99% Yakin!

Assalamualaikum dan salam jaga solat 5 waktu ke tak buat pembaca yang budiman..Kepada saudari chirpy chummy,pakcik nak minta maaf sebab belum ada idea lagi nak menyambung-nyambung cerita tu.Hehe..Kalau buat sekarang,tak berapa nak best..kenalah cari idea yang ganas-ganas dulu baru buat..Ok?

(Berlatarbelakangkan alunan bacaan surah al Kahf daripada al quran oleh uncle Abdul Basit Abdul Samat…..)

Semalam selepas sahaja aku pulang dari kerja,aku dengan langkah berani aku telah mengecat sendiri kereta buruk aku…Pergh!!Korang bayangkanlah kereta Persona kaler biru (kereta aku bukan persona) korang yang korang baru sahaja beli lepas itu dengan selambanya korang spray  dengan kaler hitam..Macamna?Cemas and menyesal x?Hahau..Nasib bek menjadi..Lega sikit hari ni…Cuma nak tambah sikit kaler silver biar nampak lawa sikit…(sapa-sapa nak aku cat kereta mereka,budget xsampai rm 500/- sahaja)Hihi!

Menjelang maghrib,seperti biasa aku akan melepakkan diri di masjid sehingga tamatnya solat isya..Malam Jumaat,biasalah…Aku dah boleh jangka apa aktiviti masjid semasa mengisi kekosongan masa antara maghrib n isya..

2 perkara yang aku boleh jangka n tekaan aku 99% tepat kalau datang masjid..Pertama,kalau solat maghrib,imam mesti akan baca surah al kafirun selepas al fatihah pada rakaat pertama dan al ikhlas pada rakaat kedua..Aku konfem dah sehingga terasa jemu (tak sepatutnya kita jemu dengan bacaan al quran)…Ayo pakcik,bacalah surah lain….Kawe jemu gak kalau asyik yang sama je setiap hari..(tempat aku je kot)

Malam Jumaat,surah Yaasiin akan menjadi surah pilihan orang-orang dekat Malaysia ni untuk dijadikan bacaan lazim mereka..kira ok gak tu,daripada tak baca apa-apa dalam seminggu tu,bek baca surah yaasiin..Ada gak pengisian..Pernah aku terfikir untuk membaca surah al kahf ke,ad dukhan ke bersama peserta solat malam jumaat di masjid..Yakin!Kejutan budayalah peserta sekelian..

Subuh Jumaat,dengan 99% yakin,aku dapat menjangkakan bahawa imam akan membaca surah As sajdah n Al Insan..52 minggu dalam setahun maka 52 minggu jugalah surah itu akan di baca..Boleh kita baca tapi janganlah sampai berturut-turut setiap subuh Jumaat..Cukup 3 jumaat,tukarlah surah lain..Dulu masa dekat kolej,pernah seseorang tanya aku kenapa aku tak baca surah as sajdah masa jadi imam..hoho..sampai dipersoalkan..sunah ye…malam tu awak ada baca x surah as sajdah n al mulk sebelum tido?bukan ke itu pun sunah?

Ada imam ni,dengan hafalan yang tak cukup kuat n tajwid pun main tangkap muat je pun dengan bersusah payah mengkhatamkan surah as sajdah n al insan masa solat subuh…Sampai lebih 10 kali bacaan terputus kerana lupa n sebanyak lebih 10 kali juga dinigatkan..Ayo…kalau dah tak berapa nak hafal,tak payahlah mengada-ngada baca panjang-panjang..baca 10 ayat pertama surah as sajdah n 10 ayat pertama surah al insan itu lebih baik daripada baca sampai khatam tapi tajwid hancus n banyak kali putus bacaan sebab lupa..

Eh!!Menghampiri 7.20 am!tak mandi lagi ni..jam 7.30 aku nak turun kerja pula!Jom off PC dengan menutup secara terus ke plug utama tanpa shutdown!Arghh!!







No comments: