Doakan Aku Dapat Anak Kembar Ok?

Baru selesai bersubuh bersama pak mertua…
Sambil menepis tangan isteri yang meraba-raba tengkuk aku sebab amatlah menganggu konsentrasi aku untuk menaip…
Assalamualaikum dan salam pengantin baru buat korang yang sama2 hari nikahnya dengan aku yang dah tak bujang ni…
Alhamdulillah..selesai segalanya yang berkaitan dengan kenduri kahwin..Terimakasih kepada kengkawan aku yang sangat aku sayangi kerana sudi datang ke majlis aku yang aku kira agak meriah walaupun sederhana tanpa majlis bersanding,kompang,karoke dan tari menari.. (Sapa cakap kalau kahwin mesti makan belanja lebih 10k tu memang tipu sebab kami Allah mudahkan dengan belanja kurang 7k..Dekat 2 ribu tetamu dan masih bersisa baki makanan yang dimasak)..Tak lupa juga aku nak ucap timakasih juga buat geng blog yang join da club majlis kahwin kami..hehe..
Fuhh..lega rasanya..teringat aku pada hari pernikahan kami..aku dengan selambanya melangkah ke masjid menggunakan selipar bata buruk ku.Mungkin ada yang bersimpati dengan kedaifan keadaan aku ketika itu…(komen pada gambar fesbuk)
2.30 pm,11.3.11…
Tok Imam: Kita buka majlis dengan al fatihah…
Aku: (baca al fatihah dalam hati)
Tok Imam: (memandang aku)Baca kuat sikit..
Aku: (Dalam hati) Selama aku join ceramah kalau ustaz suruh baca al fatihah untuk buka majlis,takde pula komplen bila aku baca slow..Oh..Cakap lah nak test fatihah aku..Ie..(Sambil menunjukkan penumbuk ke muka tok imam (Ni aku tipu je)..Bismillahirrahmanirrahim..hingga akhir ayat..
Tok Imam: Awat hang baca macam orang nak bagi ceramah?
Aku: Sori tok..Dah terbiasa bagi ceramah (tak biasa pun)..
Tok Imam: Baca macam baca semasa solat.
Aku:  La..Tadi cakap buka majlis..Sebab tu cek baca macam tu..Nak guna mic ke tok imam?(sambil bersedia meletakkan mic ke mulut)
Tok Imam: Tak payah..
Aku: (meneruskan bacaan dengan selamba dengan penuh kesyahduan)
Tok Imam: Baca tahiyyat
Aku: (baca tahiyyat sampai habis) Tok,cek pandai baca je..boleh tak tok tolong translate ke bahasa melayu?
Tok Imam: (garu kepala sambil berkata dalam hati) Boleh tahan budak ni..
Begitulah serba sedikit tentang majlis akad nikah aku..hihi..Dengan sekali lafaz,si dia pun dengan sah telah menjadi teman hidup aku..Ketahuilah oleh engkau wahai isteri aku yang tercinta dan lawa pula tu,andai kau turut kata-kata aku selagi tak menyuruh kepada kemungkaran,jaga nama baik aku,jaga kerahsiaan kita,jaga harta aku tatkala aku tiada dan andai mati engkau di saat aku redha akan nya,yakinlah bahawa dengan selambanya Allah mudahkan syurga untuk engkau..sekian..
Sambil menepis sekali lagi tangan isteri yang meraba tengkuk dan telinga aku.. “Dahlah tu..Abang malas nak mandi lagi..Sat lagi kita kita nak tolak kuching,melawat apa-apa yang patut dilawat”.
P/S:Sori kepada yang berkenaan..assgmnt yang korang pernah bagi aku,nanti aku buat ye..
P/S2: Teringin nak dapat anak kembar yang kiut lagi taat perintah Allah..Doakan aku ye..Sekian..



No comments: