Jangan Perasan Bagus

Assalaamualaikum dan salam satu akidah buat umat Muhammad sekeliannya…(Err...Apa sunnah Nabi yang korang amal agar Nabi mengaku umat?)...Err...akidah tu apa?..Apa akidah korang wahai blogger yang hebat sekalian...??

Apabila kita tahu segalanya.....

Kita tahu masuk waktu solat subuh 5.22 am (tempat akulah) tapi kenapa jam 6.00 am baru kita terhegeh-hegeh bersubuh?Kenapa kita tak larat bangun walaupun jam loceng telah dikunci sekian-sekian tempoh sebelum subuh?Adakah mungkin disebabkan syaitan telah kencing setempayan air kencing dalam telinga kita?Eh?Kenapa pula syaitan kencing dalam telinga?...Oh...Aku tak doa dulu sebelum tidor rupanya..Apatah berwitir..

Err…Korang ada tak hafal apa-apa surah yang panjang?Mungkin ada yang pernah hafal surah sekian-sekian..Lepas tu mengaku lupa..Contohnya surah Yasin yang berpuluh tahun korang baca dan hafal…Tahukah korang kenapa korang lupa?Ada tak korang rasa bahawa korang memang Allah bagi lupa sebab korang tak layak menghafalnya?Tak sedih ka?Err…Contoh senang,korang menganggur walaupun dah memohon banyak-banyak jawatan..Sebabnya korang memang tak layak untuk jawatan itu.Apa perasaan korang?Sedih tak?

Kita tahu apabila berjumpa dengan saudara seislam kita sunat mengucapkan “Assalamualaikum”,tetapi kenapa kita lebih selesa ber “Hai-hai”?Bukankah ukhwah itu lebih terjalin dengan penyebaran salam..?Terkejut sikit terus menjerit “Oh Mak kau!!”…Aku pernah juga dengar orang melatah sambil menyebut istilah penuh kelucahan…Ish-ish…

Kita perasan blog kita hebat sebab ramai pemfollow tetapi kenapa kita tak follow orang-orang yang baik akhlaknya untuk buat usaha agama?Kanapa kita pun nak turut sama membodohkan orang lain bila ada blogger lain lancang ayat dia mencarut dalam blog?Bayangkanlah ketika korang tengah nazak tetapi amat sukar untuk mengucapkan kalimah “Lailahaillallah”..Neraka woo….(Kita berlindung dengan Allah daripada perkara itu)..Balasan atas kelancangan mencarut..Dah pandai sangat ke cakap orang bodoh?Hek eleh…baru student U dah berlagak..Keluar U belum tentu dapat kerja..Lagi hadko,baru sekolah menengah dah perasan hebat disebabkan blog ramai yang suka..Hebat ke?

Terasa laparlah pula …Huhuhu…Aku nak g makan dulu nasi yang aku masakan khas untuk diri sendiri..Nak harapkan isteri,dalam mimpi jelah..Beliau belum dihadirkan lagi dalam hidup aku..Oh..

P/S: Eh?Mana iklan nuffnang aku?


No comments: