Selamat Tinggal Teruna Ku

Assalamualaikum dan salam tak turun kerja buat aku dan korang yang belum direzekikan dengan kerja tetap mahupun separuh masa di luar sana…aku taip blog ni selepas hantar adik aku turun sekolah setelah selesai sahaja solat subuh sambil menahan perut yang lapar dan sambil mendengar suara emak aku meleteri adik kecik aku yang belum berkemas lagi walaupun kira2 5 minit lagi dia akan berbasikal ke sekolah..
Fuuhh!!Tinggal setahun lagi aku akan menjadi suami orang..sungguh tak ku sangka,sungguh cepat masa berlalu..kalau beberapa hari lepas kawan aku kata: Wah!Tinggal 3 hari lagi kau akan jadi suami orang ye.. Maka aku pun cakap dengan nada yang serius: 3 hari bontot kau!Tiga tahun lagilah… kawan aku pun blur sambil garu2 kepala..
 Sebelum aku terlupa,aku nak cita satu kisah tentang seorang tua dan seorang sultan..
Pada suatu hari,tatkala sultan Ibrahim bin Adam sedang pergi berburu di dalam hutan yang amat tebal,dia telah berjumpa dengan bekas sebuah kota yang lama..Di situ dia dapati ada satu longgokan batu-bata yang tinggi..Dia pun menurunkan batu-bata itu  satu persatu untuk melihat apa yang ada di sebalik longgokan batu itu..Betapa terkejutnya dia apabila mendapati sejumlah harta karun di sebalik longgokan batu-bata  itu..Permata,intan,emas 916,cincin kahwin dan sebagainya.. “Aku akan berikan harta ini kepada fakir miskin”,kata dia di dalam hati..
Tidak lama kemudian,sultan Ibrahim terjumpa dengan seorang tua yang sedang mencari kayu api.Berkata dia kepada orang tua itu, “Hai orang tua,sudilah ikut saya.Saya ingin sekali untuk memberikan sedikit harta kepada tuan supaya tuan senang sepanjang hayat”.
Sampai di tempat yang dikatakan,berkatalah orang tua itu, “terimakasih tuan atas budi baik tuan.Jika tuan inginkan harta itu semuanya,ambillah…Mungkin tuan lebih memerlukannya kerana saya lebih dulu mengetahui akan harta itu ada di situ semenjak saya kecil lagi”.
Sungguh terkejut sultan Ibrahim mendengar kata-kata orang tua itu.Dia berasa sungguh malu dan mengkagumi kejujuran luarbiasa orang tua itu.Berkata raja itu di dalam hati:Orang tua ini lebih layak menjadi raja berbanding diriku yang tamak.
Hm…Kalau aku,tengok duit rm10 dekat atas jalan raya,aku akan pandang kiri kanan..kalau takde yang melihatnya aku akan ambil cepat-cepat dan digunakan untuk membeli topup celcom.Haha!Korang pun lebih kurang juga kot..Aku fikir,daripada si fulan b si fulan yang jumpa duit tu dan digunakan untuk beli rokok,lebih baik aku yang ambik..
Sekianlah dulu..Aku nak berkemas dulu.Dalam masa beberapa jam lagi aku akan bertolak ke penang seterusnya ke kedah..Aku akan start kerja semula pada 4.4.11..Honeymoon unlimited.hakz!
P/S:Kalau masa cinta-cinta dulu,korang mesti rasa sehari tu bagaikan setahun bila tak jumpa kekasih korang atau semasa menunggu kedatangan seseorang..(Jangan kapel2 dulu ok)
P/S2: Kalau berkesempatan,aku akan update blog ni walaupun masa tu aku mungkin sedang berada dalam dakapan seorang gadis yang sangat cantik di sebuah hotel di Langkawi di saat hujan rintik-rintik di pagi hari yang indah..Hihikz!
P/S3: Kepada korang yang berdekatan dan berkesempatan dan berkemampuan,jemput2lah datang ye..Sekian..

No comments: