Pakcik Zuhud

Assalamualaikum dan salam banjir buat warga johor,melaka,pahang dan sabah…

Beberapa hari yang lepas,aku dan en zul telah mengasarkan diri di surau hospital besar kuching merangkap tempat kerja aku..Seperti biasa,sebagai lelaki yang beriman,kami dengan tidak malu dan segannya meminta kebenaran bos untuk pergi ke surau walaupun masih dalam waktu pejabat..yelah,pesakit tak ada,daripada aku melepak sambil memakan bangkai,bek aku blah ke surau..

Aku biasanya keluar kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu solat kerana jarak surau ke jabatan tempat aku kerja hanyalah 3minit berjalan kaki dengan halaju sederhana dan malar..Sengaja aku keluar awal kerana sampai je surau,bolehlah aku membaringkan diri melepaskan letih setelah penat bekerja…Aku sampai ke surau tepat 4.05pm  iaitu kira-kira 13 minit sebelum azan boleh dilaungkan..Sampai awal,aku pun berbaring sambil membayangkan wajah bakal-bakal isteriku…

Tiba-tiba,tak sampai seminit aku melelapkan mata,aku terdengar suara garau seseorang berselawat dengan keras seterusnya melaungkan azan…Aik?Ada 12 minit lagi nak masuk waktu dan aku yakin dengan ketepatan jam aku kerana tengahari tu aku telah kolaborate jam aku dengan jam tv 3..Aku pun duduk dan memerhatikan pakcik yang bang tu..Uih…Kopiah putih,janggut putih,kain putih…kalau korang tengok memang korang akan dengan konfidennya akan merendah diri kerana melihat penampilan pakcik yang seakan akan penuh ilmu agama di dada..

Aku pandang en zul dan en zul pun cuma mengangkat bahu..Selepas tu,datanglah Dr Pakar Radiologi merangkap rakan sekerja kami di jabatan yang sama..Dia pun tertanya-tanya kenapa awal sangat azan dilaungkan..Aku bingkas bangun dan membelek jadual waktu solat yang ditampal di tepi dinding..Aa…ada 10 minit lagilah..Takpelah,aku pun terus masuk bilik wudu..

Belum pun habis aku angkat hadas kecil,aku terdengar pakcik tadi iqamah..aku mempercepatkan wudu kerana risau tertinggal takbiratul ula..Aku perhatikan balik jam tangan aku..Aiseh pakcik!Ada lebih 5 minit lagilah pakcik!Ikut suka dia ja nak azan bila nak solat bila..Aku dan beberapa orang yang lain  hanya duduk sementara menunggu masuk waktu asar sambil memerhatikan pakcik tengah solat secara solo di tempat imam..Sambil duduk,kami bercakap-cakap mengenai kehebatan si pakcik..Cis!

Pantas sungguh solat si pakcik sehingga belum sempat masuknya waktu asar,dia dah bagi salam kedua..Masuk je waktu asar,tanpa mengundi dan berebut-rebut pahala azan,aku dengan selambanya bangun dan bang..Suara serak aku bergema memenuhi ruang solat..Sambil bang,aku jeling sebelah kanan aku dan memerhatikan si pakcik tadi tengah bersolat sambil duduk..Pergh!!Mesti banyak pahala yang dah dikumpul oleh si pakcik ni..Dahi pun dah lebam..Kau memang hadko lah pakcik..Aku sempat tengok pakcik ni bagi salam dan doa..Cara solat pun dahsyat..Seolah-olah buat sujud sahwi pastu tanpa salam dia tadah tangan,tak sampai 2 saat dia telangkup tangan macam doa tolak bala lepas tu dia usap tangan ke muka lepas tu terus berambus tanpa di suruh..Tak sempat habis azan pakcik dah blah dan niat aku untuk menemu duga si pakcik pun tak kesampaian..huhu…

Bila tengok si pakcik,teringat aku akan kisah pada zaman Rasulullah dulu..Suatu hari para sahabat berbual akan seseorang yang mereka kenali sangat soleh dan zuhud..Bila mereka sebut sifat orang tu dekat nabi,nabi cuma diamkan diri..Belum pun selesai mereka berbual,orang yang diceritakan pun muncul.Sahabat sekelian pun berteriak, ”Itulah orangnya!”.
Orang tu pun datang dekat dengan mereka.Tak bagi salam pula tu..Heh!Nabi pun cakap kat orang tu, “Demi Allah,apakah kamu berkata dalam hatimu: “Tidak seseorang pun di sini lebih utama daripada ku”?
Orang tu dengan selamba jawab, “Memang benar begitu”..Segera dia tinggalkan majlis ilmu nabi dengan sahabat dan terus ke masjid untuk solat sunat..
Nabi pernah bertanya,adakah sesiapa yang mahu membunuh orang tu?Beberapa sahabat termasuk Abu Bakar,Umar dan Ali ra bangun menyusul orang tadi dan hendak membunuhnya..Tiada seseorang pun yang sanggup membunuh orang tu kerana melihat orang tu tengah bersolat….

Setelah mendengar akan alasan mengapa sahabat tidak membunuh orang tadi maka nabi saw bersabda:

Sesungguhnya orang ini dan kelompoknya membaca al quran tetapi bacaan mereka hanya sampai di tengkorokannya saja.Mereka terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busur.Sekiranya orang ini dibunuh tidak seorangpun antara umatku akan pecah..

Sekian...Harapan aku agar dapat berjumpa si pakcik seterusnya berkawan dengan beliau seterusnya bertanyakan akan vacancy yang ada..hihi!Manalah tahu,ada jodoh..



No comments: