Blogger Sombong?

Assalamualaikum..selamat hari gaji kepada para penjawat awam sekalian..

Baru je balik dari mengaji kitab muqodimah hadhromiyah dekat tempat aku..kitab fiqh mazhab syafie..

Masa melangkah keluar dari pintu masjid tadi,aku terserempak dengan seorang budak perempuan yang sangat comel..Hampir sahaja aku tergoda dengan beliau walaupun baru berumur kira-kira darjah 4.Dalam kepala aku ada terfikir,kakak budak ni tentu lebih cantik..mesti best kalau dapat jadi isteri aku..Opss!!hehe!Sesungguhnya aku mengahwinimu kerana kecantikan yang ada pada mu..hehe..dan faktor-faktor lain yang aku rahsiakan..

Sebelum memulakan kelas tadi,pakcik ustaz tu ada baca sedikit hadis berkaitan dengan tiga punca maksiat yang utama.Sombong,rakus dan hasad..Aku cuma nak cerita sedikit sahaja iaitu bab sombong..

Blogger sekalian,janganlah dalam diri  korang ada sedikit pun perasaan sombong di dalam hati sebab sombong itu pakaian Allah..Mungkin ada di antara kita yang terbit sedikit rasa sombong apabila mendapat ramai followers,selalu dapat jadi popular post,dapat banyak komen dalam blog dan sebagainya..Ingat,apa jua bentuk sombong akan mengheret kita ke neraka..(berlindung kita dengan Allah daripada perkara itu)

Andai kata korang degil juga dan terasa ingin menjadi sombong maka korang juga boleh dikategorikan sebagai makhluk yang amat bangang.Sebabnya korang dah tahu sombong itu balasannya neraka.Bayangkan,seseorang itu tahu bahawa tahi itu adalah najis tetapi dengan sengaja mencampurkan tahi itu ke dalam nasinya untuk dijadikan lauk.Bukankah itu satu kebangangan?

Korang mesti lebih expert dan tahu kenapa Iblis tu masuk neraka..Puncanya,dia sombong..Bukan ada buat dosa lain macam kita pun..dia cuma tak sujud je kepada Adam as..Disebabkan sombong dia Allah laknat menjadi penghuni neraka.Kita?Lebih daripada tu kan..Sombong,belagak,ujub,menipu,rasuah,zina,songlap duit syarikat,mengata orang di dalam blog mengumpat,gosip melodi dan sebagainya..Kalau nak dibandingkan amalan kita dengan iblis,macam langit dengan bumi.Iblis tu makhluk yang paling setia pada Allah suatu ketika dulu.Iblis pernah sujud di bawah arasy dan di bumi sebelum manusia diciptakan.Iblis pernah mengetuai para malaikat yang lain bagi mententeramkan para jin yang bergaduh di bumi sebelum manusia dicipta.

Lagi,bila terbit rasa sombong dalam diri korang,ingatlah dari mana asal usul korang.dari batu permatakah?dari api kah?dari cahaya kah?Sebaliknya kita ni semuanya berasal daripada sari pati air yang hina iaitu sperma..kalau terpercik sperma tu dalam Teh O ais korang,tentu korang jijik untuk meminumnya.Tol tak?Yang lelaki tu tahulah macam mana bentuknya cecair sperma tu kan?Coverlah tu..

Ingatlah juga,apabila korang termasuk aku ni mati nanti,semuanya akan menjadi bangkai yang busuk.Bangkai yang menjadi makanan kepada ulat.Mungkin ramai di antara korang tak pernah cium bau bangkai manusia..Aku,sampai sekarang masih terbayang bau tu dekat hidung.Mayat orang bunuh diri guna senapang patah yang dekat seminggu berada di bilik mayat.

Dan ingatlah juga,setiap korang termasuk aku ada mempunyai perut.Sesombong mana pun kita,ke mana sahaja kita pergi ni kita ni cuma membawa najis ke di dalam perut.Sombong tapi lupa,dia tu banyak membawa kekotoran dalam perut.Kalau tak percaya,cuba bedah perut tu,tengok isinya..Wangi ke tak..kalau yang mengaji perubatan tu tahulah sikit-sikit kot.Pernah dulu beg kolostomi terburai..Pergh!!semerbak baunya satu hospital.Kawan aku ada yang termuntah mencium harumnya bau yang terbit daripada beg kolostomi tu..

Err..sekianlah dulu..Ada unsur marah ke post aku tu?Maaf kepada yang terasa..Masa tengah lapar ni memang buat aku banyak berfikir..Ok,aku nak masak maggi dulu..2 bungkus maggi kari…Kesiannya,ada isteri tapi makan maggi macam orang bujang..




Post a Comment