Kisah seram..


 
Kisah ini telah berlaku beberapa minggu yang lepas di kampung nenek aku di Sri Aman Sarawak..Aku telah tinggal selama 3 hari bersama datuk dan nenek kerana menghabiskan masa cuti semester bersama mereka. Kampung nenek aku ini merupakan sebuah penempatan rumah panjang orang iban yang terdiri daripada kira-kira 40 orang keluarga. Kebetulan masa cuti tersebut telah berlaku kematian seorang jiran nenek aku..Aku tidak pasti apakah punca kematian orang itu..
Pada malam itu,cuaca cerah seperti biasa..Akhir-akhir itu,amat jarang hujan turun di kampung nenek..Kampung nenek aku ni sebenarnya belum dibekalkan dengan elektrik oleh Lembaga Letrik Sarawak.Oleh itu kami hanya akan ditemani lampu minyak tanah ketika malam hari.Seperti biasa sebelum tidur,datuk akan bercerita kepada ku mengenai kisah-kisah lama dia ketika masih muda..Datuk juga sering menasihati aku supaya cemerlang dalam pelajaran dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti..
Kira-kira pukul 2 pagi,aku berasa hendak kencing.Inilah akibat terlalu banyak minum air sebelum tidur tadi.Aku perlu keluar rumah untuk ke tandas kerana di rumah panjang ini tandas diasingkan dan diletak di luar rumah..Aku pun membawa lampu minyak tanah untuk menuju ke tandas..
Aku terpaksa melalui ruang dapur sebelum sampai ke tandas. Semasa melalui ruang dapur,dalam sinar lampu minyak tanah yang samar-samar aku melihat satu bungkusan putih di bawah meja makan..Bulu romaku meremang bila mengenangkan jiran aku yang baru meninggal dunia beberapa hari lepas..Aku dapat melihat terdapat tanda merah seperti tompokan darah pada bungkusan putih itu..Hantu bungkus..Aku semakin takut apabila melihat bungkusan itu seolah-olah bergerak-gerak..Aku hampir pengsan menghidu bau yang keluar melalui bungkusan itu..Aku cuba menghampiri bungkusan itu…Ahhh!!Satu wajah yang pucat memandang muka aku!!Cisss!!Celaka kau kucing!!Kau makan ayam KFC aku tanpa kebenaran aku!!Kata aku kepada kucing datuk yang tidak berdosa itu…

 

 
P/s Moral of the Seram…Jangan percaya unsur khurafat..Percayalah wujudnya Allah dan malaikat…Wujudnya perasaan takut kita terhadap apa-apa benda selain Allah menunjukan iman kita masih rapuh dan tidak yakin bahawa yang berkuasa atas segalanya adalah Allah sahaja.Plastik kfc pun putih,ada logo colonel sanders kaler merah..mula kucing pucat tengok aku...Sekian…

Post a Comment