Tak Salah Membuncit


Sahabat Baik
Pada suatu hari,Najib dan Karpal sedang berjalan-jalan di tepi pantai..Sedang mereka berjalan-jalan,Najib pun kehausan lalu meminta sedikit minuman 100 plus daripada Karpal.

“Hoi!Setin 100 plus pun tak mampu nak beli ka?Harap projek je juta-juta”, kata Karpal sambil menjentik kuat telinga Najib.Najib yang hampir menangis disebabkan jentikan deras daripada Karpal pun menulis sesuatu di atas pasir pantai.

HARI INI MEMBER BAIK SAYA KARPAL TELAH MENJENTIK TELINGA SAYA DENGAN KUAT

Kemudian mereka pun meneruskan aktiviti outdoor mereka di suatu kawasan sungai yang indah.Kalau tak silap aku tempat mereka pergi itu ialah Ulu Yam..Mereka merancang untuk mandi bersama-sama di dalam sungai tersebut.Dengan keadaan berboxer sahaja,mereka pun terjun ke dalam sungai.Mereka sempat juga bermain percik-percik air lagak seperti sepasang kekasih yang sedang memadu asmara.

Najib yang kalah dengan permainan percik air itu pun merajuk seperti kebanyakan perempuan yang lain pun terjun ke dalam sungai.Tanpa disedari,Najib yang dijentik telinganya tadi telah tersangkut kakinya oleh akar kayu di dalam sungai dan hampir mati lemas.Karpal yang tiba-tiba menyedari perkara itu pun terus menyelam menyelamatkan Najib.Dengan sedikit bantuan CPR,pernafasan mulut ke mulut,Najib pun tersedar dan pulih daripada lemas.Dia pun menulis sesuatu di atas batu.

HARI INI MEMBER BAIK SAYA KARPAL TELAH MENYELAMATKAN NYAWA SAYA DENGAN BANTUAN CPR,PERNAFASAN MULUT KE MULUT.

Sambil mengusap rambut Najib yang hampir botak,Karpal yang kehairanan pun bertanya,

”Bro..tadi kau tulis atas pasir,sekarang kau tulis atas batu.Kenapa?”

Najib dengan wajah yang suci lagi nerd pun berkata, ”Apabila seseorang menyakitkan kita,kita patut menulisnya di  atas pasir agar angin kemaafan dapat memadamkan kesalahan itu.Tetapi bila seseorang berbuat baik terhadap kita,hendaklah kita menulisnya di atas batu agar tiada apa-apa pun yang mampu memadamkannya”

P/S:Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah menyahut seruan ilahi.Sekian,semoga kita sama-sama dapat meneladani sikap Najib yang mulia itu..


No comments: