Kecuaian Umat Islam?

Bercuti ke Langkawi,aku tidak melepaskan peluang untuk membeli bermacam-macam coklat untuk dijadikan hadiah buat keluarga di kampung.Aku sempat singgah ke salah sebuah pasaraya milik Haji Polan bin Si Polan. Mata aku tertumpu kepada satu sudut yang dikerumuni oleh ramai orang.Makcik-makcik,pakcik-pakcik,orang muda dan kanak-kanak.Dalam tangan masing-masing sekurang-kurangnya ada tiga item coklat Cadbury.Hm,memang murah sangat berbanding harga biasa.Aku pun turut serta membelek-belek coklat yang ada.Oh,rupa-rupanya tiada logo halal langsung.Buatan Australia lagi.Namun aku hairan,pakcik berkopiah dan makcik bertudung labuh seolah-olah tidak mengambil berat akan kehalalan coklat yang mereka beli itu.Hm…

Seterusnya,semasa sampai di jeti,aku mencari air minuman bagi menghilangkan dahaga.Isteri aku mengajak aku membeli ice blended.Dengar ja perkataan ice blend,tekak aku menjadi bertambah haus.Isteri aku memesan ice blend perisa coklat.Salah satu bahan yang ditambah ialah cecair coklat pekat jenama Hershey.Tanpa meminta kebenaran gadis Melayu yang menyediakan ice blend tersebut,aku pun mengambil botol Hershey tadi lalu membelek-belek mencari logo halal.Hm,memang tiada langsung logo halalnya.Aku pun tidak jadi membeli ice blend tersebut sebaliknya membeli air mineral biasa.

Sama juga keadaanya di tempat kerja aku di Sarawak.Bagi orang Sarawak,air Teh C Peng Special memang tidak asing lagi.Teh C Peng Special ialah air teh campur susu dan krimer dan cecair pekat gula melaka campur ais.Air ini merupakan salah satu air kegemaran aku suatu ketika dahulu.Suatu hari aku sempat ke tempat orang (melayu islam) membancuh air dan melihat botol cecair gula melaka yang digunakan untuk membuat air teh c peng special itu.Aku merajinkan diri untuk membelek-belek botol itu..Oh,sekali lagi tiada logo halal sebaliknya mempunyai tulis besar DIBUAT OLEH SYKT AH CHIONG SDN BHD(Bukan nama sebenar).Maka itulah kali terakhir aku memesan air teh c peng special di mana-mana kedai kecuali kedai makan Lot 1,milik haji Kassim,salah seorang karkun yang aktif di Kuching.

Kesimpulannya,aku berharap agar kita semua berhati-hati dalam memilih makanan.Utamakanlah kehalalan dan kesucian sesuatu makanan yang kita makan.Janganlah disebabkan orang yang menyediakan makanan itu bertudung atau berkopiah maka kita terus membuat keputusan bahawa apa yang disediakan itu halal.Ingat,setiap daging yang tumbuh hasil daripada makan benda yang tak halal akan dibakar manakala doanya pula susah untuk dikabulkan..Yang berniaga pun sama,jangan kerana nak untung lebih,halal atau tidak sesuatu makanan yang dijual tidak diambil kira.Sekian..

Tak ada banyak bezanya daging babi dengan coklat Cadbury yang tidak mendapatkan pengesahan halal daripada jabatan agama Islam.Bezanya ialah,daging babi boleh digoreng kicap manakala coklat Cadbury boleh dimakan begitu sahaja.Argh!


No comments: