad..Dia mula memasukan sepuntung rokok ke dalam mulut seterusnya mengambil pemetik api daripada poket seluarnya yang belah kanan..Dia pun memetik api dan menghidupkan rokoknya…Aku dengan pantas mengambil puntung rokok tu dan aku tenyeh puntung rokok tu ke atas tilam kawan aku..Kesian tilam kawan aku tu..
“Bro…jangan merokok kat sini boleh tak?Ok…kalau apa yang kau nak cerita tu kau pun tak tahu betul ke tak,kau tak tahu dia tentang kebaikan atau keburukan orang lain ke tak dan k au tahu benda tu tak membawa kebaikan kepada aku,baik kau blah dari sini..Aku nak facebooking pun susah.Bro,kau tahu tak apa definisi rokok?Rokok ialah beberapa cubit tembakau yang disalut oleh kertas dengan bara di hujungnya dan si bodoh di hujung yang lagi satu.”
Aku melihat Mehad menarik muka masam menuju ke pintu bilik aku..Aku tahu dia agak
marah..Sebelum dia keluar,aku pun berkata pada dia,
“Bro….(sambil membaca sepotong ayat quran daripada surah Al Hujurat ayat 12 berserta
maksudnya)…”
Sambil membuat muka insaf,Mehad pun beredar…
Sekian,janganlah mengumpat dan berprasangka ok..Nanti masuk neraka,diri sendiri jugalah yang susah (Berlindung kita dengan Allah daripada perkara itu)

P/S:Doakan agar aku dapat pindah keja kat Kedah agar dekatlah aku dengan si dia ya...Peace no Facebook..

No comments: