Motivasi Menusukhati

Assalamualaikum..
Suatu kelainan berlaku pada hari ini apabila aku dengan rocknya telah menemani mak mertua aku membeli belah di pekan Kuala Nerang..Sebenarnya aku tak ikut pun sebaliknya menyeleweng ke CC untuk beronline..Mak mertua aku pergi sorang2,sementara menantunya ni melayan internet..Amacam?Rock x?Nak buat macamna,bukan hobi aku shopping dekat pasar jual ikan n sayoq..

Disebabkan masa yang limited,korang terimalah kisah di bawah..Aku harap ia boleh menjadi iktibar dan boleh diambil pengajaran dpdnya..Sebarkanlah walaupun sepatah kepada kengkawan korang yang tak baca blog aku ini dengan harapan mereka itu lebih faham dan ingat akan apa yang aku sampaikan..

Alkisah...

Seorang penulis bernama Ashe,pemain lagenda Wimbledon yang terkenal telah mati kerana menghidap penyakit AIDS.Pada tahun 1983 Ashe telah membuat pembedahan jantung dan telah menerima darah yang telah dijangkiti oleh virus HIV.
Beliau telah menerima banyak surat daripada peminat daripada seluruh negara.Antara salah satu kandungan isi surat daripada peminat beliau berbunyi “Kenapa Tuhan pilih engkau untuk menghidap penyakit merbahaya ini?”
Ashe menjawab, “Daripada 50 000 000 kanak-kanak yang mula bermain tenis,5 000 000 belajar bermain tenis,5000 000 mahir bermain tenis dengan professional,50 000 sudah mengikuti perlawanan,5000 sudah sampai peringkat menang di semua perlawanan,50 pemain Wimbledon hanya 4 yang Berjaya masuk peringkat separuh akhir,2 orang berjaya sampai ke peringkat akhir..Kemudian selepas aku Berjaya memenangi piala kejuaraan kenapa aku tak pernah bertanya kepada Tuhan,kenapa aku yang dipilihNya?”
“dan hari ini aku dalam kesakitan,adakah patut aku bertanya Tuhan, “Kenapa aku?”
Post a Comment