Gadis Sunti Mesin ATM

Entri Jumaat,ditaip pada pukul 1.48 pm dan sebelum aku melepakkan diri di pejabat Agama Islam Kuching…

“Blogger yang terbijak antara kamu adalah blogger yang paling banyak mengingati mati”-kata-kata blogger bujang.Hehe..Sebab tadi khatib baca khutbah bertajuk “persiapan menghadapi mati”..Tempat korang tajuk apa?Tidor masa khutbah ke?

Assalamualaikum dan salam buah lokam buat korang yang perasan best....

Beberapa hari yang lepas pada hari kemasukan gaji,di depan mesin atm Maybank,aku pun membariskan diri di belakang seorang gadis sunti untuk mengeluarkan wang...Aku sempat memerhatikan gelagat gadis sunti ni ketika dia hendak mengeluarkan wang..Biasalah,perempuan...Segalanya lambat dan melecehkan..

Korang bayangkan,nak keluarkan duit dengan kad bank pun aku perlu tunggu banyak minit kerana kelembapan gadis tu mengeluarkan duit..Sampai je depan mesin baru terhegeh2 nak cari dompet dalam beg..Lepas jumpa dompet,dia mencari-cari pula kad bank yang nak digunakan..Mula-mula dia keluarkan satu kad dan terus dimasukkan ke dalam mesin..Kad direject oleh mesin..Oh..rupa-rupanya kad bonus link yang dimasukkan..Lepas tu dia cari lagi dan ketemu dengan kad yang diperlukan..Si gadis mula memasukan kad dan memilih mode bahasa melayu..Si gadis pun memasukan kata laluan yang diperlukan..Aku cuba untuk curi-curi tengok kata laluan yang dia masukkan...800213...oh..mesti gadis sunti ni lahir pada 13.02.1980..haha!biasalah perempuan,nak create password pun guna hari jadi..nak buat yang canggih,takut lupa..

Lepas tu aku tengok dia padam balik no pin..Aduss...salah ke nombor tu?Penat je aku hafal..Selepas memasukkan kata laluan baru yang tak sempat aku curi tengok,dia pun memilih mode mengeluarkan wang..Aku lihat dia memasukkan sejumlah nilai yang besar...kira-kira 2 ribu..Pergh!!Biasalah perempuan,keluar duit mestilah banyak-banyak..nak beli baju baru,kasut baru,tudung bidang 60 yang baru,bayar keta,beli langsir baru,sofa baru...Eh?Aku lihat si gadis tadi meng”cancel” jumlah wang yang dimasukkan dan mengeluarkan balik kad bank dia.Lepas tu dia masukkan balik kad dalam mesin atm,tekan password,pilih mode mengeluar wang dan masukan nilai 1 ribu..Rupa2nya had pengeluaran dia cuma 1 ribu je dalam sehari..

Penat aku tunggu turn nak keluarkan duit walaupun yang berbaris depan aku tu cuma seorang gadis..Lain kali,sebelum keluar dari kereta ke,ofis ke,kalau nak keluarkan duit,plan dulu dalam otak..letak siap2 kad yang nak digunakan dalam kocek baju macam aku..Password jangan lupa,berapa nilai yang nak dikeluarkan pun perlu dirancang dahulu..Ie..lembab!Nasib baik seorang,kalau 10 orang perempuan macam mana?Mungkin sejam kot barulah sampai turn aku..Perempuan...perempuan...

Akhirnya sampailah giliran aku untuk mengeluarkan duit.Dengan selamba macho,aku mengeluarkan kad dari kocek baju,masukkan dalam mesin,tekan password,pilih mode pengeluaran segera...Tak sampai seminit,Rm 100 keluar..Keluar je kad aku pun terus ambil dan blah tanpa menunggu resit keluar..Mudah!Tak sampai seminit apatah lagi 10 minit macam kebanyakan perempuan...hu..

Sekian...

Menghampiri jam 3 pm..Ada sapa2 nak join aku lepak kat pejabat agama?Adios!




Post a Comment