Ilmu Gua Lagi Tinggi!!

Kisah 1

Suatu hari ada seorang budak berumur 7 tahun sedang berjalan-jalan di taman bunga secara solo.Sedang dia berjalan-jalan,dia ternampak 2 susuk tubuh sedang merapati antara satu sama lain.Oh…sepasang babi kekasih sedang memadu asmara rupanya..(anggap je kekasih haram sebab ni cerita aku)..Budak tersebut sempat menyaksikan aksi tersebut sambil berkata dalam hati.. “Rezeki”…

Sebelum sempat budak itu mengambil keputusan untuk menyaksikan aksi mengawan itu lebih lama,dia sempat beristighfar dan cepat-cepat beredar daripada tempat itu..Pada mulanya dia berhasrat untuk merepotkan perkara tersebut kepada kawannya,yakni seorang pegawai penguatkuasa agama dekat tempat dia..Hasrat dia dimatikan kerana dia memikirkan bahawa dia belum cukup layak untuk merepot perkara tersebut kerana merasakan diri dia cuma seorang budak darjah 1 sahaja…Maka terjadilah penzinaan antara 2 babi kekasih tersebut.

Kisah 2

Pada suatu hari,ada seorang pemuda OKU sedang berjalan-jalan di tepi lombong tinggal.Sambil menghirup udara segar di sekitar kawasan tersebut,dia pun membuka kotak rokok untuk mengambil sebatang rokok Parkway.Rokok tersebut diselitkan di celah-celah bibir seterusnya dicucuh dengan pemetik api..Secara tidak sengaja (tiba-tiba) dia terjumpa dengan sahabat lama dia,Robert,seorang pembunuh yang terkenal di kawasan itu..Mereka memang berkawan rapat sejak berumur 3 tahun lagi..

Sekali lagi tiba-tiba,mereka mendengar suara seorang budak menjerit meminta tolong.Mereka memandang ke tengah lombong dan melihat seorang budak lelaki tengah tenggelam-timbul di dalam lombong tersebut.Robert mengambil keputusan untuk terjun ke dalam lombong tersebut kerana dia tahu dia perlu menyelamatkan budak tersebut daripada lemas.Pemuda OKU menghalang perbuatan Robert sambil berkata kepada beliau, “Tak payah!Kau tu pembunuh,buat apa nak tolong?”

Robert pun menjawab…,"Aa..Betul juga,aku pembunuh.Buat apa aku perlu tolong.”..Maka matilah si budak yang dimalangkan oleh pemuda OKU tersebut.

Sekian…

Kisah ini dikiaskan daripada kisah aku bersama Cikgu Mustafa minggu lepas.Selesai mendengar bayan daripada Cikgu Mus,seorang kawan aku pun mengajak dengan lembut seorang budak untuk sama-sama mengiktikafkan diri dekat masjid berdekatan hujung minggu ini untuk sama-sama belajar membuat usaha agama.Cikgu Mus juga sempat meminta kebenaran daripada bapa budak tersebut untuk mengajak budak itu mengiktikafkan diri di masjid.

Secara agresif,bapa si budak menghalang si budak tersebut daripada join da club Cikgu Mus.Kata si bapa dengan penuh samseng:

“Ah!Gua tak akan benarkan!Dia masih kicik...(Tingkatan 3 itu budak)..Gua mahu lu olang ada ilmu dulu balu buat ini kileja.Anak lu olang pun talak butut punya pun lu olang nak ajak anak gua ikut sama!@#$%!Lu olang jangan buat ini kilejalah.Ilmu talak ada”

Cikgu Mus pun cakap, “Kalau macam tu,encik juga boleh ikut kami.Mungkin ada sedikit ilmu encik boleh kongsi dengan kami nanti”.

Jawab si encik, “Mana boleh..Gua pun talak cukup ilmu.talak tingg.#$%&!”

P/S:Takdelah encik itu bergua-gua
P/S: Nak buat baik tak perlu tunggu dah tua.Nak cakap pasal agama dan kebesaran Allah,pun tak perlu tunggu jadi ulama ke mufti ke kiyai ke ustaz ke..
P/S:Kalau korang sendiri lemah dan malas,tak payahlah ajak orang lain untuk jadi lemah dan malas macam korang.Cit!
P/S:Oh…ada juga ulama yang berilmu dituduh takde ilmu…Oh…

No comments: