10 Sebab Blog Kena Banned

Assalamualaikum..Selamat malam…selamat tengahari…selamat pagi… (sebab boleh dibaca bila-bila waktu kecuali waktu solat,kerja,terlantar sakit tenat dan memandu)
Suatu ketika dulu aku ada blog nama dia 1malaysia1islam tetapi blog tu pula dah kena banned.Aku sendiri pening kenapa blog aku tu kena banned.Bila aku cari dekat google maka antara 10 faktor ni aku pernah terjebak dengannya.Tentu korang menyesal apabila blog yang sudah sekian lama korang kembangkan,design yang mantop,traffik jammed macam dekat KL tiba-tiba kena banned..Huuh!!Aku sendiri pernah kena.Dengan sebab itulah lahirnya blog menusukhati ni sebab apa yang terjadi tu betul-betul menusukhati aku..Nak buat macam mana,orang bagi percuma maka bila-bila saja dia boleh ambil balik tanpa notis 24 jam
Sebagai langkah berwaspada,aku nak kongsi sikit tentang faktor-faktornya..
Apa sebab-sebabnya?
1.      Isi kandungan terlampau (18sx,sg,pl)
Isi kandungan berunsur 18sx memang dibenarkan oleh orang yang membenarkan tu tapi korang kenalah ubah setting dulu supaya keluar warning sebelum orang lain membuka blog korang yang terlampau.Macam blog PeTaNge
2.      Keselamatan Anak
Jangan membuat isi kandungan yang berupa pornografi budak-budak ataupun pedofilia.Buat juga mungkin blogger akan tamatkan akaun anda.
3.      Kenyataan berupa hasutan dan fitnah
Contohnya macam kata-kata yang boleh membawa kepada pergaduhan antara kaum dan agama.Isu kepala lembulah,perut babilah,masuk nerakalah..
4.      Isi kandungan yang banyak mencarut
Saja-saja menyumpah seranah kononnya dialah yang betul.Celaka itu ini,sial sana sini,pxxxmxk dsbnya..Hm,sekarang kau mencarut tapi nanti masa nazak sakratulmaut,trylah if u dare.
5.      Ancaman dan kekerasan
Berunsur ugutan.Aku jumpa kau aku bunuh.Kau tak luluskan projek aku,aku bom negara kau.
6.      Melanggar Hak Cipta
Ada sebahagian daripada blogger suka copy paste cita orang lain.Berkongsi cerita hot dengan harapan blog dia akan mendapat sambutan yang hot seperti blog orang yang dicopynya.
7.      Penyebaran Informasi Peribadi
Contohnya mendedahkan nombor pin kad ATM,nombor kad pengenalan,nama ibu seseorang dan sebagainya.takde kerja ka?
8.      Aktiviti Ilegal
Macam mengupload satu software yang yang korang beli dari kedai agar orang lain boleh download daripada blog korang secara percuma.Boleh bankrap kawan tu.
9.      Spamming
Tindakan spam ini seperti memberikan komen ke blog orang lain untuk tujuan promosi tanpa ada hubungan dengan artikel.Dia cari mana-mana blog yang femes,dia paste link dia buat promosi.Citt!
10. Virus
Jangan buat blog untuk menyebarkan virus atau kod berbahaya kepada pembaca.
Sekian,harap korang berwaspada sebelum apa yang korang usahakan tu tiba-tiba jadi tak berguna.

Semoga bermanfaat!
P/S:Ada banyak lagi tapi itulah saja yang aku baru tahu

No comments: