Ada Sesiapa Nak Kahwin Dengan Aku tak?

6.23 am,dengan berseluar panjang melayu paras dada tanpa baju aku pun menaip dalam penuh kesejukan…(Betul ke ketika sejuk otak kita menjadi aktif?)

Hari ni aku keje jam 9pm sampai 7am hari esok.Aku pun mengambil keputusan untuk mengisi kekosongan masa yang ada untuk membuat beberapa aktiviti berfaedah seperti tidur,masak,Red Alert,pindah bilik,mengadd dan approve kawan d fesbook,mengkomen blog dan lepak dekat pejabat agama...

Hari ni aku nak menaip bab kahwin@nikah...

Aku yang kebujangan ni telah menanam azam untuk menikah pada tahun ini dengan mana-mana gadis yang berjaya ditawan hatinya oleh kemanisan ayat yang akan aku taburkan kepada mereka..Hihi..Kenapa aku perlu kahwin?Dahlah kena kuar belanja hantaran puluh-puluh ribu,sediakan tempat tinggal,menyuap sekurang-kurangnya 9 mulut termasuk mulut aku sendiri,beli baju mereka...Oh...

 “Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)

10 sebab kenapa aku perlu nikah..

1. Gaji yang agak mengizinkan.

2. Kalau mati,barulah nabi saw mengaku sebahagian daripada golongan dia.

3. Malas nak masak tetapi malas juga nak makan kat kedai.

4. Pintu rezeki lebih terbuka..Apa maksudnya ni?Aku akan naik pangkat ke?

5. Sering berniat untuk membuka laman sesawang penuh kedurjanaan.

6. Pahala berganda...Barulah konfiden jadi imam..Orang yang dah berkahwin lebih layak untuk didahulukan untuk dijadikan imam berbanding si bujang.(Pakcik,janganlah tolak saya dulu ye..)

7. Aku tak perlu ke masjid,lorong-lorong,rumah anak yatim untuk bersedekah..sedekah lepas nikah ni,jam 3 pagi pun boleh buat.Hihi!

8. Aku tengok banyak sangat gadis lawa tetapi seksi sehingga menampakkan bonjolan-bonjolan tertentu dekat shopping complex,pasar ikan,KFC,gereja,UiTM dan sebagainya.Bergelora juga nafsu lelaki sejati macam aku ni..Maka andai ada isteri,terselamatlah aku daripada dugaan yang menduga..(Dekat tempat kerja aku,ada ramai datang mengadu sakit buah dada dan ada yang didiagnos berkanser dan yang malang itu ada yang berumur 24 tahun.)

9. Aku teringin untuk menambahkan jumlah umat islam di muka bumi ni..Bayangkan aku ada 7 orang anak yang mempunyai kesedaran beragama dan bertuhan.Setiap hari mereka mendoakan kami (aku dan si dia),aku mati mereka mandikan,mereka kapankan,mereka talqinkan,mereka sedekah sedikit pahala bacaan al fatihah yang betul tajwidnya (tajwid salah,habuk pun tak guna),merekalah imam solat jenazah aku dan si dia dan mereka jugalah yang membantu aku membayar hutang-hutang yang belum sempat aku bayar sebelum mati (Berlindung kita dengan Allah daripada perkara tersebut).

10. Sebab Allah suruh,...Nak minta sesuatu daripada Allah,kenalah buat dulu apa yang Allah suruh n tinggalkan apa yang dilarang..Allah suruh pelihara solat,janganlah solat fardu buat kat rumah.Allah suruh jauhkan diri daripada perkara yang memudaratkan,jangalah kita merokok,Allah larang berlebihan,janganlah kita join da club jerit-jerit dekat konsert jom heboh..Sekian..Masa untuk main game...


    Kalau ada pakcik dan makcik yang menghalang korang kahwin maka show offlah kebijaksanaan korang dengan ayat ni:

    Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)

    Dan ini..

    “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

    Sekian sekali lagi..

    No comments: