Jangan Solat Kat Sini!

Ditaip sementara menunggu nasi bujang masak…

”Sebodoh-bodoh manusia ialah orang islam yang sengaja meninggalkan solat fardu tatkala dia tahu akan kefarduannya dan dia tahu akan wujudnya neraka yang bakal mengancamnya”-Kata-kata blogger bujang

Beberapa hari yang lepas,aku sempat beroncall bersama dengan seorang gadis yang merupakan ibu kepada seorang wanita berumur kira-kira bawah 3 tahun..Gadis merangkap seorang ibu ni ada mengadu sedikit dengan aku mengenai sikap salah seorang staf  Jabatan Kecemasan tempat aku kerja.Aku yang mendengar aduan itu pun turut merasa hot n spicy...Kenapa?

Suatu hari,6.52 pm,masuklah waktu solat fardu maghrib dekat tempat aku..Kakak yang disayangi Allah ni pun mempersiapkan dirinya untuk mendirikan solat maghrib di surau yang berdekatan dengan tempat aku kerja.Setibanya kakak ni bersama seorang lagi kakak yang bakal menjadi ibu beberapa bulan lagi di muka pintu surau,seorang hamba Allah yang #$%& pun menahan mereka sambil berkata,

”Korang berdua ni staf  kat sini ke?Surau ni khas untuk pekerja jabatan kecemasan sahaja.Orang luar tak boleh dan dilarang  solat kat sini”..Pergghhhh!!!

Si kakak  tadi bagitahu aku,tak akan dengan overall putih yang menyelubungi tubuh pun makcik hampeh tu tak dapat cam dia kerja mana.Namun tu bukan persoalannya..Yang menjadi persoalannya ialah,kenapa orang lain yang seislam,yang sama-sama akan menginap dalam kubur seterusnya sama-sama akan dibangkitakan di padang masyhar perlu didiskriminasikan untuk tidak solat di surau yang sma..teringin aku mempelangkungkan kepala si makpeh (makcik hampeh) tu.

Kalau aku si kakak tu,aku akan ajak makpeh tu join da club untuk berjemaah maghrib seterusnya melantik beliau jadi imam muda..(dah tua pun)..

Aku bayangkan kalaulah nabi saw yang berada di tempat kakak berdua tadi,tentu baginda amat sedih dengan sikap bengong makpeh tu..Korang bayangkan,sedang Aishah ra berada di depan surau tadi untuk masuk dan bersolat maghrib dekat situ dan tiba-tiba makpeh tu pun cakap, ”Eh!Awak siapa?kalau bukan staf sini,carilah surau lain..Surau ni khas untuk staf jabatan kecemasan sahaja”...Oh makcik...Makcik tak halau ke jin-jin dan malaikat dan apa-apa makhluk lain yang bersolat kat situ?Mereka tu staf AE (Accident and Emergency) juga ke?Makcik g lah halau ye...

Sekian...

P/S:Janganlah korang mengata si makcik..Dia tak tahu tu dan sama-samalah kita doakan beliau ye..




No comments: