Ditipu Si Buncit


Henfon Yang Legend
Assalaamualaikum dan selamat mengundi buat warga Sarawak yang gemar memancing undi..
Petang ni aku nak kongsi satu tip mudah yang korang mungkin dah tahu…Suatu ketika dahulu,aku sebagai seorang yang sentiasa mengikuti arus berkembangnya teknologi henpon Nokia sering menukar2 henpon untuk mendapatkan henpon model terbaru telah ditipu oleh seorang tokey henpon yang hampeh..
Al kisahnya….
Suatu hari aku berjumpa dengan seorang tokey henpon tempat aku..Tokey tu rambutnya hampir tiada,spekmata besar dan perutnya agak membuncit..Bertanya aku kepada beliau,
“Alo uncle!Pa kabar?”-Seolah2 dah lama kenal dengan harapan akan mendapat diskaun kaw2 daripada tokey henpon itu..
“Alo!Kabar baik!Nak beli henpon model baru ka?Ada...itu butterfly punya nokia..Ada mau ka?”-kata uncle sambil menyuakan henpon nokia itu..
“Oh…Berapa satu?”…Ceh!Macam nak beli ikan dekat nat kuala nerang je..Berapa sekoq?
” Murah je...dalam rm450 je...Sama lu,uncle bagi diskaun..Uncle bagi rm380.Apa macam?”...Ha..!!kan aku dah kata,kalau kita buat2 kenal dengan uncle buncit tu,konfem dia bagi diskaun kaw-kaw punya...
”Uncle!lu telima tled in ka?Ini henpon belapa lu angkat?’ kata aku sambil mengeluarkan henpon 3310 kepada uncle..
”Oh..uncle angkat rm50 ja..ok?”..Hampir sahaja aku mengkarate tengkuk uncle yang seolah2 membuat lawak kering kat aku..
”Lu gila ka uncle?Gua beli ni rm350 lu angkat rm50 saja..mana boleh itu macam..”
”Ok,satu latut,apamacam?”
Tanpa pikiaq panjang,aku membeli henpon tu dan kembali ke hostel..Bolehlah aku show off dekat kawan-kawan perempuan aku nanti..
Sampai di rumah,belum pun sempat aku bermain henpon tu,rumet aku dengan selamba badaknya mengambil henpon yang sedang berada di tangan aku..
”Hoi!kau nak buat apa?henpon mahal tu..Rosak,sampai pencenlah kau tak akan mampu membayarnya” kata aku dengan bongkak..
”Ala..japlah..nak baca mesej..mana tau ada mesej lucah kau dengan makwe kau”..
Tiba-tiba, ”Bro!Bila kau beli ni?kau beli henpon sekenhen erk..”
”daklah,baru tadi”...kata aku dengan saspen..
”kau dah kena tipulah bro...”
Sambil melihat dia menekan angka *#92702689# keluarlah perkataan lifetimer 1:05:33
Hu...amat kecewalah aku..Cis!patutlah si buncit tu bagi diskaun kaw-kaw..Barang sekenhen rupanya..Sekian....
P/S: kod yang terpampang adalah kod rahsia oleh nokia untuk mengetahui sama ada produk yang kita beli tu adalah betul-betul baru atau barangan terpakai...selamat mencuba
P/S2:Ada lagi kod lain,nanti aku ajar..untuk sony ericsson aku tahu satu je n nanti aku kongsi. (Sambil makan nasi dengan sosej ayamas dan dicicah dengan sos kimball sahaja..Kesiannya aku..ada isteri tapi hidup macam orang bujang...)


No comments: