Mungkinkah Aku Akan Lewat Turun Kerja Kerana Ini?

Assalamualaikum korang yang gila blogging..Kepada Miss EZ..Maaf..haha!terlupa pasal ni..patutlah ada rasa macam sesuatu yang kurang..Buat keje last minit memang hobi aku..Masa dekat U dulu pun,aku selamba ja...Hari ni nak hantar asgmnt,hari ni juga aku kopi pes dari internet r sapa2 yang aku yakin akan kebijaksanaannya..Hehe..Kadang2,kerja last minit ni boleh jadi lebih baik dpd kerja orang yg awal minit..Idea tu,selalu datang masa last minit...Ok..Ini jawapan aku kepada setiap soalan yg d ajukan..Aku jawab ni sambil melayan blues..Ada 3 hari lagi aku berstatus bujang...

Apa benda penting dalam hidup korang? 
Benda paling penting ek..Iman lah yang terpenting..Bukan selipar,bukan henset,bukan isteri yang lawa (sori ye cik isteri)..Nanti mati,kalau takde iman,jangan harap nak cium bau harum syurga apatah lagi untuk bercumbu-cumbuan bersama bidadari bermata permata..Korang perempuan,kalau mati dalam iman,korang kena bersiap-sedia dengan leher yang kuat sebab korang akan dikalungkan dengan emas,permata dan sebagainya yang sangat banyak..

Benda terakhir yang korang beli gune duit korang?
Benda terakhir yang aku beli,nasi lemak kot..yang harga rm1.50 tapi saiznya lebih kecik dpd ”nasi lemak 50sen” yang selalu aku lihat dekat mana2...

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Aku kahwin dekat kola nerang,kg nai teh,11.3.11..kenduri,13.3.11..jemput2lah datang ok..tema,...tema tu apa?

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Bukan sahaja sekarang,semalam,sekarang,esok (kalau sempat hidup sampai esok)...(malu pula nak cakap aku ni cinta Allah dan rasul..banyak larangan Allah aku redah..Banyak sunnah nabi,aku tinggalkan..huhu..)

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Entah..selagi takde niat poligami kot.hakz!(kepada si dia,cinta ku pada mu merentasi luasnya laut cina selatan dan (laut d antara penang dgn tanah besar tu apa ya?selat tebrau kot)..Fieewwiiitttt!!

Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Buku rujukan masa study beberapa tahun dulu..kamus perubatan..tu pun aku beli dengan tidak ikhlas..yelah,aku dah ada buku tu tetapi dipaksa o lec utk membelinya..kalau tak,result xm aku kena tahan.Perghh!!

Apakah nama penuh korang?
 Nama penuh aku,saiful islam b abdullah..oi!aku dah bagi nama penuh dengan lurusnya dengan harapan,masa korang solat,korang doa2kanlah aku ye..taknak doakan sudah..kedekut..(d antara doa yg Allah sangat terima ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain tatkala sahabat yang didoakan itu tidak mengetahuinya..Doakan aku agar dapat anak kembar yang sempurna fzkl dan mental ye..yang mampu bantu aku buat kerja2 dakwah)

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra? 

mestilah dengan mak sebab mak jarang marah aku..(sambil taip ni aku menyanyi lagu ”your mother”)

Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Aku nak jumpa Nabi saw namun apakan daya..eh!doakan aku agar dapat jumpa dengan baginda bila aku mati nanti ok..(aku dah bagi nama penuh tu!)


Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Well..sebagai bujang yang berkualiti tinggi,bukan setakat baju...kereta,rumput belakang rumah,masak..aku uruskan segalanya sendiri..

Di manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
IPB

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
1.                 boleh jadi kawan aku tatkala aku susah
2.                 seorang yang jaga solat fardu 5 waktu
3.                 ada cita-cita nak belanja aku makan kalau kami berjumpa
Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
 Benda ke? Erm..
  1. Pembaca blog aku
  2. selain family sendiri,aku sayang si dia lah..( ?orang pun dikira apa ke ?bukan siapa ?)
  3. PC aku yang power
  4. Duit
  5. Aku sayang masa muda aku…
  6. Extra,aku sayang set catur aku..kalau ada sapa2 nak test power,boleh jumpa aku dekat mana2 utk lawan catur sambil minum teh c peng special..

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Lagu apa,aku pun tak tahu..lagu baiyati,nahwand,rast,sikah,jiharkah..soba..

Lima rakan Blogger yang korang nak tag:
Macam malas pula aku nak tag..aku tau,aku ni tak suka sangat d beri asgmnt..Err..sapa2 yang nak,tagkanlah diri sendiri..nanti aku akan berkunjung ke blog korang yang join da club tag mengetag ni..takpe,boleh tinggal link dekat bahagian komen n nantikanlah kunjungan aku..sekian..aku nak mandi dulu..jam 7.45am ni nak turun kerja,cari rezeki halal..

No comments: