Imam Anti Iktikafer

Salam sejahtera ke atas kalian yang membaca secara senyap atau agresif..

Baru je selesai mandi dan badan aku masih diselubungi wangian shower cream Dettol..Agak lewat untuk mandi sebab baru sampai Kuching kira-kira jam 8 malam..Khamis lepas,aku telah mengambil cuti selama 2 hari untuk melepak di kedah sambil mencari calon-calon isteri di sana..

Segala puji bagi Allah,ketemu juga aku dengan si calon yang menawan hati aku..Terasa sayu pula rasanya bila berpisah dengan beliau..Huhu…Tak pa,bab ni aku cita len…Kepada para gadis yang pernah menawarkan diri untuk menjadi isteri aku,maafkan aku kerana tidak dapat untuk menerima tawaran kalian melainkan…(aku suka minum madu Naqia,sedap n banyak khasiatnya)

Dalam kereta cikgu mus hari tu,dia ada cita kat aku tentang masjid yang aku sering kunjungi sekarang selalu dipecah masuk oleh pencuri..Cikgu mus cakap,masjid tu bukan tak berkunci pun tapi siap ada mangga besar penumbuk dan palang-palang besi yang menjadi kunci kepada pintu masjid.Cikgu mus cakap,pak imam kat situ susah nak terima orang yang pakai jubah,ada janggut n jambang,pakai topi tabligh,bersugi dan apa2lah yang boleh menggambarkan orang itu geng tabligh..oh..

Pernah dulu,cikgu mus minta kebenaran daripada tok imam untuk benarkan geng iktikaf beriktikaf dekat masjid tu namun dihalang.Alasan tok imam,geng iktikaf tak pandai jaga kebersihan..Hek eleh!Kisah belas-belas tahun dahulu pun diungkit balik.Kisahnya,ada seorang ni setiap kali masuk saf,dia akan bersugi dan memasukan sugi ke dalam poket bajunya..Maka jijiklah tok imam dan sekelian makmum yang ada kat situ..Ala tok,tu belasan tahun dahulu..Kalau aku ungkit kisah tok imam suka buang sampah dari tingkap kereta dan suka meniru masa buat kerja sekolah dulu,tok tak layak jadi imam ni..Pengotor dan peniru!

Selalunya setiap selesai solat fardu asar,cikgu mus akan baca hadis dari kitab muntakhab hadis (kalau salah eja,bagitau aku)..Baru je cikgu mus belek mukasurat yang nak dibaca,tok tu terus blah tanpa kabar berita.Aku cuba sangka baik walaupun sangka baik aku ni ada limitnya..Bro…(panggilan kepada tok imam..haha!Ber “bro-bro dengan tok imam yang dah lama pencen)..Orang baca hadis tu,nak bagi cahaya pada hati..Bila cikgu baca hadis,adalah juga terselit ayat quran..agak2nya malaikat tak suka ke majlis macam ni..?Aku hairan sungguh dengan bro tu...Asal baca hadis je blah asal blah je baca hadis..Ish2…Aku tahulah bro tok imam tapi tak kan 5 minit pun tak dapat diluangkan..Suka hati kaulah bro..kau kan tok imam..

Err…Sekian dulu..Aku dah mengantuk sebab penat duduk selama 2 jam dalam flight tadi..Nasib baik pilot tu cekap menerbangkan kapal terbang walaupun hujan sangat lebat masa terbang tadi….Kalau tak mungkin akan keluar berita esok, “seorang pemuda terselamat daripada nahas pesawat terhempas”

p/s: Kalaupun ilmu korang dalam bab agama ni setinggi gunung jerai,tapi kalau korang tak pandai nak ajak orang lain yang jarang solat di masjid untuk turut sama ke masjid tak guna juga..Kalau disuruh cakap tentang kebesaran Allah tapi lidah kelu je,maka sama je korang dengan father Jerome yang mengajar dekat gereja dekat dengan rumah aku di kampung tu…

p/s 2: Ada juga yang menipu cakap dia dah follow kita n nak kita follow dia balik.Cis!Aku tengok bilangan followers aku,tetap sama je,menten 2 orang  walaupun ada ramai yang cakap dah follow!Empangop sungguh.










No comments: