Maafkan Aku Wahai Para Gadis

Assalamualaikum dan salam penuh debaran menunggu tibanya hari nak kahwin kepada korang yang nak kahwin minggu depan..
Masa mereserve si dia
 Kepada kawan aku yang berjaya mengepos dengan sukarela tentang majlis yang akan dijalankan nanti,aku ucapkan bebanyak tmkasih buat korang..Kepada yang terlupa untuk dijemput,janganlah memalu datang kerana kehadiran korang akan memeriahkan lagi majlis pernikahan kami nanti..Doa kalian amat2lah aku perlukan..Tak tahu apa doanya,korang pernah tak dengar lagu maher zain?Barakallahumalakum wabarak alaih?Itu lagu doa untuk orang yang bernikah.Nanti kalu jumpa aku,sila2lah menyanyikan lagu tersebut ye..Har! Har!

Disebakankan nak kahwin maka aku akan kongsikan sikit tentang maskahwin..Maskahwin ni tak terbatas banyaknya dan sedikitnya..Yang terbaik ialah tidak menyusahkan si lelaki tu..Macam akulah,sedang2 je..Lagi murah berbanding bil telefon aku..Har!Hur!

Kalau korang ada hamba,korang boleh bebaskan hamba tu sebagai maskahwin sebab:
Dari Anas ra dari nabi saw:bahawasanya beliau telah memerdekakan Shafiyah dan beliau jadikan kemerdekaan itu sebagai maskahwin(HR Bukhari Dan Muslim)

Kalau tak cukup mampu,korang boleh bagi je terompah atau sandal murah dekat pengantin perempuan..(Pernah aku tanya kat si gadis nak ke tak sandal crocs sbgai maskahwin tetapi dia tiba2 membawa aku ke kedai cincin).Tapi bab ni diperselisihkan kesahihannya..Hadis tu ada Cuma aku tak tau statusnya..

Dari Abdillah bin Umar bin Rabiah dari ayahnya ra: Bahawasanya nabi saw membolehkan menikahi seorang perempuan dengan maskahwin sepasang sandal atau terompah.(HR Termidzi dan disahkan hadis ini diperselisihkan)

Lagi satu,korang kalau tak mampu bagi emas,beli je dekat lorong2 yang ada jual cincin besi sebagai maskahwin..Paling mahal aku rasa dalam rm30/- je,kira2 rm 7.50 lebih mahal dpd maskahwin negeri johor n pahang.
Hadis panjang dan ini hujungnya :Dari sahal bin said ra ia berkata nabi saw pernah mengawinkan seorang laki2 kpd seorang perempuan sgn maskahwin sebentuk cincin besi” (HR Hakim)

Sekian dulu bab maskahwin,kalau ada kemusykilan tanyalah pakar ye..Aku Cuma menyampaikan walaupun sepatah..Sekian sekali lagi dan jom zuhr..

P/S:kehadiran geng blog juga amat aku alu2kan..Aku menamatkan zaman bujang pada 11.3.11 (cantik no ni sb palindrom) di No 11 kg nai teh kuala nerang kedah darul makmur..



Post a Comment