Sumpah Laknat


“Dari Abu Hurairah ra berkata Nabi saw:Di antara ciri sempurnanya keislaman seseorang ialah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya”-HR Tirmidzi

Sebagai seorang blogger tegar yang sering berblogwalking ke mana sahaja,korang mungkin pernah terbaca tentang hadis di atas.Banyak di antara kita mengaku islam tetapi banyak juga di antara kita ni yang tak sempurna imannya.Macam aku jugalah..Mana nak sempurna.Setiap hari asyik main game zombies vs plants.Sejak dulu lagi aku main tapi tak pernah bosan.Kuat betul daya addictivity game ni.Bila teringat balik hadis kat atas,aku termalu sendiri..mengaku islam tetapi masih rajin membuat kerja-kerja yang lagho..

Lagi kerja sia-sia yang kita sering buat ialah menyebarkan kisah-kisah yang mungkin palsu yang tidak berkaitan dengan kita.Contohnya tadi.semasa menghantar isteri tercinta aku kat airport Kuching (Aku tiba-tiba sedih dan sayu),aku sempat menonton satu video Youtube yang di post oleh salah seorang fren isteri aku dekat wall dia.Video tentang salah seorang besar yang mengangkat sumpah yang berkaitan dengan penyebaran video lucah orang besar yang lain.

Dekat video tu,intro dia orang besar tu,nak namakan najib atau karpal tak boleh sebab depa ni watak untuk kisah kelakar aku,jadi aku namakan orang besar ni Sudin,membuat solat apa entah di khalayak ramai sambil kamera focus kepadanya.nak kata jahil,macam terlalu kejam jadi aku cakap dia kurang pandai jelah.Lembut sikit.Sudin ni,dengan berpakaian baju melayu ungu dan bersongkok dia dengan selambanya bersolat entah apa solatnya aku pun tak tahu.Tapi kan,masa orang tengah perhatikan kita solat kita akan buat sebaik mungkin.Tol tak?Dan aku yakin juga solatnya si Sudin tadi tentu dia buat sebaik mungkin.Tambahan lagi dengan hujanan lampu flash kamera yang fokus kepadanya.

Selesai solat,dia pun duduk di tepi seorang pengiringnya,aku namakan dia Tungau.Masa nak bersumpah tu,tentulah Sudin ni nak guna al quran.Nak tambahkan lagi keyakinan orang lain bahawa apa yang dia buat tu memang bersungguh-sungguh..Sambil dengan kurang ajarnya Tungau ni pun memanggil orang lain untuk membawa quran kepada Sudin. “Ambil Quran satu!”…Pergh!!Guna tangan kiri pula tu.Macam celaka je..

Ustaz tu sendiri dah cakap,apa yang depa buat tu tak ikut syariat.Tak malu langsung!Terang-terang orang cakap tak ikut syariat..kalau aku ustaz dah cakap macam tu mungkin aku akan kahwin baru sebab malu..Pegang Quran pun terbalik..Macam manalah..

Lagi apa yang aku dapat kesan daripada video tu ialah duduk tahiyat akhir pun macam orang yang baru sehari bersolat.Err..ada anomali kongenital kot..Masa nak bagi salam pun kena suruh..Lagi,sebut kalimah basmallah pun macam..Adooii!macam nak kutuk je..Istighfar,ucap syahadah..Adoiyai!nak bersumpah macam mana.Quran yang dipegang tu pun entah berapa kerap dia membacanya..Kalau Sudin ni jadi imam,sama-samalah kita mufaroqoh.Jangan ditambah dosanya si Sudin tu.Kurang pandai tapi bab sumpah dia jadi paling pandai.Cit!

Sekian jelah..Terlebih komen nanti lain jadinya pula..Korang tontonlah sendiri ye..taip sumpah laknat kat youtube,mesti akan jumpa.

P/S edisi khas:Rindu awak selalu..5 hari kita bersama rasanya macam sejam je..Jangan lupa doakan abang setiap kali selepas solat ye (zon waktu doa mustajab)..Maafkan abang sebab selalu marah-marah..Demi kebaikan diri awak juga.Jaga kesihatan n....bagitahu abang dulu berita gembira itu sebelum bagitahu orang lain ye..hik!

P/S2:Aku buat benda yang sia-sia ke?Ada sapa-sapa yang membaca ni pernah kena liwat tak?Ada tak antara korang yang membaca ni pernah join buat video lucah?kalau ada,korang memang cool.Boleh join sumpah-sumpah,boleh masuk TV.

P/S3: Jangan buang sampah dari tingkap kereta sebab bersih itu sebahagian daripada iman..

No comments: