Sayang Si Karpal

25 minit sebelum turun kerja…

Assalamualaikum dan salam rindu buat isteri aku yang membaca post ini…

Terbaca aku akan satu lawak gila dalam satu buku…terimalah…

Suatu hari,ada seorang kaya bernama Karpal telah datang melawat ke sebuah kampung di pedalaman negeri Sarawak..Nama kampung tu ialah Kampung Nai Teh...Sedang Karpal memandu kereta Proton Savvynya yang kaler biru itu dia terpandang seorang ibu yang sedang memakan rumput.Karpal pun turun daripada keretanya lalu menyapa si ibu..

(Sambil membetulkan sesuatu melalui poket seluarnya),

Karpal:Bu,kenapa ibu makan rumput?

Ibu: Saya sangat miskin pak.Sejak ditinggalkan Najib iaitu suami saya yang botak itu,saya tidak mampu untuk membeli makanan.

Karpal: Kalau begitu,mari ke rumah saya ya bu..Saya janji akan membantu ibu..

Ibu:Tapi..saya ada 7 orang anak..macam mana?

Karpal: tidak mengapa..Ibu bawalah sekali ye..

Lalu si ibu pun mengajak anak-anaknya pergi ke rumah Karpal.Si bu amat musykil dengan kebaikan Karpal.Mungkinkah dia akan dilacurkan..Atau mungkinkah dia akan dijadikan hamba abdi kepada Karpal atau mungkihkah dia akan menjadi pengusung tilam ke mahkamah,atau mungkinkah dia akan diperiksa duburnya dan macam-macam lagi yang difikirkannya..Si ibu bertanya pada Karpal,

Ibu:Kenapa tuan Karpal begitu baik sama saya?

Karpal: (Sambil mendekatkan mulutnya ke muka si ibu..)Burgghh....(Sendawa durian Karpal dekat muka si ibu).. Tiada apa-apa bu..Kebetulan sahaja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang..

Sekian,harap terhibur..


No comments: