Lawak Sengal Seorang Suami


Upload Diatas Permintaan Ramai


Assalamualaikum pembaca yang budiman…

Setelah puas mengolek-golekkan diri di atas tilam di atas katil,aku pun menurunkan tilam tersebut ke lantai sambil membaringkan diri ke atasnya..sambil memandang kipas yang berputar dengan ligat,aku try untuk memejamkan mata aku untuk tido..AAArrrgghh!!Gila bosan!Semua dah aku buat untuk mengusahakan mata untuk tido..Kentut,kencing,berus gigi,spin baju,goreng telur,dakwah pintu ke pintu jiran2 aku(ni aku tipu),semuanya tak berjaya..hu..Aku betul-betul bosan..Aku tak tahu nak buat apa dekat bilik kecil rumah isteriku ini..
Hari ini,aku terpaksa menjadi surirumah sementara isteriku yang lawa telah keluar mencari rezeki di hospital pulau pinang..tugas aku,aku kemas bilik,spin baju yang aku basuh sendiri dengan tangan,masak nasi untuk isteri sementara menunggu dia balik rehat jam 1.00pm dan mencari2 sarang labah2 di sudut2 rumah untuk dimusnahkan...huuh!!aku terfikir,nasib baiklah aku ni dilahirkan sebagai lelaki sejati dan Allah anugerahkan aku kerja tetap dengan gomen (nak undi ke x?hu…)..Kalau tak,tentu aku akan menghadapi perkara yang sama sepanjang aku tak kerja..(Aku cuti,la ada kat penang,4.4.11 baru start keja)
Disebabkan bosan,aku pun try buat lawak untuk diri sendiri..manalah tahu,boleh terlelap dengan lawak sendiri..kahakz!
Ikutilah lawak di bawah sambil jangan berfikir yang bukan2….
Pada suatu hari,Najib dan Karpal (watak kisah sebelum ni…Depa sambung kontrak) sedang menjamu selera di sebuah gerai makan tepi Mydin di jalan masjid india..Sambil makan mereka pun berbual-bual mesra seperti sepasang kekasih..Fieewwiitt!!Sambil memasukan sotong goreng ke dalam mulut ke dalam mulut Najib,Karpal pun bertanya kepada Najib..
Karpal: Jib,kau pernah tak tiup semut?
Najib: Tiup semut untuk apa?Aku tak main semut2 ni..aku main juta2 punya projek..
Karpal: Ala..semut datang kat tangan kau..atau datang kat pinggan kau..tak kan kau tak pernah tiup?
Najib: Oo..tu memanglah aku pernah buat..bukan setakat tiup,aku spray semua tu dengan ridsect kasi mamposs..!
Karpal: Masa kau tiup tu,semut tu lari tak?
Najib: Larilah..commonsense semua tu bro… (kata Najib sambil memicit-micit manja hidung Karpal)
Karpal: Kau tau tak kenapa semut tu lari?
Najib: Mestilah tahu..semut-semut tu takut mampos..Apa banggang punya Karpal (sambil menjentik manja telinga Karpal)
Karpal: Salah..Kau ni nampak ja macam nerd tapi tu pun kau tak tahu..
Najib: Habis tu kenapa?
Karpal: Sebab nafas kau bau busuk..Hahahaha!
Sekian….aku pun rasa nak tergelak seorang diri bila imagine lebih2…hahahaha!



Post a Comment