Mungkinkah Dia Berzina?

Assalamualaikum dan salam tunjuk ajarku sifu musim ke 5..

Minggu ini aku menyebokan diri dengan membaca apa-apa sahaja berkaitan dengan kahwin.Bukannya apa,aku perlu bersedia dengan soalan-soalan power yang bakal tok imam kemukakan kepada aku semasa akad nikah nanti..
Berdasarkan kabar angin yang telah banyak aku dengar,tok imam ni suka bertanya soalan macam apa doa bersetubuh (yang ni malam nikah  baru baca),tok imam selalu suruh baca surah yaasiin,al fatihah,tahiiyat,qunut,azan dan sebagainya..Beliau sering menyuruh pengantin lelaki membacanya menggunakan mikrofon dengan nyaring..Maka akan adalah sesi gelak ketawa di dalam masjid apabila si pengantin tersalah baca dan jawab.Cis!!Macam saja ja nak malukan orang d khalayak ramai..Dan menjadi kesalahan pengatin itu sendiri,knp tak study dulu..Tengok aku,2 tahun sebelum kahwin lagi aku dah study..kahakz!

Suatu hari ketika sedang sibuk menaip data pesakit ke dalam PC dekat tempat aku kerja,aku melihat seorang gadis membawa sehelai kertas yang amat aku kenal..Surat cuti..Aku bertanya kepada si gadis..
Aku: Nak bercuti ke mana?Bali ke?Aku nak ikut boleh?
Dia: Aa..nak g Bali,jomlah..Kita sewa hotel yang sama,bilik yang sama..nak?
Aku: (dalam hati) Ciss!!..
Dia: Aku nak g jumpa doktor..cek perut..
Aku: Kau mengandung ke?tahniah2!(Perkara pertama menerpa dalam otak bila perempuan cek perut)
Dia: Terimakasih..hehe..pandai awak teka..
Aku: (Tersengih2 sambil kenyit sebelah mata dekat si gadis) Berapa bulan?
Dia: 4 bulan..
Aku:oh...(mengeluh)

Sedikit matematik...seorang gadis yang baru sebulan menikah dan sekarang mengaku mengandung selama 4 bulan..oh...(Sangka buruk dan baik mula bercampur baur dalam otak aku)

Alamak5 minit lagi nak masuk isya..k,aku pergi dulu..jumpa dekat blog korang yang mengkomen blog aku ni..Sekian,...

No comments: