Pengguna Celcom Tegar

11.08 am selepas mandi dan membasuh baju…

Kedengaran bunyi krookk…krookk…dalam perut.Adakah ini tandanya aku tengah lapar atau tengah mengantuk?Mungkinkah ini tandanya aku bakal mendapat rezeki yang lebih pada ahari ini…Atau mungkinkah ini tandanya ada seorang gadis tengah rindu akan aku..?Ha…

Hari ini aku sempat mengepost post ini walaupun jam 11.13am merupakan waktu puncak dekat tempat aku bekerja.Curi tulangkah aku?Sebenarnya tidak…Hari ini aku kerja shift malam,9.00pm sampai 7.00am hari keesokannya..

Dengan diiringi lagu “zakiah” oleh kumpulan kristal aku meneruskan penaipan…(Kepada si dia,aku tidak mempunyai apa2 makna tentang ini k..hahaha)

Err…Korang guna apa untuk ber “online”? Maxis BB?,Celcom BB?,Streamx?Aku nak cerita sikit bab BB ni…Berkongsi kelebihan guna Celcom pelan 1+5…

Setiap bulan mungkin ada yang membayar RM38/- rm48/- atau rm68/- dan yang lebih tinggi..Paling besar data yang korang boleh guna mungkin 3G.Tol x?

Kelebihan Plan Yang Aku Guna

  • Cuma perlu bayar kira-kira RM75/- sebulan pada pihak Celcom

  • 2400 minit percuma dan 3000 SMS percuma ke 5 subline aku..(Kira unlimitedlah tu sebab aku tak pernah call sampai 40 jam untuk tempoh sebulan ke 5 nombor aweks aku yang lain..2 orang dah jadi 80 jam,3 orang 120 jam.Pergh!!$$$!

  • Down load unlimited walau di mana aku berada.Korang?Dekat rumah je kan..Kalau yang ber laptop,mungkin dekat KL sentral,UiTM dan mana2lah tempat yang korang pergi membawa laptop tu.Aku?Dalam tandas pun boleh berblog.Kalau korang guna  plan BB biasa,line mesti slow kalau data dah mencapai 1G atau 3G,tol x?(Sebab korang guna modem yang dibekalkan,aku guna henpon jadi modem)

  • Mendapat diskaun 10% jika penggunaan melebihi berapa entah,aku pun tak ingat.RM70/- kot..Haha!

  • Celcom sayang akan aku dengan memberi offer lain kerana menjadi pengguna tegar mereka.Hakz!Bulan depan aku dapat potongan RM50/- sebab baru sekejap tadi kakak Celcom calling aku menjanjikan perkara itu.(Aku akan pastikan aku tak tertipu)

    Sekian,aku nak g masak nasi dulu sebab kawan aku nak datang rumah.

    P/S: Pilihlah dengan bijak Aku dah mula perasan bijak kerana mendapat banyak penjimatan kerana memilih plan ini.

    P/S: Plan ini sesuai untuk penggemar BB yang memiliki 2 henpon dan henpon tu boleh dijadikan modem.Plan ini juga sesuai untuk korang yang mempunyai ramai aweks .Haha!

    P/S: Aku agak panas bila line BB n Call n SMS menjadi slow bila tibanya musim perayaan..Oh...Apa2pun,aku akan tetap menjadi pengguna Celcom yang tegar.Muahahuhu!

    BB=Broadband=Jalur Lebar

    No comments: