Mak jah Empangop!

(Sambil mulut kumat kamit ikut bacaan surah ar rahman oleh syeikh masyari al afaasi,aku pun memulakan penaipan)

Testimoni mereka

Norul Uda Bt Awg-“syukur,jus selamatkan nyawa ibu”

Ibu saya mengidap kanser pangkal rahim peringkat ke 3 dan telah merebak ke pinggangnya. Saya berkata “jika ada penawar untuk ibu saya,akan ku beli walau dunia ini harganya.”Ibu saya menjalani rawatan dan terapi tetapi tiada harapan sembuh.dengan izinNya saya mendapat tahu tentang jus ekstrak herba daripada seorang kawan.Ibu saya mula meminum jus,setelah nampak perubahan baik dari ibu saya ibu menambah sukatan pengambilan jus ini.Penyakit ibu yang lain seperti darah tinggi,jantung dan asma beransur pulih.Pada Julai 2009 saya mendapat berita baik apabila doctor mengesahkan ibu saya bebas dari penyakit kancer pangkal rahim,buah pinggang,darah tinggi,jantung dan asthma.alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan produk terbaik iaitu jus ekstrak herba.

Mak Jah-batang Kali selangor

Saya mengidap penyakit lelah / asma yang teruk sejak 20 tahun lalu.Dah macam-macam ubat saya makan tapi tak sembuh juga.Tetapi selepas minum jus ekstrak selama 7 hari,lelah saya beransur pulih dan tak perlu bawa alat oksigen ke mana-mana lagi.Kini saya telah pulih sepenuhnya.terimakasih kepada jus penawar herba.

Dan banyak lagi testimoni hampeh yang aku malas nak taip..Hampeh!!

Testimoni kat atas tu aku taip tanpa ubah tatabahasa,ejaan dan struktur ayat..segalanya copy.

Adoyai!!Korang ni memang rosak akidahlah..Err..Bukan cakap korang tu kapir tapi ucapan korang tu yang menjuruskan korang kepada tu..

“Syukur,jus selamatkan nyawa ibu saya..” Uik?Bukan Allah ke yang empunya kerja semua itu?kakak ni kalau kena kejut aku rasa dia akan latah sambil menyebut.. “Oh @#$#$% kau besar!”-@#$@$% tu anggap je alat sulit lelaki atau wanita.Latah,nak buat macam mane ye tak..Kalau korang rasa jus tu menyelamatkan nyawa korang lepas ni aku bubuh racun rumpai dalam kari kepala ikan korang bagi korang makan..Lepas tu minumlah jus ekstrak tu dan mintalah pertolongan jus.Ada berani?

Si Mak Jah ni pun satu..Kalau dah sembuh tu,janganlah jadi empangop dengan berterimakasih kepada jus..Aku bayangkan mak jah ni bawa tangki oksigen macam penyelam scuba bawa.Hahaha!Empangop betulah mak jah ni.Selama 20 tahun mak jah menderita,mak jah da buat tak solat sunat setiap kali sebelum ikhtiar cari ubat?Ingat mak jah,ubat tak ada kuasa melainkan Allahlah yang berkuasa..

Kalaulah produk ni memang betul-betul mujarab aku rasa aku dah tak kerja dah kat hospital tu..Mungkin aku akan jadi penoreh getah,pesawah n pengecat kereta professional..Yelah,asma,sakit jantung,buah pinggang,kanser,darah tinggi..selesaikan aje dengan jus ektrak empangop mak jah tu.

Kalaulah betul produk ni mujarab,aku pun nak juga jadi pengedar produk ni lepas tu jual dekat mana-mana farmasi n hospital.Kepada doctor,misi,dresar…korang terpaksa diletakkan jawatan sebab khidmat korang dah tak diperlukan..

Buat korang yang membaca ni,produk ni didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 1001 penyakit,risalah ni cakap lah tapi yang ditaip cuma 32 penyakit..antara penyakit yang best macam muka berjerawat (para gadis,kini anda boleh senyum..hehe),sembelit,(ni pun para gadis boleh senyum setiap kali ur moon coming),kanser,(Sapa2 nak hisap rokok 100 batang sejam silakan.Ada penawar kanser ni),rabun (aku sendiri tersenyum),mati pucuk (Ehem2..tak payah malu hubungi mak jah) dan batu karang..(Yes!!maggi!!Maggi!!)

Di akhir artikel dia cakap “setiap 9 botol yang diminum anda akan kembali muda 1 tahun!!!cubalah sekarang!!!”-Pergh!ada tanda seru lagi nak membayangkan keexcitedan si empunya artikel..memang empangop!Korang umur berapa?Hm..kira2 25 lah,senang..ok,malam ni korang minum 225 botol nescaya korang akan kembali menjadi baby yang comel.hahaha!!Empangop!

Nama pengedar ni supardi,no fon 019-8270673.Kalau free,mesejlah beliau dan insafkanlah beliau ye..Hahaha!Empangop!

Sekian,salam hormat dan salam maulid nabi..

(Eh!Dah sampai surah al jumuah!)-lama juga aku taip ni









No comments: