Masih Pening

Assalamualaikum…selamat sore..kabare?

Teringat aku dengan apa yang pakcik ustaz ceramahkan semasa kuliah subuh tadi..Tentang peel orang melayu dekat Malaysia yang amat pemurah dan baik hati..Ni dia cita dalam bab solat berjemaah..Ada 3 perkara dia kongsikan..solat di saf pertama,solat awal waktu dan merapatkan saf..Aku taip ni sebelum aku terlupa n tak sampai kepada korang yang mungkin malas datang solat subuh secara berjemaah di masjid..Bukan malas,tapi sebab hati korang tak ingat Allah maka Allah pun akan lupa dekat korang seterusnya tak terpilih untuk ke masjid walaupun rumah korang tu sebumbung dengan bumbung masjid.. (memanglah korang tak akan pergi sebab tempat aku ni jauh sangat-sangat dari tempat korang tu.Hi!)

Bagi aku,kadang-kadang tak ada kompromi untuk menjadi lokek dalam sesuatu perkara..contohnya masa solat.. Pakcik ustaz tu cakap,Allah telah menjanjikan pertolongan dan rahmat kepada orang yang datang solat secara berjemaah..So,kalau korang dalam kesusahan lepas tu minta tolong dengan Allah tapi pertolongan tak sampai,jangan salahkan sapa-sapa..Periksa dulu,korang datang masjid ke tak masa nak solat fardu.kalau parti yang korang sokong tu kalah,redha jelah..Anggap je Allah dah bagi yang terbaik untuk kita untuk menjadi pemimpin kita.Kalau korang dikejami oleh orang yang menang tu,nak buat macam mana..Pertolongan Allah tak sampai kepada korang..Masa nak mengundi baru nak bersolat hajat memanglah tak jadi..Masa susah baru nak ingat Allah..Kalau tak dapat kerja lepas grad U nanti walaupun dah 3 4 tahun menganggur,check dulu amalan korang ye..Ingat je,Allah tak akan sia-siakan hambanya yang taat kepadanya..Allah tak akan sia-siakan hambanya yang sentiasa bersyukur kepadanya..

Apa bukti kita bersyukur?Buktinya dengan melakukan ketaatan kepada Allah..Apa bukti kita taat?Taat dibuktikan dengan mendirikan solat.Ingatlah itu selalu ok..Syukur bukan sekadar diucapkan di lidah… “saya bersyukur kerana terpilih untuk menjadi penyanyi wanita paling popular abad ini dan saya bersyukur kerana anda semua telah mengundi saya”-kata seorang artis yang bersyukur itu sambil membelai-belai rambutnya yang cantik lagi menawan itu..Ceh!Melayu pula tu..

Bab dalam saf pula,selalu sungguh aku melihat seseorang menawarkan saf yang di depannya kepada orang lain..Pelik sungguh.Tak tahu ke rahmat tu lebih banyak diturunkan kepada saf-saf yang di hadapan.?Ni tak..buat-buat sopan,bagi orang lain..Tapi kalau kena kat aku ok juga.tak payah aku sussah-susah nak cari saf depan.Kalau aku,aku tak kira.Pengarah hospital ke,Datuk T ke,kalau lambat,buat cara lambat..aku tak akan bagi peluang dia ambil tempat aku.Nak buat macam mana,amal tak banyak,bekalan mati pun tak cukup lagi..
Watak Sampingan

Solat awal waktu,korang sendiri tahu..Dengar je azan automatik kena tahu masa solat dah masuk.Tak payah buat-buat sibuk menaip asgmnt,tak buat-buat sibuk melipat baju suami (jangan marah ye sayang),tak payah buat-buat sibuk bancuh ayaq kopi (ni pun,sayang jangan marah ye)..Apa-apa benda yang boleh ditangguh,tangguhkan dahulu sebelum korang dikatakan mensyirikan Allah secara tak sedar.Yelah,kita mengaku Allah maha besar tetapi dalam masa yang sama kita mendahulukan benda lain yang tak berapa nak penting..Ada juga tempat aku,doktor buat-buat busy..kes yang tak berapa nak urgent di go a head sampai terlajak waktu solat Jumaat.Apa punya doktor lah..

Lagi satu,selalu juga aku melihat orang lelaki sebelum solat dia kangkang luas-luas.Dia bolot habis satu sejadah yang dilintangkan.Masa sujud,dia rapatkan kaki..Masa bangkit,nampaklah kerengangngan pada saf tu..Yakin n konfiden lagi pasti,syaitan sedang join da club dalam saf tu.Allah dah kata,kalau saf ni kita tak rapatkan nescaya hati kita akan dipecah-belahkan..sebab tu kita tak perlu hairan parti ni tak suka parti tu,parti tu main rakam video panas,parti ni main usung-usung tilam keluar masuk court..Kalau bersatu hati,tak akannya perkara ni akan terjadi.Tadi ustaz tu ajar,tunggulah imam tu habis melakukan suatu rukun perbuatan barulah kita melakukan rukun perbuatan tersebut..Ataupun,tunggulah habis huruf ro pada perkataan bar dan habis huruf ha pada perkataan dah.barulah kita berubah rukun perbuatan.(ni kena mengaji secara bersemuka dengan pakcik-pakcik yang alim).tapi ada juga imam yang memeningkan makmum..belum pun sempurna rukun perbuatan,dia lagi dulu menamatkan bacaan ro dan ha.Isk2..Kena mngaji lebih lagi ni sebelum jadi imam..

Sekian..macam panjanglah pula..Tak pa,korang tak nak baca,aku sendiri akan baca n jadi peringatan buat aku yang masih budak-budak ni..

Soalan cepu pasir mas…mana satu korang akan pilih..

Semalam aku pening nak pilih calon..

Parti A,aku rasa parti yang sedikit kejam..parti B,agak baik..Parti A hantar calon orang beriman,yang B pula orang yang makan feveret dia kerbau pendek..So?nak undi parti sedikit kejam ke yang suka makan kerbau pendek walaupun dia daripd parti yang agak baik.Kejam aku tolak,kapiaq pun aku tolak..nak pilih yang mana?aku pilih nak g India,Pakistan dan Bangladesh jelah.kahkah!Sekian…

No comments: